You are on page 1of 4

MESYUARAT AGUNG KELAB BAHASA MELAYU

KALI PERTAMA
SEKOLAH MENENGAH KEBANSAAN TENGKU AMPUAN RAHIMAH,
41200 KLANG SELANGOR

HARI : RABU

TARIKH : 19 Januari 2019

MASA : 3.40 – 5.10 Petang

LOKASI : Bilik Audio Visual

Kehadiran:
1. Puan Suria Mazura Bt Md Salleh Ketua Pemimpin
2. Puan Siti Zainab Bt Hashim Guru Penasihat
3. Puan Hamidah Bt Samian Guru Penasihat
4. Ahli kelab Bahasa Melayu

1. Perutusan Penasihat

Ketua pemimpin dan guru penasihat Kelab Bahasa Melayu, Puan Suria Mazura bt md
salleh mengalu-alukan kedatangan guru-guru yang menghadiri Mesyuarat Agung Kelab
Bahasa Melayu kali pertama bagi tahun 2019. Beliau juga merakamkan selamat datang
kepada ahli kelab Bahasa Melayu tingkatan 3,4 dan 5

2. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk

2.1 Guru penasihat melantik pengerusi, Naib Pengerusi , Setiausaha, Naib Setiusaha,
Bendahari, Naib Bendahari secara undian daripada ahli Kelab Bahasa Melayu semnetara
juruaudit dipilih oleh guru

2.2 Semua ahli bersetuju memilih Nur Syamimi Farzana Bt Mohd Fadzli dari kelas 5S2
sebagai Pengerusi Kelab Bahasa Melayu tahun 2019 dibantu oleh Muhammad Haziq B
Mohd Hatta dari kelas 4S4 sebagai Naib Pengerusi

2.3 perlantikan ahli jawatankuasa yang baru telah dijalankan dan mendapat persetujuan
ahli-ahli lain.( Lampiran 1 )
3. Laporan Aktiviti dan Perbentangan Perancangan Tahunan.

3.1 Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan
iaitu pada setiap hari Rabu mengikut jadual kokurikulum yang ditetapkan

3.2 Guru penasihat juga menjelaskan yuran ahli akan dikenakan sebanyak RM3 setahun
dan dipersetujui oleh semua ahli.

3.3 Guru Penasihat juga melaporkan beberapa aktiviti persatuan tahun 2018 yang telah
dilaksanakan.

3.4 Beliau juga meminta pandangan dan cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada
tahun ini antaranya ialah :

a) Pertandingan Blok Kayu


b) Teka silang kata
c) Sahiba
d) Pertandingan berbalas pantun
e) Meneka watak
f) Kerusi berirama
g) Ejaan tepat
h) Teknodrama
i) Jelajah ilmu (explorace)
j) Meneka peribahasa
k) Membina ayat
l) Lawatan ke pesta buku

4. Hal-Hal Lain

4.1 Puan Suria Mazura mengharapkan agar semua ahli Kelab Bahasa Melayu sesi 2019
dapat memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal
dijalankan. Beliau juga memaklumkan bahawa ahli yang tidak hadir akan dikenakan

4.2 Guru penasihat juga telah memaklumkan kepada Yap Chin Xiang untuk membuat
persediaan papan notis

4.3 Guru penasihat juga mengharapkan semua ahli Kelab Bahasa Melayu akan
membawa buku nilam pada setiap kali perjumpaan

4.4 Beliau juga mengharapkan agar semua ahli dapat hadir pada setiap perjumpaan
hari rabu untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
5. Penangguhan Mesyuarat

5.1 Puan Suria Mazura mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan
disokong oleh Puan Siti Zainab. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang.

Disediakan oleh,

__________________________

( Siti Hamizah Bt Mohd Ashar)

Setiausaha,

Kelab Bahasa Melayu 2019.

Disemak oleh,

___________________________

( Puan Suria Mazura Bt Md Salleh)

Guru Penasihat

Kelab Bahasa Melayu 2019


Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA INDUK KELAB BAHASA MELAYU 2019

Pengerusi : Nur Syamimi Farzana Bt Mohd Fadzli (5S1)

Naib pengerusi : Muhammad Haziq B Mohd Hatta (4S4)

Setiausaha : Siti Hamizah Bt Mohd Ashar (5S2)

Bendahari : Samantha Foo Hui Xuan (3 Amal)

Ahli jawatankuasa ;

Tingkatan 3 : Arif Akmal B Shahrulnizam (3Setia)

Tingkatan 4 : Muhammad Darwies B Zainudin (4S3)

Tingkatan 5 : Yap Chin Xiang (5AK1)

Juruaudit : Muhammad Syahmi Zikrui B Mohd Saifulzahrin (4AK1)

You might also like