You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) KERATONG 7,

26700 MUADZM SHAH, PAHANG.


_____________________________________________________________________
KERTAS KERJA
PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK KAWASAN REHAT GURU (KRG)

1. PENDAHULUAN

Kawasan rehat Guru (KRG) merujuk kepada suatu kawasan atau ruang kongsi sama khusus
untuk guru merehatkan badan dan fikiran seketika sebelum mereka meneruskan tugasan
lain di sekolah. Mereka juga berpeluang berkomunikasi dan bertukar pandangan serta fikiran
secara santai tetapi berfaedah ke arah penambahbaikan kualiti kerja secara
profesionalisme. Ruang ini seharusnya mempunyai kemudahan dan kelengkapan asas yang
dapat melahirkan suasana yang kondusif. Kawasan atau ruang ini seharusnya berbeza
dengan bilik guru yang lebih merupakan ruang kerja.

2. OBJEKTIF

i. Membolehkan guru berehat seketika dan memulihkan tenaga sebelum meneruskan


tugas-tugas lain di sekolah.
ii. Memberi peluang kepada guru untuk bertemu dan merapatkan silaturahim antara
mereka.
iii. Membolehkan guru untuk menenangkan dan melapangkan fikiran.
iv. Menggalakkan guru bertukar-tukar fikiran dan pandangan secara professional.

3. CIRI-CIRI KAWASAN REHAT GURU

i. Suatu ruang yang tenang, selesa dan santai.


ii. Eksklusif untuk guru dan terpisah daripada bilik guru.
iii. Dapat menampung lebih kurang 10-15 orang .
iv. Mempunyai kemudahan dan peralatan yang bersesuaian.

4. LOKASI SASARAN

Bersebelahan bilik guru lelaki Blok B (Bilik Linus)

5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Kawasan Rehat Guru :

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Kawasan Rehat
Guru.
BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN CATATAN
HARGA
1. Banner
2. Langsir
3. Shalet Kabinet
4. Rak singki
5. Karpet
Jumlah RM

6. PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam
melahirkan guru yang lebih cemerlang dari semua sudut di samping memberi semangat
kepada mereka untuk lebih bekerja secara produktif. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan
dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh,

_____________________________________
(MOHD ISMAIL BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan,
SK (LKTP) Keratong 7.

You might also like