You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MARONG

28700 BENTONG , PAHANG DARUL MAKMUR

MESYUARAT PEMILIHAN MURID PENERIMA RMT 2019

TARIKH: 08 NOVEMBER 2018


HARI : KHAMIS
MASA : 3.00 PETANG

KEHADIRAN :

PENGERUSI : En.Hasnan bin Ismail


N.PENGERUSI : Pn.Abidah binti Seman (GPK HEM )
SETIAUSAHA : Pn.Siti Nor Zalina binti Mohd Tahir (S/U RMT)
AJK : Pn.Arina binti Ramlan (GPK Pentadbiran)
Pn.Shuhaida binti Ali Bashah
Pn.Rohayu binti Othman
Pn.Salina Kertini binti Hassim ( Guru Data APDM)
Ustazah Norjayusmaliza bt. Mohd.Yusof

AGENDA

1. Aluan Pengerusi- Guru Besar

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa


Bantuan RMT kerana telah meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat
ini.
1.2 Mengucapkan terima kasih juga kepada semua AJK RMT yang telah
menjalankan pengurusan murid RMT dengan baik.
1.3 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
1.4 Mesyuarat diserahkan kepada GPK HEM

2. Penjelasan GPK HEM

2.1 GPK HEM menjelaskan bahawa pemilihan murid RMT adalah berdasarkan
kriteria berikut:
Kelayakan pendapatan kasar keluarga adalah masih RM580 atau perkapita
RM140.00 sama seperti tahun ini.
2.2 Memaklumkan bahawa pemilihan adalah mengikut kriteria yang telah
ditetapkan oleh KPM
2.3 Borang-borang permohonan diedarkan kepada murid-murid yang layak
berdasarkan Data APDM.
2.4 Berdasarkan maklumat tersebut mesyuarat memutuskan hanya 7 orang
sahaja murid yang layak menerima RMT daripada 17 borang permohonan.
2.5 Membacakan senarai nama murid yang layak.
2.6 Jumlah yang layak menerima RMT semakin kurang kerana pendapatan
penjaga semakin meningkat kerana kanaikan gaji minima mereka
2.6 Kesemua murid yang dicalonkan telah menghantar borang
permohonannya.(Senarai nama murid yang layak dilampirkan)
2.7 Kadar kelayakan untuk seorang murid adalah RM2.50 berbanding RM1.80
sehari sebelum ini.
2.8 Murid-murid yang layak akan menerima bantuan mereka bermula pada hari
pertama persekolahan
2.9 Surat makluman akan dihantar kepada ibu/panjaga murid yang layak setelah
mendapat kelulusan daripada JPNP.

Tindakan : GPK HEM


: Guru Kelas
: Guru Data

3. Permohonan Tahun 1 2019

3.1 Majlis menganggar bahawa seramai 5 orang sahaja murid Tahun Satu 2019
yang layak menerima bantuan RMT

Tindakan : GPK HEM


: Guru Kelas
: Guru Data

4. Penyediaan makanan RMT/ Menu

4.1 Mesyuarat juga bersetuju untuk menyerahkan urusan penyediaan makanan


RMT kepada pengusaha kantin
4.2 Perjanjian RMT akan dibuat dalam jangkamasa terdekat.
4.3 Penetapan Menu telah dibuat- rujuk Lampiran Menu

Tindakan : GPK HEM

5. Hal-hal Lain

5.1 Memaklumkan juga bahawa murid-murid dari Kelas Pendidikan Khas iaitu
seramai 27 orang yang mempunyai Kad OKU secara automatik layak
menerima bantuan RMT/ Susu 1M menjadikan semua penerima RMT seramai
34 orang
5.2 Setakat ini pihak sekolah berpuas hati dengan perkhidmatan pengusaha
kantin yang menyediakan makanan untuk murid-murid RMT. Tiada kes-kes
yang tidak diingini berlaku seperti kes keracunan makanan.
Makluman AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.............................................. ..........................................
(SITI NOR ZALINA BINTI MOHD.TAHIR) (HASNAN BIN ISMAIL)
SU JK RMT GURU BESAR
SK SUNGAI MARONG SK SUNGAI MARONG
28700 BENTONG 28700 BENTONG

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MARONG


28700 BENTONG , PAHANG DARUL MAKMUR

MESYUARAT BANTUAN MURID (PERMOHONAN RMT 2019 – TAHUN 1 DAN MURID CICIR)

TARIKH: 11 JANUARI 2019


HARI : ISNIN
MASA : 3.00 PETANG

KEHADIRAN :

PENGERUSI : En.Hasnan bin Ismail


N.PENGERUSI : Pn.Abidah binti Seman (GPK HEM )
SETIAUSAHA : Pn.Siti Nor Zalina binti Mohd Tahir (S/U RMT)
AJK : Pn.Arina binti Ramlan (GPK Pentadbiran)
Pn.Rohayu binti Othman
Pn.Salina Kertini binti Hassim ( Guru Data SMM)
Ustazah Norjayusmaliza bt. Mohd.Yusof
En.Mohsin bin Mokhtar (NYDP PIBG )

AGENDA

1. Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa


Bantuan RMT kerana telah meluangkan masa untuk menghadiri
mesyuarat ini.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
1.3 Mesyuarat diserahkan kepada GPK HEM

2. Penjelasan GPK HEM

2.1 GPK HEM menjelaskan sekali lagi bahawa pemilihan murid RMT adalah
berdasarkan kriteria berikut:
Kelayakan pendapatan kasar keluarga adalah RM580.00 atau perkapita
RM140.00 sama seperti tahun lalu.
2.2 Memaklumkan bahawa pemilihan adalah mengikut kriteria yang telah
ditetapkan oleh KPM
2.3 Borang-borang permohonan diedarkan kepada murid-murid yang layak
berdasarkan Data SMM.
2.4 Berdasarkan maklumat tersebut mesyuarat memutuskan hanya seorang
murid dari aliran perdana yang layak menerima RMT iaitu murid baru dari
Tahun 2 . Tiada murid dari Tahun 1 yang layak
2.5 Bagi murid-murid dari kelas Pendidikan Khas pula terdapat penambahan
seramai 4 orang. Permohonan dibuat untuk keempat-empatnya.
2.5 Membacakan senarai nama murid yang layak.
2.6 Kesemua murid yang dicalonkan telah menghantar borang
permohonannya.(Senarai nama murid yang layak dilampirkan)
2.7 Kadar kelayakan untuk seorang murid adalah RM2.50 sehari sama seperti
sebelum ini.
2.8 Murid-murid yang layak akan menerima bantuan mereka bermula pada hari
pertama persekolahan bulan Februari selama 190 hari persekolahan juga.
2.9 Surat Akuan Setuju menerima RMT juga telah ditandatangani.
2.10 Memaklumkan bahawa murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan murid-
murid kelas Pendidikan Khas yang lama sudah pun menerima RMT pada hari
pertama persekolahan pada waktu rehat

Tindakan : GPK HEM


: Guru Kelas
: Guru Data

3. Penyediaan makanan RMT


3.1 Mesyuarat juga bersetuju untuk menyerahkan urusan penyediaan makanan
RMT kepada pengusaha kantin
3.2 Perjanjian RMT sudah disiapkan

Tindakan : GPK HEM

5. Hal-hal Lain

Memaklumkan juga bahawa sebenarnya murid-murid dari Kelas Pendidikan Khas


iaitu seramai 26 orang yang mempunyai Kad OKU secara automatik layak menerima
bantuan RMT/ Susu 1M menjadikan semua penerima RMTpada bulan Februari 2019
nanti adalah seramai 38 orang

Makluman AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.


Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.............................................. ..........................................
(SITI NOR ZALINA BINTI MOHD.TAHIR) (HASNAN BIN ISMAIL)
S/USAHA BANTUAN RMT GURU BESAR
SK SUNGAI MARONG SK SUNGAI MARONG
28700 BENTONG 28700 BENTONG

You might also like