You are on page 1of 1

PANDUAN MERANCANG PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI

1. Program meliputi sekurang-kurangnya 3 kategori murid:

1.1 Melonjak Peratus A


1.2 Mengecilkan GPMP (naik grade)
1.3 Meningkatkan Peratus Lulus

2. 2.1 Program bukan yang dijalankan pada waktu PdPc. Program ialah aktiviti yang dilaksanakan
di luar waktu PdPc. Contohnya, selepas sekolah, hari Sabtu, hari Cuti Penggal.

2.2 Cara-cara mengajar atau fokus kepada bahagian / unit / kertas peperiksaan merupakan
pedagogi bukan Program. Oleh itu bagi pedagogi, gunakan tajuk seperti berikut:

A) Penambahbaikan Pedagogi

A.1 Dalam PdPc mulai bulan Julai, murid yang mendapatkan markah kurang
daripada 25 markah, berfokus kepada teknik-teknik menulis jawapan Kertas 3
Sejarah

3. Program adalah aktiviti yang dilaksanakan dalam satu tempoh masa yang panjang, kecuali
seminar teknik menjawab atau kem pembelajaran

4. Kenal pasti bilangan murid dan nama murid, sediakan Senarai Semak Markah Murid dalam PAT T4,
Ujian Mac, Pertengahan Tahun dan Percubaan supaya perkembangan mereka dapat dipantau.

5. Dalam Post-Mortem SPM 2018, Bahagian Pencapaian Kualiti (%A dan GPMP) perlu ada program
meningkat prestasi bagi

5.1 Kumpulan Lonjakan %A


5.2 Kumpulan Mengecilkan Grade (dari E atau D ke B atau C)
5.3 Kumpulan Harlus (kumpulan murid yang hampir lulus atau ada harapan dari tak lulus jadi
lulus)

You might also like