You are on page 1of 3

TEORI KONFLIK

1.0 PENGENALAN

Teori konflik telah diasaskan oleh seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi yang
berasal dari Jerman iaitu Karl Marx yang kemudiannya diikuti oleh Weber. Antara karya
yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflik ini adalah melalui
karyanya terkenal iaitu “The Communist Menifesto”.Pandangan teori konflik
mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu.
Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlaku dalam bentuk
perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya. Konflik ialah
sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. Sesuatu konflik yang berlaku boleh
mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu kolompok sosial.
Terdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep dialektik, determinisme
dan aktivisme sosial. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan merupakan proses
utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan
sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas kepada perubahan
sosial adalah ditentukan oleh persaingan-persaingan ekonomi. Manakala aktivisme
sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial adalah kritikan. Teori konflik terbahagi
kepada dua iaitu aliran Marx dan aliran Weber

a) Teori Konflik Aliran Marx

Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran sosiologikal


terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx, mereka
berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis struktur
masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku dalam
masyarakat. Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga elemen penting iaitu ia
merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan satu pegangan
hidup seakan agama . Fatimah Daud (1992).

Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah


masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan
perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat adalah disebabkan
faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain seperti agama, institusi
politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Sebarang
perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya akan berlaku jika terdapat
perubahan pada asasnya.

b) Teori Konflik Aliran Weber

Tokoh yang membawa aliran teori konflik aliran ini ialah Max Weber. Walaupun teori
konflik berasaskan daripada teori konflik Marx, namun pandangan aliran ini banyak
bercanggah pendapat dengan teori konflik aliran Marx. Weber menghujahkan bahawa
perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial
yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada
pelbagai faktor. Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor
pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan ( Weber (1958).

Dalam proses menganalisis, Weber mengelaskan tiga dimensi konsep iaitu kelas,
status dan parti. Konsep kelas weber menyerupai konsep Marx kerana turut dihubungkan
dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx yang menyatakan
kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu
status dan parti. Status merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial
yang tersendiri.

2.0 TEORI KONFLIK DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Teori konflik menjelaskan bahawa pendidikan berfungsi untuk memenuhi kehendak ekonomi
dan pendidikan juga dianggap sebagai superstruktur yang diguna oleh sistem kapitalis iaitu
pihak yang dominan ialah mereka yang berkedudukan tinggi. Contohnya orang yang
berkedudukan tinggi atau bangsawan akan menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah
swasta di mana kelulusan mereka telah pun terjamin. Berlainan dengan anak-anak dari
golongan yang miskin, mereka perlu berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang baik.
Dan dengan ini wujudnya persoalan-persoalan persaingan kelas sosial, ketidaksamaan dan
ketidakadilan dalam peluang pendidikan.Contohnya di Malaysia, konflik juga berlaku apabila
Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
dilaksanakan. Ini dikuatkan lagi dengan beberapa kajian daripada beberapa pensyarah dan
institusi pendidikan di Malaysia dan luar Negara.

Antara kajian-kajian yang mendatangkan konflik dalam PPSMI Kajian bill templer “
dasar memihak kepada keluarga di bandar”.Menurut suatu kajian daripada Bill Templer,
seorang pensyarah kanan yang telah melawat di fakulti pendidikan university Malaya
memberikan pendapatnya dalam satu suratnya kepada akhbar bahawa dasar PPSMI ini
sebenarnya berat sebelah kepada anak-anak keluarga Bandar yang berpendapatan tinggi,
sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di Bandar ataupun luar
Bandar malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada
murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.

Selain daripada kajian, menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11
pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian telah dibuat
dan mendapati 500,000 orang pelajar melayu akan keciciran dalam mata pelajaran tersebut
kerana lemah menguasai bahasa inggeris; bagi pelajar SJK(C) ini bukan sahaja akan
menjejaskan pembelajaran sains dan matematik, bahkan juga bahasa cina di kalangan
murid-murid; persatuan pendidikan tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T)
yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana
ketidakmampuan menguasai bahasa inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-
ekonomi masyarakat india kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf
hiduo masyarakat mereka. Sehubungan dengan itu, Memorandum 11 pertubuhan tersebut
turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa
pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai dalam
bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO
(1951:691) yang berbunyi:
'' berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan
selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting
supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda senagai
bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan
bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di
sekolah''
Matlamat utamanya adalah untuk memastikan PPSMI dimansuhkan dan sains dan
matematik diajar dalam bahasa ibunda mereka, penentangan ini dilakukan sekitar akhir
tahun 2008 dan awal tahun 2009.

3.0 KESIMPULAN

Konflik boleh berlaku dimana sahaja dan ianya memberi kesan yang berbeza beza terhadap
individu tertentu. Konflik biasanya wujud dalam organisasi dan boleh membawa kesan yang
negatif jika tidak dikawal dengan bijak. Pihak pengurusan harus memainkan peranan
penting dalam mewujudkan koordinasi antara jabatan atau unit dalam organisasi suapaya
dapat mengurangkan konflik disamping menggunakan cara yang betul dalam menguruskan
konflik yang berlaku. Sesungguhnya saranan teori konflik oleh Marx dan Weber boleh
diaplikasikan oleh pengurus dalam menangani konflik dalam organisasi mereka.

You might also like