You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

KM.7, JALAN KUALA PERLIS, 02000 KUALA PERLIS, PERLIS


TEL:049764357 / FAKS:049776736
e-Mail : skkayang.rba0017@gmail
RBA0017

MInit Mesyuarat Taklimat Profesional Guru Kali Ke 24

Hari : Khamis
Tarikh : 26.10.2017
Jam : 1.55.ptg

AGENDA MESYUARAT

Ucapan Pengerusi (Guru Besar)

1. Memulakan dengan ucapan salam dan salam sejahtera. Diteruskan dengan bacaan ummul kitab.

1. Menyatakan terdaoat beberapa orang guru yang memaklumkan ketidakhadiran mereka ke TPG.

2. Memberi peringatan kepada guru-guru yang tidak dapat hadir ke TPG hendaklah
memaklumkan kepada Guru Besar.

3. TPG akan diadakan setiap minggu. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui wasap oleh
pentadbiran.

4. Sehubungan pernyataan diatas Guru Besar tidak mahu marah kerana melibatkan emosi dan
menjejaskan keseronokan bekerja.

2. Pengesahan Laporan TPG.

1. Pn Che Fatimah Binti Ahmat membentangkan laporan TPG kali ke 23

3. Isu-Isu Minggu Ini.

1. PBS.

1. Guru Besar menyatakan setiap guru hendaklah membuat pentaksiran sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.

2. Sehubungan perkara diatas Guru Besar menyuarakan rasa terkilan kerana kegagalan Guru
PBS ( Pn Faizah Binti Md Noh menunjukkan Fail PBS kepada pegawai JPN Perlis ketika
datang membuat pemantauan pada Isnin /23.10.2017.

3. Sehingga ke hari ini Khamis / 26.10,2017 masih terdapat guru –guru yang masih belum
menghantar PBS untuk tindakan Pn Faizah. Binti Md Noh.

SK Kayang 100
Maju
TahunTerus Maju
4. Guru Besar memuji dua orang guru yang produktif menyediakan PBS walaupun terpaksa
menyediakan PBS yang banyak kerana bilangan kelas yang diajar. Guru tersebut ialah Pn
Asmah Binti Ramli dan Pn Suzilawani Binti Sulaiman.

5. Sejajar dengan permasalahan diatas Guru Besar meminta agar guru-guru yang belum
menyerahkan PBS agar bertindak kadar segara dan boleh berjumpa Pn Faizah Binti Md Noh
kerana beliau telah menyediakan Senarai nama yang lengkap.

6. Memaklumkan sesi 2018 keputusan UPSR tidak akan dikeluarkan slip tetapi keputusan
tertera seperti PT3.

7. Mengingatkan guru-guru hendaklah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH )


dengan selengkapnya mengikut prosuder DSKP Panitia.

8. Memaklumkan butiran berkenaan LINUS. Butiran pencapaian murid Linus boleh dirujuk
kepada Penyelaras Linus ( Pn Zurinah Binti Bedu )

9. Sehubungan itu satu perjumpaan dengan waris LiNUS (Murid Tahun 1 dan 2) untuk sesi
2018.

10. Mengingatkan guru-guru agar tidak menggunakan kaedah “chalk n talks“ semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru mesti ada anjakan selaras dengan pembelajaran
abad 21.

11. Guru-guru tidak boleh mengamalkan ketinggian suara dan garang ketika proses pengajaran
dan pembelajaran Kaedah bercakap lemah lembut boleh memberi kesan kepada murid
seperti yang diamalkan oleh Guru Besar kepada murid tahun 5 Dinamik iaitu Che Muhd
Zulhusni.

12. Guru Besar menyatakan beliau gagal dalam memberi arahan kepada guru-guru agar berada
ditapak perhimpunan ketika majlis perhimpunan pagi kerana masih terdapat guru yang
tidak berada di tapak perhimpunan.

13. Guru Besar menetapkan persetujuan semua guru yang berada dalam perjumpaan TPG Kali
ke 24 agar melakukan gerakan ringan sewaktu nyanyian Lagu Aku Negaraku. Pn Zaharah
Binti Talib dilantik sebagai instruktur semasa nyanyian lagu tersebut di tapak perhimpunan.

14. Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan pada 30.10.2017 sehingga 02.11.2017.
Sehubungan itu, Ketua panitia boleh membuat semakan dan memastikan jumlah soalan
mencukupi mengikut kelas pada hari Ahad / 29.10.2017.

15. Guru Besar mengingatkan guru-guru agar menyediakan soalan berdasarkan silibus supaya
murid meguasai kehendak soalan.

4. SKPMG3

SK Kayang 100
Maju
TahunTerus Maju
1. Pencerapan akan dibuat oleh Guru Besar kepada guru-guru yang dipilih dalam menyediakan
pengajaran dan pembelajaran abad 21.

5. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( En Azni Bin Ibrahim )

1. Mengingatkan Ketua Panitia agar melengkapkan Fail Panitia sesi 2017.

2. Memastikan setiap panitia telah membuat mesyuarat kali ke empat sesi 2017.

3. Memastikan fail-fail panitia diletakkan di bilik Guru Besar atau bilik PK Pentadbiran.

4. Menyuarakan pendapat pegawai JPN yang datang kesekolah adalah sebagai pemudah cara
bukan mencari kesalahan dan kekurangan pengurusan sekolah.

5. PPPP akan dijalankan secara menyeluruh kepada guru-guru

6. Mengingatkan guru-guru melengkapkan penulisan rekod mengajar dan masuk ke kelas menepati
serta mengajar. Keadaan ini menentukan tahap pemarkahan penilai kepada guru-guru.

7. Penilaian hendaklah dibuat mengikut kadar yang tepat kerana ianya mempengaruhi dan boleh
menjejaskan kenaikan pangkat guru-guru.

8. E-OPERASI hendaklah dilengkapkan oleh guru-guru. Sebarang perubahan boleh dirujuk kepada
PK Pentadbiran.

9. PTS Tahun 6 hendaklah diisikan oleh guru-guru yang mengajar Tahun 6. Merangkumi semua
subjek. Tarikh tutup ialah 10.11.2017.

6. Ucapan Penolong Kanan Kokorikulum ( Pn Halimaton Saadiah Binti Abdullah )

1. Mengingatkan guru guru yang terlibat agar melengkakan fail PAJSK dan fail SEGAK

7. HAL-HAL LAIN

1. Karnival SK Kayang.

1.1. Guru Besar menyampaikan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua guru yang
menjayakan Karnival terutama En Hisyam Bin Latif selaku Even Manager

1.2. Butiran Lengkap karnival boleh dirujuk kepada Guru Besar dan beliau meminta cadangan
guru-guru untuk penambahbaikan.

1.3. Pn Shamsuri Bt Ibrahim menyarankan agar pihak sekolah menyediakan bantuan kecemasan
untuk aktiviti karnival masa akan datang.

2. Badan Kebajikan Guru.

2.1. Guru Besar meminta agar Badan Kebajikan Guru menyediakan Laporan Kewangan.

SK Kayang 100
Maju
TahunTerus Maju
2.2. Perbincangan berkenaan Jamuan Akhir Tahun akan diberitahu oleh Pengerusi Badan
Kebajikan Guru.

3. Guru Besar ( Pn Hjh Noridah Bt Hj Hamdan)

3.1. Guru Besar memaklumkan dua orang guru sandaran telah disambung perkhidmatan
sehingga akhir tahun. Guru tersebut ialah En Mohammad Asyraf Bin Yusof dan Pn Noor
Faizah Binti Omar.

3.2. Guru Besar menyampaikan beberapa maklumat daripada PK Hem (En Asrul Nizam Bin Azmi)

1. Mohon Guru Kelas melengkapkan Jadual Kedatangan Murid sesi 2017

2. Menghantar kedatangan murid sebelum pukul 10 pagi.

3. Ucapan terima kasih kepada Guru Kelas dan Guru Pendamping yang telah menyiapkan
tugasan dalam Bidang Hal Ehwal Murid.

4. Pn Che Fatimah Binti Ahmad memaklumkan penutupan akaun Badan Kebajikan Guru dan
Staf pada 30.10.2017. Sehubungan itu meminta guru-guru yang masih belum
menjelaskan baki bayaran untuk sesi 2017 agar bertindak segera.

5. Semua guru yang berada dalam TPG Kali ke 24 bersetuju untuk mengadakan mesyuarat
sesi 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kayang Perlis.

6. Hari Anugerah Cemerlang akan dibuat pada minggu sebelum keputusan UPSR
diumumkan. Bertempat di IKBN Perlis

7. Jamuan Akhir Tahun akan dibuat pada waktu malam. Tempat dan masa akan diberitahu
kemudian oleh pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf.

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.05 petang.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

……………………………… ……………………………

CHE LIA ISHAK PN HJH NORIDAH HJ HAMDAN

Guru Bertugas GURU BESAR

SK Kayang 100
Maju
TahunTerus Maju

You might also like