You are on page 1of 17

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

KPP 4023
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN:

PERMASALAHAN SUKU KATA DALAM


MENGUASAI PEMBACAAN JAWI
TAHUN SATU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

BIL NAMA NO. NO. TEL


MATRIK
1 NAZIRAH BINTI JAMALUDDIN L 20181010856 0145359435
2 NUR AMIRAH BINTI HASIM L 20181010984 0133461526
3 HASLINA BINTI WILDAN L 20181010965 0145007406
4 NUR FATEHAH BINTI MURFI L 20181010970 0183285707
5 NABILAH BINTI JAMALUDDIN L 20181010854 01162062759
6 NASIHAH BINTI MOHD ALIAS L20181010972 0103982994

KUMP : B (DPLI JAIS) TARIKH SERAHAN : 31/12/2018

NAMA PENSYARAH : DR. SUPPIAH NACHIAPPAN


1

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 ISI KANDUNGAN 1

2 PENGHARGAAN 2

3 1.1 PENGENALAN 3-4

4 2.1 LATAR BELAKANG MASALAH 5-6

5 3.1 LANGKAH PENYELESAIAN


3.1.1 JANGKA MASA PENDEK 7-11
3.1.2 JANGKA MASA PANJANG 12-14

5 4.1 RUMUSAN 15

6 5.1 BIBLIOGRAFI 16
2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rendah hati kami memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke


hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan hidayat Nya maka dapat kami menyiapkan tugasan
ilmiah yang telah diamanahkan kepada kami dengan jayanya mengikut peruntukan masa
yang telah ditetapkan. Pertamanya kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bagi kursus Psikologi Pendidikan
iaitu Dr.Suppiah Nachiappan kerana di atas kesudian dan kelapangan masa beliau untuk
memberi tunjuk ajar, teguran dan pandangan kepada kami dan rakan-rakan seperjuangan
dalam menyiapkan tugasan ini.

Di sini juga kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
Pensyarah-pensyarah UPSI yang terlibat dalam pelaksanaan tugasan ilmiah ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada ibu bapa tercinta kerana banyak membantu
serta memberi semangat dalam menghasilkan tugasan ini. Tanpa dorongan dan sokongan
mereka kami mungkin tidak kuat mengharungi cabaran untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir kalam, ucapan syukur tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan
kami menimba ilmu hingga ke peringkat ini. Semoga keberkatan ini berpanjangan.
Kemaafan dipinta dari semua sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini.
3

1.1 PENGENALAN

Secara umumnya, pedagogi merujuk satu kajian tentang pengajaran, khususnya


pengajaran dalam pendidikan formal. Pedagogi juga boleh dikatakan sebagai Sains dan
Seni mengenai cara mengajar di sekolah. Kini, pedagogi moden telah membahagikan
fungsi pengajaran kepada tiga bidang yakni bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Bidang-bidang ini telah dikemukakan oleh sarjana barat Taksonomi Bloom. Melalui
pedagogi moden ini, pengkaji cuba untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang
berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai
pembacaan Jawi melalui kaedah mengenal suku kata. Ianya juga bertujuan untuk mencari
cara yang sesuai untuk mengatasi punca pemasalahan tersebut.

Tidak dinafikan, bukan semua murid bernasib baik dalam pembelajaran. Ada yang
cemerlang dan masih ada kedapatan murid yang keciciran dalam pembelajaran.
Ketidakpenguasaan murid dalam pelajaran Jawi telah mendapat perhatian dan para
penyelidik. Pelbagai masalah dan faktor yang telah ditemui dalam kajian ini yang
mendorong kepada penyelidik untuk meneruskan kajian berkaitan dengan permasalahan
suku kata dalam menguasai pembacaan Jawi.

Objektif kajian ini pula ialah untuk mengenalpasti faktor- faktor yang
menyebabkan murid kurang menguasai pelajaran Jawi. Mengenalpasti cara untuk
menyelesaikan masalah murid dalam pembelajaran Jawi. Menyatakan langkah dan
kaedah bagi menyelesaikan masalah murid dalam pembacaan Jawi. Mengkaji teori yang
digunapakai berdasarkan psikologi pendidikan yang berkaitan dengan permasalahan
murid dalam Jawi. Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa
semua pelajar darjah 1 di peringkat sekolah rendah dapat menguasai pembacaan Jawi.
Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca melalui
kaedah mengenal suku kata, cara penyelesaian pemasalahan pembacaan Jawi dalam
jangka pendek dan panjang dan beberapa langkah teori atau pendekatan berdasarkan
pemasalahan yang berkaitan dengannya.

Melalui kaedah ini pengkaji akan memperjelaskan dengan lebih terperinci


mengenai langkah penyelesaian berdasarkan jangka masa pendek dan panjang. Misalnya
melalui jangka masa pendek berdasarkan suku kata tertutup, pengkaji akan menggunakan
kaedah soal jawab, pandang sebut dan motivasi. Manakala melalui jangka masa panjang
pengkaji akan menggunakan kaedah penyelesaian berdasarkan sentuhan dan gerakan.
4

Bagi suku kata terbuka pula pengkaji mempraktikkan komunikasi visual, penggunaan kad
imbasan dan penilaian melalui jangka masa pendek serta kaedah penghafalan dalam
jangka panjang bagi mempertingkatkan kaedah pembelajaran dalam Jawi.Disamping itu
juga, kajian tindakan ini ada menyatakan dua langkah melalui teori pendekatan
berdasarkan pemasalahan suku kata dalam pembacaan Jawi. Antara teori yang digunakan
adalah teori Kognitif dan Teori Psikomotor.

Teori Kognitif ini banyak digunakan dalam dunia pendidikan. Dalam teori belajar
kognitif pelajar dapat memupuk sikap kreatif dalam pembelajaran kerana mereka tidak
hanya merespon dan menerima rangsangan saja, tapi memproses informasi yang
diperoleh dan berfikir untuk memikirkan idea-idea bernas dan sekaligus dapat
mengembangkan pengetahuan. Sesuai dengan pembelajaran jawi yang digunakan melalui
teori ini kerana kaedah suku kata perkataan jawi memerlukan kaedah
mengenal,mengecam,menyebut, mengaplikasikan dan sebagainya.Kesemua kaedah ini
semestinya mempunyai setiap kategori yang tersendiri bagi proses penerangan dalam
mengaplikasikan pembelajaran Jawi. Seterusnya adalah teori kedua yang digunakan oleh
pengkaji adalah kaedah psikomotor. Teori ini merupakan perkembangan kemahiran dan
kebolehan otot fizikal bersesuaian dengan aktiviti pembacaan suku kata dalam Jawi.
Misalnya penulis ada memperjelaskan aktiviti seperti menulis menggunakan tangan atau
pengolahan kata melalui kaedah pembacaan Jawi.
5

2.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Berdasarkan kajian kami kepada matapelajaran jawi di peringkat sekolah rendah, didapati
bahawa murid darjah 1 mengalami masalah sukar membaca jawi. Guru matapelajaran
jawi sendiri mengakui bahawa murid-murid tahun 1 tidak celik jawi dan tidak boleh
menulis jawi. Malah ada langsung yang tidak mengenal huruf jawi. Terdapat juga murid
tahun 1 ini yang sukar mengecam, mengenalpasti dan menyambung suka kata terbuka
mahupun suku kata tertutup tanpa bimbingan daripada guru.

Menurut Syed Naqib al-Attas, tulisan jawi adalah hasil daripada pengubahsuaian
dan penambahan huruf-huruf arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf ga
diperkenalkan dengan berasaskan bunyi huruf kaf dan jim serta cha berasaskan bunyi
huruf ta dan jim. (Syed Muhammad Naqib Al-Attas, 1990). Oleh itu, tulisan jawi
merupakan asas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di sekolah-sekolah
Malaysia pada hari ini terutamanya dalam pembelajaran al-Quran.

Berdasarkan pemerhatian dan temu ramah, murid mengatakan bahawa susah


menguasai bahasa jawi. Ini berkemungkinan dari kaedah pengajaran guru dan
pembelajaran yang kurang menarik. Selain itu, keadaan persekitaran kelas dan sekolah
yang tidak mesra jawi serta tiada galakan dan penekanan dari ahli keluarga terhadap
penguasaan bahasa jawi memburukkan lagi keadaan. Ibu bapa sendiri berasa tiada
kepentingan untuk anak-anak mahir membaca dan ,menulis jawi kerana penggunaan
bahasa jawi kurang dalam kehidupan anak mereka. Selain itu, peruntukan waktu bagi
matapelajaran jawi hanya satu jam seminggu amatlah tidak mencukupi. Ibaratnya
pelajaran jawi ini tiada kepentingan kepada murid kerana bukan subjek teras dan tidak
termasuk dalam mana-mana peperiksaan rasmi seperti UPSR dan SPM.

Walau bagaimanapun, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) juga


memainkan peranan yang penting kerana waktu itulah murid-murid akan memberikan
tumpuan dan perhatian. Sebagai seorang guru bagi tahap satu kita hendaklah kreatif dan
inovatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid-murid memberikan
tumpuan dan seronok untuk belajar jawi seterusnya berminat dengan matapelajaran
tersebut. Murid-murid juga didapati kurang berminat dengan tulisan jawi kerana ejaan
yang sukar, payah membentuk huruf, tidak seragam cara penulisannya dan kerana buku
teks dalam tulisan jawi. Kami berpendapat bahawa pembelajaran pada abad ke-21
6

(PAK 21) masalah kepayahan dan kurang berminat terhadap pelajaran jawi itu tidak lagi
timbul di kalangan murid-murid dengan proses daripada (pdp) kepada pembelajaran dan
pemudahcaraan (pdpc) yang memudahkan lagi tugas guru untuk menyampaikan ilmu dan
cara yang lebih berkesan untuk menguasai pembacaan jawi.

Tambahan pula, kini ejaan jawi baru diperkenalkan dengan beberapa perubahan
seperti kaedah diftong, perkataan pinjaman dari kata serapan bahasa inggeris, kata
pinjaman dari bahasa arab dan penulisan akronim dalam tulisan jawi menyebabkan
berlakunya kekeliruan dan perselisihan maklumat yang diterima oleh murid-murid
seterusnya gagal menguasai penulisan jawi dalam suku kata terbuka mahupun suku kata
tertutup. Guru juga berperanan menambah maklumat baru tentang perubahan ejaan jawi
baru dengan mengikuti kursus supaya guru-guru tidak memberi salah informasi kepada
murid. Kesimpulannya, kemerosostan penguasaan pembacaan jawi di kalangan murid
tahun 1 berpunca daripada faktor minat dan sikap murid terhadap pelajaran jawi, latar
belakang pendidikan, sistem kurikulum di sekolah serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran pelajaran jawi.
7

3.1 LANGKAH PENYELESAIAN

3.1.1 JANGKA MASA PENDEK

SUKU KATA TERTUTUP

Semua murid berkeupayaan menguasai literasi. Literasi menurut Kamus Dewan (2002)
ialah kebolehan menulis dan membaca atau celik huruf. Keupayaan pula merangkumi
aspek membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Justeru itu, peranan guru sangat
penting dalam mencari penyelesaian dari masalah yang berlaku. Kaedah penyelesaian
haruslah yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid. Aktiviti yang dirancang
perlulah bersifat mencabar (mengikut tahap murid) dan dapat menarik perhatian murid
dan disokong oleh bahan bantu mengajar. Setiap guru perlu merancang aktiviti yang
relevan serta signifikan untuk perkembangan murid agar lebih cepat menguasai 4
kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Bagi menyelesaikan masalah murid dalam menulis suku kata tertutup di peringkat
sekolah, beberapa langkah boleh di ambil untuk jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. Langkah penyelesaian jangka masa pendek ini adalah dalam tempoh sebulan.
Dalam tempoh ini murid boleh membaca suku kata tertutup dengan tepat dan jelas.
Antaranya ialah soal jawab. Kaedah ini menggunakan gaya pembelajaran auditori. Murid
dengan gaya ini ialah murid yang menyukai dan berasa selesa belajar atau menerima
maklumat secara mendengar syarahan, perbincangan dan juga diberi peluang untuk
bercakap (Suppiah Nachiappan et al., 2012). Sesi soal jawab akan melahirkan suasana
kelas yang menarik dan ceria seterusnya menghasilkan peningkatan dalam pemahaman
berkaitan sesuatu tajuk. Contoh untuk kaedah ini ialah guru meminta murid membuka
buku teks dan menyebut huruf hijaiyyah satu persatu dan diikuti oleh bacaan murid.
Seterusnya guru menyebut perkataan suku kata tertutup dan juga diikuti oleh murid.

Setelah semuanya diperkenalkan dan dibaca oleh murid, guru meminta murid
membaca suku kata yang terdapat di dalam buku secara rawak. Setelah merasakan semua
murid memahami suku kata tertutup yang dibaca, guru menilai murid dengan membuat
soal jawab. Pelajar diminta berdiri dan guru menulis perkataan suku kata di papan putih
dan murid perlu membaca suku kata tersebut. Murid yang dapat menjawab diberi duduk.
Melalui cara ini, murid akan berusaha untuk membaca dan menimbulkan persaingan
8

sesama sendiri dan ianya merupakan motivasi kepada murid bahawa setiap murid mampu
untuk membaca walaupun dalam masa yang singkat.

Langkah seterusnya ialah pandang sebut. Kaedah ini menggunakan gaya


pembelajaran komunikasi visual. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual ini
merupakan kumpulan yang paling ramai di dalam sesebuah kelas. Murid ini perlu banyak
menggunakan visual atau menggunakan deria penglihatan untuk memahami sesuatu
maklumat (Suppiah Nachiappan et al., 2012). Perkara yang perlu dilakukan oleh guru
ialah guru menyediakan kad imbasan. Ia dimulakan dengan memperkenalkan huruf
hijaiyyah terlebih dahulu. Guru menunjukkan kad imbasan tersebut dan menyebutnya.
Selepas itu, murid akan mengikut apa yang dibaca oleh guru. Seterusnya guru
mengasingkan kad imbasan tersebut kepada dua bahagian. Guru menerangkan bahawa di
sebelah kanan (huruf alif, wau dan ya (awi)) ialah huruf vokal jawi yang mewakili huruf
vokal (a, e, i, o, u). Manakala di sebelah kiri pula ialah huruf konsonan jawi. Untuk
mengetahui huruf konsonan jawi ini ialah semua huruf hijaiyyah selain daripada huruf
alif, wau dan ya.

Guru menilai sebutan murid dengan mengambil kad imbasan secara rawak dan
meminta murid untuk menyebut huruf tersebut dan mengkelaskan huruf tersebut sama
ada huruf tersebut huruf konsonan ataupun huruf vokal. Setelah murid betul-betul
mengenal dan mengetahui perbezaan huruf konsonan dan huruf vokal. Guru
memperkenalkan kad imbasan yang mempunyai suku kata yang tertutup. Guru
menerangkan bahawa suku kata ialah gabungan antara huruf konsonan dan huruf vokal.
Suku kata pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu suku kata terbuka dan suku kata
tertutup. Untuk mengetahui sama ada ianya tertutup ialah huruf di akhir suku kata itu
ialah huruf konsonan (selain alif, wau dan ya(awi)). Guru membaca perkataan suku kata
sambil menunjukkan kad imbasan kepada murid. Selepas itu murid perlu menyebut
kembali suku kata berikut. Setelah selesai, guru membuat penilaian kepada murid dengan
menunjukkan kad imbas dan meminta murid menyebut suku kata yang berikut.

Motivasi memainkan peranan penting dalam keperluan untuk pencapaian, iaitu


suatu keinginan dalaman untuk menghadapi kecemerlangan (Suppiah Nachiappan et al.,
2012). Motivasi ini merangkumi penghargaan. Guru bertanggungjawab untuk mengenal
pasti fokus dan minat murid-murid. Guru juga perlu sentiasa memberikan pengkiktirafan
khususnya kepada murid-murid yang lemah. Guru tidak boleh berat sebelah dalam
9

menilai pencapaian murid sebaliknya mengambil berat dan memberikan perhatian yang
lebih kepada murid yang lemah dan pasif. Bagi murid yang aktif, boleh digabungkan
dengan murid yang pasif. Melalui cara tersebut dapat membantu menambahkan
keyakinan dan motivasi dalam diri murid yang pasif.

Seterusnya, kuasana kelas. Suasana persekitaran juga merupakan salah satu


motivasi kepada murid. Antaranya ialah kelas yang ceria dan bersih akan memberikan
suasana dan membangkitkan nilai-nilai yang positif. Sekiranya keadaan kelas dalam
keadaan yang suram dan tidak bersih, emosi guru dan murid juga akan turut terpengaruh
dan ia akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, nilai-nilai
murni dari rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor kecemerlangan murid dari
sudut motivasi. Pengaruh rakan sebaya menyumbang peranan yang sangat besar dalam
membentuk peribadi sesorang murid. Justeru itu, guru berperanan untuk memerhatikan
tingkah laku murid di samping sentiasa memberikan kata-kata positif yang boleh menarik
perhatian murid terutama di dalam kelas. Murid perlu sentiasa diingatkan agar
berperangai dengan perangai yang sopan dan tidak melampaui batas serta menjaga adab
ketika di dalam kelas khususnya ketika bersama guru.

SUKU KATA TERBUKA

Suku kata terbuka merupakan suku kata yang berakhirnya dengan huruf jawi iaitu alif,
wau dan ya. Antara contoh bagi perkataan yang terkandung suku kata terbuka ialah “‫الري‬
( lari), ‫ ( كادي‬kadi), Seterusnya, melalui suku kata terbuka ini dapat memberi peluang
untuk murid menyebut setiap perkataan yang dinyatakan itu lebih jelas bunyinya. Namun
begitu, tidak semua murid dapat mengusai dalam mengenal suku kata terbuka ini kerana
kurangnya penguasaan murid dalam mempelajari ilmu jawi. Oleh itu, pelbagai kaedah
atau cara yang boleh dilakukan untuk murid dapat menguasai suku kata terbuka dangan
baik dan sempurna, supaya ia boleh memudahkan mereka untuk membaca perkataan
dalam subjek jawi.

Seterusnya, bagi memudahkan murid untuk membaca sukata terbuka, terdapat


beberapa langkah dan cara yang boleh dipraktikkan untuk jangka masa pendek dan jangka
masa panjang. Langkah penyelesaian jangka masa pendek ini adalah boleh di ambil
dalam masa tempoh sebulan. Tambahan pula, sekiranya murid didedahkan dengan teknik
10

yang bersesuaian untuk mereka membaca suku kata terbuka dengan cepat, maka
mudahlah untuk guru mencapai matlamat pembelajaran yang sempurna. Antara kaedah
atau cara yang boleh dipraktikkan ialah melalui komunikasi visual. Komunikasi visual
merupakan salah satu ilmu yang melibatkan daya kreatif, teknik dan proses penggunaan
media untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara langsung atau tidak
langsung.Penggunaan visual ini amat bersesuaian jika digunakan oleh para pengajar
untuk disempurnakan dalam sesi Pdp supaya proses pembelajaran menjadi lebih menarik
dan mudah difahami oleh setiap murid.

Cara yang mesti dilakukan oleh guru untuk memberi murid cepat membaca suku
kata terbuka ialah guru menayangkan sebuah slideshow yang merangkumi beberapa suku
kata terbuka awalan sebagai contoh perkataan “‫ ( با‬ba ), ‫ ( تا‬ta ), dan ‫ ( ثا‬sa ). Slideshow
yang dipaparkan itu mestilah mempunyai seni tipografi ( ukuran bentuk huruf yang besar
dan jelas ) supaya memudahkan murid melihat slideshow dengan jelas tanpa ada rasa
kekeliruan dalam pemikirannya. Guru menunjukkan setiap suku kata terbuka tersebut
sambil menyebut dengan suara yang lantang untuk murid mengikut sebutan yang dieja
oleh guru. Murid diberi peluang untuk cubaan menyebut semula suku kata terbuka dan
menunjukkan kea rah slideshow tersebut. Melalui paparan slideshow tersebut, guru
mestilah kreatif meletakkan gambar-gambar yang boleh dikaitkan dengan suku kata yang
ditunjukkan, sebagai contoh gambar “‫( باجو‬baju) amat bersesuaian untuk murid menyebut
sambil melihat gambar yang dipaparkan itu.

Selain itu, penggunaan kad imbasan bergambar merupakan salah satu strategi yang
boleh menarik minat murid untuk memberi tumpuan sepenuhnya ketika proses
pembelajaran dijalankan. Selain itu juga, ia memainkan peranan untuk meningkatkan
motivasi murid agar belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Ia sedikit
sebanyak dapat meningkatkan keberkesanan PdP di dalam kelas khususnya bagi murid-
murid yang kurang bermotivasi, pasif dan lambat memproses idea baru. Dengan itu,
pembelajaran diharapkan menjadi lebih bermakna kepada murid dan memberi
pengalaman untuk memberi ingatan yang lama dalam menguasai suku kata terbuka dan
tertutup. Kaedah ini juga diharap dapat membantu mengukuhkan kosa kata mereka dalam
pembelajaran Jawi.

Simulasi yang perlu dilakukan oleh guru ialah guru menunjukkan beberapa keping
kad imbas yang mempunyai perkataan suku kata terbuka seiring dengan menunjukkan
11

kad imbas bergambar yang sesuai dengan penggunaan suku kata tersebut. Suku kata yang
dipaparkan contonya suku kata terbuka “‫( باتو‬batu) “ dan guru menunjukkan beserta kad
imbas yang ada gambar batu.Maka murid dapat melihat dengan lebih jelas gambar
tersebut yang berkaitrapat dengan suku kata yang disebut. Murid perlu menyebut dan
mengeja suku kata terbuka mengikut sebutan yang dieja oleh guru. Guru perlu
memnggunakan teknik psikomotor dalam perlaksanaan kad imbas ini, dengan membuat
sedikit aktiviti rangsangan kepada murid. Aktiviti yang sesuai ialah guru menutup
kesemua kad imbas suku kata dan memanggilu kad imbas dan suaikan bersama gambar
yang disediakan di papan putih.

Setelah itu, guru membuat penilaian dengan memberi sekeping kertas A4 kepada
murid untuk diuji tahap keberkesanan pemahaman murid terhadap beberapa suku kata
yang diperkenalkan itu. Guru menyebut beberapa suku kata terbuka dan murid mestilah
menulis di atas kertas yang diedarkan. Selepas selesai, guru boleh melihat berapa kuantiti
murid yang boleh menguasai untuk mengenal serta menulis suku kata terbuka. Tindakan
guru perlu dilaksanakan dengan terus membimbing murid untuk penguasaan
mengenal,menulis dan membaca suku kata terbuka.
12

3.1.2 JANGKA MASA PANJANG

SUKU KATA TERTUTUP

Langkah penyelesaian jangka masa panjang pula mengambil masa dalam tempoh enam
bulan. Walaubagaimanapun, keberkesanan langkah penyelesaian jangka masa panjang ini
bergantung kepada pengukuhan dalam tempoh jangka masa pendek. Dalam tempoh ini
murid boleh menulis dan membina ayat dari perkataan suku kata tertutup dengan nyata
dan terang. Antaranya ialah melalui langkah sentuhan dan gerakan. Kaedah ini
menggunakan gaya pembelajaran kinestetik. Murid dengan gaya pembelajaran kinestetik
ialah sekumpulan murid yang menggemari cara pembelajaran yang memberikan peluang
untuk melakukan aktiviti yang menggunakan pergerakan tubuh badan dan berbentuk
amali (Suppiah Nachiappan et al., 2012). Menurut Sprengger (2002) setiap proses
pembelajaran haruslah mempunyai aspek pergerakan.

Justeru itu, sentuhan merupakan salah satu daripada aspek pergerakan di mana
murid perlu menyentuh kad imbasan dan mengklasifikasikan kad tersebut mengikut
kumpulan yang ditetapkan. Melalui cara ini, murid dapat mengingat dengan lebih lama
dan sesuai untuk tempoh jangka masa panjang. Di antaranya ialah teknik suai kategori.
Guru meletakkan kad imbasan yang mempunyai suku kata yang tertutup, suku kata
terbuka dan huruf tunggal di atas setiap meja murid. Seterusnya, guru membuat garisan di
papan putih dan dibahagikan kepada 4 perkara iaitu huruf vokal, huruf konsonan, suku
kata terbuka dan suku kata tertutup. Murid dikehendaki meletakkan kad imbasan yang
diperoleh setiap seorang dan meletakkan kad imbasan tersebut mengikut kategorinya.
Murid bergilir-gilir ke hadapan kelas dan melekatkan kad imbasan di papan putih. Akhir
sekali guru menyemak kad imbasan tersebut supaya kad imbasan yang diletakkan pada
bahagian-bahagian itu adalah yang betul bersama-sama murid. Melalui kaedah ini, dapat
membantu dan menarik mina+t semua murid untuk terlibat secara aktif melalui aktiviti
gerakan dan sentuhan.

Selain itu, teknik kunci manga juga boleh dilaksanakan. Ianya membantu murid
menguasai penggunaan huruf alif dalam kemahiran mengeja dan menjawikan perkataan
suku kata tertutup menggunakan teknik kunci manga. Gambar kunci membawa maksud
huruf alif perlu ditulis dan gambar mangga pula merujuk kepada huruf alif tidak perlu
ditulis. Huruf alif mewakili hurf “a” di dalam bahasa melayu. Gambar kunci ialah
gabungan huruf KV (konsonan + vokal) manakala huruf KVK (konsonan + vokal +
13

konsonan). Memaparkan kad imbasan yang mengandungi perkataan dua suku kata dan
kad imbas yang mempunyai gambar kunci dan gambar mangga. Contohnya ialah
“cawan”. Guru menyebuat perkataan tersebut dan murid mengikutnya. Suku kata pertama
“ca” ialah KV (konsonan + vokal) dan suku kata kedua “wan” ialah KVK (konsonan +
vokal + konsonan). Ini bermaksud suku kata pertama ialah gambar kunci dan perlu ditulis
huruf alif. Manakala suku kata kedua ialah gambar manga dan tidak perlu ditulis huruf
alif.

Melalui tekbik ini, dapat membimbing murid menjawikan suku kata menggunakan
teknik kunci mangga. Huruf KV perlu diletakkan kad imbasan gambar kunci dan huruf
KVK diletakkan kad imbasan gambar mangga. Guru membuat aktiviti Ini berulang kali
supaya semua murid memahami dengan jelas dan terang.

SUKU KATA TERBUKA

Jangka masa panjang merupakan tempoh yang mengambil masa sebanyak 6 bulan dan
lebih dari masa jangka pendek yang dipraktikkan sebelum ini. Tambahan pula, melalui
implikasi positif yang diambil pada langkah jangka masa pendek dapat membuahkan
hasil yang lebih baik untuk menghadapi tempoh jangka masa panjang dalam setiap
pembelajaran. Sejajar dengan itu, dalam tempoh ini sepatutnya murid sudah mempunyai
keupayaan untuk menulis dan membina ayat dari perkataan suku kata terbuka dengan
nyata dan terang. Antaranya ialah melalui proses hafalan. Fasa mengingat kembali
merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang pernah disimpan di dalam
minda ingatan jangka masa panjang.Kebiasaannya, tindakan ini berlaku oleh rangsangan
minda murid untuk mengingati beberapa perkara yang pernah dipelajari oleh gurunya
sebelum ini.

Proses ini memerlukan ingatan yang kuat untuk murid mempraktikkan semula semua
ilmu yang telah di pelajari sebelum ini.Antara contoh bagi proses hafalan, guru
memulakan pdp dengan set induksi bagi tajuk yang lepas, contohnya tajuk yang disebut
ialah suku kata terbuka. Guru mengajukan soalan kepada murid “bagaimana mengeja
suku kata terbuka bagi perkataan ‫ ( بوال‬bola ) ? Terdapat beberapa orang murid cuba
memberi respon untuk menjawab soalan yang di ajukan. Ketika ini, proses ransangan
minda murid untuk mengingati kembali semua yang pernah dipelajari akan mula
14

berfungsi. Sejauh mana kecepatan dan ketepatan segala maklumat yang disimpan dalam
kotak ingatan jangka panjang supaya dapat diingat kembali bergantung kepada sistem
penyimpanannya. Sekiranya murid menyusun maklumat secara sistematik dan tepat,
murid boleh mengingat kembali dengan lebih cepat dan tepat. Seterusnya, respon
menunjukkan beberapa orang murid sudah dapat menguasai dalam mengenal suku kata
terbuka dengan guru melihat kuantiti murid yang boleh menjawab soalan yang diajukan
itu.
15

4.1 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, hasil daripada perbincangan dapat disimpulkan bahawa masalah


yang dihadapi dalam kalangan murid darjah satu dalam mengenal suku kata pelajaran
jawi ini adalah faktor-faktor kepada kaedah pembelajaran yang diajar oleh guru itu
sendiri, suasana persekitaran, ibu bapa yang tidak memberikan galakan yang kuat dalam
mempelajari jawi dan sebagainya. Hal ini sekaligus mengisyaratkan bahawa urusan
memperkembangkan potensi seseorang pelajar dalam pendidikan bukan hanya terletak
dalam konteks persekolahan semata-mata, malah perlu dilakukan secara holistik oleh
semua pihak yang terlibat melalui pelbagai pendekatan pembelajaran yang afektif dan
efisien sepertimana yang digunapakai melalui teori-teori yang berkaitan dalam sistem
pendidikan pada masa kini. Justeru itu, seseoramg pelajar akan mencapai tahap
penguasaan yang maksimun jika guru mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar
yang betul . Akhirnya akan melahirkan pelajar yang berpotensi,berkualiti tinggi, malah
boleh meningkatkan prestasi akademik mereka ke tahap lebih memberangsangkan.
16

5.1 BIBLIOGRAFI

Azman Haji Ahmad (2014). Kaedah Pembelajaran Jawi : Peringkat Asas. Kuala Lumpur.
Perpustakaan Negara Malaysia.

Kamaruzaman Moidunny (2012) Artikel 5: Taksonomi Bloom: Perubahan Yang


Diperlukan diakses dari
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/taksonomi-bloom-
perubahan-yang.html

Maidatul Akmal Binti Othman. Kompentensi pelajar melaksanakan kerja berpandukan


domain psikomotor simpson. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Naquiah Nahar & Jimaain Safar (2016). Meningkatkan penguasaan huruf vokal alif dalam
penulisan suku kata terbuka dan tertutup menggunakan teknik “kunci mangga”.
Jurnal Teknikal & Sains Sosial jilid 1 (bil. 6), 33. Dimuat turun pada 05 Nov, 2018, dari
http://www.researchgate.net.

Pusat asuhan tunas islam (PASTI) Malaysia (2017). Kurikulum Pasti Malaysia. Batu
Cave, Selangor.
Rohani Abdullah & Nani Menon (2007). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah
Kuala Lumpur : PTS Professional

Rosnah Binti Yunus (2016). Keberkesanan Kad Imbasan Bergambar Dalam


Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Jawi. Universiti Sains Islam
Malaysia,Nilai, Negeri Sembilan.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah


Jantan,Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah (2012). Pembelajaran dan
Perkembangan Pelajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1990). Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan
Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia

You might also like