You are on page 1of 6

nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe

rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
DIPLOMA PENDIDIKAN

asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
SEM 2 2018/19

klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
KPR 4063
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
KAJIAN TINDAKAN DALAM
PENDIDIKAN
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
[PANDUAN KERJA KURSUS]
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbqwertyuiopasdfghjklzx
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopa
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl
PROGRAM DPLI JAIM, JAIS, JAIPK, JAIP DAN YIK

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


(KPR 4063)

FORMAT PENILAIAN DAN PEMBERATAN

Kerja Kursus : 60%


Peperiksaan : 40%

Perincian Kerja Kursus dan Penilaian

KAEDAH
BAHAGIAN PENERANGAN PENYAMPAIAN PERATUSAN

Penyediaan proposal kajian


tindakan:

A Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Tinjauan Literatur BERSEMUKA 20
Bab 3: Metodologi

TIDAK
Penglibatan E - Forum BERSEMUKA 10
B
(ATAS TALIAN)

Laporan hasil kajian dan


Kesimpulan:

C Bab 4 : Dapatan Kajian BERSEMUKA


Bab 5 : Perbincangan dan 20
Kesimpulan

Pembentangan hasil Kajian 10


Tindakan
JUMLAH 60
TUGASAN INDIVIDU

Bahagian A – Penyediaan proposal kajian tindakan (20%)

Arahan:

1. Pilih satu isu/masalah yang hendak dikaji. Isu/masalah tersebut MESTI relevan
dengan minat serta matlamat perkembangan profesional anda sebagai seorang guru.
2. Sediakan proposal kajian tindakan (Bab 1 – 3) dan kemudian laporan hasil kajian dan
kesimpulan (Bab 4 – 5).
3. Format dan panduan penulisan keseluruhan laporan kajian tindakan secara terperinci
akan dibincangkan dalam kuliah. Panduan ringkas dihuraikan di bawah.

Panduan penulisan laporan kajian tindakan adalah saperti berikut:

Bab 1 – Pengenalan

Anda boleh mula dengan menanya soalan “Apakah isu/perkara/masalah yang perlu saya
prihatin/ambil tahu dalam pengajaran saya?” Isu/perkara/masalah boleh dikenal pasti
dengan membuat refleksi sepanjang pengajaran anda. Pilih isu/perkara/masalah yang anda
boleh buat sesuatu mengenainya, misalan yang berkaitan dengan kualiti pembelajaran
murid anda, penambahbaikkan dalam sesuatu program/pendekatan /kaedah pengajaran
dan sebagainya. Perkataan “perhatin” merujuk kepada nilai-nilai peribadi dan anda perlu
memilih aspek-aspek pengajaran anda yang penting dan berkaitan dengan pembelajaran
murid anda. Proposal kajian tindakan anda MESTI ada kepentingan kepada pengajaran
dan pembelajaran dalam konteks persekolahan.
Apabila anda telah mengenal pasti focus kajian, anda mesti menulisnya dalam bentuk
soalan kajian yang akan mendasari kajian tindakan anda. Sebahagian daripada cabaran
ialah membina soalan kajian yang boleh dikaji di mana anda yakin ia penting dan
berguna. Soalan kajian ini yang akan membantu anda untuk mengenal pasti jenis data
yang akan dikumpul dan bagaimana untuk mengumpulnya.

[2-3 m/s]

Bab 2 – Tinjauan Literatur

Menulis tinjauan kajian lepas secara terperinci dengan merujuk kepada sekurang-
kurangnya 5 bentuk rujukan (seperti buku, artikel jurnal, laporan, dan bahan-bahan lain)
yang relevan dan berkaitan dengan tajuk kajian tindakan anda. Setiap tinjauan yang
dibuat perlu dikupas dan dibincang secara kritis bagaimana ia berhubung kait dengan
permasalahan yang hendak dikaji. Rujukan mesti berkaitan dan terkini (dalam
lingkungan 10-15 tahun kebelakang) dipetik dan ditulis dalam format yang betul
mengikut sistem APA (American Psychological Association) terkini.

[2-3 m/s]
Bab 3 – Metodologi

Ini merupakan satu kajian tindakan jadi anda perlu faham mengapa anda memilih reka
bentuk ini untuk menjalankan kajian anda. Anda perlu menghuraikan cara/proses
menjalankan kajian anda berpandukan kepada model-model terpilih yang akan dikupas
semasa kuliah. Bincang strategi/cara/kaedah bagaimana anda akan mengumpul data
untuk menjawab isu/masalah/persoalan kajian yang anda telah kemukakan. Rancang
dengan teliti (i) tindakan penambahbaikkan yang akan diambil, (ii) bila dan bagaimana
anda akan mengumpul data dan bagaimana menganalisa data tersebut. Anda juga perlu
peka dan patuhi etika dan integriti dalam menjalankan kajian yang melibatkan individu.

[2-3 m/s]

Bahagian B - Penglibatan E- Forum (10 %)

Arahan:

1) Tapak forum kumpulan akan diwujudkan oleh pensyarah dan empat (4) topik
perbincangan yang berkaitan dengan kursus ini akan dimuat naikkan.
2) Dengan membaca bahan rujukan yang berkaitan dan pengalaman sedia ada, anda
dikehendaki memberi respon kepada topik yang dibincangkan dan memberi 2
respon atau berinteraksi dengan pelajar lain dalam kumpulan anda.
3) Respon bagi setiap kenyataan ialah tidak kurang 150 patah perkataan.

Bahagian C – Laporan Hasil Kajian dan Kesimpulan (20%)

Arahan:

1. Semua data yang telah dikumpul dan dianalisa seperti yang telah dirancangkan akan
dilaporkan dalam Bab 4 (Analisis Data dan Dapatan) dan dibincang dalam Bab 5
(Perbincangan dan Kesimpulan).

Panduan penulisan Bab 4 dan 5 laporan kajian tindakan adalah saperti berikut:

Bab 4 – Analisis Data dan Dapatan

Laporkan bagaimana anda menganalisis data yang telah dikumpulkan dan hasil yang
diperoleh. Bentang dalam bentuk jadual yang sesuai dan betul dengan huraian terperinci
mengenainya.

[3-4 m/s]

Bab 5 - Perbincangan dan Kesimpulan

Bincang hasil kajian anda dengan membuat refleksi proses tindakan penambahbaikkan
yang telah dilaksanakan, kesannya kepada amalan pdp dan pandangan mengenai
pengajaran /pentadbiran anda. Adakah kajian tindakan yang telah dijalankan mengubah
pandangan anda terhadap pengajaran/pentadbiran anda? Bincang apa yang anda pelajari
daripada menjalankan kajian tindakan ini sebagai seorang guru atau pentadbir.

[2-3 m/s]

Pembentangan hasil Kajian Tindakan (10%)

Anda dikehendaki membentang hasil kajian tindakan anda dalam kuliah akhir.

PENULISAN LAPORAN AKHIR

Arahan:

1. Laporan akhir kajian tindakan yang merangkumi Bab 1-5 mesti lebih kurang 15-20
muka surat (termasuk muka hadapan, abstrak dan rujukan), 1 ½ langkau dan
menggunakan fon saiz 12 Times New Roman.
2. Format laporan hendaklah mengikut APA (Edisi terkini) dengan sekurang-
kurangnya 5 rujukan daripada artikel jurnal, tesis/disertasi, bab dalam buku, buku
dan lain-lain bahan yang relevan dan berkaitan yang boleh memberi input yang
berguna kepada kajian yang hendak dijalankan.
3. Semua rujukan yang dibuat perlu terkini (dalam lingkungan 15 tahun
kebelakangan) kecuali teori/kerja/proses yang masih mempengaruhi pemikiran
sekarang.
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2017/2018

KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN

GUSTO BOOK FACTS

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NASIHAH BINTI MOHD ALIAS L20181010972 010-3982994

NAMA PENSYARAH: DR SITI RAHAIMAH BINTI ALI

You might also like