You are on page 1of 24

KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

RINGKASAN KAJIAN TINDAKAN


SIR E (SIFAR E)
PADA TAHUN 2019
SJK TAMIL KINTA VALLEY, BATU GAJAH

DISEDIAKAN OLEH:

PN THAMAYANTHI KRISHNA RADI

GURU AKADEMIK BIASA

SJK T KINTA VALLEY, BATU GAJAH

TARIKH SERAHAN:

09 MAY 2019
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

PENGHARGAAN

Kajian Tindakan ini dihasilkan daripada pemerhatian dan pengalaman serta merupakan

kesinambungan daripada kajian yang lepas. Maka, hasil pengalaman dan pengamatan,
saya dedikasikan Kajian Tindakan ini kepada Sekolah tercinta, SJK T Kinta Valley, BAtu
Gajah.

Memandangkan terdapat banyak faktor yang mencetus kepada rendahnya mobaliti


ketersampaian pendidikan secara efektif dan ekfisyen dalam kalangan murid tahap satu
di sekolah ini. Walaupun sekolah telah berjaya menyediakan sumber tenaga pengajar
yang berpengalaman dan berkualiti, prasarana yang baik dan kelas yang konduksif
namun beberapa faktor sampingan yang tegar dalam kalangan murid tetap tegar dan
susah direncanakan mengikut perancangan serta pembangunan modal insan yang baik.

Ironinya, unit sekolah cuba merangka dan melaksanakan beberapa program dan
tindakan susulan ekoran hal demikian bagi memantapkan proses pembangunan kognitif
dan sosial murid-murid yang terlibat supaya berupaya mencapai objektif falsafah
pendidikan negara.

Pihak sekolah dan pentadbir banyak menyokong dan membantu saya supaya
memajukan kajian tindakan ini. Terutama daripada pihak pentadbir yang memberi
peluang kepada saya untuk menghasilkan beberapa kajian di sekolah ini.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar Puan Mariayee
a/p Subramaniam dan semua Guru-Guru Kanan, kerana memberi kepercayaan dan
peluang kepada saya untuk dedikasikan Kajian Tindakan Sifar Buta Huruf 2019 SJK
Tamil Kinta Valley, Batu Gajah.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini difokus kepada alternatif penyelesaian masalah mengurangi proses ketirusan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan murid lembam atau lemah dalam
matapelajaran teras. Ketirusan yang berlaku semasa proses P&P ini dilaksanakan
menyebabkan murid lemah atau lembam terus menjadi tegar dan lemah. Oleh yang
demikian, kajian ini disasar kepada murid lemah dan lembam bagi tahap dua yang
melibatkan murid tahun empat dan lima. Ketirusan yang dimaksudkan ialah aktiviti
pengukuhan dan pemulihan tidak dapat dilaksanakan dalam sesi P&P berlangsung dan
menyebabkan keberkesanan P&P secara totalnya menjadi kurang efektif dan ekfisyen.
Maka, pendedahan kepada aktiviti pengukuhan dan pemulihan amat penting dalam P&P
terutamanya kepada murid yang lemah. Disebabkan faktor kekangan masa dan sumber
aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten. Oleh yang
demikian, kajian ini memperkenalkan kaedah pembahagian sumber masa dan bahan
p&p yang berkesan kepada guru.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

PENGENALAN

1.0 Sorotan Refleksi Kajian

Pengalaman menjadi seorang Guru di sekolah ini telah membuka ruang untuk
saya muhasabah diri daripada kegagalan murid menguasai kemahiran asas iaitu
(Membaca, Menulis, Memahami dan Mengira (4M), dengan baik.

Masalah murid lemah dalam menguasai literasi dan numerasi dalam program
sifar E menyebabkan murid ketirusan pelajaran dalam matapelajaran yang lain
juga. Kajian juga menekankan punca dan penyelesaian kepada permasalahan
tersebut.

Memandangkan dapatan data dari peperiksaan akhir tahun menunjukkan murid-


muird dari tahun 1 hingga 6 masih ramai yang gagal menguasai literasi dan
numerasi kurang memberangsangkan disebabkan beberapa faktor dan salah
satu faktor yang dikenalpasti ialah kurang pelaksanaan Program Printis Jangka
Masa Panjang disamping faktor yang lain. Oleh itu, kajian ini juga akan diluaskan
skopnya sehingga lebih kompleks dan efektif serta optimum.

Analisis data adalah seperti berikut:


KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Data 2019
Matapelajaran 1 2 3 4 5 6 Lelaki Perempuan
BM 3 6 3 1 4 3 16 4
BI 3 6 3 1 4 3 16 4
BT 3 5 3 1 4 3 16 4
Matematik 3 6 3 1 4 3 16 4

Sasaran 2019

Matapelajaran 1 2 3 4 5 6 Lelaki Perempuan


BM 2 4 1 1 1 - 9 -
BI 2 4 1 1 1 - 9 -
BT 2 4 1 1 1 - 9 -
Matematik 2 4 1 1 1 - 9 -
Sumber: Puan Padma Piriya (2019), Guru Data, Sjkt. Kinta Valley .

Tahun 1: Parvindran, Kumar, Puvan Raj

Tahun 2: Kugendran, Sharshini, Rajendran, Sarveshwaran, Harathe, Loh Konisha

Tahun 3: Karthigeyan Thevar, Rikknes, Sivaganes

Tahun 4: Vikknes

Tahun 5: Nimalesh, Elavarasan, Muniandy

Tahun 6: Subatra, Rivendran, Loh Pubalan, Mathan


KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Carta Bar Jumlah Murid Tahun 1 hingga 6 bagi Mei 2019

Sumber: Unit Sifar E, Sjk Tamil Kinta Valley (2019)

Berdasarkan carta bar tersebut, menunjukkan murid amat lemah dari tahun 1. Namun murid
dapat menguasai kemahiran asas literasi dalam tempoh satu tahun. Berdasarkan bar
menunjukkan peningkatan penguasaan murid tahun 1, 2, 3 dalam literasi meningkat. Semakin
lama mengalami proses pembelajaran semakin meningkat darjah ketersampian pendidikan
murid untuk menguasai literasi. Selain itu, murid-murid tahun 4 dan 5 pula disebabkan format
baru UPSR memyebabkan mereka tidak mahir dalam menjwab soalan dan masihlagi
ketinggalan banyak dalam subjek yang diajar.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Rasionalnya saya mengkaji permasalahan yang telah timbul dan mengambil faktor kekangan
masa dan sumber maka saya rencanakan tinjauan ini kepada Kajian Tindakan supaya masalah
ini dapat dikurangkan. Ini kerana, masalah ini tidak dapat diatasi tetapi dapat dikurangkan
kepada tahap yang lebih optimum supaya peranan guru sebagai mentor dapat diaplikasikan
dalam P&P serta peranan sekolah sebagai agen pembangunan insan dapat diimplimentasikan
dalam adaptasi penambahbaikan sistem pengurusan dan perancangan dari semasa ke
semasa.

Maka, kajian ini menekankan kepada mengukuhkan keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran (P&P) dalam kelas bagi murid tahap 1 dan 2 sekolah ini. Penekanan terhadap
aktiviti pengukuhan dan pemulihan dalam kelas supaya murid lemah dan lembam dapat
mengekses maklumat P&P dengan baik dan sempurna mengikut aras kemampuan murid dari
segi kogitif dan kemahiran murid. Disamping melonjak prestasi sekolah dalam pencapaian
NKRA sekolah.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian kepada memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)


murid tahap 1 dan 2 secara komperhensif dan berterusan. Tinjauan
menunjukkan permasalahan yang timbul disebabkan oleh kurang aktiviti
pengayaan, pengulangan, pengukuhan dan pemulihan semasa dan selepas
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang telah dijalankan.

Begitu juga murid yang keciciran pendidikan menyebabkan murid tahap satu
lemah dalam kemahiran asas. Selain itu, faktor sampingan yang lain seperti
masalah istitusi kekeluargaan, ekonomi dan motivasi diri juga menyumbang
kepada permasalahan ini.

Pernyataan Masalah:

1) Murid tahap satu masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas iaitu 4M
(membaca, menulis, memahami dan mengira)
2) Murid kurang pendedahan aktiviti pengukuhan dan pengulangan semasa dan
selepas P&P dilaksanakan.
3) Murid keciciran pendidikan disebabkan masalah kehadiran ke sekolah yang
buruk
4) Ibu bapa dan penjaga kurang kesedaran kepentingan pendidikan yang efektif
kepada anak-anak
5) Faktor sampingan iaitu seperti masalah kekeluargaan, ekonomi dan motivasi
diri yang rendah memberi impak negatif kepada murid.

3.0 Objektif Kajian

Objektif Umum
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Meningkatkan prestasi sekolah melalui pencapian dalam Ujian serta


mengukuhkan tahap penguasaan (Membaca, Menulis, Memahami dan Mengira)
4M dikalangan murid dan memantapakan program Sifar E serta memperkasakan
sekolah dengan melahirkan murid Celik Huruf dan Bijak Angka pada tahun 2019.

Objektif Khusus

1) Melonjakkan prestasi sekolah dalam pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun


2) Murid lemah dan lembam dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi
(Sifar E)
3) Meningkatkan peranan ibubapa dalam memantau murid serta motivasi
kesedaran kepentingan ilmu kepada ibubapa.
4) Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas 4M(membaca, menulis,
memahami dan mengira) dalam kalangan murid.
5) Menyediakan elemen pengukuhan dan pemulihan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) kepada murid tercicir supaya dapat meningkatkan
kemahiran 4M
6) Memantapkan program Sifar E
7) Memperkasakan sekolah dengan melahirkan murid yang celik huruf dan bijak
angka pada tahun 2019.

4.0 Kumpulan Sasaran


a) Murid Tahun 1
b) Murid Tahun 2
c) Murid Tahun 3
d) Murid Tahun 4
e) Murid Tahun 5
f) Murid Tahun 6

5.0 Skop Kajian


Murid Tahap Satu dan Tahap 2, Sekolah SJK T Kinta Valley , Batu Gajah.
Ibu bapa dan penjaga murid tahap satu dan tahap dua yang terlibat

Tempoh Pra Kajian


KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Jangka Masa Pendek: 07 Bulan

Bermula pada: Mac 2019

Berakhir pada: Oktober 2019

Tempoh Pasca Kajian

Jangka Masa Panjang: 20 Bulan

Bermula pada : Mac 2019

Berakhir pada: Ogos 2020

Kaedah Kajian :
a) Pengalaman dan Tinjauan
b) Instrument Ujian
c) Pembacaan dan Pengetahuan
d) Dapatan Data

6.0 Pelaksanaan Tindakan

6.1 Pengenalan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan SINUS (Sifar E )2019 direncana bagi memenuhi sasaran National Key
Result Area (NKRA) dalam profesion pendidikan. Salah satu daripadanya ialah
memperkasakan sekolah kebangsaan dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan
murid.

Kajian tindakan ini adalah alternatif menyelesaikan masalah yang dihadapi


dalam sistem pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Kelas Perdana,
Kelas Pemulihan. Kesukaran melaksanakan P&P yang berkesan, lancar dan
terancang disebabkan masalah murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas
iaitu membaca, menulis, memahami dan mengira (4M) dalam kalangan murid yang
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

lemah dan tercicir. Kenapa keciciran pelajaran ini berlaku? Punca dan cara
menyelesaikan permasalahan ini secara optimum.

6.2 Konsep Sifar

Kosong, tiada nilai bagi angka tersebut.


Sifar iaitu mengurangkan jumlah bilangan murid yang tidak menguasai literasi
dan Numerasi kepada angka sifar pada tahun 2019.

Konsep Sifar E
Gabungan literasi dan numerasi .
Literasi tatacara penggunaan Bahasa Malaysia yang melibatkan 4 elemen iaitu
membaca, menulis, memahami dan menaakul.
Numerasi ialah nombor dan angka yang perlu dikuasai secara menyeluruh
termasuk aspek asas nombor.

Konsep Sifar E
Konsep ini boleh diimplimentasikan sebagai satu momentum yang
menggerakkan sesuatu mekanisme dari bilangan yang banyak kepada sifar.
Sifar dalam buta huruf tetapi 100 peratus dalam celik huruf dan angka.
Kesimpulannya, ia merupakan satu konsep cara mengurangkan masalah lemah
literasi dan numerasi.

6.3 Kerangka Pelan Tindakan

Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matapelajaran Bahasa


Melayu, Bahasa Tamil ,Bahasa Inggeris dan Matematik

Model 1: Pelan Tumpu

3 Bulan (Bulan Transformasi)

Latih Tubi Matapelajaran Tumpuan: Dibantu Guru Matapelajaran Lain

Bahasa Melayu
Murid dapat menguasai
kemahiran asas dan dapat
mendedahkan murid kepada
Ujian Linus serta mewujudkan
murid yang bestari.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Matematik

Bahasa Inggeris

Bahasa Tamil

Kaedah Perlaksanaan

Guru matapelajaran selain Bahasa Melayu, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan
Metematik akan memperuntukkan 30 minit untuk setiap minggu mengajar kemahiran
asas semasa P&P dilaksanakan. Ini bertujuan aktiviti pengulangan dan pengukuhan
dapat dilaksanakan sepanjang masa.

Aktiviti pengulangan dan pengukuhan ini penting dilaksanakan dalam kelas yang
mempunyai murid yang lemah. Mengukuhkan kemahiran asas ini sangat penting
supaya murid dapat menguasai elemen pembelajaran yang lain lebih optimum.

Sebagai contoh, seorang guru Bahasa Tamil boleh memperkenalkan gambar buku
kemudian menyebut perkataan tersebut dengan jelas serta menulis perkataan tersebut
kemudian baru ditulis dalam tulisan Tamil. Secara tidak langsung murid akan mendapat
dua faedah pembelajaran dalam satu sesi P&P. Ini penting bagi murid boleh mahir dan
cepat menguasai Bahasa Melayu. Begitu juga guru muzik juga boleh meminta murid
bertutur dalam bahasa inggeris semasa P&P disamping menyanyikan Lagu versi
Bahasa Inggeris sebagai set induksi dan sebagainya.

Pelan Tumpu ini telah berjaya dilaksanakan melalui Kajian Tindakan Lonjakan Perdana
2019 yang telah memperkenalkan konsep tumpu ini. Respon guru-guru menunjukkan
perkembangan yang positif dari semasa ke semasa. 90% Pelan ini berjaya
dilaksanakan oleh guru-guru yang terlibat .
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

6.4 Pelan Tindakan : Program Impak Maksima

Model 2

2 Minggu (Literasi)

Murid sifar E akan mengikuti program Impak Maksima selama 2 minggu iaitu dilaksanakan pada
masa 7.40 sehingga 10.00pagi pada setiap hari selama 2 minggu.

P&P dikendalikan oleh guru subjek.

Motivasi

Murid akan mengikuti satu slot motivasi diri selama 2 jam yang dikendalikan oleh

Guru kaunseling sekolah


KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

P&P Didik Hibur Learning is Fun

Token ekonomi Bermain sambil belajar

Murid dapat menguasai kemahiran Projek Latih Tubi Gempur

(Membaca, menulis dan memahami)

Kaedah Pelaksanaan

Murid tahap 1 yang terlibat dengan masalah literasi perlu mengikuti program impak Maksima
selama 2 minggu. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan mekanisme mobaliti murid
untuk mengekses pembelajaran dengan lebih optimum. Program ini juga penting untuk
membantu murid menguasai asas membaca dengan cepat, pantas dan betul.Program ini akan
dilaksanakan pada 9 Mac 2019 sehingga 20 Mac 2019. Seramai 8 orang murid tahap 2 yang
terlibat akan mengikuti program ini. Keberkesanan program ini ditentukan oleh Keputusan ujian
Peperiksaan Pertengahan Tahun iaitu tidak murid mengambil E dalam matapelajaran teras
iaitu sifar E.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

6.5 Kajian Tindakan Pemantapan Program Sifar E Secara Menyeluruh Dalam kalangan
Murid

Model 3: Konsep 4M

(Konsep 4M)

Konsep 4M

Program Pemulihan hanya menekankan

Konsep 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Penambahbaikan 3M kepada Konsep 4M

Iaitu (Membaca, Menulis, Memahami dan Menaakul)

Modul Kembara Ilmu


KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Konsep 4M (Membaca, Menulis, Memahami dan Menaakul)

Murid dapat membaca dan menulis serta memahami dengan baik disamping melengkapkan
kemahiran membaca, menulis dan pemahaman dengan lebih efektif

Kaedah Pelaksanaan

Kebanyakan buku serta modul yang diguna pakai tidak menerap kemahiran memahami.
Oleh itu, penggunaan Modul kembara Ilmu yang menerapkan kemahiran memahami.
Murid diberi pendedahan kepada menulis, membaca serta memahami. Aktiviti ini
dilaksanakan dengan menggunakan kaedah bacaan mekanisme. Modul ini juga
disusun mengikut aras murid kelas pemulihan yang bermula dari aras rendah kepada
susah. Penggunaan Modul ini secara berterusan selama tempoh 4 bulan akan
menghasilkan peningkatan yang sangat memberangsangkan kepada murid yang lemah
tetapi buku ini akan didedahkan kepada murid yang sudah menguasai Suku Kata kv.
Selain itu, bagi matapelajran matematik pula menggunakan Matematik Asas Mudah,
dan bagi Bahasa Inggeris modul bacaan Ringkas daripada pelbagai sumber yang
dibuat oleh panitia Bahasa Inggeris. Justeru, matapelajaran Bahasa Tamil juga
menggunkan Modul Bacaan Asas dan Latihan Asas yang dibuat oleh Panitia Bahasa
Tamil.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

6.6 Motivasi Ibu bapa atau penjaga

Model 4: Program Pelita Hati

Program Motivasi Kesedaran Kepentingan Ilmu kepada anak-anak

Kenapa peratusan UPSR merosot?

Sekolah-guru berpengalaman, latih tubi,kelas tambahan dan lain-lain tetapi

Kenapa?

Hampir 90 peratus murid yang lemah disebabkan gagal menghadiri ke sekolah.

Faktor Utama ialah Masalah Kehadiran ke Sekolah kurang memuaskan

Kenapa?

Masalah institusi kekeluargaan


KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Tindakan Sekolah- Melawat, pantau dan nasihat tetapi tiada perkembangan positif

Kenapa?

Ibu bapa kurang kesedaran kepentingan pendidikan kepada anak-anak dan

Kurang muhasabah peranan ibubapa di samping faktor ekonomi dan faktor latar belakang
pendidikan yang rendah di sosio geografi sekitar Kinta Valley

Motivasi kepada ibubapa/penjaga oleh Guru Kaunseling

Kaedah Pelaksanaan

Program Motivasi oleh pihak Hal Ehwal Murid dan Unit Kaunseling.

Masalah utama keciciran pendidikan di sekolah ini ialah masalah ponteng sekolah. Masalah ini
telah dipantau dan diberi perhatian oleh pihak sekolah namun kurang respon yang positif
daripada ibubapa. Sekiranya ada pun hanyalah 20 peratus sahaja selebihnya sebanyak
80peratus masih lagi dengan takuk lama hanyut bersama masalah kepincangan sosialiasi. Oleh
itu, langkah terakhir pihak sekolah adalah dengan mengadakan Program motivasi keibubapaan
kepada keluarga yang mempunyai anak yang tercicir pendidikan.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN SIFAR E

SJK KINTA VALLEY

PENGERUSI

Guru Besar

(Pn. Mariayee )

NAIB PENGERUSI 1

Guru Kanan Pentadbiran

(Pn.Thirumagal Kuppusamy)

NAIB PENGERUSI 2

Guru Kanan HEM

(Pn. Vijaya Rani)

NAIB PENGERUSI 3
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Guru Kanan Ko-Kurikulum

(Pn. S.Kuppammah )

PENYELARAS

Penyelaras Sifar E

(Pn. Thamayanthi Krishna Radi)

AJK

GURU SJK TAMIL KINTA VALLEY

7.0 PENUTUP

Saya berharap kajian ini dapat disokong penuh oleh pihak pentadbir dan pengurusan
sekolah. Kajian ini merupakan kajian yang pertama saya laksanakan kemungkinan ia
bukanlah satu kajian yang sangat terbaik namun, ia adalah pengubahsuaian hasil kajian
pertama yang telah saya laksanakan serta menunjukkan hasil yang positif. Maka, saya
dedikasikan sebahagian kajian pertama saya dalam kajian ini dengan mengubahsuai
serta melakukan penambahabaikan disamping mengambil kira faktor yang lain supaya
kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar serta menghasilkan
produktiviti yang efektif serta optimum pada akhir pengukuhan kajian ini.

Kajian ini juga telah menunjukkan ketirusan pendidikan disebabkan keciciran


menghadiri ke sekolah dengan memuaskan. Puncanya juga disebabkan masalah
institusi kekeluargaan dan kurang keinginan berdaya maju untuk menyiapkan dan
melengkapkan lembaran kerja, latih tubi yang disediakan oleh guru.

Maka, beberapa tindakan susulan telah dikenal pasti sebagai alternative menyelesaikan
masalah Sifar E ini. Oleh itu, kajian ini sangat penting supaya membantu dan
menambah nilai kemajuan murid, meningkatkan prestasi guru dan memperkasakan
institusi sekolah sebagai agen pembangunan modal insan.
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

LAMPIRAN:

Ulasan Naib Pengerusi

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Tanda Tangan, Tarikh:___________

(Pn. Thirumagal a/p Kuppusamy)

GURU KANAN 1

SJK TAMIL KINTA VALLEY.

Ulasan Pengerusi

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

Tanda Tangan, Tarikh:___________

(Pn. Mariayee a/p Subramaniam)

GURU BESAR,

SJK TAMIL KINTA VALLEY.

ISI KANDUNGAN

Abstrak

Penghargaan

1.0 Sorotan Refleksi Kajian

2.0 Fokus Kajian

3.0 Objektif Kajian

Objektif Umum

Objektif Khusus

4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Skop Kajian

Tempoh Kajian
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

Kaedah Kajian

Permasalahan

6.0 Perlaksanaan Tindakan

6.1 Pengenalan Kajian Tindakan

6.2 Konsep SINUS

6.3 Kerangka Pelan Tindakan

Model 1: Pelan Tumpu

6.4 Model 2: Impak Maksima

6.5 Model 3: Konsep 4M

6.6 Model 4: Motivasi Ibu bapa

7.0 Jawatankuasa Ahli Kajian Tindakan

8.0 Penutup

Rujukan
KAJIAN TINDAKAN SIFAR E 2019 THAMAYANTHI KRISHNA RADI, 2019

You might also like