You are on page 1of 6

ANALISISKAN FAKTOR YANG MENDORONG KEDATANGAN GOLONGAN IMIGRAN

KE AMERIKA SYARIKAT PADA PENGHUJUNG ABAD KE 19. JELASKAN SEJAUH


MANAKAH IMIGRAN BERDEPAN DENGAN MASALAH DISKRIMINASI.

1.0 Pengenalan

Amerika Syarikat mengalami gelombang besar imigran semasa era kolonial, bahagian
pertama abad ke-19 dan dari tahun 1880-an hingga 1920. Banyak pendatang datang ke Amerika
untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar, sementara beberapa orang, seperti para jamaah
pada awal 1600-an, tiba mencari kebebasan beragama. Dari abad ke-17 hingga ke-19, ratusan
ribu budak Afrika datang ke Amerika secara paksa.

2.0 Latar belakang

Antara tahun 1900 hingga tahun 1909, lebih kurang 8.2 juta imigran tiba di Amerika dan
dalam tempoh 40 tahun iaitu antara tahun 1880 hingga tahun 1920 jumlah mereka meningkat
kepada 23.5 juta orang. Negara Amerika terus menjadi sebuah negara imigran dan sekali gus
dilanda permasalahan imigran yang berterusan dan meninggalkan kesan yang hebat terhadap
institusi sosial dan politik Amerika pada era itu. Pelbagai alasan telah dikemukakan termasuklah
agama, perkauman dan ekonomi bagi menyekat aliran imigrasi beramai-ramai itu. Mereka
menuduh imigran mengancam keamanan politik, sistem ekonomi, ciri sosial, budaya dan cara
hidup Amerika serta persekitaran semula jadi. Imigran juga dianggap sebagai punca masalah
sosial yang ada terutama sekali masalah jenayah. Ini ditambah lagi dengan kenyataan pegawai
atasan yang menyemarakkan lagi semangat anti imigran itu. Contohnya, pada tahun 1908,
Pesuruhjaya Tinggi Polis New York menyatakan separuh daripada kegiatan jenayah di bandar
raya tersebut dilakukan oleh imigran Yahudi. Pada tahun 1903 dan tahun 1917, mereka yang
menyokong perundangan yang menyekat imigrasi mendapakan kejayaan di Kongras.

Imigran yang tiba pada tahun 1907 merupakan aliran pertama kemasukan secara besar-
besaran mereka yang beragama yahudi. Pada masa yang sama beribu-ribu imigran Cina dan
Jepun serta buruh Asia yang tiba dan menetap di negeri-negeri sebelah barat Amerika.
Kumpulan ini sukar diasimilasikan kerana mereka jarang dapat menerima amalan dan institusi
Amerika. Pada tahun 1907 Presiden Theodare Roosevelt tunduk kepada tuntutan perkauman
rakyatnya apabia beliau merundingkan Gentlement’s Agreement dengan kerajaan Jepun bagi
menghentikan kedatangan imigran Jepun.

3.0 Faktor kedatangan imigran ke amerika syarikat


3.1 kemajuan perindustrian

Selepas berakhirnya peperangan antara Amerika dengan Britain pada tahun 1812
Amerika mula mengalih perhatian daripada dasar luar kepada dasar dalam negeri. Maka
bibit-bibit era perindustrian yang bermula sebelum dan semasa perang saudara menjadi
semakin giat. Dengan berakhirnya perang saudara secara tidak lansung memberi suatu
dorongan kepada perkembangan perindustrian dan telah menghasilkan ledakan industri
dalam sejarah Amerika. Pertubuhan perindustrian pada masa itu telah menjadikan
Amerika sebagai negara pengeluar pertanian dan perindustrian dunia dalam tempoh
antara tahun 1861-1901. Pertubuhan itu berterusan walaupun berlaku kemelesetan
ekonomi pada awal tahun 1870-1890an.1 Pada masa ini juga industri baharu seperti
industri kereta api, pemporesan, besi keluli dan juga perlombongan berkembang selari
dengan industri lama seperti industri tekstil dan pembukusan daging yang mula mendapat
tempat di dunia. Selepas perang saudara berakhir Amerika terus membuka pintu kepada
imigran malahan pada satu peringkat terdapat undang-undang yang menggalakkan
kedatangan buruh ke Amerika seperti undang undang buruh kontrak yang telah
diwartakan pada tahun 1864.

Pembangunan industri telah merangsang pertumbuhan bandar di Amerika.


Bandar-bandar besar telah menyerap kedatangan beribu-ribu penduduk luar bandar dan
imigran pada tahun 1900 hingga tahun 1915. Menjelang tahun 1920, lebih ramai rakyat
Amerika yang tinggal di bandar berbanding desa. Pada tahun 1820, 20% daripada rakyat
Amerika tinggal di bandar yang mempunyai lebih kurang 2500 penduduk dan menjelang
tahun 1910, peratusannya meningkat kepada 46 peratus. Menurut banci tahun 1910, 15%
daripada penduduk Amerika merupakan warga asing yang membentuk 24% daripada
tenaga buruh Amerika. Sebahagian besar daripada menetap di bandar-bandar. 1Pada
tahun yang sama satu laporan tentang 21 industri yang ada, menunjukkan hampir 53%
daripada pekerjanya terdiri daripada warga asing dan 2/3 daripadanya satang daripada
Eropah Selatan dan Eropah Timur. Pertumbuhan penduduk secara mendadak di bandar-
bandar menyebabkan kemudahan asas tidak dapat disediakan sebagaimana diperincikan .
di samping itu proses urbanisasi yang pesat juga membawa masalah setinggan terutama
sekali di kalangan golongan kulit hitam dan imigran. Petikan daripada diari Samuel
Gompers, membayangkan keadaan hidup yang dilalui di kawasan setinggan terutamanya
oleh golongan imigran yang tinggal dalam keadaan berhimpit dan penuh sesak. Tempat
tinggal itu kadang-kadang erupakan kilang tempat bekerja. Negara Amerika mula keluar
dari era kemelesetan yang melanda pada tahun 1890-an hasil daripada pelaburan swasta.
Dalam dua dekad yang pertama, modal pelaburan bertambah sebanyak 250% dan jumlah
nilai hasil industry bertambah sebnayak 222%.2 Malangnya tidak semua rakyat
menikmati kekayaan negara ini. Hanya 2% rakyat Amerika yang paling kaya mengaut
60% daripada kekayaan negara pada tahun 1900 dan keadaan ini berterusan selama dua
dekad. Golongan inilah yang menerima faedah hasil proses kemajuan industri.
Percantuman antara syarikat-syarikat telah membawa kepada gabungan perniagaan dalam
kebanyakkan industry, antaranya termasuklah pembinaan landasan kereta api, besi dan
keluli, tembaga, pembungkusan daging, tembakau, dan petroleum. Menjelang tahun
1920-an industry automobile juga mengalami proses yang sama. Pada tahun 1909 hanya
1% daripada kesemua firma perniagaan mengeluarkan 44% daripada barang keluaran di
Amerika. Golongan ini menjadi orang paling kaya dan berpengaruh di Amerika serta
mengawal lembaga pengarah bank dan industry Amerika. Kekayaan mereka jauh berbeza
berbanding rakyat Amerika yang miskin.

Pada tahun 1910 tenaga buruh dalam bidang bukan pertanian terdiri daripada
lebih 30 juta lelaki dan lapan juta wanita. Waktu bekerja terlalu lama, namun gajinya
kecil. Antara 1/3 sehingga separuh daripada penduduk industry tinggal dalam
kemiskinan. Kanak-kanak pula meninggalkan sekolah untuk bekerja. Hanya satu per tiga

1
Zane L, Miller, 1973, the urbanization of modern America a brief history new York harcourt brace Jovanovich,
hlmn 63-66.
2
John M.Blum, The National Experience : A History of The United States Since 1865, hlmn 497.
kanak-kanak yang mendaftarkan diri di sekolah rendah dan kurang daripada 1/10
menamatkan sekolah tinggi. Purata jam bekerja ialah 52 jam seminggu bagi mereka yang
bekerja dalam bidang pengeluaran.

Kemalangan di tempat kerja merupakan sesuatu yang biasa dan keadaan tempat
kerja terlalu buruk. Tiada sistem perundangan yang melindungi mereka, jika ada pun
tidak memadai. Keadaan bekerja yang buruk ini jelas terbukti apabila berlakunya
kebakaran di triangle Shirtwaist Company, di New York pada tahun 1911. Pekerja sering
dikunci dalam bangunan tempat kerja kerana majikan tidak mempercayai mereka.
Sekiranya pintu dibuka, pekerja mungkin berhenti kerja dan keluar berehat. Dengan itu
semua pintu telah dikunci pada berlakunya kebakaran di syarikat tersebut.3 Di samping
itu jelas majikan di kilang ini tidak mempedulikan kebajikan pekerjanya dan tidak
menyediakan kemudahan jalan keluar sekiranya berlaku kebakaran. Akibat daripada
kecuaian itu seramai 141 wanita dan lelaki serta sekurang-kurangnya 125 kanak-kanak
mati terbakar atau mati kerana terjun dari bangunan tinggi tersebut. Ramai daripada
mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan datang dari Brooklyn serta hampir
kesemua mereka bekerja bagi menyaru keluarga .4

Undang-undang buruh amerika jauh ketinggalan berbanding dengan negara maju


lain menjelang awal abad ke-20. Samuel Gompers yang merupakan pengasas persatuan
buruh yang terkenal di Amerika hingga hari ini iaitu American Federation of Labor.
Beliau cuba mencari jalan untuk memperbaiki taraf hidup pekerja Amerika dan
memperjuangkan isu-isu pekerja seperti jumlah jam pekerja, upah dan keselamatan
bekerja. Namun, malangnya pada peringkat awal AFL hanya berjuang untuk ahli-ahli
mereka. Mereka memandang rendah buruh-buruh tidak mahir terutama golongan wanita
dan imigran. Sikap ini telah meningkatkan prejudis terhadap orang Asia, orang kulit
hitam dan orang Eropah. Sikap prejudis ini kemudiannya meningkatkan sentiment bagi
mengehadkan imigrasi dan mewujudkan segregasi perkauman. Tekanan daripada
Kesatuan Buruh dan organisasi seperti Immigration Restriction League iaitu liga
pengehad imigrasi telah menyebabkan Kongres meluluskan undang-undang pada tahun

3
Joy Hakim, A History of US: An Age of Extremes. New York: Oxford University Press,96.
4
Htpp://www.ilr.cornell.edu/trianglefire.
1897, 1913 dan 1915 yang mewajibkan imigran lulus ujian literasi. Ini telah membawa
kepada pembaharuan sekatan imigran Cina dan Jepun ke Amerika pada tahun 1902 dan
tahun 1907.

Terdapat lebih 10 juta rakyat Amerika kulit hitam dan lebih 90% daripadanya
tinggal di negeri-negeri di Selatan. Pada tahun 1910, satu per tiga daripada mereka buta
huruf kerana menjadi mangsa diskriminasi yang berlaku dalam sector perumahan, seklah,
keadaan, bekerja dan segregasi yang dikenakan terhadap mereka. Lebih malang lagi,
berlaku lynching iaitu lebih 1100 orang dibunuh antara tahun 1900-1914. Berlaku
pembunuhan beramai-ramai di Atlanta pada tahun 1906 dan rusuhan di Springfield,
Illinois pada tahun 1908. Muncul konsep-konsep perkauman di utara dan selatan Amerika
yang menyebabkan rakyat Amerika kulit hitam terus tertindas sejak berlakunya Perang
Saudara.

3.2 Masalah Di Negara Imigran


3.3 Pulau Ellis, New York

Kemuncak aliran imigran berlaku antara 1892-1994 apabila sejumlah imigran


telah sampai di pulau Ellis, New York yang merupakan perhentian utama bagi
golongan imigran pada ketika itu.
4.0

4.1 Kebimbangan

Peningkatan kemasukkan ini membimbangkan penduduk amarika teutama sekali


kemasukkan orang cina di negeri2 pantai barat semasa berlaku penemuan emas di California.
Buruh Cina juga telah digunakan untuk membangunkan jalan kereta api di Amerika. Apabila
berlaku kemelesatan ekonomi pada awal 1870-an buruh-buruh Cina mula dituduh merampas
peluang pekerjaan penduduk tempatan sehingga muncul sentiment anti Cina dan gerakan-
gerakan anti Cina. Akhirnya pada tahun 1882 buat pertama kalinya dalam sejarah imigrasi
Amerika diwartakan Akta Pengasingan Orang Cina. Ini merupakan undang-undang pertama
yang mengasingkan bangsa tertentu daripada berhijrah ke Amerika. Undang-undang ini juga
mengahalang orang Cina menjadi warganegara Amerika.

You might also like