You are on page 1of 46
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR.GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA ‘SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ‘ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK £2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE (2604 PUTRAIAYA MALAYSIA, To: #603-8884 9202 Feks : +603-8888 6680 Ruj. Kami: KPM.100-1/7/2 Jid. & (2.4) Tarikh: 3{ Disember 2018 Semua Ketua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datir/Tuan/Puan, SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 12 TAHUN 2018 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MATA KREDIT PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (MyPPB) PEGAWA! PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TUJUAN 1. Surat siaran ini dikeluarkan untuk memaklumkan pelaksanaan MyPPB bagi PPP, KPM. LATAR BELAKANG 2. KPM telah membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan matlamat mengekalkan kualiti guru melalui Anjakan Keempat, iaitu Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan. Bagi mencapai hasrat tersebut, KPM amat menekankan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) bagi PPP untuk peningkatan kompetensi dan prestasi yang lebih mantap demi menghadapi transformasi pendidikan. PPB periu dilaksanaken secara tekal, berfokus dan menyeluruh. Website :http:imuwmoe.gov.my! 3. Pelaksanaan MyPPB bagi PPP, KPM telah diluluskan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil. 26/2018 pada 13 September 2018. PELAKSANAAN 4. Garis panduan Pelaksanaan MyPPB bagi PPP, KPM menjelaskan kandungan MyPPB yang mengandungi penerangan lengkap tentang latar belakang, objektif, definisi operasi, peranan dan tanggungjawab, kaedah pelaksanaan, kaedah perekodan, jumlah mata kredit minimum setahun, kegunaan MyPPB serta deskripsi aktiviti PPB. 5. Bersama-sama ini disertakan garis panduan tersebut untuk semua PPP di KPM sebagai rujukan agar pelaksanaan MyPPB dapat dilakukan secara seragam. Perkara ini penting kerana PPP perlu memperoleh mata Kredit melalui kepelbagalan aktiviti PPB sebagai kriteria dalam pembangunan profesionelisme. 6. Ketua jabatan hendaklah memastikan agar PPP merekodkan setiap aktiviti PPB dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPL KPM) bagi memastikan pelaksanaan MyPPB. TARIKH KUAT KUASA 7. Pelaksanaan MyPPB bagi PPP, KPM hendaklah bermula pada Januari 2019. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai bertanggungjawab di bahagian/jabatan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang anpnjalankan amanah, , — (SHAARI BIN OSMAN) bp Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like