Professional Documents
Culture Documents
1.0 RASIONAL
1.1 Usaha meningkatkan pencapaian prestasi sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-
sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Berdasarkan kepada keputusan SPM 2017 yang lalu,
prestasi Matapelajaran Matematik Tambahan bagi sekolah SM Sains Seri Puteri
melonjak dengan pencapaian GPS yang sangat baik berbanding sekolah SBP yang
lain termasuk bagi SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS). Selaras dengan itu,
usaha untuk mendapatkan idea dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan prestasi
perlu dilaksanakan dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Aras bagi
matapelajaran Matematik Tambahan (MT) dan Kimia dalam kalangan guru-guru MT
dan Kimia SEMSAS ke Sekolah Seri Puteri (SSP).
1.2 Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap dapat disandarkan sebagai langkah
utama merencana kecemerlangan akademik khususnya bagi matapelajaran MT
SEMSAS agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam SPM bagi matapelajaran MT pada tahun 2019.
2.0 MATLAMAT
3.0 OBJEKTIF
3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalinkan kejayaan sekolah lain
agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pelajar di SEMSAS
3.2 Merancang dan menyelaras semua program kecemerlangan pelajar agar potensi
pelajar akan dapat ditingkatkan dengan perancangan semula yang lebih bersesuaian.
3.3 Memurnikan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru guru agar dapat memacu
kecemerlangan pelajar dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan
mereka.
4.0 SASARAN
JAWATANKUASA KECIL
En. Mohd Faisal bin Abdullah
En. Hamdan bin Taib (Guru Cemerlang DG48)
Pn. Rohana binti Abas
En. Amir Bin Ya
Pn. Muslihah Binti Mohd Tamat
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada semua guru MT
dan Kimia SEMSAS untuk mencorak kecemerlangan matapelajaran MT dan Kimia dengan
cara yang lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar.
.............................................................. ........................................
(DR. MOHAMAD NIZAM BIN ARSHAD) (HAJAH NORIDAH BT. HAJI RAMLAN)
Ketua Panitia Matematik Tambahan Pengetua
SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan Kuantan