You are on page 1of 5

Nama Pengkaji : MUHAMMAD HAFIZ BIN MASRON.

Nama Panitia: BAHASA INGGERIS

Tajuk Kajian : Kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat sama ada penggunaan "Teknik
Suku-Kata" dapat meningkatkan kemahiran ejaan murid-murid dalam konsonan digraf ‘ck’
(USE OF “THE SYLLABIFICATION TECHNIQUE” TO IMPROVE PUPILS’ SPELLING
SKILL OF CONSONANT DIGRAPHS ‘CK’)

MEREFLEK
Saya mengajar di Kelas Tahun 4 Mutiara bagi matapelajaran Bahasa Inggeris.
Masalah utama bagi murid saya ialah mereka menghadapi masalah dalam mengeja
perkataan Bahasa Inggeris yang melibatkan ejaan konsonan digraph ‘ck’ seperti
‘rocket’, ‘pocket’, ‘chicken’ dan lain-lain. Walaupun murid-murid Tahun 4 tersebut
mempunyai pengetahuan sedia ada untuk menyebut dan mengungkapkan beberapa
perkataan ini, tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk menyebut perkataan
Bahasa Inggeris secara keseluruhannya dan membahagikan suku-kata yang tepat
dimana perkara ini telah mengakibatkan mujrid-murid ini menghadapi masalah yang
telah dinyatakan.
Hal ini dapat dibuktikan daripada semakan latihan murid dan sesi temu bual yang
telah dijalankan di dalam kelas semasa saya mengajar.
Analisis yang didapati daripada semakan latihan murid (buku latihan) adalah seperti
berikut:
1. Murid-murid cenderung untuk menyingkirkan huruf-huruf tertentu semasa dalam
proses mengeja. Sebagai contoh, “rocket” menjadi “roket”.
2. Murid-murid cenderung untuk menukarkan huruf yang betul kepada huruf yang
salah di dalam perkataan Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, “chicken” menjadi
“chiyken” atau chieken”.
Berikut analisis / contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid
menjawab soalan ujian:
1. “chicken”, menjadi  “chieken” dan “chiken”,
2. “rocket”, menjadi  “roket”
3. “truck”, menjadi  “truk” dan “trak”
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid kerana:
1. mereka tidak mempunyai kebolehan untuk membahagikan suku-kata yang tepat
dalam perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang melibatkan konsonan digraph
‘ck’.
2. dipengaruhi oleh “mother tongue” dalam sebutan Bahasa Inggeris yang menjurus
kepada ejaan yang salah (direct translation).
Masalah ini juga berpunca daripada saya kerana saya tidak mengaplikasikan
kaedah/teknik PdP yang bersesuaian untuk menangani masalah yang dihadapi oleh
murid-murid.

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi diatas, didapati murid tidak dapat menguasai kemahiran:
1. ejaan Bahasa Inggeris yang melibatkan ejaan konsonan digraph ‘ck’
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus
menghadapi masalah untuk mengeja perkataan Bahasa Inggeris konsonan digraph
‘ck’.
Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana mereka
mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang salah serta tidak didedahkan dengan
penyelesaian masalah yang sewajarnya.
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba menjalankan kaedah dan
menggunakan “Teknik Suku-Kata” dalam menyelesaikan masalah yang dinyatakan.
Tujuan obkjektif kajian:
1. Secara amnya: membolehkan murid-murid Tahun 4 Mutiara untuk mengeja
perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. .
2. Secara khususnya:
i. Membolehkan murid-murid 4 Mutiara untuk menggabungkan huruf-huruf
bagi membentuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang melibatkan
konsonan digraph ‘ck’ dengan tahap ketepatan yang baik.
ii. Menerokai samada pelaksanaan “Teknik Suku-Kata” melalui penggunaan
“flash card”membolehkan murid-murid yang terlibat memperbaiki
kemahiran mengeja serta sebutan Bahasa Inggeris mereka.
iii. Mencari petunjuk-petunjuk yang tertentu semasa pelaksanaan campur
tangan ini didalam kajjan yang dijalankan yang membolehkan saya untuk
memperkembangkan penggunaan “Teknik Suku Kata” ini ketahap yang
baharu.
Kajian ini melibatkan 15 orang murid daripada 30 orang murid bagi murid Tahun 4
Mutiara.
MERANCANG
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan
kaedah:
1. Ujian (pra-ujian dan pasca-ujian)
2. Penulisan reflektif (Jurnal)
Pelaksanaan tindakan yang akan saya jalankan ialah:
i. Aktviti 1: Ujian (Pra-ujian dan Pasca-ujian)
(Tarikh:..............................)
Langkah 1: murid-murid (15 orang) akan menjawab items yang telah dibina yang
berfokuskan kepada ejaan konsonan Bahasa Inggeris berdasarkan gambar (klu) yang turut
disertakan didalam kertas ujian.
Langkah 2: guru mengumpulkan kertas ujian dan menandakan item yang telah dijawab.
Hasil keputusan pra-ujian (sebelum pelaksanaan “Teknik Suku-Kata”) dan pasca-ujian
(selepas pelaksanaan “Teknik Suku-kata”) akan dibandingkan bagi mengetahui
keberkesanan “Tenik Suku-Kata”.
ii. Aktiviti 2: Penulisan reflektif (Jurnal)
(Tarikh:..............................)
Langkah 1: Guru akan membuat kesimpulan tentang bagaimana guru beinteraksi dan
bekerjasama dengan murid-murid semasa pelaksanaan intervensi di dalam PdP. Penulisan
reflektif ini berfokuskan kepada pandangan guru semasa pelaksanaan “Teknik Suku-Kata”,
reaksi murid-murid, jangkaan guru serta tingkah-laku murid-murid. (Refleksi Peribadi)
Langkah 2: guru mengambil kira pandangan murid-murid terhadap pelaksanaan “Teknik
Suku-Kata” dan/atau perasaan dan tanggapan mereka terhadap “Teknik Suku-Kata”. Data
yang akan di perolehi akan membolehkan guru mengetahui kelemahan dan kekuatan serta
membuat penambahbaikan terhadap “Teknik Suku-Kata”. (Refleksi berdasarkan maklum
balas murid)
BERTINDAK

Tindakan yang telah saya jalankan adalah sepeti berikut:


Aktviti 1: Ujian (Pra-ujian dan Pasca-ujian) (Tarikh:..............................)

Langkah 1: Murid-murid (15 orang) telah diedarkan dengan kertas ujian berkaitan
konsonan digraph ‘ck’ dan menjawab item seperti mana mereka menjawab soalan dalam
peperiksaaan (25 item berserta gambar sebagai klu dan mengeja dalam ruangan yang
disediakan).
Langkah 2: Keputusan yang telah diperolehi diterjemahkan dan dibandingkan dengan
objektif pembelajaran yang telah ditentukan dan prestasi/keputusan tersebut tidak
dibandingkan diantara satu murid dengan murid yang lain.

Pemerhatian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/aktiviti ini
amat membantu saya bagi menentukan keberkesanan “Teknik Suku-Kata” yang
telah dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan pra-ujian dan pasca-ujian murid-
murid. Keputusan pra-ujian dan pasca-ujian murid-murid (sebelum dan selepas
memperkenalkan “Teknik Suku-Kata”) akan dibanding beza.

Aktiviti 2: Penulisan reflektif (Jurnal) (Tarikh:..............................)

Langkah 1: guru membuat refleksi terhadap pelaksanaan “Teknik Suku-Kata”


semasa proses PdP dijalankan. Refleksi berfokuskan kepada reaksi murid-murid
terhadap pelaksanaan “Teknik Suku-Kata”, jangkaan-jangkaan guru terhadap murid
semasa pelaksanaan serta tingkah-laku murid. (Refleksi Peribadi)
Langkah 2: guru mengambil kira pandangan murid-murid terhadap pelaksanaan
“Teknik Suku-Kata” dan/atau perasaan dan tanggapan mereka terhadap “Teknik
Suku-Kata”. Data yang akan di perolehi akan membolehkan guru mengetahui
kelemahan dan kekuatan serta membuat penambahbaikan terhadap “Teknik Suku-
Kata”. (Refleksi berdasarkan maklum balas murid)
Langkah 3: guru menggabungkan hasil dapatan yang diperolehi daripada Refleksi
Peribadi dan Refleksi berdasarkan maklum balas daripada murid-murid dan mencari
persamaan diantara kedua-duanya bagi menjawab soalan-soalan di dalam objektif
kajian.

Pemerhatian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/aktiviti ini
amat membantu saya bagi menjawab soalan-soalan yang telah dinyatakan pada
objektif kajian. Ini juga turut membantu saya memperbaiki kesilapan serta
memperkukuhkan kekuatan teknik yang sedia ada bagi memperkembangkan teknik
ini ke tahap yang lebih tinggi.

MEMERHATI

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dijalankan, saya mendapati
“Teknik Suku-Kata” yang telah diperkenalkan kepada murid Tahun 4 Mutiara merupakan
kaedah yang dapat membantu mengataasi masalah yang mereka hadapi dari sudut
kemahiran ejaan konsonan digraph ‘ck’. Ini disebabkan terdapat suatu kaedah utama turut
diintegrasikan di dalam pelaksanaan “Teknik Suku-Kata” semasa PdP iaitu menggunakan
kaedah meletakkan belakang tangan di bawah dagu (Chin Method)semasa menyebut
perkataan-perkataan konsonan digraph ‘ck’.
Hasil kajian tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah meletakkan tangan di
bawah dagu (Chin Method) semasa pelaksanaan “Teknik Suku-Kata” dalam proses PdP
telah memperkembangkan kemahiran ejaan konsonan digraf murid-murid dimana ia
memberikan penekanan yang khusus kepada kebolehan fonetik murid-murid dalam
menyebut perkataan-perkataan Bahasa Inggeris (Konsonan Digraf ‘ck’) supaya tidak lagi
berlaku kesilapan ejaan disebabkan oleh sebutan yang dipengaruhi oleh bahasa ibunda
mereka (mother tongue). Penggunaan kaedah “Chin Method” dalam pelaksanaan “Teknik
Suku-Kata” juga turut memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam mengenalpasti
jumlah suku-kata dalam sesuatu perkataan Bahasa Inggeris.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini,
saya merasakan masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah
pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh murid. Oleh itu, saya
seterusnya bercadang untuk melakukan kajian tindakan berkaitan penggunaan lakonan (role
play) dalam PdP memperkembangkan pengusaan tatabahasa murid-murid dalam Bahasa
Inggeris.

You might also like