You are on page 1of 4

2019

DASAR PANITIA
SJK TAMIL KINTA
VALLEY

MATEMATIK
DASAR PANITIA MATEMATIK

1.0 LATAR BELAKANG


Matematik merupakan mata pelajaran elektif bagi sekolah rendah. Penetapan dasar ini
dibuat sebagai garis panduan kepada semua ahli panitia mengenai perjalanan dan
pengurusan panitia demi memastikan prestasi panitia berada pada tahap yang baik.

2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar dilakukan bertujujan :
a) Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap ahli panitia
b) Memantapkan pengurusan Panitia Matematik
c) Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik

3.0 PENGURUSAN PANITIA


3.1 Pengurusan panitia Matematik adalah memenuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4 /
1986.
3.2 Kejayaan murid dalam Matematik, prestasi-prestasi awam, motivasi dan bakat
berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan guru di dalam
kelas. Oleh sebab itu, setiap ahli hendaklah berfungsi secara optimum dan saling
berkerjasama, saling membantu, berkongsi idea, pengalaman dan kepakaran untuk
memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran.
3.3 Semua perancangan dan tindakan ahli panitia mesti merujuk kepada TOV dan ETR
dalam pengurusan prestasi mata pelajaran Matematik.
3.4 Setiap ahli panitia mesti berusaha mengamalkan strategik-strategik pengajaran yang
inovatif yang mendorong kepada PdPc berpusatkan murid di dalam kelas.
3.5 Semua ahli panitia mengemaskini laman individu melalui FROG VLE untuk rujukan
guru dan murid.
3.6 Guru-guru digalakkan membuat PLC dua kali per semester 1 dan dua kali semester
2.

4.0 MESYUARAT
4.1 Mesyuarat panitia akan dijaankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
4.2 Surat panggilan mesyuarat akan dikeluarkan untuk makluman semua ahli.

5.0 SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN, RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN


HARIAN
5.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian
hendaklah disediakan dan berada dalam simpanan ahli panitia.
5.2 Rancangan mengajar harian mestilah kemas dan mengikut format berikut :-
a) Kelas dan waktu mengajar
b) Tajuk pelajaran
c) Objektif – ( yang boleh diukur )

Contoh :
i. Murid dapat mencari hasil tambah, tolak,bahagi dan darab
dalam operasi matematik
ii. Murid dapat menjawab 2 soalan menentukan luas di bawah
meggunakan rumus (sifir).
d) Aktiviti – sekurang-kurangnya 2
e) Refleksi – ( penulisan refleksi mestilah menjawab objektif PdP / catat
keberadaan murid pada masa itu )
Contoh : 10/15 murid dapat menjawab 5 soalan mencari luas di bawah
lengkung dengan sendiri. 5 /15 hanya menjawab 3 daripada 5 soalan.
Guru menerangkan semula teknik menjawab dan membimbing semula
murid menjawab.
5.3 Nama murid serta markah TOV, ETR, Penilaian dan Peperiksaan hendaklah dicatatkan
di dalam Buku Rekod Mengajar.
5.4 Rancangan Pelajaran Harian hendaklah diubahsuai mengikut kemampuan dan
kebolehan murid yang di ajar mengikut kelas yang diajar.
5.5 Semua guru bertanggungjawab untuk menghabiskan sukatan pelajaran :-

6.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN


6.1 Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi semasa proses
PdP bagi meningkatkan ketrampilan guru dan murid seterusnya meningkatkan
prestasi pencapaian keputusan UPSR.
6.2 Guru juga perlu mendedahkan murid-murid dengan soalan KBAT

7.0 GURU GANTI


7.1 Guru yang dipanggil berkursus perlu meninggalkan tugasan untuk murid.

8.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN


8.1 Jenis pentaksiran/penilaian
8.2 TIADA pentaksiran untuk tahap 1. Pentaksiran PBD dilakukan sepanjang tahun.
8.3 Pentaksiran tahap 2 adalh seperti berikut:
a) Peperiksaan Pra Pertengahan Tahun – Mac
b) Peperiksaan Pertengahan Tahun – Mei
c) Peperiksaan Pra Akhir Tahun – Ogos
d) Peperiksaan Akhir Tahun – Oktober

8.4 Format Pentaksiran


a) Penilaian – masa : 1 jam ( meliputi rancangan pelajaran semasa )
b) Peperiksaan Penggal (Tahap 2)
i) Masa mengikut kertas peperiksaan awam
ii) Format mengikut kertas peperiksaan awam.
iii) Pembinaan soalan mengikut JSI

8.5 Rekod Markah


a) Markah ujian penilaian disimpan dalam Buku Rekod Mengajar
b) Markah peperiksaan dimasukkan dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
( SAPS )

9.0 JADUAL LATIHAN MINIMUM DAN BUKU LATIHAN MURID


9.1 Panitia telah mengambil ketetapan Jadual Latihan Minimum seperti berikut :-
i) Tahap 1 & 2- 5 soalan setiap minggu
9.2 Panitia telah mengambil ketetapan bilangan buku latihan seperti berikut :-
i) 2 buku latihan

10.0 PENCERAPAN DAN SEMAKAN BUKU LATIHAN


10.1 Pencerapan akan dijalankan 2 kali setahun dan jadual pencerapan akan dikeluarkan
oleh pihak pentadbir sekolah.
10.2 Semakan buku latihan akan dilakukan oleh pihak pentadbir 2 kali setahun.
i) Pemeriksaan buku latihan murid hendaklah dibuat dengan teliti
ii) Guru diminta memastikan murid membuat pembetulan bagi kesalahan yang
dilakukan.
iii) Beri penghargaan bagi hasil kerja dan tulisan murid yang baik. Beri komen
membina bagi kesalahan murid.
iv) Galakkan murid menulis indeks latihan di bahagian dalam buku latihan.

11.0 PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA


11.1 Perbelanjaan perlu dibuat secara berhemah.

12.0 KURSUS DALAMAN


12.1 Semua guru yang menghadiri kursus perlu member taklimat / kursus dalaman.
12.2 Bahan-bahan ilmiah kursus juga perlu diperbanyakkan untuk keperluan guru lain dan
simpanan panitia.

13.0 KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN


13.1 Semua soalan yang dibina perlu dihantar kepada Ketua Panitia dan Guru Kanan untuk
semakan.

SEMUA GURU PERLU MERUJUK DASAR PANITIA BERSAMA-SAMA DASAR KURIKULUM

You might also like