You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SIANG-SIANG

98850, LAWAS,
SARAWAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2019

TARIKH
: 9 JANUARI 2019
HARI : RABU
MASA : 1.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK SIANG-SIANG

KEHADIRAN :

 EN. BAHRIN BIN MOHAMED GURU BESAR


 PN. CHRISTINA PAULUS PK PENTADBIRAN
 PN. NOR AKMALINA BT MOHAMAD ROSIDI KETUA PANITIA
 PN. DINNA WALTER SETIAUSAHA
 EN. ALI BIN KALING AJK
 PN. NANCY DIANA PATRICK AJK
 PN. NORAIRANI BT ABDULLAH KADIR AJK

AGENDA : 1. Ucapan alu-aluan Guru Besar


2. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3. Ucapan Pengerusi
4. Perkara Berbangkit
5. Pengesahan Minit Mesyuarat
6. Pengagihan Tugas Jawatankuasa Panitia Sains
7.Takwim Panitia Sains 2019
8. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
9. Pengurusan Peperiksaan
10. Pengurusan PBS dan Amali Sains (PEKA)
11. Headcount dan Dashboard Panitia Sains
12. Perancangan Aktiviti Tahunan
13. Penutu
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru Sains yang hadir pada
mesyuarat kali pertama panitia sains. Beliau mengingatkan semua guru supaya mencetak
takwim kurikulum masing-masing supaya perancangan aktiviti panitia dapat dirancang
dengan berkesan.
1.2 Beliau berharap tiada lagi murid yang mendapat 6E (2018) dalam UPSR dan semua guru
bekerjasama dalam meningkatkan prestasi kurikulum murid.
1.3 Semua guru dimaklumkan bahawa pihak PPD akan menjalankan Learning Walk untuk
panitia BI dan MT. Walaubagaimanapun, semua panitia diminta bersedia dengan fail dan
dokumen masing-masing.
Tindakan: Makluman

2.0 UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


2.1 Pn. Christina mengalu-alukan kehadiran semua guru Sains ke Mesyuarat Panitia Kali
Pertama bagi tahun 2019. Beliau juga berharap agar semua guru sains akan lebih komited
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan walaupun ada beberapa orang guru yang
bukan opsyen. Guru-guru Sains juga perlu lebih kreatif dan mengaplikasikan PAK21 dalam
pengajaran dan pembelajaran. PK Pentadbiran juga mengesahkan perlantikan semua AJK
sesi 2019.
Tindakan: Makluman
3.0 UCAPAN PENGERUSI
3.1 Pn. Nor Akmalina mengalu-alukan kehadiran Puan Christina dan semua AJK ke
Mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama 2019. Beliau juga berharap semua ajk dapat
memberi komitmen dalam memantapkan lagi perjalanan panitia sains pada tahun ini.

Tindakan: Makluman
4.0 PERKARA BERBANGKIT
-Tiada

5.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


-Tiada

6.0 PENGAGIHAN TUGAS JAWATANKUASA PANITIA SAINS


6.1 Ahli Jawatankuasa Panitia Sains telah diagihkan tugas seperti berikut demi memantapkan
lagi pengurusan panitia.

 Ketua Panitia - PN. NOR AKMALINA BT MOHAMAD ROSIDI


 Setiausaha - PN. DINNA WALTER
 Headcount - PN. NANCY DIANA PATRICK
 PBS/PEKA - PN. NORAIRANI ABDULLAH KADIR
 Bilik Sains - EN. MOHD ALI BIN KALING
 Koleksi Soalan - HJH ARMAH BT ABI
Tindakan: Semua Guru
7.0 TAKWIM PANITIA SAINS 2019
7.1 **rujuk Lampiran Takwim 2019

Tindakan: Semua Guru

8.0 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


8.1 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)
8.1.1 Setiap guru perlu menghantar Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)
yang terkini mengikut kelas yang diajar pada tahun 2019 kepada ketua panitia
untuk dimasukkan ke dalam fail panitia (Fail 02) sekurangnya-kurangnya dalam
tempoh seminggu selepas mesyuarat ini diadakan.

8.1.2 Sekiranya terdapat perubahan kelas yang diajar, guru boleh merujuk DSKP yang
telah dimasukkan ke dalam fail tersebut.
Tindakan: Semua Guru

8.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


8.2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan akan disediakan mengikut Takwim Sekolah dan
berdasarkan Panduan Perkembangan Murid(Tahap 1) dan Dokumen Standard
Kurikulum dan pentaksiran (Tahap 2). Semua RPT juga akan dikumpul dan
dimasukkan ke dalam fail (Fail O2)

8.2.2 Sekiranya terdapat perubahan kelas yang diajar, guru boleh merujuk RPT yang telah
dimasukkan ke dalam fail tersebut.
Tindakan: Semua Guru

8.3 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


8.3.1 Rancangan Pengajaran Harian sebolehnya diseragamkan untuk Tahap 1 dan Tahap 2
(tidak termasuk pra sekolah).

8.3.2 Contoh Rancangan Pengajaran Harian (Rujuk Lampiran)

8.3.3 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains mestilah diselitkan dengan unsur KBAT dan
teknik penyoalan yang spesifik :

1) Soalan yang jelas dan mudah difahami


2) Menyusun aras soalan dari yang mudah kepada sukar
3) Soalan yang berunsurkan Pengetahuan/Kefahaman/Aplikasi *rujuk nota
(Konstruk Soalan Bahagian A dan Bahagian B)
4)Menggunakan laras saintifik dalam penyoalan (KBAT)
(a) Berikan inferens (sebab/alasan) tentang kejadian tersebut.
(b) Nyatakan pemerhatian untuk menyokong inferens kamu.
(c) Kelaskan bahan-bahan berikut kepada dua kategori/kumpulan/set.
(d) Buat urutan yang betul – urutan menaik/menurun/proses/prosedur.
(d) Nyatakan hipotesis (andaian awal) ujikaji/penyiasatan.
(f) Terjemahkan maklumat di atas kepada carta palang/jadual/grafik.
(g) Apakah kesimpulan penyiasatan?
(h) Ramalkan kejadian yang akan berlaku?

8.3.4 Refleksi

8.3.4.1 Membuat refleksi kendiri/kajian mengenai amalan pengajaran dan


pembelajaran:
a) Mengenalpasti kekuatan Pnp
b) Mengenalpasti kelemahan Pnp
c) Melakukan penambahbaikan Pnp
d) Menulis dalam bentuk bilangan

8.3.5 Semakan hasil kerja murid

8.3.5.1 Menyemak hasil kerja murid secara:


a) tekal/berterusan/teliti
b) konstruktif (pembetulan)
c) komunikasi (teguran, penggredan)
8.3.5.2 Menandatangani dan mencatat tarikh masa menyemak hasil kerja murid
8.3.5.3 Semakan pengurusan sekolah (guru besar/penolong kanan)

Tindakan: Semua Guru

9.0 PENGURUSAN PEPERIKSAAN


9.1 Pentaksiran Bilik Darjah Tahap Satu(PBD)

9.1.1 Bermula Januari 2019, tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan
penghujung tahun bagi Tahap 1. Ia digantikan dengan pentaksiran bilik
darjah selaras dengan penguatkuasaan tiada lagi pengasingan kelas atau
streaming.
9.1.2 Bagi menentukan tahap murid, ia dikenali sebagai Tahap Penguasaan (TP)
berdasarkan Standard Prestasi (SP) dengan merujuk DSKP.
9.1.3 Antara contoh cadangan aktiviti PBD yang sesuai untuk Tahap 1 :
a) Kuiz
b) Permainan
c) Bercerita
d) Projek Mudah
e) Main Peranan
9.1.4 Guru yang terlibat untuk PBD ialah :

Tahun Guru Pentaksir


Tahun 1 PN. DINNA WALTER
Tahun 2 EN. ALI BIN KALING
Tahun 3 PN. NORAIRANI ABDULLAH KADIR

9.1.5 Bagi Tahap 2, pentaksiran berasaskan peperiksaan masih diteruskan seperti


biasa.
9.1.6 Penandaan kertas jawapan mengikut kelas mengajar masing-masing

Tahun Guru Pentaksir

Tahun 4 PN. NOR AKMALINA BT MOHAMAD ROSIDI

Tahun 5 PN. NOR AKMALINA BT MOHAMAD ROSIDI

Tahun 6 PN. NOR AKMALINA BT MOHAMAD ROSIDI

9.2 Jadual Gerak Gempur 2019

** rujuk lampiran

9.3 Pengurusan Kertas Soalan Ujian/Peperiksaan

1. Buat persediaan awal dengan menyemak kesilapan dalam soalan


yang diedarkan.

2. Memperbanyakkan salinan soalan bertepatan dengan jumlah murid


seminggu lebih awal supaya tidak berlaku sebarang kesulitan
semasa peperiksaan dijalankan.

Tindakan: Semua Guru

10.0 PENGURUSAN PBS DAN AMALI SAINS (PEKA)


10.1 Pentaksiran PBS untuk KSSR diteruskan. Tapak template offline pelaporan boleh
dimuatturun dari laman sesawang sumber pendidikan. Data PBS mesti diisi sebanyak dua
kali setahun sepanjang pengajaran dan pembelajaran mengikut kelas masing-masing.
10.2 Pentaksiran Amali Sains (PEKA) diteruskan dan dibuat pelaporan :
10.2.1 Mengikut DSKP Tahap Penguasaan 1 hingga 6
a) 12 Kemahiran Proses Sains
b) 5 Kemahiran Manipulatif
Tindakan: Semua Guru

11.0 HEADCOUNT DAN DASHBOARD PANITIA SAINS


11.1 Dashboard Sekolah 2018

GRED PURATA SEKOLAH : 3.66

PERATUS LULUS SEMUA : 63.63 %


SUBJEK A % B % C % D % E % GPMP LULUS BIL
CALON

SAINS 0 0 7 21.2 12 36.4 8 24.2 6 18.2 3.39 81.8/27 33

11.2 Headcount Panitia Sains 2019

11.2.1 Guru yang bertanggungjawab akan mengemukan laporan prestasi murid pada setiap kali
ujian/peperiksaan. Contoh :

Gred Purata Mata Pelajaran calon


Peratus A calon
Peratus Lulus calon

Tindakan: Semua
Guru

12.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


12.1 Cadangan aktiviti

12.1.1 Minggu Sains 2019

 Penyelaras Program : Pn. Norairani Abdullah Kadir


a) Program Petah Sains (BM/BI)*
b) Kuiz*
c) Pertandingan Silang Kata*
d) Reka cipta Bahan Terbuang **

* isu-isu alam sekitar/prinsip sains/fenomena

**dilaksana selepas UPSR melibatkan murid tahun 6


12.1.2 Klinik Pemulihan UPSR

 Penyelaras Program : Pn. Nor Akmalina Bt Mohamad Rosidi


a) Kelas Tambahan Petang (rujuk Lampiran)
b) Program Menggilap Permata (rujuk Lampiran)
c) Klinik UPSR (jemputan luar)

12.1.3 Kursus Peningkatan Profesionalisms Guru Sains Peringkat Sekolah


 Penyelaras : En. Mohamad Ali bin Kaling
a) Bengkel Teknik Menjawab Bahagian B
b) Menjemput Cikgu Zaidon dari SK Kerangan.

12.1.4 Program Learning Community (PLC)


 Penyelaras : Pn. Dinna Walter
a) Lesson Study
b) I-THINK
c) Mentoring and Coaching
Tindakan: Semua Guru

13.0 PENUTUP
13.1 Penangguhan mesyuarat pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak dan Disahkan:

……………………. ………………………………………….
(DINNA WALTER) (NOR AKMALINA BT MOHAMAD ROSIDI)
Setiausaha Panitia Sains Pengerusi Panitia Sains
SK Siang-Siang SK Siang-Siang

You might also like