You are on page 1of 4

SK FELDA AIR TAWAR 1

LAPORAN SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH 2019

SK FELDA AIR TAWAR 1 telah mengadakan Sambutan Minggu AntiDadah Peringkat Sekolah pada
18 hingga 25 April 2019 yang lalu. Tema Minggu Anti dadah yang telah ditetapkan pada tahun ini ialah
“Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”. Pihak Jawatankuasa Pelaksana AntiDadah sekolah telah
mengadakan beberapa aktiviti sempena sambutan minggu AntiDadah.

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan Sambutan Minggu AntiDadah Peringkat
Sekolah ialah:

1. Ikrar AntiDadah oleh semua murid semasa perhimpunan.


2. Membaca perutusan sempena Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan oleh Guru Besar.
3. Ucapan perasmian serta ucapan dasar sempena Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah
oleh Guru Besar.
4. Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah

 Tayangan video berkaitan AntiDadah


 Pertandingan mewarna slogan dan poster AntiDadah tahap 1
 Pertandingan melukis poster AntiDadah tahap 2 (Tahun 4 dan 5)
 Pertandingan membuat ulasan AntiDadah Tahun 6
 Pameran dan ceramah AntiDadah 2019 Tahun 3, 4, 5, dan 6.

TAJUK : Minggu AntiDadah

ANJURAN : Unit HEM dan Jawatankuasa Pencegahan AntiDadah Kerjasama Unit Bimbingan

Dan Kaunseling

TARIKH : 18 hingga 25 April 2019

SASARAN : Semua guru dan murid SK Felda Air Tawar 1

1.0 Pendahuluan:

Dadah masih menjadi ancaman utama keselamatan Negara. Penagihan najis dadah merupakan
sesuatu penyakit kronik yang boleh menhancurkan kehidupan sekaligus membawa kepada kemusnahan
individu,masyarakat dan negara.Justeru semua pihak mesti memainkan peranan bersungguh-sungguh
dalammemerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.
2.0 Visi / Misi:

1. Menjauhi diri serta menentang tabiat menggunakan dadah.

2. Mewujudkan keluarga bahagia tanpa dadah.

3. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah bebas dadah.

4. Mencegah pengedaran dadah dalam masyarakat.

3.0 Objektif:

1. Menyedarkan murid tentang bahayanya dadah dalam kehidupan.

2. Mengamalkan nilai-nilai agama untuk membenteras dadah.

3. Membantu usaha-usaha kerajaan bagi membebaskan Negara ini daripada dadah.

4.0 Penilaian Program:

4.1 Kekuatan:
Program ini telah banyak memberikan manfaat dan kesedaran awal kepada pelajar-pelajar tentang bahaya
dadah pada kehidupan sekaligus mereka dapat memahami kesan-kesan negatif akibat penggunaan dadah.

4.2 Kelemahan:
Program lawatan dan ucapan dari pihak polis Air Tawar tidak diadakan.

4.3 Cadangan penambahbaikan:


Menambah galeri AntiDadah di kawasan sekolah agar dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang
bahaya dadah serta kesan-kesan negatif yang akan diberikan olehnya.

Disediakan oleh:

Muhammad Hafiz bin Masron


Guru Penasihat Kelab AntiDadah
SK FELDA Air Tawar 1
Gambar-gambar sekitar pelaksanaan program AntiDadah 2019

You might also like