You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Kantin Kali Pertama 2018

Tarikh : 8 Januari 2018


Hari : Isnin
Masa : 3.15 Petang
Kehadiran :
1. Zaini Bin Ab Kadir (Guru Besar Sk Jengka 23)
2. Mohd Zainal Bin Mohd Zahari (GPK 1)
3. Paizatul Akmam Bin Abu Bakar (GPK HEM)
4. Arifrizal Bin Abu Bakar ( GPK KOKO)
5. Norhana Binti Mohd Sidek
6. Azman Bin As’ari
7. Azmi Bin Hj Mat Nor
8. Zura Binti Abdul Kadir
9. Aminuddin Bin Abu Bakar
10. Roslinda Bt Abdul Malek
11. Mohd Khairuddin Bin Mohamad Ariffin
12. Marizan Binti Ahmad
13. Aida Azura Binti Mohamed Akram
14. Nor Fairus Binti Mohd Parid
15. Sharifah Suhailah Binti Syed Hamid
16. Nik Nur Asyikin Binti Nik Yahya
17. Wan Rosliza Binti Wan Ismail
18. Ravi Shankar A/L M. Sarawanan
19. Nithia Pratiba Thevar A/P Kamalanathan
20. Pn Azahana bt Jamaludin (pengusaha kantin)

Tidak Hadir : Pn Raja Azreni Farhana Bin Raja Azaman Shah

1. Ucapan Guru Besar


- Guru Besar mengucapkan tahniah atas usaha pengusaha kantin menceriakan
kantin
Tindakan: Makluman

2. Subunit Kesihatan
- Gpk HEM iaitu Pn Paizatul Akmam membuat semakan dan penambahbaikan
kantin sekolah berdasarkan elemen yang terdapat dalam borang pengurusan
kantin.
- Carta organisasi akan disiapkan oleh GPK Hem dan ditampal di kantin.
- Aspek paparan tanda harga diberi penekanan. GPK Hem memohon pengusaha
kantin menampal harga makanan guru dan murid di ruangan yang sesuai.
- Penggunaan alat LILATI boleh disediakan jika perlu.
Tindakan: AJK Kantin dan pengusaha kantin

3. Menu
- Guru Besar mencadangkan waktu operasi kantin dipanjangkan sehingga 2.00
petang.
- Guru Besar mencadangkan menu masakan panas diadakan pada waktu tengahari
dan menambah menu buah-buahan serta makanan ringan seperti roti disediakan
di kantin.
- Peralatan hidangan seperti pinggan dan mangkuk untuk tetamu luar disediakan
secukupnya.
Tindakan: Penguasaha Kantin

4. Persekitaran Kantin
- Cikgu Azmi memaklumkan terdapat paip bocor di kantin. Bumbung di ruangan
makan guru juga bocor.
- Keadaan longkang yang kurang baik menyebabkan longkang sering tersumbat.
- Guru Besar memaklumkan akan menghantar laporan berkenaan kerosakan
kantin kepada PPD Tindakan: AJK kantin

5. Perkara Berbangkit
- Tiada -

Mesyuarat ditangguh pada jam 4.00 petang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………… …………………………
Nor Fairus Binti Mohd Parid Paizatul Akmam Bin Abu Bakar
Setiausaha Kantin SK Jengka 23 GPK HEM SK Jengka 23

You might also like