You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN ASAM JAWA, CARUK KELIAN, 09100 BALING KEDAH

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2017


Tarikh : 26.12. 2016

Masa : 9.00 Pagi

Hari : Isnin

Tempat : Makmal ICT SKAJ

Kedatangan :

1. En Mohamad Zahari b Abdul Majid


2. En Ahmad Fuad b Abdullah
3. En Azlin b Yacob
4. En Abd Malek b Noh
5. En Abd Rahman b Hashim
6. En Anuar b Abd Aziz
7. Pn Asiah bt Awang Teh @ Idris
8. En Bahrim b Ahmad
9. Pn Habibah bt Muhamad
10. Pn Hamidah bt Hambali
11. En Khairil Nizam b Md Noor
12. En Mohd Khairi b Ghani
13. En Rodiyudin b Khamis @ Wahab
14. En Mua`azzam b Mokhtar
15. En Md Hissam b Abdullah
16. En Mahyudin b Wasoh @ Mohamad Isa
17. En Andisyam b Ahmad
18. Cik Mariamah bt Yusof
19. Pn Nor Aziah bt Hashim
20. Pn Norasmawati Bt Abu Bakar
21. En Mohamad Hafizi b Hamid
22. Pn Norishah bt Amin
1
23. Pn Norizam bt Mat Adam
24. Pn Hasnizah bt Omar
25. Pn Salasiah bt Ismail
26. Pn Norlida bt Ismail
27. En Ros Lan b Md Zahari
28. Puan Dalila bt Md Noor
29. Pn Sarina bt Md Sani
30. Pn Sharifah bt Mat Din @ Ramli
31. En Mohd Tarmizi b Talib
32. En Zaidi b Ahmad
33. En Zamri Samsi b Che Mohamed
34. Pn Norizan bt Kassim

Tidak Hadir

1. Cik Maizatul Akma bt Mohd Lazim ( Bersebab )

Agenda Mesyuarat

1. Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Maklumat dari KPM, JPN dan PPD
5. Ucapan Tuan Guru Besar
6. Ucapan PK Pentadbiran
7. Maklumat HEM
8. Ucapan PK Kokurikulum
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan dan Penutup

Agenda 1 : Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan dengan ucapan salam disertai bacaan ulmu Kitab Al Fatihah.
1.2 Pengerusi memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana pada pagi ini dapat
bertemu semula dan meneruskan hidup diatas muka bumi ini walaupun terdapat banyak
2
kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Semoga kehidupan hari ini akan lebih baik dari
sebelumnya.
1.3 Di kesempatan ini, kita akan berusaha dengan lebih baik. Sebagai penjawat awam, guru
perlu memahami status diri sendiri dengan sumber rezeki yang kita perolehi.
1.4 Pengerusi berharap agar tahun 2017 dapat memberi semangat yang baru kepada guru-
guru. Syabas dan tahniah kepada semua guru yang hadir bertugas dalam masa cuti
sekolah baru-baru ini. Semoga semua guru sudah bersedia dari segi mental dan fizikal
mengharungi cabaran pada tahun 2017.

Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Pn Nor Aziah membentangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan oleh En
Khairil Nizam b Md Noor dan disokong oleh Pn Hamidah bt Hambali.

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Agenda 4 : Maklumat daripada KPM, JPN dan PPD

4.1 Semua guru perlu menekankan visi dan misi yang ditetapkan oleh pihak KPM. Visi KPM
ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik, Negara Sejahtera”. Pendidikan Berkualiti
bermaksud ianya bermula daripada seorang guru itu sendiri. Manakala Misi pula ialah
“Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Ianya bermaksud apa yang dilaksanakan oleh
pihak KPM hendaklah seseorang guru itu akur dan ianya juga untuk melahirkan insan
yang berpotensi dan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan serta menekankan dari
aspek JERIS.

4.2 Harapan dan Inspirasi PPD ialah daerah Baling / Sik berada pada kedudukan Top 5.
Keputusan UPSR baru-baru ini PPD daerah Baling / Sik berada ditempat yang kelima.

4.3 Motto JPN Kedah ialah “Aspirasi Kedah Unggul 2020 ”dan ia berdasarkan gelombang
kedua PPPM ( 2016 – 2020 ) . Semoga ianya dapat mencapai apa yang diharapkan.
Aspirasi Kedah Unggul 2020 bertujuan untuk meningkatkan kemenjadian murid secara

3
holistik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan perkembangan
Pendidikan Negara.

4.4 Apa yang hendak dicapai dalam motto ini ialah ia perlu memfokuskan kepada keberadaan
guru, kualiti guru dan kualiti kepimpinan. “Exit policy” telah menjelaskan bahawa
seseorang guru yang berada pada tahap prestasi rendah akan dipanggil oleh JPN dan
menerima tindakan yang selanjutnya. Begitu juga dengan jawatan pemilihan / pelantikan
guru besar tidak boleh melibatkan kroni daripada ahli politik atau menteri tertentu. Dasar
hari ini telah berubah di mana seseorang guru yang ingin menjadi pentadbir perlu
ditemuduga dan penilai akan hadir ke sekolah untuk menyiasat calon tersebut.

4.5 Struktur Sistem Sekolah juga perlu mantap dari segi RIMUP, Enrolmen Pra Sekolah dan
Sarana ibu bapa kerana mereka sumber kepada sekolah.

4.6 Antara dasar – dasar utama KPM ialah NKRA/ NKEA, KSSM/KSSR, Transformasi
Pendidikan Vokasional, IMIS, MBMMBI dan PBS.

4.7 Perkembangan Kurikulum Sekolah Rendah bermula pada tahun 1983-1993-2003-2011-


2017. Perubahan ini bertujuan untuk memenuhi Aspirasi Murid. Seseorang guru
berperanan memberikan ilmu kepada murid kerana guru mempunyai kuasa sah di mana ia
perlu menekankan kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran Dwibahasa (
MBMMBI ), Etika Kerohanian ( contoh etika bercakap dan etika berpakaian ) dan Identiti
Nasional ( mengekalkan identiti Nasional dengan menurut serta akur dengan pemerintah
semasa).

4.8 Seseorang guru perlu memberi tumpuan kepada sistem pembelajaran abad ke 21 iaitu
menggunakan kemudahan yang sedia ada dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

4.9 Guru perlu memberi penekanan kepada elemen KBAT dan memberikan elemen KBAT
kepada murid berdasarkan apa yang diajar.

4.10 MBMMBI bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa
Inggeris.

4
4.11 Dual Language Programme (DLP) iaitu satu program yang akan dilaksanakan oleh
semua sekolah. Hanya 5 buah sekolah di Daerah Baling Sik akan melaksanakan program
dwibahasa ini.

4.12 PBS perlu ditekankan di sekolah . Ia perlu dilaksanakan oleh guru sekolah tersebut.
Guru perlu ikhlas dalam menilai murid dan jangan berasa takut untuk menilai murid-
murid. PAJSK harus ditekankan di sekolah dan apa yang perlu dilakukan mengikut waktu
tertentu. Manakala ujian pentaksiran Psikometrik di bawah HEM.

4.13 1M1S telah ditegaskan pada masa ini kerana negeri Kedah telah menunjukkan
pencapaian yang baik dalam sukan memanah. PPD menekankan bahawa selain akademik,
sukan juga perlu diberi perhatian.

4.14 Konsep amalan guru penyayang perlu ditunjukkan di mana-mana sahaja sama ada di
dalam kelas, di luar kelas atau di luar sekolah.

4.15 Program LINUS perlu dilaksanakan dengan cemerlang dan jangan ambil mudah dengan
program ini. Instrumen perlu disemak setelah saringan dan borang pelaporan mesti
lengkap.

4.16 Kualiti pengusaha kantin sekolah perlu sentiasa dipantau. Data murid dalam APDM
perlu sentiasa dikemaskini kerana akan digunakan oleh aplikasi e-operasi, SAPS,
Aplikasi pengurusan bantuan dan banyak lagi. Guru juga perlu peka kepada keselamatan,
kesihatan dan kebersihan diri.

4.17 Dalam pengurusan akademik, kualiti pdp perlu sentiasa dipantau. Pelajar merupakan
pelanggan yang perlu diberi perkhidmatan yang berkualiti. ( PDP yang berkualiti ).Tugas
guru yang utama di sekolah ialah mengajar bukan menjalankan perniagaan, jualan
langsung, skim cepat kaya dan sebagainya.

4.18 Dalam bidang pentadbiran, rekod cuti rehat, cuti rehat khas, cuti belajar dan lain-lain
perlu dipantau dan dikemaskini. Dasar pemisah “ exit policy” sudah berkuat kuasa. SKT
anggota Kumpulan Pelaksana perlu diselesaikan sebelum 30 November 2016.

4.19 Pengurusan kewangan perlu mematuhi Arahan Perbendaharaan yang telah berkuat
kuasa.
5
Agenda 5 : Ucapan Tuan Guru Besar

5.1 Dalam persediaan sesi persekolahan 2017, pendaftaran tahun 1 2017 bermula pada
29.12.2016. Manakala pendaftaran tahun 2 hingga 6 bermula pada 1.1.2017.

5.2 Guru perlu melaksanakan budaya buka sekolah. Urusan buku teks dijalankan selepas
waktu persekolahan.

5.3 Buku Teks tahun 1 akan diedarkan selepas program transisi tahun 1.

5.4 Semua perkara yang dibuat oleh guru perlu ada hala tuju dan guru perlu mengajar
dengan sebaik mungkin. Ia juga dapat memberi impak kepada murid dan sekolah. Biar
kerja yang dilakukan sedikit namun hasilnya banyak dan jangan bersikap syok sendiri
dan ego kerana ia akan memudaratkan diri sendiri.

5.5 Peringatan mesra Tuan Guru Besar ialah sebagai muhasabah diri sendiri dan guru-guru :

5.5.1 Terdapat ramai murid tahap 2 yang tidak menguasai kemahiran asas 3M.

5.5.2 MMI perlu dipatuhi oleh semua guru dan ikut masa yang telah ditetapkan.

5.5.3 PdP dan kelas abad ke 21 perlu dijalankan dengan sebaik mungkin.

5.5.4 Latihan murid perlu diambil perhatian dari aspek penulisan latihan murid dalam
buku tulis iaitu tarikh, hari,tajuk dan garisan tepi. Banyakkan guna lembaran dan
tampal dengan kemas.

5.5.5 Waktu hadir dan waktu pulang guru harus menepati masa yang telah ditetapkan.
Waktu free perlu digunakan dengan sebaik mungkin berdasarkan pekeliling yang
ada.

5.5.6 Keceriaan bilik darjah dan bilik khas perlu dijalankan agar ia nampak
menarik.Sudut-sudut panitia perlu diwujudkan di bangunan sekolah dan ia
memainkan peranan penting bagi memberi maklumat kepada murid.

5.5.7 Dalam Panitia perlu diadakan mesyuarat dan memasukkan bahan yang perlu ada
dalam fail panitia, semakan fail perlu dilakukan dan catatan aktiviti-aktiviti
mingguan dan bulanan.
6
5.5.8 Kehadiran murid perlu diambil perhatian oleh semua guru. Guru kelas hendaklah
mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir. Jadual kedatangan perlu
ditanda dan dihantar kepejabat sebelum jam 9.00 pagi. Ambil kedatangan murid
pada waktu perhimpuan.

5.5.9 Buku rekod PdP dan buku rekod kedatangan murid amat penting kerana ia
dokumen kerajaan. Semua guru perlu menguruskannya dengan baik disimpan di
tempat yang selamat.

5.5.10 Cuti hendaklah berdasarkan kepada SPI dan seangkatan dengannya. CRK
hendaklah digunakan untuk setahun ( 10 bulan ). Keputusan muktamad cuti
guru-guru atas pertimbangan tuan guru besar.

Agenda 6: Ucapan PK Pentadbiran

6.1 Perlantikan Jawatankuasa 2017 ( rujuk buku empowerment sekolah )

6.2 Pengurusan Kurikulum mengikut Akta 550 ( SPI 3/1981, SPI 4/1986, SPI 3 /1987 dan
SPI 3/1999.

6.3 Pengurusan panitia perlu merujuk surat pekeliling Ikhtisas,

6.4 Guru perlu membuat persediaan buku Rekod Pengajaran, RPT dan RPH sebelum sesi
persekolahan.

6.5 PdP yang dijalankan perlu mengikut pembelajaran abad ke 21 dan KBAT. Pencerapan
dilaksanakan oleh pentadbir yang memfokuskan buku rekod mengajar

6.6 Maklumat berkaitan pentaksiran DSKP KSSR boleh di muat turun dalam laman web “
pendidik 2u”.

6.7 Penilaian / peperiksaan / PBS dalam SAPS banyak terpapar warna merah. Ini mungkin
berlaku kesilapan tentang senarai nama murid yang tidak lengkap.

6.8 Sistem rekod kehadiran pelajar tidak digunakan pada tahun hadapan ( 2017 ) dan hanya
APDM yang akan digunakan. Jadual waktu guru sudah siap .

7
6.9 Program Khas yang dilaksanakan disekolah ialah LINUS, PROTIM, Pemulihan ,
Program peningkatan akademik dan LADAP akan dijalankan di Pulau Aman pada
tarikh yang akan ditetapkan kelak.

6.10 Penyelaras Pusat Sumber Sekolah ialah Cikgu Asiah Awang Teh.

6.11 Jadual guru bertugas dikurangkan bilangan guru iaitu hanya 4 orang sahaja setiap
minggu.

Agenda 7 : Maklumat Hal Ehwal Murid

7.1 Laporan HEM berdasarkan buku Empowerment yang telah diedarkan kepada guru-guru.
7.2 Guru boleh merujuk kepada Tuan Hj Bahrim sekiranya ada masalah berkaitan HEM

Agenda 8 : Ucapan PK Kokurikulum

8.1 PAJSK melibatkan semua guru bagaimana untuk mengisi secara on line.

8.2 Cikgu Rahman perlu mengisi berkaitan SEGAK.

8.3 Ustaz tarmizi perlu memilih nama murid tahun 3 untuk persatuan, permainan dan unit
beruniform.

8.4 Sukan dan merentas desa akan bermula pada awal tahun 2017.

8.5 Perbincangan yang lebih terperinci mengenai unit kokurikulum akan dijalankan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum pada 28.12.2016.

Agenda 9 : Hal-hal lain

9.1 Cik Mariamah mempersoalkan tentang duit PIBG sama ada dikutip atau tidak pada hari
pendaftaran murid. Jawapan daripada Guru Besar wang PIBG dibayar terus kepada En
Anuar.

9.2 Puan Hamidah memaklumkan agar buku resit disediakan untuk memudahkan pembayaran
dan penerimaan wang daripada waris.

9.3 En Mua`azzam bertanyakan tentang taklimat tahun 1 diadakan atau tidak. Jawapan yang
diberi oleh pentadbir akan diadakan taklimat kepada ibu bapa.
8
9.4 Puan Norishah mengharapkan guru yang memegang kelas tidak diberikan bilik khas.
Jawapan yang diberi oleh pihak pentadbir akan diadakan perbincangan dengan Ust
Ahmad Fuad.

9.5 Puan Norlida memaklumkan tentang 27.12.2016 akan diadakan taklimat waris untuk Pra
Sekolah.

9.6 Puan Norizan ingin memohon khidmat bantu daripada guru lain untuk sesi pendaftaran
tahun 1 kelak. Jawapan yang diberikan oleh pentadbir akan disediakan guru lain bagi
membantu menguruskan pendaftaran tahun 1.

9.7 En Bahrim bertanyakan tentang telefon pintar YES yang telah dijanjikan untuk diberikan
kepada guru-guru. Jawapan yang telah diberikan oleh Tuan Guru Besar belum mendapat
maklumat tentang bilakah SKAJ akan memperoleh telefon tersebut.

Agenda 10 : Ucapan Penangguhan

10.1 Tuan Guru Besar berharap agar semua guru menjalankan tugas pada tahun 2017 dengan
lebih baik dari tahun sebelumnya. Semua guru perlu akur dengan apa yang ditetapkan
demi kebaikan SKAJ.

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ……………………………………………………..
(NOR AZIAH BINTI HASHIM) ( AHMAD FUAD B ABDULLAH )
Setiausaha Jawatankuasa Induk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk
Kurikulum Sekolah Kurikulum sekolah.

Disahkan oleh

…………………………………………………

(MOHAMAD ZAHARI BIN ABD MAJID )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Asam Jawa/Caruk Kelian
9
10

You might also like