You are on page 1of 2

Jenis- jenis Perlaburan

1. Saham (*diterbitkan oleh sebuah syarikat untuk mengumpul modal Genting Malaysia-harga
berubah-ubah berdasarkan keuntung)
2. Amanah Saham (di uruskan oleh sekumpulan pengurus dana yang professional, kumpul duit
dari pada pelabur untuk melabur dalam pelbagai jenis asset pelaburan, risiko lebih rendah
dari saham)
3. Hartanah (asset tidak mudah alih, rumah kedai tanah etc, faktor ekonomi,lokasi, politik)

1. Ah Ong membeli sebuah kedai dengan RM 250 000 pada tahun 2015. Beliau mula menyewa
kedainya dan mendapat sewa RM1500 sebulan bermula Januari 2015. Ah Ong menjual
kedainya pada bulan Januari 2017 dengan harga RM 300 000. Berapakah nilai pulangan
pelaburan Ah Ong?
2. Pada awal tahun 2017, Puan Siti melabur dalam saham ABC sebanyak 2000 unit bernilai RM
5.00 seunit. Beliau menerima dividen 10sen seunit pada tahun tersebut. Pada akhir tahun,
Puan Siti menjual semua sahamnya pada harga RM 6.00 seunit. Berapakah nila pulnangan
pelaburan bagi Puan Siti?
3. Ahmad melabur rm5000 dalam pembelian syer syarikat minyak. Selepas setahun, beliau
menjual semua syer itu dan mendapat RM3500. Hitung nilai pulangan pelaburan itu,
Seterusnya, nyatakan satu factor yang mungkin mempengaruhi pelaburan Ahmad.
4. Puan Aqilah telah membeli syer syarikat A dengan RM 10 000. Dalam tempoh memegang
syer itu, dia telah mendapat dividen sebanyak RM200. Selepas itu, dia menjual semua syer
dan mendapat RM 11 200. Berapakah nilai pulangan pelaburan Puan Aqilah?
5. Encik Azlan membeli sebuah rumah berharga RM 320 000 pada tahun 2017. Pada 1 Januari
2018, rumah tersebut disewa keluar dengan sebulan RM1200.
6. Selepas 2 tahun, rumah tersebut di jual pada harga RM 360 000. Caj-caj lain yang terlibat
dalam urusan jual beli adalah seperti berikut. Cari nilai pulangan pelaburan Encik Azlan?
Kos guaman RM 6000
Komisen Ejen RM 5000
Duti Setem RM 6000

1. Jadual di bawah menunjukkan pembelian saham oleh Alita untuk tiga bulan.

Bulan Januari Februari Mac


Bilangan unit 2000 3000 5000
Harga seunit RM1.75 RM1.60 RM1.72
A) Hitung kos purata seunit dibeli Alita?
B) Abu pula membeli sekaligus 10 000 unit saham pada bulan Januari.Siapakan
pelaburan lebih bijak?

2. Jadual di bawah menunjukkan pembelian saham oleh Amalina untuk tiga bulan.

Bulan Januari Februari Mac


Bilangan unit 32000 5000 6000
Harga seunit RM1.41 RM1.40 RM1.36
C) Berapakah kos purata seunit saham di beli oleh Amalina?

You might also like