You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI OMAR TAHIR

TEL: 04-4473303 / Email: kba3013@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH (SKPMg2)

BIL.1 TAHUN 2019

Tarikh : 31 Januari 2019


Masa : 12.45 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKHOT
Pengerusi : En. Mohd Zubir Bin Zainal Abidin

Kehadiran :
1. Pn. Wan Rozita Binti Wan Osman Guru Besar
2. En. Mohd Zubir Bin Zainal Abidin PK Pentadbiran
3. En. Md. Yusoff Bin Noh PK Hal Ehwal Murid
4. En. Mohd Rozaimi Bin Mohd Fadzil PK Kokurikulum
5. Pn. Roslina Binti Mohd Radzi KP Sains
6. Pn. Kiliyarasi A/P Muruthi KP Pendidikan Seni Visual
7. Pn. Atikah Binti Ismail KP Bahasa Melayu
8. Pn. Roziana Binti Othman KP Matematik
9. En. Mohd Zaaim Bin Abdul Majid Guru Data
10. En. Khalid Bin Hashim KP Sejarah
11. En. Sallehudin Bin Mohd Noor KP Pendidikan Islam
12. Pn. Norhaliza Binti Ahmad KP Bahasa Inggeris
13. Pn. Rohaiza Binti Abd Rahim KP Reka Bentuk & Teknologi
14. En. Zakaria Al Ansori Bin Ahmad KP Bahasa Arab

Hadir Bersama :
Tiada

Tidak Hadir :
1. En. Shahrudin Bin Abdul KP Pendidikan Jasmani/Kesihatan
2. Pn. Suriani Bin Shamsudin KP Pendidikan Muzik

1
Urus setia :
Pn. Roslina Binti Mohd Radzi – Setiausaha SKPMg2

I. PEI. PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Sekolah kali pertama.
Tindakan : Makluman
1.3 Pengerusi menegaskan tentang kepentingan jawatankuasa ini
yang merupakan penggerak kepada sekolah dalam memastikan
sekolah berkesan dalam beberapa aspek iaitu pengurusan
organisasi, pdpc, hal ehwal murid dan juga kokurikulum.
Tindakan : Makluman
1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa skor penilaian SKPMg2 ini akan
dilaksana mengikut 2 fasa iaitu :
Fasa 1 (1 Januari - 31 Mac)
Fasa 2 (1 Ogos -15 November)
Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memberi
komitmen yang terbaik.
Tindakan : Makluman

II. JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI TAHUN


2019
2.1 Setiausaha mengedarkan salinan jawatankuasa SKPM sekolah bagi
tahun 2019 kepada semua ahli.
2.2 Pengerusi memberikan sedikit penerangan tentang tugas dan
tanggungjawab ahli jawatankuasa SKPM.
2.3 Pengerusi memohon agar ahli jawatankuasa SKPM ini akan
memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka.
Tindakan : Ahli JK SKPM

III. PELANTIKAN PASUKAN PELAKSANA STANDARD (PPS)


3.1 Pengerusi menyampaikan surat pelantikan jawatankuasa Pasukan

2
Pelaksana Standard (PPS) kepada guru-guru yang
bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pengoperasian
sesuatu aspeK TUMS di sekolah.
Tindakan : PPS

IV. PEMBAHAGIAN TUGAS DAN PEMBERIAN SKOR SKPM 2019 FASA


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pemberian skor akan
dimulakan secepat mungkin. Pembahagian tugas telah diberikan
dalam setiap aspek penilaian. Dengan ini, semua ahli
jawatankuasa boleh mula melaksanakannya mengikut bahagian
masing-masing.
Tindakan : Semua ahli jawatankuasa

V. BORANG PENILAIAN KENDIRI


5.1 Setiap guru perlu mengisi Borang Penilaian Kendiri, cetak satu
salinan dan hantar kepada PK Pentadbiran serta emailkan
softcopy kepada PBS.
Tindakan : Semua guru
5.2 Guru data akan mengumpul semua borang dan masukkan skor
dalam portal SKPMg2 sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.
Tindakan : Guru Data
5.3 Sepanjang bulan April hingga November, pencerapan pdpc
perlu dilakukan oleh pihak pentadbir sekurang-kurangnya 2 kali.
Tindakan : Pentadbir sekolah

VI. PENULISAN EVIDENS


6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penulisan evidens dalam
borang Aspek/TUMS sangat penting. Setiap PPS haruslah
memastikan evidens yang ditulis itu adalah sahih.
Tindakan : PPS
6.2 Pengerusi akan memberikan contoh penulisan evidens dan
memberikan penerangan kepada semua guru.
Tindakan : PK Pentadbiran
6.3 Pengerusi meminta guru-guru dalam panitia / bidang masing-
masing membantu PPS dalam menyediakan dan

3
mengemaskinikan evidens bagi setiap Aspek/ TUMS.
Tindakan : Semua guru dan PPS
6.4 Evidens bagi pdpc haruslah disimpan oleh guru-guru yang
dicerap. Antara bahan bukti pdpc adalah seperti RPH pdpc yang
dicerap, gambar-gambar atau rakaman yang dibuat semasa
pdpc, carta, ABM/BBM, lembaran kerja, buku tulis dan
sebagainya.
Tindakan : Semua guru yang dicerap

VII. PENETAPAN KEMASUKAN DATA


7.1 Borang yang telah diisi skor perlu dikumpul dan diserah dahulu
kepada Puan Guru Besar.
Tindakan : PK Pentadbiran
7.2 PPS yang dilantik dinasihatkan untuk mengisi skor 2 atau 3 untuk
pengisian kali pertama.
Tindakan : PPS

VIII. HAL-HAL LAIN


8.1 Pengerusi memaklumkan tentang Taklimat SKPMg2 kepada
semua guru di sekolah akan diadakan nanti.
8.2 Pengerusi memaklumkan bahasa borang-borang berkaitan SKPM
akan diedarkan kepada PPS pada hari taklimat SKPMg2.
Tindakan : PK Pentadbiran
8.3 Puan Guru Besar mengharapkan agar PPS yang dilantik dapat
memberikan kerjasama dan komitmen yang baik serta berintegriti
dalam menilai sesuatu perkara atau program.
8.4 Beliau mengingatkan semua guru agar memastikan semua
evidens yang dicatat dan diberi skor dalam borang perlu ada
dan disimpan dengan baik dalam fail atau secara softcopy.
Tindakan : PPS

IX. PENUTUP
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan ucapan
terima kasih daripada pengerusi.

4
Urus setia : Pn. Roslina Binti Mohd Radzi
Tarikh : 14 Februari 2019

Disediakan oleh : Disemak olah :

……………………………… …………………………………
(ROSLINA BINTI MOHD RADZI) (MOHD ZUBIR BIN ZAINAL ABIDIN)
Setiausaha JK SKPM Sekolah (JKSS) Penolong Kanan Pentadbir
SK Haji Omar Tahir SK Haji Omar Tahir

You might also like