You are on page 1of 1

PENANDA WACANA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Oleh sebab itu Selain itu Sebaliknya Oleh yang Walau


demikian bagaimanapun
Semenjak itu Selepas itu Namun begitu

1. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak. _________________,
masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjalankan perniagaan.

2 .Puan Yusnita meletakkan piring kuih itu di atas meja. _______________, dia pun
mempersilakan tetamunya menjamu selera.

3. Pertandingan Bercerita akan diadakan tidak lama lagi. _____________, para peserta
yang akan mengambil bahagian perlu berlatih dengan gigih.

4. Pihak penguat kuasa sering mengadakan rondaan di kawasan itu. _____________, masih
ada peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.

5. Mula-mula, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Malaysia. _______________,
saya akan mengulang kaji mata pelajaran Matematik pula.

6. Tabiat merokok membahayakan kesihatan kita. _________________, tabiat tersebut


perlulah kita hindarkan.

7. Kira-kira lima tahun yang lalu, Puan Sunita pernah menjadi mangsa ragut. ____________,
dia takut untuk berjalan seorang diri di bandar.

8 .Saya suka melancong di dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat
yang menarik. ________________, melancong di dalam negara dapat menjimatkan belanja.

9 .Rafik tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya dia berjimat cermat.


________________, dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama
dengan rakan-rakannya.

10 .Wahida sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik. _______________, ibu bapa
Wahida telah menghantar anaknya itu mengikuti kelas tuisyen.

You might also like