You are on page 1of 2

Terima kasih Pengerusi Majlis. Assalam mualaikum...

Yang Berusaha Puan Zarina Binti Mohd Zaid, Guru


Besar SK Kerdau, Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan, barisan guru Sk Kerdau dan Yang disayangi
rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada
semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian, Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada
tahun ini, Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat
bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang
lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah
kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian, Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita
supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.
Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala
nasihat dan bimbingan mereka.

Rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar
sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh
itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu
mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya
akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka


Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih.

You might also like