You are on page 1of 17

Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama

Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-


anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan
dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka.Pertanyaan ibu
mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa
dia telah melanggar ibu Oren.Tidak beberapa lama kemudian, seekor
kucing lain juga telah dibawa pulang,iaitu Kelabu yang akhirnya telah
menimbulkan konflik kepada Oren.Kehilangan Oren telah disedari
oleh ayah dan seisi keluarga.Mereka mengaitkan kehilangan itu
dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya
menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren,ayah
amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke
rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah
pokok tua yang tumbang.
 Kasih sayang kepada binatang

 Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang


diberi nama Oren dan Kelabu.Seluruh ahli keluaga telah
menunjukkan minat masing-masinguntuk memelihara binatang
ini.Kedua-dua kucing ini dibela dengan baik dan diberikan kasih
sayang sepenuhnya.
1. Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh : Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan
sangat menyayangi kedua-dua ekor kucing tersebut.

2. Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh : Oren lebih banyak mengalah dan mendiamkan diri.Malahan
Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan barulah dia
menghabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.

3. Berkongsi minat yang sama


Contoh : Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli
keluarganya.
Ayah (utama)
 Seorang ayah yang penyayang
 Membela dua ekor kucing,iaitu Oren dan Kelabu
 Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
 Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
 Merindui Oren,sehingga bermimpi jumpa Oren
 Menangisi kematian Oren

Oren (sampingan)
 Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
 Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
 Seekor kucing yang suka mengalah contohnya,memakan sisa makanan selepas Kelabu makan
 Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu

Kelabu (sampingan)
 Salah seekor daripada kucing belaan ayah
 Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
 Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya
 Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
 Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah
1. Permulaan / Eksposisi
Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari
menghilangkan diri.Kehilangan Oren telah dirasai seluruh
keluarga.

2. Perkembangan
Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren
menghilangkan diri dari rumah.Kehilangan Oren telah
mendatangkan kesedihan kepada ayah.Azura memberitahu
kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu
dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli
keluargaku.
3. Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah
menyebabkan Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat
dikesan.Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada
pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan
mendatangkan masalah kepada Oren.

4. Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tumbang di taman
permainan hadapan rumah mereka.Mata ayah berkaca selepas
mendengar kejadian tersebut.
1. Pemerian
Contoh : Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan
ibu Oren.

2. Dialog
Contoh : Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai Oren.

3. Monolog
Contoh : Ayah yang bercakap dengan Oren ke mana Oren menghilangkan diri
selama empat hari.

4. Imbas Kembali
Contoh : Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu
ke rumah.
Latar Masa
• Kehilangan Oren selama empat hari
• Sudah seminggu hujan turun
• Setiap malam
• Hujung pertengahan Disember
• Makan malam
• Dua hari yang lalu

Latar Tempat / Ruang


• Rumah - Ayah membawa Oren pulang ke rumah
• Halaman - Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
• Taman permainan - Tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
• Dapur - Ayah membawa Oren ke dapur dan menghidangkan susu
• Ruang tamu – Setiap kali ayah pulang dari kerja,Kelabu akan datang ke ruang tamu
untuk bermanja dengan ayah
Latar Masyarakat
 Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing -
ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah
memelihara dua ekor kucing

 Masyarakat yang bertanggungjawab – Ayah yang melanggar ibu


Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke
rumah untuk dipelihara

 Masyarakat yang pemurah – Ayah dan anak-anaknya menjaga


kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang
berkhasiat seperti susu
 Simile - Seperti ada yang membersihkannya

 Personafikasi - Setiap kali mata Oren dan matanya


bertemu

 Personafikasi - Oren cemburu akan kehadiran Kelabu

 Sinkof – Tika (ketika)


 Kasih sayang – Ayah dan keluarganya menyayangi
kucing peliharaan mereka

 Bertanggungjawab – Ayah bertanggungjawab


memelihara Oren selepas kematian ibunya

 Baik hati – Ayah memberikan makanan yang berkhasiat


kepada kucing peliharaannya
o Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang
walaupun kepada makhluk selain manusia

o Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan


sesuatu perbuatan dan tidak menganiaya orang lain

o Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan pelu


diamalkan oleh semua orang untuk menjamin
kesejahteraan dalam hidup
 Terdapat banyak nilai murni yang wajar kita contohi
dalam cerpen oren ini

 Terdapat pengajaran yang boleh mendidik diri kita

 Cerpen ini memberi keterangan yang ringkas dan


mudah untuk difahami
 Cerpen ini berakhir dengan kejadian menyayat hati iaitu
Oren mati

 Cerpen kurang menarik dan tidak berwarna


membuatkan pembaca mudah merasa bosan
 Menambah warna serta gambar di setiap muka surat

 Mempelbagaikan idea

 Memanjangkan jalan cerita


~ TAMAT <3 ~

You might also like