You are on page 1of 5

SJK(T) LADANG SUNGAI WANGI,

32000 SITIAWAN, PERAK.


MINIT MESYUARAT GURU 3/2019

Tarikh : 12.02.2019
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 1. Puan N.Kamalaselvi (Guru Besar)


2. Puan V.Tolachinma (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan M.Rajamani (Penolong Kanan HEM)
4. Puan M.Kalpakanally (Penolong Kanan KoKu)
5. Encik Muhammad Aizat
6. PuanK.Komala
7. Puan M.Saraswathy
8. Encik S.Elavarasan
9. Puan N.Kumutha
10.Puan K.Kavitha
11. Puan A. Jayanthy
12.Puan S.Kalpana
13.Puan A.Rajes
14.Puan T.Muveena
15.Encik.N.Raveendiran
16.Pn.D.Devamalar

T.Hadir : Puan M.Nalini (Mesyuarat)

1. Ucapan Guru Besar.

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru atas kehadiran guru-guru ke mesyuarat guru kali ketiga bagi tahun 2019.

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan
oleh semua guru. Beliau meminta semua guru bekerja sebagai satu pasukan dalam semua
aktiviti sekolah.

Tindakan: Semua Guru

2. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu .

2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibaca dan dicadang oleh Puan K.Komala dan
disokong oleh Encik Elavarasan

Tindakan. Setiausaha.
3.0 & 4.0 Perkara-perkara Berbangkit.

3.1 Valartamil Vizha

3.1.1 Guru Besar memberitahu pada hari Sabtu, 23.03.2019 akan diadakan Valartamil Vizha
peringkat daerah Manjung di SJKT Beruas.

3.1.2 PK KoKo mengagihkan jawatankuasa Valartamil Vizha bagi setiap kategori. Terdapat 8
kategori.
Tindakan: Semua Guru

3.2 Sukan

3.2.1 Puan M.Kalpanakally, Penolong Kanan Kokurikulum mengedarkan senarai jawatan kuasa
sukan peringkat sekolah.

3.2.2 Guru besar memberitahu sukan akan diadakan pada hari 01.03.2019, Jumaat pada pukul
2.30 petang.

3.2.2 Beliau menyatakan ada 2 acara iaitu acara larian dan acara kumpulan..

Tindakan: Semua Guru

3.3 Pengurusan Fail Rekod Mengajar

3.3.1 Guru besar memberitahu 3 orang pegawai dari PPD Manjung telah datang bagi pemantauan
Fail Rekod Mengajar.

3.3.2 Beliau menyatakan hasil daripada pemantauan tersebut, semua guru harus menyeragamkan
Fail Rekod Mengajar guru.

3.3.3 Guru besar memberitahu semua maklumat yang lengkap harus diletakkan dalam fail besar
guru dan harus dibawa ke kelas setiap hari.

3.3.4 Beliau juga menyatakan rph-rph yang lepas harus difailkan dalam fail kecil guru-guru.

Tindakan: Semua Guru

3.4 E-Operasi

3.4.1 Semua guru diminta untuk mengemaskinikan semua data dengan segera.

Tindakan: Semua Guru


3.5 PBPPP

3.5.1 PK Pentadbiran memberitahu kepada semua guru untuk menyediakan dan menghantar
borang keberhasilan sebelum 22.02.2019

Tindakan: Semua Guru

3.6 SKMPG2

3.6.1 PK Pentadbiran memberi taklimat SKPMg2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) telah memasuki Gelombang 2.

3.6.2 Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang
berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan
pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

Tindakan: Semua Guru

3.7 TS25

3.7.1 PK Pentadbiran mengingatkan semua guru untuk menyelesaikan tugas-tugas TS25 bagi
2018.

3.7.2 Beliau juga menerangkan pintas bagi 2019 iaitu,


o Pembelajaran Abad KE 21 – Pdpc UPSR
o Permainan – Pelaksanaan Permainan Catur
o Peningkatan Nilai Murni – Komunikasi

Tindakan: Semua Guru

3.8 Gabungan Fail

3.8.1 PK Pentadbiran memberitahu mata pelajaran berikut digabungkan dalam satu panitia.
 RBT & TMK
 PK, PJ & PJPK
 Pendidikan Seni, Muzik & PKS

3.8.2 Beliau juga menyatakan fail MBMMBI dan HIP telah digabungkan ke dalam panitia
Bahasa Melayu serta panitia Bahasa Inggeris.

Tindakan: Semua Guru

3.9 Ujian

3.9.1 PK Pentadbiran memberitahu hanya mata pelajaran teras sahaja didaftar dalam aplikasi
SAPS.

3.9.2 Beliau juga menyatakan peperiksaan Sejarah dan Pendidikan Moral akan dijalankan seperti
biasa.
3.9.3 Beliau memberitahu mata pelajaran elektif yang lain tidak ada peperiksaan yang
dijalankan.
Tindakan: Semua Guru

4.1 Kelas Fokus Tahun 6

4.1.1 Penyelaras Tahun 6, Pn M.Saraswathy telah mengedarkan jadual kelas tambahan kepada
guru-guru Tahun 6.

4.1.2 Beliau juga menyatakan kelas fokus ini akan bermula pada 4.03.2019 pada pukul 7.10
hingga 7.30 pagi bagi setiap mata pelajaran teras.

4.1.3 Beliau juga menyatakan Program 360 juga akan diadakan pada murid Tahun 6 bermula
15.02.2019 pada waktu terakhir masa pdpc iaitu 12.50 hinggan 1.30 petang.

Tindakan: Semua Guru Tahun 6

4.2 Amanat Tahun Baru 2019

4.2.1 Guru Besar menerangkan slogan baru Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu pendidikan
untuk semua, tanggungjawab untuk semua.

4.2.2 Beliau juga menerangkan aspirasi, dasar, visi dan misi kerajaan serta 3 hala tuju yang
ditetapkan.
Tindakan: Semua Guru

4.3 Inisiatif Bagi Mengurangkan Bebanan Guru

4.3.1 Guru Besar menyatakan terdapat 5 inisiatif dalam pengurangan bebanan guru.

4.3.2 Beliau menrangkan satu per satu untuk pengetahuan para guru.

Tindakan: Semua Guru

5.0 Hal –Hal Lain

5.1 PK Kokurikulum menyatakan Pra Kelayakan Olahraga MSSD akan diadakan pada 20&21
Februari 2019 di Stadium Pangkalan TLDM.

5.2 Beliau juga menyatakan Program 1M1S perlu terus dijalankan secara peringkat sekolah.

5.3 Beliau juga memberitahu aktiviti sukan atau merentas desa tidak boleh dijalankan pada
waktu persekolahan dan pada hari minggu 1,3 dan 5.

5.4 Beliau menyatakan bermula tahun ini sukaneka tidak boleh dijalankan pada hari Sukan.

5.5 PK Hem menyatakan Program Jom Ke Sekolah akan diadakan serentak di semua sekolah
pada hari 18.02.2019 pukul 7.30 hingga 8.30 pagi.
5.6 Guru Besar meminta semua guru untuk menyelaraskan rph kepada three part lesson
berdasarkan PAK21, KBAT & I-Think.

Tindakan: Semua Guru

6.0 Ucapan Penangguhan:

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap akan mematuhi apa
yang telah disarankan oleh Guru Besar dan berharap semua guru memainkan peranan
masing-masing dengan lebih dedikasi dalam meningkatkan prestasi anak murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………… ……..........................
(Puan T.Muveena) (PUAN V.TOLACHINMA)
Setiausaha Mesyuarat Guru Penolong Kanan Pentadbitan
SJKT Ladang Sungai Wangi SJKT Ladang Sungai Wangi

Disah oleh:

………………………………..
(PUAN N.KAMALASELVI)
Guru Besar
SJKT Ladang Sungai Wangi

You might also like