You are on page 1of 3

1.

Kepelbagaian Dimensi Murid Pemulihan Khas

 Penempatan

Isu ini merupakan antara yang sering dibahaskan di peringkat sekolah antara guru
Pendidikan Khas, Guru Pemulihan dan pihak pentadbir serta ibu bapa. Bagi sebahagian
ibu bapa masih tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka perlu dimasukkan ke
kelas Pendidikan Khas. Oleh yang demikian kriteria dan instrumen pemilihan perlu sesuai
dengan kepelbagaian katogeri murid. Setiap orang murid adalah berbeza dari aspek
kognitif, emosi dan afektif. Mereka perlu dinilai dengan cara yang berbeza dan sesuai
dengan tahap keupayaan mereka. Meskipun ada instrumen penempatan yang disediakan
oleh kementerian tetapi tidak boleh digunakan kepada semua murid. Terutama sekali bagi
murid dari katogeri slow learner atau lembam.

Cadangan penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar yang
berkelayakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pada tahun 90an
hanya doktor pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri sahaja yang layak membuat ujian
penempatan. Ianya mengambil masa dari dua minggu hingga ke sebulan sebelum
mengesahkan kecacatan yang dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa siri
pemeriksaan murid tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan tahap kematangan
pemikirannya akan dikukur. Begitulah sukarnya mendapatkan kelulusan dari pihak doktor.
Isunya ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari doktor boleh
mengesahkan penempatan untuk murid. Ibu bapa selalu merungut pihak hospital tidak
menjalankan rawatan secara terperinci . Lebih malang lagi ada doktor yang tidak ada
pengetahuan langsung dalam bidang Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada
sebahagian murid yang dari katogeri lembam atau slow learner ditandakan sebagai
terencat akal. Malahan ada murid down sindrom ditandakan sebagai slow learner. Hal
yang sedemikian mendatangkan masalah dalam kalangan guru menentukan kumpulan
belajar atau kelas bagi murid tersebut. Sangat meragukan pula ialah kenapa sekarang
mana-mana doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa merujuk
kepada pakar-pakar yang berkelayakan. Senario inilah yang menjadikan masalah utama
dalam penempatan murid Pendidikan Khas. Kita tidak mempertikaikan kewibaan doktor
tersebut tetapi masih kedengaran rugutan dari penjaga bahawa tidak ada sebarang
pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai dengan instrument
yang dibekalkan oleh pihak guru.
Kebimbangannya ialah salah penempatan akan menyebabkan murid tersebut dibafikan
hak mereka dalam mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Contohnya isu mengenai
murid pemulihan yang ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau sebaliknya.
Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana keputusan
penempatan yang tidak sesuai. Kebanyakan doktor tidak faham program yang berkaitan
dengan perkataan integrasi, inklusif, masalah pembelajaran, kelas biasa, kelas pemulihan
dan Pemulihan Dalam Komuniti.
Mutakhir ini kebanyakan sekolah mengajar status Sekolah Cemerlang, Berprestasi Tinggi
dan sebagainya. Rata-rata guru besar mempunyai target untuk mencapai cita-cita
tersebut. Isunya ialah belum tamat bulan Januari sudah ada murid tahun satu dikeluarkan
dari sekolah mereka kerana tidak pandai membaca dan menulis dengan baik. Guru Besar
kini sudah pandai promosi kelas Pendidikan Khas kepada penjaga yang ada anak
sedemikian. Ini semuanya bertujuan untuk mengecilkan data murid tegar pada
pertengahan tahun nanti. Hak murid untuk belajar dan dididik dinafikan kerana mereka
belum berpeluang pun untuk merasai suasana persekolahan yang sebenar. Ini kerana
pada awal Januari biasanya program transisi dijalankan sebelum mereka disaring dalam
ujian LINUS saringa 1, 2 dan 3. Sedangkan pihak kementerian telah mengeluarkan
pekeliling mengenai penempatan murid tahun 1 ke kelas Pendidikan Khas hanya selepas
saringan ke 3.

Pihak jabatan pula kurang peka dalam hal ini dan kadangkala urusan penempatan pun
tidak sesuai dengan Program Integrasi. Pernah berlaku murid cacat pendengaran di
tempatkan di kelas masalah pembelajaran. Alasannya ialah atas permintaan penjaga.
Seharusnya pihak jabatan perlu memaklumkan kepada penjaga tersebut penempatan
yang sesuai untuk anak mereka. Kesilapan yang beginilah yang menyebabkan guru
Pendidikan Khas rasa terbeban dan sukar menjalankan proses pengajaran dengan
berkesan.

 Perbezaan Individu

You might also like