You are on page 1of 42

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

FAKULTI PERNIAGAAN DAN KEWANGAN


PENDIDIKAN MORAL (MPW2153)
TUGASAN TRIMESTER 200910

BACHELOR OF ACCOUNTING

Soalan:
Hanya disebabkan oleh sedikit perselisihan, seorang anak bertindak membiarkan
ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan
mencari sumber pendapatan sendiri.
PENSYARAH : Muthualagan Thangavelu

Bil. Nama Pelajar No. ID Tahun / Sem.

1. Chin Shun Min 0905110 Year 1 Sem 2

2. Lim Chee Yong 0904195 Year 1 Sem 2

3. Lim Chung Yan 0904078 Year 1 Sem 2

4. Lim Su Yi 0905037 Year 1 Sem 2

5. Tan Yong Kun 0904337 Year 1 Sem 2

6. Wong Fook Siong 0905392 Year 1 Sem 3

Aspek Markah
Pendahuluan / 4
Huraian Isu / 10
Perbincangan Teori & / 20
Agama
Pendapat Kumpulan / 6
Kesimpulan / 4
Format & Mutu / 6
Jumlah / 50
Chin Shun Min Lim Chee Yong Tan Yung Koon

Lim Chun Yan Lim Su Yi

Bil. Nama Pelajar No. ID Tahun / Sem.

1. Chin Shun Min 0905110 Year 1 Sem 2

2. Lim Chee Yong 0904195 Year 1 Sem 2

3. Lim Chung Yan 0904078 Year 1 Sem 2

4. Lim Su Yi 0905037 Year 1 Sem 2

5. Tan Yong Kun 0904337 Year 1 Sem 2

6. Wong Fook Siong 0905392 Year 1 Sem 3


Pendahuluan

Etika berasal daripada perkataan Yunani ‘ethos’ iaitu adat atau kegunaan. Moral

berasal daripada perkataan Latin ‘mores’ yang memberi erti yang sama dengan etika.

Etika bermaksud kajian falsafah tentang moral iaitu tentang kelakuan yang baik,

kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirri-ciri

kehidupan yang baik.

Mengikut Kamus Dewan, erti ‘nilai’ termasuklah ‘taksiran harga’, harga sesuatu

dibandingkan dengan harga benda yang lain, ‘darjat, kualiti, mutu, taraf’ dan ‘sifat

ketinggian pemikiran, agama, kemasyarakatan’ dan sebagainya.

Konsep asas etika menjelaskan perbezaan antara fakta dengan nilai dan juga

menunjukkan bagaimana seseorang patut atau tidak patut bertingkahlaku. Manakala

menurut konsep asas nilai, moral ialah suatu nilai. Namun bukan semua nilai mempunyai

moral. Misalnya nilai ekonomi, estetika, politik dan sebagainya. Nilai moral ialah nilai

yang dianggap baik, wajar dan patut pada seseorang individu atau sesebuah masyarakat.

Nilai moral memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Seseorang yang

menghayati sesuatu nilai akan turut mempengaruhi tingkahlakunya.


Oleh itu, setiap individu pasti ada atau berpegang kepada nilai moral tertentu.

Selain itu, sesuatu nilai kadang-kadang berbeza di antara satu orang dengan yang lain

atau sebuah masyarakat yang lain. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia amat

memandang serius perlakuan berzina atau bersekedudukan tetapi masyarakat Barat

menganggapnya sebagai suatu perkara biasa. Nilai yang terbaik ialah nilai-nilai murni

yang diajar oleh agama. Nilai-nilai ini dianggap sempurna dan perlu diikuti oleh setiap

individu. Nilai yang baik diajar oleh agama disuruh dan dijanjikan balasan syurga.

Manakala nilai jahat ditegah melakukannya dan dijanjikan balasan seksaan dan neraka.

Terdapat beberapa fungsi-fungsi nilai. Pertama sekali, nilai boleh dijadikan

sebagai kriteria atau standard yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak

dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat

menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan

menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain. Fungsi kedua ialah nilai boleh dijadikan

sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral. Akhir

sekali, nilai dijadikan batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat

mengikut kehendak nilai yang dipegangnya. Sebagai contoh, apabila kita memahami dan

menghayati nilai ‘hormat-menghormati’ dan ‘kasih sayang’, kita akan melakukan

perbuatan mengikut kehendak nilai ini terhadap diri sendiri, ahli keluarga dan juga orang

lain.
Huraian Isu

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai satu institusi yang terdiri daripada orang-orang yang

tersayang dan dikasihi termasuk keturunan moyang yang sama.Semua ahli keluarga

memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang.Setiap individu harus

memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa

memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam

keluarga.Keluarga bahagia memerlukan banyak unsur contohnya, kasih sayang,

kerjasama, toleransi dan sebagainya.

Pada zaman yang moden ini, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang turut

menyumbang kepada masalah pengabaian ahli-ahli keluarga khususnya golongan tua dan

bayi. Masyarakat moden hari ini beranggapan bahawa golongan tua merupakan suatu

beban yang menyusahkan mereka. Oleh itu, mereka bertindak menghantar golongan ini

khususnya ibu bapa mereka yang tua dan uzur ke rumah orang tua-tua. Mereka langsung

tidak memahami perasaan ibu bapa mereka yang terasa diabaikan oleh cahaya mata

sendiri. Amalan yang hina ini dipercayai dilakukan atas sebab meraka tidak mahu

memikul tanggungjawab untuk membela ibu bapa

mereka.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga

maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat

atau haram.Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah

bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah
yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, manakah

mereka? Oleh itu,anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang

mampu menyumbang kepada pelbagai impak negative.Oleh itu,ahli-ahli keluarga

khususnya golongan remaja haruslah didedahkan kepada didikan agama dan

moral.Didikan agama dan moral mampu membentuk jati diri dan hubungan kekeluargaan

yang utuh dan menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar khususnya dalam

menghargai dan mencintai keluarga.Kita hendaklah menyedarkan bahawa kepentingan

hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan kekeluargaan konflik

tidak ditimbulkan sesama ahli keluarga.Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di

seluruh pelosok negara haruslah berganding bahu dalam menangani kemelut hubungan

kekeluargaan yang semakin renggang.

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kekeluargaan

Biasanya kita dapat membaca isu-isu tentang masalah kekeluargaan dalam

suratkhabar setiap hari. Masalah ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Salah satu

daripada faktor adalah kekurangan pemahaman antara ahli-ahli keluarga. Setiap ahli

keluarga ada pemikirannya sendiri dengan ini mereka mempunyai tingkah-laku yang

berbeza dan menyebabkan perselisihan sering berlaku. Contohnya, perselisihan berlaku

antara generasi muda dengan generasi tua. Pemuda kini agar suka mewarnakan rambut

mereka dengan berwarna-warni dan berpendapat bahawa ini berlambangkan suatu

feksyen. Akan tetapi ahli keluarga yang lain mungkin berpendapat bahawa perbuatan

tersebut merupakan perbuatan samseng.


Hubungan antara ahli-ahli keluarga yang tidak rapat juga merupakan satu faktor

yang boleh menyebabkan perselisihan kekeluargaan. Hal ini disebabkan oleh ibu-bapa

tidak rapat dengan anak-anak mereka kerana jarang meluangkan masa bersama mereka.

Contohnya, pada masa moden hari ini, kebanyakan ibu-bapa hanya mengutamakan dalam

pencarian pelbagai pendapatan dan secara langsungnya mereka telah mengabaikan anak-

anak mereka. Dengan itu, anak-anak mereka akan berasa kesepian serta kekurangan kasih

sayang daripada ibu-bapa. Untuk mengelakan kelonggaran hubungan antara ahli

keluarga, ibu-bapa harus sentiasa memberi perhatian dan sokongan yang sepatutnya

kepada anak-anak mereka supaya mereka tidak merasa kesepian.

Faktor yang seterusnya adalah ahli-ahli keluarga yang tidak mempunyai sifat

penyabar dan sentiasa membesarkan perkara kecil. Contohnya, apabila berlakunya

pergaduhan, ahli-ahli keluarga akan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain dan ini

akan mengakibatkan permusuhan di antara ahli keluarga itu. Untuk mengelakkan perkara

ini berlaku, semua ahli keluarga harus ingat akan prinsip kehidupan masing-masing dan

cuba memahaminya supaya mereka boleh hidup dengan harmoni.

Kesan-kesan masalah kekeluargaan

Kesan –kesan perceraian ibu bapa

Perselishan faham antara ahli keluarga akan mengakibatkan keluarga yang tidak harmoni.

Antaranya termasuk perceraian ibu bapa. Sebagai contohnya, perceraian pasangan muda

banyak berlaku di Lembah Klang semakin meningkat. Bahagian Pembangunan Keluarga,

Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma), Jakim telah membuat kajian mengenainya yang

memfokuskan kepada pasangan yang berkahwin dan bercerai. Keputusan kajian


mendapati 33.5 peratus pasangan hanya mampu mempertahankan perkahwinan di antara

tempoh satu hingga lima tahun, manakala pasangan yang berkahwin dan bercerai pada

tahun sama kurang daripada satu tahun atau 2.6 peratus. Tempoh perkahwinan dari enam

hingga 10 tahun mencatatkan kumpulan perceraian kedua tertinggi iaitu 26.9 peratus. Kes

perceraian meningkat berpunca daripada masalah komunikasi.Demi sedikit pergaduhan,

mereka akan bercerai.

Selain itu, perceraian ibu bapa akan melibatkan anak-anak dalam konflik antara ibu dan

bapa Kehilangan kasih sayang daripada ibu dan bapa adalah kesan yang terutamanya.

Anak-anak hanya mempunyai kasih sayang daripada ibu atau bapa seorang . Kadangkala

anak-anak akan terpaksa berpisah dari adik-beradiknya. Menurut surat khabar Berita

Minggu pada 2 November 2009, seorang anak yang bernama Amir telah diculik dan

dilarikan oleh ibunya ke Pakistan. Dalam kes ini, anak-anak telah dilibatkan di dalam

konflik antara ibu dan bapa. Adiknya, Amir terpaksa berpisah dengan ayah dan adik-

beradiknya dan menghilangkan kasih sayang daripada bapa.

Tambahan pula, masalah kekeluargaan akan mengakibatkan anak-anak tidak memberi

tumpuan pada pelajaran dan mungkin menunjukkan tabiat dan sifat yang negative seperti

merokok, menagih dadah, bercakap kata-kata yang kotor dan sebagainya. Mereka akan

berasa bersalah, malu, tidak selamat, dan hilang rasa keyakinan diri. Mereka akan

melakukan perbuatan yang jahat seperti mencuri, bergaduh dan sebagainya untuk

menarik perhatian ibu bapa dan sebaliknya mendapat sedikit maruah diri.

Kesan-kesan penderaan kanak-kanak


Seterusnya, masalah penderaan kanak-kanak juga merupakan salah satu masalah

kekeluargaan. Kes penderaan kanak-kanak sering dikaitkan dari segi mental mahupun

fizikal. Akibat didera secara fizikal seperti dipukul, disimbah minyak panas dan ada

dicucuh puntung rokok ataupun ubat nyamuk, akan meninggalkan parut-parut luka.

Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan tekanan dan gangguan mental serta tekanan

jiwa yang menganggu proses pembesaran apabila anak-anak meningkat dewasa kelak.

Menurut surat khabar Berita Harian pada 13 November 2009, seorang wanita menjadi

mangsa dera sejak berumur lima tahun. Dalam proses pembesaran, wanita itu akan berasa

marah ,kecewa, hilang rasa keyaakinan diri dan dia tidak boleh melupakan hal ini dalam

kehidupan. Ini telah menjadi tekanan dan gangguan mental dalam kehidupannya.

Oleh itu, kita sepatutnya melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa seperti menghubungi

teledera, bilik gerakan Polis Daerah atau kepada pihak terlibat yang dapat membantu

mangsa dera dan memberikan pendidikan agama dan moral yang secukupnya serta

menerapkan sikap hormat menghormati antara lelaki dan perempuan.

Langkah untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu kekeluargaan

1) Bagi masalah konflik dalam keluarga, sebagi contohnya Gary Smalley & John

Trent dalam semua orang yang terlibat dalam konflik haruslah putuskan lingkaran

saling menyalahkan. Dalam sesuatu konflik, semua orang pun mempunyai

tanggungjawab dan tidak boleh hanya menyalahkan seseorang sahaja .Biasanya

semua orang hanya dapat melihakan kesalahan orang lain dan tidak menyedari

kesalahan diri jikalau semua orang hanya tahu menyalahkan orang lain dan tidak

menyedari kesalahan diri sendiri, sebuah keluarga yang sihat tidak dapat dipupuk.
2) Bagi mengatasi masalah perebutan harta, sebagai contohnya Afyan Mat Rawi

menyatakan bahawa dalam undang-undang pewarisan harta bagi bukan Islam,

sekiranya ketika hidup pemilik mewasiatkan keseluruhan hartanya kepada haiwan

sekalipun, ia adalah sah di sisi undang-undang dan ahli waris tidak boleh

mencabarnya.Sebagaimana yang kita semua tahu, sebuah keluarga yang baik dan

sihat boleh menjadi porak-peranda hanya disebabkan perebutan harta pusaka yang

diwarisi oleh ibu bapa atau saudara mara mereka. Bagi mengelakkan masalah

perebutan harta, orang yang tua itu digalakkan untuk membuat wasiat sebelum

dia meninggalkan dunia supaya masalah perebutan harta dapat dielakkan .


Perbincangan Teori & Agama

Teori Egoisme

Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900) yang merupakan

pengkritik kuat Utilitarianisme dan juga kuat menentang teori Kemoralan Sosial.Teori

etika yang memegang prinsip bahawa seseorang itu mestilah melakukan sesuatu

perbuatan yang bermatlamat memberikan faedah kepada diri sendiri.Setiap perbuatan

yang kesannya memberi keuntungan dan faedah kepada diri sendiri adalah satu perbuatan

yang baik dan perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri.Teori ini mula

berkembang apabila wujudnya pertentangan antara golongan bangsawan dan rakyat

bawahan.

Latar belakang falsafah egoisme

Teori egoisme mula berkembang sejak berkurun-kurun dahulu di mana wujudnya

pertentangan di antara golongan bangsawan dan rakyat bawahan. Dikatakan bahawa

golongan bangsawan pada ketika itu melihat diri mereka sendiri sebagai golongan rakyat

yang paling tinggi dan berhak menggunakan rakyat jelata sebagai hamba abdi. Golongan

bawahan ini lemah dan tidak terdaya untuk menjaga kebajikan diri walaupun bilangan

mereka ramai. Orang biasa ini dipaksa dengan kejam supaya mereka bekerja untuk

golongan atasan itu tanpa dibayar apa-apa gaji.

Friedrich Wilhelm Nietsche

Teori Egoisme diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche (1844-1900). Beliau

merupakan seorang ahli falsafah yang mengkritik kuat terhadap teori Utilitarianisme.
Mengapakah beliau berpendapat sebegitu? Ini adalah kerana asas pemikiran

utilitarianisme sangatlah mementingkan kesan sesuatu perbuatan terhadap majoriti

masyarakat. Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau juga kuat menentang teori

kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan hamba abdi kerana individu-

individu telah disekat hak kebebasan mereka. Dalam teori kemoralan sosial, setiap

individu diwajibkan untuk menurut segala perintah yang wujud dalam masyarakat.

Pendapat pertama

Menurut teori egoisme , tindakan anak tersebut adalah dianggap wajar kerana beliau

menetang Teori Kemoralan Sosial . Menurut teori egoisme , sebarang undang-

undang dari mana-mana autoriti atau pertubuhan adalah sesuatu tidak perlu. Ini

kerana , manusia masih lagi berevolusi dengan persekitaran untuk membina

kehidupan. Jadi , setiap peraturan mestilah ditentukan oleh diri sendiri. Peraturan

mestilah bersifat individualistik dan sesiapa yang membuat dan mematuhi

peraturannya sendiri akan menjadi manusia yang kuat dan maju. Bagi , menentang

Teori Kemoralan Sosial kerana individu akan terikat dengan peraturan masyarakat

atau peraturan yang ditetapkan oleh agama.

Cotohnya , Ali bersifat seseorang anak yang tidak mematuhi nasihat daripada ibu

bapanya . Dia selalu membuat sesuatu hal yang tanpa memikirkan perasaan ibu

bapanya. Bagi Ali , hanya banyak tindakannya mesti patuh kepadanya dan dia tidak

memberikan perhatian perasaan ibu bapanya .


Hanya disebabkan oleh sedikit perselisihan, seorang anak
bertindak membiarkan ibubapanya yang daif, tua dan
miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari
sumber pendapatan sendiri.

Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak membiarkan ibubapanya yang daif, tua

dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari sumber pendapatan sendiri

adalah dianggap WAJAR.

Pendapat kedua

Menurut teori egoisme , tindakan anak tersebut adalah dianggap wajar kerana beliau tidak

mempercayai kepada Tuhan. Beliau menafikan tentang kewujudan Tuhan yang mencipta

manusia . Menurut teori egoisme , tidak ada konsep pahala dan dosa dalam kehidupan

kerana ianya adalah bertentangan dengan kepentingan diri dan menyebabkan individu

tidak bebas membuat pilihan. Manusia bebas melakukan apa sahaja yang boleh

membawa keuntungan kepada diri sendiri. Teori egoisme tidak mempercayai Tuhan dan

agama .

Cotohnya , seseorang anak-anak yang tidak mempercayai Tuhan dan agama , mereka

tidak tahu kelakuan buruknya akan membawa kesan yang buruk . Oleh itu , mereka

membuat sesuatu perkara mesti tidak memikirkan kesanya dan mereka akan membuat

hal-hal yang sesuka hati . Ini akan menyababkan seseorang membuat hal yang
menyakitkan hati ibu bapa kerana mereka tidak mempercayai konsep pahala dan dosa dan

mereka akan membuat hal-hal yang sesuka hati .

Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak membiarkan ibubapanya yang daif, tua

dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari sumber pendapatan sendiri

adalah dianggap WAJAR.

Pendapat ketiga

Dalam hidup ini , sifat pentingkan diri sendiri , kekasihan diri dan menjaga diri mestilah

diutamakan. Manusia tidak perlu mengorbankan diri untuk orang lain. Untuk hidup dan

berkuasa , manusia mestilah mengeksploitasi apa sahaja yang ada di sekelilingnya .

Contohnya , Ali seseorang yang ingin mengikut taraf hidup yang lebih baik , bersifatnya

akan mementingkan diri sendiri . Selain itu , dia juga membiarkan ibu bapanya yang

daif , tua dan miskin . Ini kerana , dia mengorbankan ibu bapa supaya mencari nafkah

yang baik dan bermanfaat kepada diri sendiri . Untuk hidup dan berkuasa , Ali akan

mengeksploitasi apa sahaja yang ada di sekelilingnya .

Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak membiarkan ibubapanya yang daif, tua

dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari sumber pendapatan sendiri

adalah dianggap WAJAR.


Teori Eksistensialisme

Eksistensialisme adalah suatu falsafah yang menegaskan kebebasan. Ia

mementingkan pada manusia yang bertanggungjawab ke atas hasrat kehendaknya yang

bebas tanpa memikirkan secara mendalami terhadap mana yang benar dan mana yang

tidak benar. Seseorang yang mengamalkan eksistensialisme sedar bahawa nilai moral

akan sentiasa berubah, subjektif, tidak universal, tidak mutlak dan tidak kekal serta

kebenaran bersifat relative masing-masing. Individu bebas menentukan sesuatu yang

mana dia berasa benar.

Latar belakang falsafah eksistensialisme

Eksistensialisme merupakan gerakan falsafah yang muncul di Jerman setelah

Perang Dunia Pertama dan telah berkembang di Perancis selepas Perang Dunia Ke-2.

Perkembangan eksistensialisme bermula dengan reaksi Soren Kierkegaard terhadap

esensialisme Hegel, yang berpendapat bahawa konstruksi yang difahami sebagai suatu

lintasan dari sesuatu yang tidak wujud (No existence, not being) kepada ‘sesuatu yang

wujud’. Soren Kierkegaard menentang pandangan tersebut dengan menyatakan tentang

kebenaran subjektif, iaitu sesuatu benda menegaskan keunikan serta berpendapat bahawa

sesuatu yang konkrit dan nyata adalah berlawanan dengan sesuatu yang niskala. Ini boleh

dikatakan dengan benda yang wujud di dalam dunia ini adalah lebih nyata berbanding

dengan sesuatu yang difikirkan.

Kemunculan eksistensialisme juga disebabkan dengan reaksi terhadap pandangan

materialisme. Falsafah materialisme memandangkan bahawa manusia adalah sesuatu

benda dan kewujudan manusia adalah sama sahaja dengan benda-benda yang lain di
dalam dunia ini. Manakala, eksistensialisme percaya bahawa kewujudan manusia dengan

benda-benda lain dalam dunia ini adalah tidak sama. Semua benda termasuk manusia

wujud di dunia, tetapi manusia dapat merasa dan sedar akan dirinya wujud di dunia ini.

Eksistensialisme menempatkan manusia sebagai subjek, ini bererti manusia sebagai yang

menyedari, sedangkan benda-benda yang disedari andalah objek.

Kemunculan eksistensialisme juga adalah hasilan daripada falsafah idaelisme dan

materialisme di mana kedua-dua falsafah tersebut mempunyai pandangan terhadap

manusia yang berbeza. Materialisme berpendapat bahawa manusia cuma wujud sebagai

objek manakala idealisme pula berpendapat bahawa manusia mempunyai fikiran dan

wujud sebagai subjek. Maka, wujudlah eksisensialisme sebagai jalan keluar bagi kedua-

dua falsafah dengan menganggapkan manusia wujud sebagai objek dan juga subjek.

Secara unmumnya, kemunculan eksistensialisme juga disebabkan oleh situasi

dunia terutamanya dunia Eropah barat. Pada masa itu, dunia Eropah barat yang

mengalami peperangan menyebabkan keadaan pada masa itu menjadi agak keliru and

tidak tenteram serta krisis sehingga masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan. Manusia

merasa eksistensinya terancam oleh ulahnya sendiri. Keadaan tersebut telah

menyemarakan keinginan ahli-ahli falsafah untuk membawa ketenteraman kepada

masyarakat. Maka, wujudlah falsafah eksistensialisme.

Falsafah eksistensialisme telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh ahli falsafah

seperti Soren Kierkegaard, Martin Heidegger, Karl Jaspers, Gabriel Marcel dan Jean Paul

Sartre dan lain-lain.

Soren Kierkegaard
Soren Kierkegaard, seorang pemikir Denmark dan merupakan seorang ahli

falsafah eksistensialisme yang terkenal dari abad Ke-19. Beliau juga dianggap sebagai

bapak falsafah ekesistensialisme. Soren Kierkegaard berpendapat bahawa manusia dapat

menemukan erti hidup sesungguhnya jika ia menghubungkan diri sendirinya dengan

sesuatu yang tidak terbatas dan merenungkan hidupnya untuk melakukan hal tersebut,

walaupun dia dirinya memiliki keterbatasan untuk melakukan perkara itu.

Martin Heidegger

Martin Hiedegger merupakan pemikir yang ekstrim, tetapi hanya beberapa

falsafahnya sahaja yang mengerti pemikiran Heidegger. Pemikiran Heidegger selalu

tersusun secara sistematis. Inti pemikiran Martin Heidegger adalah kewujudan manusia di

antara kewujudan yang lain. Semua benda yang berada di luar manusia selalu dikaitkan

dengan manusia, dan hanya benda-benda tersebut mempunyai nilai kerana benda-benda

tersebut selalu digunakan oleg manusia untuk setiap tindakan dan tujuan mereka.

Karl Jasper

Karl Jasper memandangkan falsafah bertujuan mengembalikan manusia kepada

dirinya sendiri. Eksistensialisme ditandai dengan pemikiran yang menggunakan semua

pengetahuan objektif serta mengatasi pengetahuan objektif itu, sehingga manusia sedar

akan dirinya sendiri. Terdapat dua fokus pemikiran Karl Jasper, iaitu eksistensi dan

transendensi.

Jean Paul Sartre


Jean Paul Sartre adalah seorang ahli falsafah dan penulis Perancis. Dan beliaulah

yang dianggap sebagai tokoh yang mengembangkan aliran eksistensialisme. Antara

kalangan ahli-ahli falsafah eksistensialisme, Jean Paul Sartre ialah tokoh yang paling

terkenal. Beliau berpendapat bahawa kewujudan (existence) mendahului zat (essence).

Kepercayaan misteri ini dikatakan hanya sesuai digunakan bagi kes manusia sahaja. Dan

inilah perbezaan antara ciri istimewa dan unik manusia dengan benda-benda lain yang

wujud di dunia.

Jean Paul Sartre membezakan manusia dengan sebilah pisau. Menurut kata beliau,

pembuatan sebilah pisau dimulakan dengan idea untuk menjalankan fungsi tertentu lalu

barulah ia diciptakan dalam bengkel. Ringkas katanya, zat pisau yang membawa

kewujudan pisau tersebut.

Hanya disebabkan oleh sedikit perselisihan, seorang anak bertindak


membiarkan ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai
menguruskan diri dan mencari sumber pendapatan sendiri.

Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak tersebut yang membiarkan ibubapanya

yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari sumber

pendapatan sendiri adalah WAJAR.

Pendapat pertama

Menurut Jean Paul Sartre, tindakan anak tersebut adalah dianggap wajar kerana

beliau tidak mempercayai kepada Tuhan. Beliau menafikan tentang kewujudan Tuhan
yang mencipta manusia. Dengan itu, ketiadaan Tuhan mombolehkan manusia bebas

melakukan apa jua sahaja yang dianggap betul dan tiada hukum Tuhan dan nilai kudus

atau nilai objektif yang disediakan untuk dipatuhi atau ditaati oleh manusia. Apa yang

dilakukan adalah bergantung kepada diri manusia itu sendiri asalkan ia sesuai dengan

keadaan pada waktu tersebut.

Contohnya, jika seseorang yang percayai kepada Tuhan, dia tidak akan

membiarkan ibu-bapanya yang berusia tua hidup diri-sendiri tanpa jagaan anak-anak. Dia

akan bertimbang rasa akan keadaan ibu-bapanya. Dengan percayai kepada Tuhan,

seseorang akan menjaga ibu-bapanya dengan baik walaupun terdapat konflik antara ahli

keluarga. Selain itu, seseorang percaya jika dia tidak menjaga ibu-bapanya yang

bersusah-payah membesarkan dia dengan sepenuh hati, hukuman akan dijatuhkan ke

atasnya oleh Tuhan.

Walaubagaimana pun, seseorang yang memegang falsafah eksistensialisme pula

tidak percaya kepada adanya kewujudan Tuhan dan hukuman Tuhan. Seseorang bebas

melakukan apa jua sahaja tanpa mempertimbangkan akibat tindakan tersebut sekiranya

dia berasa tindakannya adalah betul. Apabila berlaku pergaduhan dengan ibu-bapa,

seseorang akan berasa ibu-bapanya adalah punca tekanan serta beban dalam mengejar

kemewahan dan kesenangan hidup. Secara langsung, dia akan membiarkan ibu-bapanya

yang tua tinggal kesendirian di kampung dan mencari sumber pendapatan sendiri selagi

dia pula menikmati kesenangan dalam Bandar.


Berdasarkan teori di atas, tindakan seorang anak membiarkan ibubapanya yang daif, tua

dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari sumber pendapatan sendiri

adalah dianggap WAJAR.

Pendapat Kedua

Menurut Jean Paul Sartre, tindakan anak tersebut adalah wajar kerana beliau

berpendapat bahawa manusia bebas melakukan apa sahaja yang difikirkan wajar pada

waktu tersebut dan tidak perlu mengikut sebarang peraturan. Jika seseorang itu

melakukan sesuatu dengan mengikut segala peraturan masyarakat secara buta tuli, maka

dia mempunyai pandangan ‘mitologi’ terhadap kemoralan and tindakan seseorang itu

akan diterhadkan dan kebebasan individual tersebut akan terjejas dalam membuat sesuatu

perkara. Manusia hanya perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan yang

diambil tentang apa yang hendak dilakukannya.

Contohnya, apabila berlaku pergaduhan antara seseorang dengan ibu-bapanya, dia

akan berasa ibu-bapanya yang berusia tinggi tidak dapat menyesuaikan diri pada masa

kini dan tidak dapat memberi sebarang sumbangan untuk menjayakan kerjayanya. Oleh

itu, dia sanggup membiarkan ibu-bapanya hidup perseorangan di kampung dan mencari

rezeki sendiri walaupun dia sedar akan hal tersebut akan menyebabkan pandangan buruk

orang lain terhadapnya. Akan tetapi, dia amat memahami bahawa pandangan tersebut

tidak akan terbentuk selagi hal tersebut dapat dirahsiakan. Pada masa yang sama, dia juga

sedar akan kebocoran rahsia itu dan telah bersedia menerima segala bantahan dan hinaan

daripada orang lain setelah rahsia tersebut diketahui. Ringkas katanya, seseorang itu
hanya perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala keputusan yang diambil

tentang apa yang telah dilakukan.


Agama Islam

Islam muncul di Semenanjung Arab pada abad ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad

s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan

Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan

terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah,

kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki

Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara

empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah

mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Ramai ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah

dan lain-lainnya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan

Islam.

Pada abad ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan

penjajahan Eropah Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang

menyembah bumi selepas Perang Dunia I.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak

maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya

merupakan pengikut agama Yahudi dan Kristian. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa

Arab ketika itu sebab di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat

Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.


Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (571 masihi). Nabi

Muhammad merupakan seorang anak yatim selepas ayahnya Abdullah dan emaknya

Aminah meninggal dunia. Nabi Muhammad dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib.

Nabi Muhammad kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani

kehidupan yang selesa dan aman.

Nabi Muhammad tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat

yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari memperdagangkan berhala,

masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Nabi Muhammad banyak

menghabiskan masa mencari ketenangan digua Hira'. Sehinggala ketika Nabi Muhammad

s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s.

Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-

rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, Nabi Muhammad dan pengikutnya berhijrah ke Madinah.

Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar

Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi

banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan

orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan

Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.
Hanya disebabkan oleh sedikit perselisihan, seorang anak bertindak membiarkan
ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari sumber
pendapatan sendiri.

Pendapat Pertama

Menurut apa yang tertera dalam Al-Quran [Al-Nisa’ 4:36] “Dan hendaklah kamu

beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan

hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak

yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang

jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu

miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan

membangga-banggakan diri.” Berdasarkan nilai di atas, tindakan anak membiarkan ibu

bapa adalah tidak wajar kerana kita hendak berbuat baik kepada ibu bapa. Dalam Islam

kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu

kewajipan yang perlu ditunaikan. Ini kerana setiap permulaan kehidupan manusia adalah

bermula dengan kelahiran dari seorang ibu. Oleh sebab itu, kita mesti mengetahui betapa

besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka.

Pada masa kecil kita, ibu bapa kita sentiasa mengajar kita untuk menghormati ibu bap

dan berbuat baik kepada ibu bapa apabila kita dewasa. Sesiapa yang pernah berkorban

dan menjaga ibu bapa walaupun ibu bapa kita sudah tua dan miskin. Kita haruslah

memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa apabila kita bekerja. Selain itu, kita patutlah

memberi sebahagian gaji kepada ibu bapa walaupun gaji kita hanya tidak sangat

lumayan. Inilah satu tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan

kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa
untuk membesar dan mendidik anak. Contohnya, Ah-Boon ialah seorang usahawan yang

berjaya tetapi dia tidak melupa menjaga ibu bapanya. Dia sentiasa memberi nafkah

kepada ibu bapanya walaupun dia orang yang sibuk dan dia sedaya upaya yang mungkin

meluangkan masanya untuk mengunjungi mereka.

Pendapat Kedua

Menurut apa yang tertera dalam Al-Quran [Al-Israa’ 17:26] “Dan Tuhanmu telah

perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan

hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau

kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka

janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun

perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi

katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” Dan

menurut apa yang tertera dalam Al-Quran [Luqman’ 31:14] “Dan Kami wajibkan

manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan

menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir

menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan

yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah),

kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” Berdasarkan nilai di atas,

tindakan anak membiarkan ibu bapa adalah tidak wajar kerana ibu bapa merupakan orang

yang membesarkan kita setelah dilahir. Ibu mengorbankan diri melahirkan kita selama

sembilan bulan dengan penat maka kita hendaklah berbuat baik kepada ibu. Ayah bekerja

dengan bersungguh-sungguh untuk membesarkan kita. Selain itu, pengorbanan mereka


adalah pengobanan yang cukup besar kerana merujuk kepada kepayahan dan kesusahan

mereka ketika mengandungkan kita, membesar, memelihara dan mendidik kita sehingga

kita mampu berdikari. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengabaikan ibu bapa kita dan

hendak menjaga mereka. Ini merupakan satu balasan dan tanggungjawab kepada seorang

anak. Contohnya, Ahmad tidak menghantarkan ibu bapanya yang berumur tinggi ke

rumah orang tua walaupun dia sentiasa sibuk bekerja kerana dia tahu ibu bapanya

membesarkannya sehingga dia boleh berdikari.


Buddha

Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni

(Siddhartha Gautama) yang dipercayai oleh pengikut-pengikut agama Buddha, lahir pada

kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam lima kurun

selepas beliau meninggal dunia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran

utama, iaitu Theravada (Bahasa Sanskrit: Sthaviravada), Mahayana, dan

Vajrayana.Agama Buddha juga merupakan salah satu agama yang paling besar di dunia.

Agama Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama (Sakyamuni). Sakyamuni ialah nama

sebenar beliau sebepas menjadi Buddha. Beliau merupakan seorang putera raja, anak

Sudhadana dan Maya. Semasa umur baginda mencapai 29 tahun,baginda telah keluar dari

istana dan melihat tiga perkara iaitu tua, penyakit, dan kematian. Setelah mengembara

selama enam tahun dan bertapa selama 48 hari di bawah pokok Bodhi atau pokok

penenang dan pada hari ke-49, iaitu pada malam purnama Wesak, baginda telah

menyedari dan memahami bahawa penderitaan adalah lumrah kehidupan manusia dan

suatu teori tentang pembesbasan penderitaan tidak boleh dilakukan hanya dengan bertapa

sahaja sebaliknya melalui pemadaman nafsu.

Sidharta Gautama juga dikenali sebagai “pemberi Cahaya”. Ajaran Buddha terbahagi

kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana yang lebih mementingkan kehidupan secara

masyarakat dan aliran Mahayana yang lebih mementingkan keupayaan dalam

menentukan kehidupannya.
Nilai-nilai Ajaran Buddha

Empat Kebenaran Mulia

Sakyamuni telah menyedari empat kebenaran mulia di dunia ini. Penderitaan atau

kesengsaran hidup adalah lumrah alam. Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu

untuk memperolehi kekayaan dan keseronokan yang tiada penghujung. Manusia perlu

menghapuskan nafsunya untuk mengelakkan penderitaan.Untuk menghapuskan

penderitaan, manusia perlu mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia iaitu:

 Kefahaman yang benar.

 Pemikiran yang benar.

 Kata-kata yang benar.

 Tingkah laku yang benar.

 Usaha yang benar.

 Kehidupan yang benar.

 Kesedaran yang benar.

 Meditasi yang benar.

Berdasarkan nilai ajaran di atas, tindakan seorang anak tersebut yang membiarkan

ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari

sumber pendapatan sendiri adalah TIDAK WAJAR. Anak itu patut mempunyai

pemikiran yang benar dan tidak menyakitkan hati orang lain. Pemikiran akan

mempengaruhi pertuturan dan kelakuan. Anak itu harus berfikir sebelum bertindak dan

tidak harus melakukan perlakuan yang buruk iaitu membiarkan ibu bapanya. Selain itu,

Anak itu harus menjaga tingkah laku dengan betul iaitu tidak membiarkan ibu bapanya
sebab sedikit perselisihan supaya dapat mengelakkan penderitaan pada masa yang akan

dating. Sebagai contoh, ibu bapa yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau

mendedahkan anaknya, mereka akan mengalami penderitaan dan tidak boleh

menghapuskan nafsunya dan tidak berhenti roda penderitaannya.

Doktrin Karma

Menurut ajaran Buddha, terdapat enam alam dan empat alam suci di universal ini. Enam

alam ialah Syurga, Alam Asura Demons, Manusai, Binatang, Hantu, dan Neraka.

Manakala empat alam suci ialah Buddha, Bodhisattvas, Arhats dan Pratyeka

Buddhas.Dengan kata lain karmalah yang menentukan di alam mana seseorang atau

sesuatu kehidupan itu dilahirkan.Karma bermaksud perbuatan baik akan dibalas baik

manakala kelakuan jahat akan membawa padah. Ajaran ini menegaskan bahawa setiap

perlakuan akan meninggalkan kesan.

Menurut nilai-nilai ajaran di atas, tindakan seorang anak tersebut yang membiarkan

ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari

sumber pendapatan sendiri adalah TIDAK WAJAR. Dalam ajaran Buddha, perbuatan

anak yang membiarkan ibu bapanya dianggap perbuatan yang jahat. Seseorang itu tidak

mengikuti ajaran-ajaran dan teladan-teladan hidupnya. Oleh itu, seseorang itu akan

menikmati hasil daripada perbuatan jahat. Seseorang itu tidak boleh menjadi penghuni

syurga dan akan memasukkan neraka serta mengalami penderitaan selepas meninggal

dunia. Contohnya, anak-anak yang membiarkan ibu bapa akan mengalami penderitaan di

neraka selepas meninggal dunia. Oleh itu, Buddha menasihati para pengikutinya supaya
mengikuti ajaran-ajaran Buddha supaya menikmati hasil yang baik pada waktu sekarang

dan yang akan dating

Kasih Sayang Universal

Buddha mengajarkan cinta kasih dan kebaikan pada semua makhluk dewa, manusia,

binatang, dan makhluk-makhluk lainnya----yang disebut sebagai kasih saying universal.

Kita harus melayani orang lain tanpa mengira bangsa, agama, budaya, jantina, Negara

dan sebagainya. Kita juga patut melayani segala kehidupan di dunia dengan baik dan

melindungi mereka setakat apa yang kita mampu.

Berdasarkan nilai-nilai ajaran di atas, tindakan seorang anak tersebut yang membiarkan

ibubapanya yang daif, tua dan miskin terkapai-kapai menguruskan diri dan mencari

sumber pendapatan sendiri adalah TIDAK WAJAR. Ibu bapa ialah orang yang membesar

dan mendidik kita. Oleh itu, kita harus menghormati dan mempunyai perasaan kasih

sayang terhadap ibu bapa. Kita tidak boleh membiarkan ibu bapa yang melahir kita. Kita

seharusnya bersopan –santun, menjaga mereka dengan sepenuh hati. Contohnya,

seseorang itu membiarkan ibu bapa demi kewangan dan selepas mereka meninggal dunia,

dia akan hidup dalam kesengsaraan dan menyesal pada masa depan kerana dia tiada

perluang yang berbakti kepada ibu bapanya lagi


Analisis kumpulan

Bagi menyempurnakan pendidikan moral ini, satu questionnaire telah diadakan

oleh kumpulan kami dan seramai 50 pelajar dari UTAR Kampar, Perak telah mengambil

bahagian dalam survey ini. Berikut adalah petikan soalan dan analisis daripada

questionnaire tersebut.

1) Berapa lamakah kamu meluangkan masa untuk bersembang dengan ibu bapa dan

ahli keluarga anda dalam seminggu?

a. 1~20 minit (4orang, 8%)

b. 21~40 minit (20orang, 40%)

c. 41~60 minit (15orang, 30%)

d. Lebih daripada 60 minit (11orang, 22%)

Jawapan
A B C D
22%
8%

40%

30%
Kebanyakan daripada pelajar UTAR akan meluangkan masa antara 21-40minit

dan 41-60minit seminggu untuk bersembang dengan ibu bapa mereka dan ini

menunjukan pelajar di UTAR agak mementingkan hubungan antara mereka dengan ibu

bapa mereka walaupun mereka terpaksa berjauhan dengan mereka untuk menuntut

pelajaran mereka dalam UTAR.

2) Apakah masalah yang pertama terlintas dalam fikiran anda apabila terfikir tentang

kekeluaragaan?

a. Penderaan kanak-kanak. (16orang, 32%)

b. Penceraian. (10orang, 20% )

c. Perebutan harta (8orang, 16%)

d. Konflik. (6orang, 12%)

e. Saya tidak pernah terfikir. (10orang, 20%)


Jawapan
A B C D E
20%
32%

12%

16% 20%

Dalam pendekatan mereka, isu kekeluargaan lebih cenderung kepada penderaan

kanak-kanak yang merangkumi 40% daripada jumlah diikuti dengan isu penceraian,

perebutan harta dan akhirnya, konflik. Kebanyakan pelajar berpendapat sedemikian

kerana isu-isu penderaan kanak-kanak merupakan 1 topik yang agak biasa dalam media

masa seperti suratkhabar,radio dan televisyen.

3) Pada pendapat anda, antara 2 teori tersebut, yang manakah lebih sesuai

digunakan untuk menyelesaikan masalah tentang isu kekeluargaan?

a. Teori Egoisme lebih sesuai. (9orang, 18%)

b. Teori Eksistensialisme lebih sesuai. (39orang, 78%)

c. Saya tidak pernah belajar tentang kedua-dua teori ini.(2orang,4%)


Jawapan
A B C

18%
4%

78%

Antara 48 pelajar yang mengetahui kedua-dua teori tersebut, kebanyakan

berpendapat bahawa Teori Eksistensialisme lebih sesuai diamalkan untuk menyelesaikan

masalah tentang isu-isu kekeluargaan. Mereka berpendapat bahawa teori egoisme yang

terlalu mementingkan kepentingan diri sendiri tidak harus diamalkan kerana dalam

sebuah kekeluargaan, adalah lebih wajar untuk menjaga kepentingan semua orang

daripada hanya menjaga kepentingan diri sendiri sahaja.

4) Pada pendapat anda, nilai yang manakah harus diberi keutamaan dalam isu

kekeluargaan?

a. Kasih sayang terhadap keluarga. (20orang, 40%)

b. Hormat dan taat kepada anggota keluarga. (15orang, 30%)


c. Tanggungjawab terhadap keluarga. (15orang, 30%)

Jawapan
A B C
30%

40%

30%

Pelajar-pelajar berpendapat bahawa nilai kasih sayang terhadap keluarga harus

diberi keutamaan dan seterusnya hormat dan taat kepada anggota keluarga dan

tanggungjawab terhadap keluarga dianggap sama penting. Mereka berpendapat bahawa

ketiga-tiga nilai ini agak penting untuk mengekalkan sebuah keluarga yang sempurna.

5) Bagaimanakah anda akan bertindak apabila berlakunya konflik dalam keluarga

anda?

a. Saya akan berbincang dengan mereka dan seterusnya mencari jalan

penyelesaian yang sesuai. (45orang, 90%)

b. Saya akan mengelakkan diri dari konflik dan keesokan harinya anggap

konflik ini tidak berlaku dan bertergur sapa . (3orang, 6%)


c. Saya akan menegaskan bahawa saya adalah betul dan semua anggota

keluarga yang bercanggahan pendapat dengan saya adalah salah. (2orang,

4%)

Jawapan
A B C

6%
4%

90%

Kebanyakan daripada pelajar berpendapat bahawa perbincangan adalah cara yang

paling sesuai untuk menyelesaikan konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga. Ini

adalah kerana mereka mendapati jika konflik yang kecil itu jike tidak mengurus dengan

baik , ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar.


Kesimpulan

Konflik berlaku tidak kira di mana-mana sahaja, walaupun dalam sesebuah

keluarga juga terdapat konflik dan lain-lain masalah. Konflik berlaku disebabkan

pertembungan dua perkara atau lebih yang melibatkan soal kehendak, perasaan dan

pendapat yang berlainan. Konflik kadang kala boleh memudahkan ahli keluarga lebih

memahami antara satu dengan lain, tetapi jika konflik tidak diuruskan dengan sebaik-

baiknya, sebuah keluarga yang sempurna mungkin akan menjadi porak-peranda

disebabkan konflik kecil ini.

Kami mencadang beberapa cadangan untuk mengeratkan hubungan antara ahli-

ahli keluarga. Pertama, setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai-nilai moral

berkaitan dengan kekeluargaan iaitu kasih sayang terhadap keluarga, hormat dan taat

kepada anggota keluarga dan tanggungjawab terhadap keluarga. Jikalau semua anggota

dalam sesebuah keluarga itu mempunyai nilai-nilai tersebut dalam diri mereka,mereka

akan mementingkan keharmonian dalam keluarga dan tidak akan bergaduh antara satu

sama lain.

Kedua, ahli-ahli keluarga yang terlibat dalam konflik haruslah mengetahui sebab-

sebab mereka terlibat dalam konflik dan saling mengetahui pendapat, soal kehendak

antara satu sama lain untuk mengelakkan konflik yang sama berlaku sekali lagi.

Ketiga, jikalau berlakunya konflik dalam keluarga, ahli-ahli keluarga yang terlibat

haruslah memenangkan hati dan berkomunikasi antara satu sama lain dan mengadakan

perbincangan untuk mencari satu penyelesaian yang paling baik untuk kedua-dua pihak

dan bukannya hanya sekadar mengelakkan konflik sahaja.


Akhirnya, semua anggota keluarga haruslah mengambil perhatian tentang

perkara-perkara yang berlaku di sekeliling ahli-ahli keluarga dan meluangkan masa untuk

bersembang dan mengadakan aktiviti seperti Hari Keluarga dan lain-lain untuk

mengeratkan hubungan antara satu dengan lain. Jikalau seseorang menghadapi masalah

yang amat susah, anggota keluarga yang lain haruslah member sokongan kepada mereka

dan bersedia memberikan bantuan kepada mereka.


RUJUKAN

Internet

1)______(2006). Kesan-kesan Perceraian, Di petik di

http://app.syariahcourt.gov.sg/syariah/front-end/AbtDivorce_EffectsOfDivorce_M.aspx,
pada 1 November 2006.

2)______(2007). Kesan-kesan perceraian kepada anak-anak, Di petik di

http://intim.wordpress.com/2007/02/02/kesan-perceraian-kepada-anak-anak/, pada 2
Februari 2007.

3) ______(2008). Kesan Penderaan semasa kanak-kanak, Di petik di

http://blog.dcckmona.com/kehidupan/343/kesan-penderaan-semasa-kanak-kanak.html,
pada 2 November 2008.

4)______(2009). Jodoh singkat-Berita Harian, Di petik di

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090426082855/Article
, pada 26 April 2009.

5)______(2009). Wanita dedahkan jadi mangsa sejak berumur lima tahun-Berita Harian,
Di petik di

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20091113000652/Article/,
pada 13 November 2009.

) ______(2009). Agama Buddha, Di petik di

http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Buddha, pada 18 November 2009.

7) ______(2009). Buddha, Di petik di


http://www.ehipassiko.net/index.php?
option=com_content&view=article&id=30&Itemid=12&limitstart=1, pada 13 November
2009.

8) ______(2006). Faktor-faktor penderaan seksual kanak-kanak , Di petik di

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/dera-seksual-kanak.html, pada 5 Oktober 2006.

9) ______(2009). Sebab dan Akibat Masalah Keluarga, Di petik di

http://www.keluargabesar.net/index.php?
option=com_content&view=article&id=120:sebab-dan-akibat-masalah-
keluarga&catid=35:keluarga&Itemid=55 ,pada 11 Jun 2009.

10) ______(2009).Langkah-langkah untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak,


Di petik di
http://cgsue4118.forumotion.com/bahagian-a-dan-b-f3/mohd-rajis-langkah-langkah-
untuk-mengatasi-masalah-penderaan-kanak-kanak-t264.htm, pada 23 Jun 2009.

11) ______(2009). Tips Rahasia Mencapai Hidup Bahagia , Di petik di

http://www.klipingku.com/2009/07/tips-rahasia-mencapai-hidup-bahagia/, pada 20 Julai


2009.

12) _______. Agama Islam, Di petik di

http://www.alquran-melayu.com/

13) ______(2008). Agama Islam, Di petik di

http://3gplus.wordpress.com/2008/04/21/sejarah-perkembangan-islam-di-dunia/, pada
21 April 2008.

You might also like