You are on page 1of 9

UNIT 1: PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Aktiviti 1:

Memahami (memerihal dan menerangkan)


tingkah laku pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Meramalkan tingkahlaku gantian yang


mungkin berlaku.

TUJUAN Mengawal tingkahlaku tersebut.


PSIKOLOGI
PENDIDIKAN

Membantu para guru dan para calon guru


dalam mengembangkan pemahaman yang
lebih baik mengenai pendidikan dan
prosesnya (Surya, 1982).

Memecahkan masalah-masalah yang


terdapat dalam dunia pendidikan dengan
cara menggunakan kaedah-kaedah yang
disusun secara rapid dan sistematis
(Chaplin, 1972).

Refleksi:

Berikut merupakan darjah implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah hasil daripada
perbincangan saya dan rakan-rakan:

1. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran- apabila kita telah dapat


mengesan pelbagai ciri-ciri yang ada pada murid-murid seperti perbezaan individu, sosial,
kognitif,emosi dan sebagainya, kita dapat mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam
menangani masalah dalam bilik darjah. Antara langkah untuk menangani perbezaan kognitif,
kita boleh mengasingkan anatara murid- murid mengikut tahap kecerdasan dan
kebolehannya.

2. Berfaedah kepada pendidik untuk membolehkan mereka memahami mengapa pelajar


bertingkahlaku sedemikian, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Membantu
pendidik merancang objektif dan matalamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya
dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran yang ditetapkan.

3. Melalui kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia. Pendidik dapat mengetahui


tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal, kognitif, social dan emosi. Dengan ini,
pendidik dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yangs esuai dengan tahap
perkembangan pelajar.

4. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu bidang pendidikan seperti


masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Data dan maklumat
yang dieroleh akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

5. Guru akan lebih prihatin kepad indiividu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih
sabar apabila membimbing kanak-kanak itu dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
mereka menyedari aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Dengan adanya ilmu psikologi, para guru bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu
tetapi dapat mehirkan manusia yang sempurna yang baik budi pekertinya dan
bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agamanya
UNIT 2: PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Aktiviti 1: Lengkapkan jadual ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan.

PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN

Bersifat kuantitatif Bersifat kualitatif

Pertambahan dari segi fizikal: tinggi, berat, Peningkatan motor halus dan motor kasar.
kadar bentuk badan, pertumbuhan organ
dalaman.

Keupayaan berfikir berbeza mengikut tahap Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
umur.

Keupayaan untuk berinteraksi. Memperlihatkan ciri-ciri dalam norma


pergaulan manusia, adab dan nilai.

Meluahkan perasaan. Berupaya menguasai dan perasaan

Struktur mendahului fungsi: struktur Susunan perkembangan adalah serupa dan


kumpulan otot akan menjadi lengkap berperaturan, dapat diramal bagi semua ahli
sebelum digunakan. dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak
berkembang secara berperingkat.

Mengikut proses kematangan. Berterusan dari mula sehingga ke akhir


hayat melebihi peringkat perkembangan.

Peringkat pertumbuhan sama bagi semua Berlaku mengikut kadar berlainan.


individu tetapi kadar berlainan.

Aktiviti 2: Huraikan factor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari aspek


baka dan persekitaran.

Pengaruh Baka

Umum menyedari bahawa baka atau keturunan memberikan pengaruh yang besar
dalam proses pertumbuhan dan perkembangan individu. Antara pengaruh yang sangat ketara
ialah sifat fizikal seseorang seperti saiz badan, warna mata, warna rambut, warna kulit, jenis
darah dan penyakit. Baka ialah ciri-diri pewarisan yang diperturunkan oleh ibu dan bapa malah
nenek moyang kepada anak yang dilahirkan. Baka diperturunkan kepada anak-anak melalui
gen. Ciri-ciri fizikal yang sangat jelas menampakkan pengaruh baka boleh dilihat pada warna
kulit. Secara umumnya kanak-kanak berketurunan Melayu mempunyai kulit sawo matang,
keturunan Cina pula berkulit cerah dan India berkulit gelap. Begitu juga dengan bentuk
rambut. Masyarakat orang Asli akan mewarisi rambut kerinting. Pengaruh yang paling ketara
dalam pewarisan baka ialah penyakit. Banyak penyakit yang berlaku disebabkan oleh
pengaruh baka. Antara penyakit yang disebabkan oleh baka berdasarkan Kementerian
Kesihatan Malaysia ialah penyakit Pompe, penyakit Kencing Sirap Maple (Maple syrup urine
disease - MSUD) dan penyakit Gaucher atau Galactosemia merupakan sejenis penyakit
genetik dalam kelompok Kecacatan Metabolik Semulajadi Inborn Errors Metabolism (IEM),
penyakit Tay-Sachs adalah sejenis penyakit genetik yang berlaku apabila kuantiti banyak
gangliosida , sejenis terbitan asid lemak, penyakit Sistik Fibrosis (bahasa Inggeris cystic
fibrosis), Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal dan kering,
penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, sindrom dawn dan Skizofrenia
adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan Porphyria bukannya satu
penyakit yang berjangkit tetapi merupakan penyakit genetik yang boleh diwarisi. Selain itu,
sahsiah juga boleh menerima kesan daripada baka. Contohnya sifat introvert atau ekstrovert
yang ada pada pembawa gen iaitu ibu atau bapa akan diwarisi oleh anak-anaknya. Begitu
juga dengan kecerdasan seseorang. Ketika lahir, bayi tidak sahaja mewarisi bentuk fizikal
induknya, bahkan turut mewarisi kelenjar-kelenjar rasa, otak dan struktur lain yang penting
dalam pembentukan kederdasan seseorang.

Pengaruh persekitaran

Memang tidak dinafikan bahawa baka memberi pengaruh, tetapi baka hanya
mempengaruhi pertumbuhan, tidak perkembangan. Sedangkan persekitaran mempengaruhi
kedua-duanya sekali. Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran
merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat
persenyawaan. Norman L. Munn pula mendefinisikan persekitaran sebagai segala benda
yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke mengatakan
persekitaran itu ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu. Berdasarkan takrifan di atas, persekitaran merujuk kepada suasana di
sekeliling individu yang meliputi kawasan tempat tinggal, sosioekonomi, sosiobudaya,
pergaulan, pendidikan, pemakanan, alam sekitar, rakan sebaya, media massa dan
sebagainya. Suasana ini dialami setiap hari dari semasa ke semasa. Justeru sudah pastilah
persekitaran memberi pengaruh yang sangat besar kepada pertumbuhan dan perkembangan
individu. Dalam Teori Ekologi Urie Bronfenbrenner, beliau mengemukakan teori ekologi yang
membuat perkaitan antara pengaruh persekitaran terhadap perkembangan dan tumbesaran
individu. Terdapat lima peringkat yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro; sistem
messo; sistem ekso; sistem makro dan sistem krono. Sistem makro merupakan satu sistem
di mana seseorang individu itu banyak menghabiskan masanya. Dalam sistem ini seseorang
individu itu berinteraksi secara langsung dengan ahli keluarga seperti ibu bapa, adik beradik,
rakan sekolah, rakan kejiranan, rakan sebaya serta masyarakat sekitar tempat tinggalnya.
Sistem messo pula merujuk kepada bagaimana individu itu berinteraksi dan
menghubungkaitkan pengalaman bersama kominuiti dalam sistem makro. Disebabkan
seseorang individu itu bukanlah hanya bersifat sebagai penerima pasif, maka berlaku interaksi
pelbagai hala yang akan mempengaruhi perkembangan individu itu sendiri. Sistem ekso pula
merujuk kepada pengalaman yang diterima secara langsung oleh seseorang individu
walaupun ianya tidak termasuk dalam system itu. Contohnya peraturan yang ditetapkan oleh
Pihak Kerajaan Tempatan dalam penggunaan kemudahan awam secara tidak langsung akan
mempengaruhi perkembangan individu tersebut. Sistem makro pula melibatkan sosio budaya
yang lebih luas di mana seseorang individu itu berada dalam lingkungan budaya, nilai,
peraturan dan adat resam yang diamalkan. Contohnya negara barat yang sangat terbuka
terhadap pergaulan antara lelaki dan perempuan menyebabkan individu itu tiada rasa segan
dalam pergaulan berlainan jantina berbanding Malaysia yang tidak menerima hubungan
bebas seperti ini. Sistem Krono iaitu merujuk kepada sejarah atau pengalaman
perkembangan seseorang individu itu memberi kesan kepada perkembangan emosinya.
Jelasnya, berdasarkan teori ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner menunjukkan
bahawa persekitaran hidup yang dialami oleh seseorang individu sangat-sangat memberi
kesan kepada pertumbuhan dan perkembangannya.

Refleksi: Berdasarkan factor-faktor pertumbuhan dan perkembangan yang anda dapat lihat
pada seorang remaja berusia 15 tahun, bincangkan faktor manakah yang lebih banyak
mempengaruhi pertumbuhan perkembangannya.

Bagi seorang remaja berusia 15 tahun, faktor persekitaran lebih banyak


mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangannya. Memang tidak dinafikan bahawa baka
memberi pengaruh, tetapi baka hanya mempengaruhi pertumbuhan, tidak perkembangan.
Sedangkan persekitaran mempengaruhi kedua-duanya sekali. Perkara ini dapat diperjelaskan
lagi dengan melihat kepada teori Ekologi Urie Bronfenbrenner. Antara pengkaji yang
memberikan fokus kepada pengaruh persekitaran ialah Urie Bronfenbrenner (1917). Beliau
mengemukakan teori ekologi yang membuat perkaitan antara pengaruh persekitaran
terhadap perkembangan dan tumbesaran individu. Terdapat lima peringkat yang
mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro; sistem messo ; sistem ekso; sistem makro dan
sistem krono.

Sistem makro merupakan satu sistem di mana seseorang individu itu banyak
menghabiskan masanya. Dalam sistem ini seseorang individu itu berinteraksi secara
langsung dengan ahli keluarga seperti ibu bapa, adik beradik, rakan sekolah, rakan kejiranan,
rakan sebaya serta masyarakat sekitar tempat tinggalnya.

Sistem messo pula merujuk kepada bagaimana individu itu berinteraksi dan
menghubungkaitkan pengalaman bersama kominuiti dalam sistem makro. Disebabkan
seseorang individu itu bukanlah hanya bersifat sebagai penerima pasif, maka berlaku interaksi
pelbagai hala yang akan mempengaruhi perkembangan individu itu sendiri.

Sistem ekso pula merujuk kepada pengalaman yang diterima secara langsung oleh
seseorang individu walaupun ianya tidak termasuk dalam system itu. Contohnya peraturan
yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan Tempatan dalam penggunaan kemudahan awam secara
tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan individu tersebut.

Sistem makro pula melibatkan sosio budaya yang lebih luas di mana seseorang
individu itu berada dalam lingkungan budaya, nilai, peraturan dan adat resam yang diamalkan.
Contohnya negara barat yang sangat terbuka terhadap pergaulan antara lelaki dan
perempuan menyebabkan individu itu tiada rasa segan dalam pergaulan berlainan jantina
berbanding Malaysia yang tidak menerima hubungan bebas seperti ini.

Sistem Krono iaitu merujuk kepada sejarah atau pengalaman perkembangan


seseorang individu itu memberi kesan kepada perkembangan emosinya.

Jelasnya, berdasarkan teori ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner


menunjukkan bahawa persekitaran hidup yang dialami oleh seseorang individu sangat-sangat
memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangannya.
UNIT 3: PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL INDIVIDU HINGGA REMAJA.

Aktiviti 1: Berikan konsep perkembangan fizikal kanak-kanak hingga remaja serta apakah
perubahan yang dapat anda perhatikan dari segi fizikal dari kecil hingga remaja.

Awal dan remaja Perubahan: Tinggi, berat, kadar bentuk badan


[12-18 tahun]

Perubahan: Keupayaan berbeza mengikut umur.


Kanak-kanak Contoh, umur 6 tahun tidak boleh melukis, umur 7
[6-12 tahun]
tahun sudah boleh.

Lahir hingga
awal kanak-
kanak.
Perubahan: Bayi berusia 10 bulan dan 18 masing-
[0-8 tahun] masing sudah mampu berjalan pada masa yang
sama. Hanya mampu merangkak pada awalnya.

Kesan
Kematangan, hasil perkembangan hasil interaksi
perkembangan
fizikal kanak-
diantara kematangan dan pembelajaran
kanak hingga
remaja.

Konsep Perkembangan menurut Crow ialah perkembangan merupakan perubahan secara


‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada
berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah
mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Aktiviti 2: Berikan justifikasi sejauhmanakah seorang guru mengaplikasikan perkembangan


fizikal dalam bilik darjah.

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan


dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Perkembangan fizikal
kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh golongan pendidik supaya
perkembangan fizikal kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat
ditingkatkan lagi dalam diri kanak-kanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik
memahami mengapa pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian. Pertumbuhan, kemahiran
psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.
Pembelajaran kanak-kanak adalah melalui pengalaman fizikal melibatkan penguasaan aspek
psikomotor iaitu motor kasar dan motor halus. Sehubungan itu, guru dinasihatkan agar dapat
menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan jantina, saiz,
berat badan dan keperluan pelajar. Misalnya, permainan bola jarring, bola speak, ragbi dan
sebagainya, Keprihatinan guru akan membantu mengurangkan masalah penyesuaian social
para pelajar. Dalam satu situasi di mana guru mengajar kanak-kanak istimewa, adakah amat
penting guru memahami perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut agar dapat menyediakan
aktiviti dan rancangan pengajaran harian yang bersesuaian dengan motor kasar, motor halus
murid tersebut.

Refleksi: Perkembangan fizikal otak dan badan seseorang individu akan mempengaruhi
perkembangan kognitif dan keupayaannya mengawal diri dalam menyesuaikan diri dengan
persekitarannya. Pada pendapat anda, apa akan berlaku sekiranya seseorang pelajar itu
mengalami perkembangan fizikal yang lambat?

Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu,


Misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan.
Jika kanak-kanak tersebut mempunyai kekurangan dalam aspek perkembangan fizikal,
mereka tidak akan dapat bersaing dengan rakan-rakan pelajar. Contohnya, Josh tidak dapat
melontarkan bola tersebut 2 meter lebih jauh berbanding jarak yang dilontarkan oleh Darroll,
menyebabkan Josh seringkali dipinggirkan dalam permainan bola keranjang. Jika kanak-
kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin akan mengakibatkan mereka disishkan
daripada rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi
keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disish daripada kumpulan
mungkin akan mempengaruhi perkembangan personalitinya.
UNIT 4: PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF INDIVIDU HINGGA REMAJA
BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI

Aktiviti 1: Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan kefahaman anda terhadap setiap
teori perkembangan kognitif.

Refleksi: Berikan justifikasi bagaimana anda seorang guru mengaplikasikan teori


perkembangan kognitif berdasarkan kepada teori Vygotsky.

Sebagai seorang guru, saya akan mengaplikasikan teori Vygotsky dengan cara
menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai
objektif pengajaran yang efekif. Langkah-langkah aktiviti yang dirancang juga akan
mengambil kira tahap pelajar, kemampuan fizikal, motor kasar dan motor halus. Selain itu,
saya akan menyediakan lebih banyak bahan, sumber dan contoh untuk membantu pelajar
membuat perkaitan dengan kandungan pelajaran yang dipelajari. Saya juga akan
menggalakkan murid yang cemerlang untuk membantu rakan mereka yang masih kurang
pandai. Tambahan pula, semasa aktiviti sedang dijalankan, saya akan memastikan pantauan
dan bimbingan serta galakkan untuk bertanya soalan kepada guru jika was-was amatlah
digalakkan. Semua langkah ini mengambil kira 3 komponen utama dalam teori Vygotsky iaitu
Internalization, Scaffolding dan Zon Perkembangan Proksimal (ZPP).

You might also like