You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN/BIASISWA, BANTUAN

KWAMP/BAP/BAITULMAL/EMK

SMK BANDAR TUN RAZAK

56000 CHERAS KUALA LUMPUR

BIL. 1/2019

TARIKH : 22 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)

MASA : 2.00 PTG – 3.00 PTG

TEMPAT : BILIK GERAKAN

PENGERUSI : PN HJH NORAIZAH BINTI SHAHARUDDIN

SETIAUSAHA : PN. FAZLINA BINTI MOHD

KEHADIRAN:

1. Pn. Hjh Noraizah bt Shaharuddin Pengetua


2. En Mohd Jafri b. Mohammad Yusoff PK Hal Ehwal Murid
3. Pn Ho Siew Fung PK Petang
4. En Abd Rahman bin Taha Guru Kanan Kemanusiaan
5. Cik Norin bt Ismail Guru Kanan Sains dan Matematik
6. Pn Zaliha Guru Kanan Bahasa
7. Pn Eliza bt Elias Guru Kanan Teknik dan Vokasional
8. En. Mohd Syarif bin Abu Hashim YDP PIBG
9. Pn Fazlina bt Mohd
10. Pn Nur Atifah bt Ishak
11. En. Sahnon b. Salleh
12. Pn Salbiah bt. Zainol Din
13. Pn. Masnida bt Muhammad
14. Pn. Naziatul Akma bt. Ahmad Rokti
1.0 Perutusan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat Jawatankuasa
Bantuan/ Biasiswa/Bantuan KWAP/ BAP/ Baitul Mal dan EMK kali pertama 2019.

2.0 Pembentangan Laporan


2.1 Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2.1.1 PK HEM membentangkan program 2019 merujuk kepada takwim 2019
berkenaan pelaksanaan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) pada bulan
Januari, Baitul Mal bulan Januari, Bantuan Awal Persekolahan(BAP) pada
bulan Februari, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) pada
bulan Mac, dan Elaun Murid Keperluan Khas (EMK) pada bulan Mac.
Tindakan : Makluman

2.1.2 PK HEM telah mengingatkan guru-guru tingkatan agar mengemaskini


maklumat APDM supaya murid layak untuk memohon bantuan yang
disalurkan oleh pihak kerajaan.

Tindakan :Guru Tingkatan

2.1.3 Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan dibuka di dalam talian bermula 1-


31 Mac 2019. Seramai 121 orang pelajar telah layak untuk memohon. Syarat
kelayakan bagi permohonan BKP ialah pendapatan isi rumah sebanyak
RM1500 dan mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan UPSR,
PT3 dan peperiksaan akhir tahun.
Tindakan : Pn Fazlina
Pn Naziatul

2.1.4 Bagi bantuan KWAMP pula, seramai 16 orang murid telah layak untuk
mendapat bantuan tersebut. Bantuan ini juga disenaraikan di dalam system
APDM.

Tindakan : Pn Ho Siew Fung

2.1.5 Untuk baitulmal seramai 50 orang pelajar yang baru memohon bagi tahun
2019. Penerima Baitulmal sebelum ini akan diteruskan seperti biasa.
Tindakan : Pn Nur Atifah
: En Sahnon

2.1.6 Bantuan Awal Persekolah (BAP), seramai 272 orang pelajar layak mendapat
bantuan tersebut sebanyak RM100 setiap orang. Kelayakan untuk memohon
BAP adalah pendapatan isi rumah sebanyak RM3000 ke bawah.
Tindakan :Guru Tingkatan

2.1.7 Elaun Murid Khas (EMK) untuk 2019 seramai seorang yang layak iaitu
pelajar tingkatan 4 Anis Nabila bt Mohd Muliadi dari kelas 4SI.
Tindakan : Pn Ruslida
3.0 Hal-hal Lain
3.1 Puan Pengetua berharap guru-guru yang terlibat memaklumkan kepada pelajar untuk
memohonbantuan yang disalurkan.
Tindakan : Makluman

3.2 En Mohd Syarif bin Abu Hashim selaku YDP PIBG juga menyatakan bahawa beliau
telah memaklumkan kepada AJK PIBG tentang bantuan yang murid layak memohon.
Tindakan : Makluman

4.0 Penutup
4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh :

……………………………………..

(FAZLINA BINTI MOHD)

You might also like