You are on page 1of 4

RACANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS

Akta Pendidikan bagi Individu Kurang Upaya atau IDEA (Individuals With Disabilities
Education Act) merupakan peraturan persekutuan, yang merangkumi penyediaan proses
formal bagi menjalankan penialaian terhadap murid kurang upaya serta menyediakan
program dan perkhidmatan khusus untuk membantu mereka berjaya dalam pendidikan di
sekolah (Siegel, D. J. (2009). Di bawah IDEA, program dan perkhidmatan yang diperlukan
oleh kanak-kanak kurang upaya akan ditentukan menerusi Rancangan Pengajaran Individu
(RPI). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) RPI merupakan satu dokumentasi
perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang
sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah
dikenalpasti. RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrument untuk menentukan kerjasama
dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, dengan pegawai
pendidikan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain (Abdul Rahim
Rahman, 2001).

Matlamat jangka panjang yang dinyatakan dalam RPI merupakan satu kenyataan
tentang perkara yang diharapkan dapat dicapai oleh seseorang murid berkeperluan khas
dalam jangka masa tiga bulan. Matlamat ini berasaskan kepada kelemahan murid yang
dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran murid (Abdullah Yusof, 2007). Tambahan
pula, matlamat jangka panjang yang dinyatakan haruslah dalam bentuk yang dapat diukur
dan diperhatikan dalam pembelajaran murid. Dalam RPI yang telah saya bina matlamat
jangka pajang yang ditetapkan ialah murid dapat melengkapkan ayat matematik operasi darab
melibatkan sifir tiga, empat dan lima.

Objektif jangka pendek pula melibatkan langkah dalam urutan bagi mencapai
matlamat jangka panjang. Objektif jangka pendek tidak begitu spesifik sepertimana yang
dinyatakan dalam ranangan pengajaran harian (Garguilo, R. M., 2006). Ia merupakan
langkah-langkah kecil dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif jangka
pendek juga harus dinyatakan dalam bentuk yang dapat diukur dan diperhatikan dan
mencatatkan apa yang hendak dicapai oleh murid. Bagi mencapai objektif yang telah
ditetapkan guru haruslah menggunakan pelbagai teknik, kaedah dan strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam RPI yang telah saya bina kaedah yang ingin saya
gunakan untuk mencapai objektif yang ditetapkan ialah kaedah petak sifir, pembelajaran
kooperatif dan kolaboratif, teknik Think-Pair-Share, teknik Round Robin, kaedah main sambil
belajar dan strategi pembelajaran berasaskan masalah.

RPI yang dibina juga haruslah mencatatkan kaedah penilaian yang hendak digunakan
untuk mengetahui tahap pencapaian murid. Misalnya, dalam RPI saya, cara penilaian yang
hendak saya gunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan ialah
menggunakan lembaran kerja, senarai semak, pengujian, pemerhatian dan sampel kerja. Di
samping itu, RPI yang dibina juga haruslah mencatatkan maklumat-maklumat penting yang
dapat membantu guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya,
dalam RPI yang telah dibina saya telah menyatakan maklumat seperti sifat-sifat murid.
Contohnya, murid dapat mengikut arahan guru dengan betul, mempunyai sifat ingin tahu yang
tinggi, mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar, tidak mempunyai masalah tingkah
laku, cepat terganggu dengan persekitran serta cepat menjadi letih. Maklumat-maklumat Ini
dapat membantu saya dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk murid saya supaya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, RPI
haruslah ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh para profesional dan juga ibu bapa
supaya dapat menjelaskan apa yang perlu diketahui (Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M.,
2003).

Selanjutnya, RPI yang baik haruslah mengikut enam elemen penting. Elemen pertama
yang perlu diikut ialah, bekerjasama. Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting
dalam RPI. Maka, ibu bapa, guru matapelajaran dan guru pendidikan khas haruslah
berkerjasama antara satu sama lain dalam membina RPI. Elemen kedua ialah perkongsian
maklumat. Maklumat yang dikumpul daripada individu yang paling rapat dengan murid
menjadi teras dalam perancangan pendidikan yang akan dibuat. Elemen ketiga merupakan
keputusan bersama yang dibuat oleh pasukan pelbagai disiplin. Guru, ibu bapa dan pihak-
pihak lain yang terlibat secara langsung dalam pembelajaran murid berkeperluan khas
perlulah membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid
berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Elemen keempat
adalah kebolehpercayaan. Maksudnya, RPI yang dibina hendaklah disemak dan dinilai dari
semasa ke semasa. Elemen kelima merupakan dokumentasi RPI supaya dapat dijadikan
sebagai rujukan dan panduan kepada semua pihak. Elemen terakhir RPI ialah proses
pelaksanaan dan hasil. Maksudnya, RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi
memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid
berkenaan.

Di samping itu, RPI yang dibina mempunyai kepentingan kepada pelbagai pihak
seperti murid itu sendiri, ibu bapa, guru matapelajaran atau guru resos, ibu bapa serta pihak
pentadbiran sekolah (Budiyanto, M. Pd., 2017). Antara kepentingan RPI kepada murid ialah
ia dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran dan mengurangkan masalah yang dihadapi. Bagi guru yang mengajar
matapelajaran inklusif pula, RPI dapat membantu dalam merancang aktiviti pembelajaran dan
membina bahan bantu mengaja yang dapat memenuhi keperluan murid, mendapatkan
maklumat tentang murid serta menyediakan penilaian yang sesuai bagi memastikan kekuatan
dan keperluan murid. Tambahan pula, RPI juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa
untuk mendapatkan penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi
membantu pembelajaran anak mereka di rumah dan memberi peluang untuk berkongsi
maklumat dengan kumpulan pelbagai disiplin yang terlibat secara langsung dengan anak
mereka. Seterusnya, bagi pihak pentadbiran sekolah pula, RPI dapat membantu dalam
mengenalpasti bantuan dan keperluan murid berdasarkan maklumat RPI yang diterima.

Konklusinya, RPI memainkan peranan yang amat signifikan dalam pendidikan inklusif.
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program
inklusif haruslah memberi kerjasama dalam memastikan program ini terus dijalankan dengan
teratur dan berjaya. Oleh itu, guru- guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kekuatan dan kelemahan murid dalam
meningkatkan keberkesanan pendidikan inklusif untuk murid-murid berkeperluan khas.
SENARAI RUJUKAN

Abdul Rahim Rahman. (2001). Rancangan Pendidikan Individu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Abdullah Yusof. (2007). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Budiyanto, M. Pd. (2017). Pengantar Pendidikan Inklusif. Jakarta: Prenadamedia Group.

Garguilo, R. M. (2006). Special Education in Contemparary Society. USA: Thomson


Wadsworth.
Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2003). Exceptional Learners: Introduction to Special
Education. Boston: Allyn and Bacon.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Rancangan pengajaran individu. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia. Muat turun pada 10 April, 2019, daripada
https://www.moe.gov.my/index.php/pendidikan-khas/rancangan-pendidikan-
individu/4241-definasi-dan-konsep.

Siegel, D. J. (2009). Mindsight. New York: Bantam.

You might also like