You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI KETIGA 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERAPIT

Tarikh: 26 Jun 2015


Hari : Sabtu
Kelas : 3L
Masa : 12.00 – 1.00 petang
Kehadiran: 1. Cik Lee Choon Ling
2. Pn. Tiaw Li Yin
3. Pn. Cheok Suveifun
4. En. Lim Jit Pheng
5. Pn. Rhomala
6. Pn. Hatipah Amir
7. Pn. Lee Chooi Yan

Tidak hadir (bersebab)


1. En. Chuah Tong Chew
2. Pn. Phang Siaw Pei

Agenda Mesyuarat
Ucapan Aluan Pengerusi
Cik Lee Choon Ling mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat panitia geografi kali ketiga
dan merakamkan ucapan terima kasih.
Tindakan: Makluman
Pengesahan Minit Mesyuarat
Pn. Rhomala mencadangkan minit mesyuarat yang lepas diluluskan dan disokong oleh Pn. Tiaw Li
Yin.

Perkara Berbangkit
Guru diminta masukkan markah peperiksaan dan rekod PBS Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dalam
server sekolah (modul offline).
Tindakan: Semua guru

Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015


4.1 Peratus Kelulusan:
Tingkatan 1 – 55.18% (7 orang gred A)
Tingkatan 2 – 64.20% (35 orang gred A)
Tingkatan 3 – 61.88% (10 orang gred A)

4.2 Pelajar yang tidak menjawab langsung kertas jawapan, guru boleh maklumkan kepada pihak
sekolah supaya tindakan boleh diambil.

4.3 Secara keseluruhannya, pencapaian peratus kelulusan dalam peperiksaan kurang memuaskan.
Oleh itu,program peningkatan prestasi akademik perlu diadakan.
Tindakan: Makluman

Program Peningkatan Prestasi Akademik


5.1 Program gerak gempur akan dilaksanakan berasaskan buku teks Tingkatan 3. Dua set soalan
akan disediakan oleh Ketua Panitia dan dijalankan dari bulan September hingga awal bulan Oktober.

5.2 Pertandingan Kuiz Geografi akan dilaksanakan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 untuk
memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Geografi. Cikgu yang menyediakan soalan kuiz
(KBAT) ialah:
Tingkatan 1: Pn. Rhomala
Tingkatan 2: Pn. Phang Siaw Pei
Tingkatan 3: Pn. Lee Chooi Yan
Tindakan: Guru berkenaan
5.3 Setiap kelas diberikan 3 hadiah yang bernilai RM10 setiap satu. Soalan kuiz berasaskan tema
ASEAN dan juga soalan KBAT yang memberi pendapat. Kuiz dilaksanakan pada bulan Ogos pada hari
persekolahan ganti hari Sabtu atau semasa waktu PdP.
Tindakan: Semua guru

5.4 Program lawatan sambil belajar dijalankan untuk memotivasikan pelajar mendapatkan
keputusan cemerlang dalam PT3.
Tindakan: Makluman

Laporan Kewangan sehingga 31 Mei 2015


Sehingga 31 Mei 2015 – 44% wang PCG panitia geografi telah dibelanjakan. Baki wang PCG akan
digunakan untuk melaksanakan program gerak gempur, lawatan sambil belajar, bahan cetakan PBS
dan kuiz geografi. KP berharap guru Tingkatan 1 dan 2 yang menyediakan soalan PBS boleh
menghantar soalan untuk dicetak sebelum bulan Ogos.
Tindakan: Makluman

Frog VLE
Semua guru boleh ”upload” bahan-bahan dalam Frog. Pn. Hatipah akan masuk site guru dalam
sekolah.
Tindakan: Semua guru

Peperiksaan Akhir Tahun


8.1 Hari Anugerah Kecemerlangan telah ditangguh ke bulan Oktober kerana Tuan Pengetua ingin
memberikan anugerah kecemerlangan berdasarkan keputusan:
a) Tingkatan 3 dan 5: Keputusan percubaan peperiksaan PT3 dan SPM
b) Tingkatan peralihan, 1 dan 2: Keputusan peperiksaan pertengahan tahun
Tindakan:
Makluman
8.2 Guru penyedia soalan PAT:
Tingkatan 1: Pn.Rhomala
Tingkatan 2: Pn.Phang Siaw Pei
Tingkatan 3: Cik Lee Choon Ling
Tindakan: Guru berkenaan

8.3 PK HEM meminta guru yang mengawas peperiksaan membaca arahan peperiksaan sebelum
peperiksaan bermula. Pelajar yang meniru akan diambil tindakan di mana 0 markah diberi dan ibu
bapa akan dijemput ke sekolah. Tiada markah demerit dikenakan.
Tindakan:
Semua guru
8.4 Pn. Lee Chooi Yan mencadangkan bahawa pihak sekolah boleh menetapkan setiausaha
peperiksaan menyediakan arahan peperiksaan dan dibaca oleh guru sebelum peperiksaan bermula.

Tindakan: Pihak sekolah

8.5 Peperiksaan akhir tahun untuk Tingkatan 1, 2 dan 4 akan dijalankan pada 5 atau 6 November
2015. (Mungkin ada perubahan tarikh kerana pada waktu ini ramai guru yang terlibat dengan
pengawasan SPM).
Tindakan:
Makluman
8.6 Guru yang menyediakan soalan peperiksaan perlu menggunakan aras:
Rendah
Sederhana
Tinggi
5
2
3
Tindakan: Guru penyedia soalan

Hal-hal Lain
9.1 Penyemakan buku latihan Tingkatan 2 diadakan pada bulan Julai. Guru mata pelajaran sila
menyerahkan buku latihan atau buku nota kepada Pn. Phang Siaw Pei (PKP) untuk disemak.

Tindakan: Guru Tingkatan 2

9.2 Selepas markah peperiksaan akhir tahun telah dimasukkan dalam SAPS, guru perlu cetak dan
serah kepada murid untuk disemak. Ini boleh mengelakkan masalah kesilapan masuk markah dan
tidak sempat buat pembetulan markah selepas tarikh tutup.
Tindakan: Guru Tingkatan 3

9.3 En.Lim Jit Pheng mencadangkan projek menggunakan bahan kitar semula membuat sesuatu
yang berkaitan dengan tenaga angin. KP memberitahu bahawa PBS tingkatan 3, soalan band 6 bagi
tema kegiatan ekonomi telah meliputi projek berkaitan kitar semula.
Tindakan:
Makluman

9.4 Cadangan guru sesi petang untuk membeli pensel warna untuk PdP. KP memaklumkan bahawa
masih terdapat pensel warna yang belum habis digunakan. Jadi, guru boleh mendapatkan bahan
tersebut daripadanya.
Tindakan:
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

You might also like