You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang diminati dan digemari

kanak-kanak terutamanya kanak-kanak sekolah tahap I. Aktiviti mewarna juga

merupakan salah satu aktiviti yang boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak

bagi mengukuhkan kemahiran psikomotor mereka. Kemahiran motor halus yang

baik akan membantu murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan lebih

berkesan. Secara psikologinya, melalui aktiviti mewarna juga guru berpeluang

untuk mengesan keadaan kanak-kanak yang tidak ditonjolkan mereka ketika

bersama guru dan rakan-rakan. Guru boleh menilai dan mengetahui emosi atau

perasaan yang cuba diluahkan kanak-kanak melalui warna yang mereka

gunakan.

Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Abdul Halim merancang mengadakan Pertandingan Mewarna

Sempena Bulan Kemerdekaan yang akan disambut pada bulan Ogos.

Pertandingan mewarna yang bakal diadakan ini merupakan satu langkah untuk

mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni lukis. Pertandingan ini juga

diadakan bagi memupuk dan mengembangkan bakat kanak-kanak ke peringkat

yang lebih tinggi. Pertandingan ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak

untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka agar menjadi lebih baik.

Selain itu, pertandingan ini juga akan dapat memberi kepelbagaian dan

keseronokan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mampu

1
melahirkan generasi muda bersemangat patriotik yang bakal menjadi pewaris

negara pada suatu hari nanti.

2.0 MATLAMAT

Pertandingan diadakan bermatlamat untuk memupuk dan mengembangkan

bakat seni lukis kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi, melahirkan dan

mempertingkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid tahun 1 Sekolah

Kebangsaan Sungai Pasir Kechil dengan tema Sambutan Hari Kemerdekaan

2012 iaitu “1 Malaysia Janji Ditepati”.

2.0 OBJEKTIF

1. Mengurus dan mengendali aktiviti atau projek seni 2 dimensi seperti

pertandingan mewarna dengan pertimbangan pelbagai kekangan seperti

kewangan, masa, tenaga manusia, bahan, peralatan dan kaedah.

2. Mengaplikasi pengetahuan dan pembelajaran melalui projek mengikut

prosedur dan tata cara terhadap projek seni visual

3. Memupuk dan mengembangkan minat kanak-kanak dalam bidang seni

lukis seterusnya meningkatkan kemahiran psikomotor kanak-kanak.

4. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru terhadap

murid serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif.

2
5. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya

kepada negara.

6. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta

menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

7. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria bulan

kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran

dan pembelajaran.

8. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa

pemimpin.

4.0 TEMA

“1 Malaysia Janji Ditepati”.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 1 Kelas A , Kelas B dan Kelas Delima SK Sungai Pasir

Kechil.(Rujuk lampiran 1 untuk senarai nama murid )

6.0 TEMPAT

Dewan Tun Sri Lanang SK Sungai Pasir Kechil

7.0 TARIKH

19 Julai 2012 (Khamis)

8.0 MASA

8.00 am – 11.30 am

3
9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
Tuan
Tuan Haji
HajiMustapha
MustaphaBin
Bin Abdul Hamid
Abd. Hamid
Pengarah IPG KSAH

TIMBALAN PENAUNG 1
Tuan Haji Sobri bin Saad
Timbalan Pengarah IPG KSAH

TIMBALAN PENAUNG 2
Encik Mansor bin Abdullah
Ketua Jabatan JPSV

TIMBALAN PENAUNG 3
Tuan Haji Yaakob Bin Awang
Guru Besar SKSPK

KETUA PENYELARAS
Encik Othayakumaran A/L Kandasamy
Pensyarah Pend. Seni Visual

PENYELARAS 1 PENYELARAS 2
En. Tuan NorHazreen Bt Tuan Zainu En. Mohd Riduan Bin Rais
Guru Prasekolah 1 Guru Prsekolah 2

PEMBANTU PEMBANTU
Cik Hayati Bt Hairi Pn. Noraini Bt Bidin

4
9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : Muhammad Hafiz Bin Mohamed Hanif

T. PENGERUSI : Tan Ling Min

SETIAUSAHA : Nuratiqah Bt Mat Saberi

NAIB SETIAUSAHA : Siti Hawa Bt Jamain

BENDAHARI : Liyana Bt Yusoff

9.3 AHLI JAWATANKUASA

AJK HAKIM DAN PENILAI: Puan Hidayah bt Hamiri

( Ketua Panitia Seni Visual SKSPK )

AJK PERALATAN : Nas Iffat Bin Mohd Salleh

AJK DOKUMENTASI : Farah Hanis Bt Ramli

AJK HADIAH : Nur Baiti bt Pauzai

Nor Fathihah Bt Mohamad

AJK TEMPAT : Tuan Aznira Bt Tuan Ibrrahim

AJK MAKAN/MINUM : Noor Akmal Hayati Bt Hailee

Nur Ashila Bt Nasirudin

AJK PROTOKOL : Fatin Bt Omar

Nur Afifah Amirah Bt Ahmad

AJK PUBLISITI : Mohd Khairul Azree Bin Darawi

Nurul Nazila Bt Abu Hassan

5
( Rujuk lampiran 2 untuk bidang tugas )

10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI

Pertandingan mewarna ini akan diadakan secara mini dan tertutup peringkat

sekolah SK Sungai Pasir Kechil. Pertandingan akan dilaksanakan seperti

ketetapan berikut:

Bil. Kategori Umur


1 Kategori A Tahun 1 Berlian
2 Kategori B Tahun 1 Akik dan Delima

10.1 Senarai alat dan bahan

Bil. Alat Dan Bahan Kuantiti


1 Kertas lukisan bercetak 60 helai

10.2 Tema Pertandingan

Murid akan diberikan tema kemerdekaan iaitu :

1. Hari kemerdekaan 2012 – “1 Malaysia Janji Ditepati”

10.3 Peraturan Am Pertandingan

1. Setiap peserta diberi masa selama 1 jam untuk mewarna karya.

2. Peserta tidak dibenarkan meniru hasil karya peserta lain.

6
3. Semua peserta hanya dibenarkan menggunakan media kering sahaja

seperti pensil, pensil warna, pastel dan krayon.

10.4 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

Bil. Masa Aktiviti Catatan

1. 8.00 a.m. - Penerangan tentang aktiviti

pertandingan kepada peserta

2. 8.30 a.m. - Aktiviti mewarna bermula

3. 9.30 a.m. - Aktiviti mewarna berakhir

4. 9.30 a.m. – - Jawatankuasa Hakim membuat

10.30 a.m. penilaian

- Murid makan pagi

5. 10.30 a.m. – - Acara penutup dan penyampaian

11.30 a.m. hadiah.

7
11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

a) Hadiah Pemenang dan Peserta

BIL ITEM HARGA UNIT JUMLAH

SEUNIT(RM) DIPERLUKAN HARGA(RM)

1 Hadiah Pertama 10.00 2 20.00

2 Hadiah Kedua 8.00 2 16.00

3 Hadiah ketiga 5.00 2 10.00

4 Hadiah Saguhati 2.00 6 12.00

JUMLAH 58.00

b) Sumber Kewangan:

Sumbangan Panitia Pendidikan Seni SK Sungai Pasir Kechil .

12.0 PENUTUP

Diharap aktiviti ini dapat memberikan kesan yang positif dalam bidang

pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam

Pendidikan Seni Visual.

8
Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ………………………………………
(NURATIQAH BT MAT SABERI) (EN.OTHAYAKUMARAN A/L KANDASAMY)
Setiausaha Penyelaras Program/
Pertandinga Mewarna Pensyarah PSV 3114
PISMP PSV Januari 2009 IPG Kampus Sultan Abdul Halim
IPG Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani
08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman
Kedah Darul Aman

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

………………………………………. ………………………………………
(TUAN HAJI YAAKOB BIN AWANG) (TUAN HJ MUSTAPHA BIN ABD HAMID)
Tuan Pengarah
Guru Besar
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
SK Sungai Pasir Kechil
08000 Sungai Petani
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
Kedah Darul Aman

9
Lampiran 1

Senarai nama murid tahun 1, 2012

Nama Sekolah : SK. Sungai Pasir Kechil

Kod Sekolah : KBA 4420

Daerah : Sungai Petani

10
Lampiran 2

Bidang tugas AJK

BIL NAMA AHLI BIDANG TUGAS


1. Pengerusi  Bertanggungjawab dalam
Muhammad Hafiz Bin menguruskan pentadbiran, kewangan
Mohamed Hanif dan aktiviti.
 Memastikan arahan daripada
penasihat program dapat dijalankan.
 Memberi arahan yang tepat dan jelas
kepada jawatan kuasa
dalam melaksanakan tugas atau
aktiviti.
 Menjadi orang tengah dalam
mengemukakan cadangan atau usul
ahli kepada pihak yang berkenaan.
 Bertanggung jawab menentukan hala
tuju kejohanan
2. N. Pengerusi  Membantu pengarah dalam melicinkan
perlaksanaan aktiviti.
Tan Ling Min  Memangku tugas pengarah semasa
ketiadaannya
3. Setiausaha  Mengumpul semua maklumat seperti
merekodkan semua fail-fail
Nuratiqah Bt Mat Saberi untuk rujukan.
 Bertanggungjawab untuk hadir setiap
mesyuarat dalam
perlaksanaan program.
 Menguruskan urusan surat menyurat
kepada pihak yang berkenaan.
 Memanggil ahli jawatan kuasa untuk
bermesyuarat.
 Menyedia dan mengedarkan catatan
minit mesyuarat dan surat
pekeliling kepada yang berkenaan.
 Bersama pengerusi menentukan
tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat.
 Menyediakan kertas kerja yang
diperlukan oleh program.
 Menyusun dan menyediakan tempat
dan kemudahan mesyuarat.

11
4. Bendahari  Bertanggungjawab kepada pengarah
dalam bidang pengurusan pentadbiran
Liyana Bt Yusoff kewangan.
 Menyedia dan menyimpan buku akaun
untuk pertandingan
 Menerima dan menyimpan cek-cek dan
wang tunai milik pertandingan
 Menyimpan semua resit-resit, baucar-
baucar, buku rekod wang keluar masuk
dan lain-lain yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan.
 Menjaga dan menguruskan harta
benda bagi kejohanan dengan baik.
 Menyediakan laporan wang masuk dan
keluar setiap kali mesyuarat.
 Memberi pandangan dalam usaha
untuk menyelesaikan
masalah kewangan bagi perlaksanaan
pertandingan
 Menandatangani cek-cek bersama
pengarah atau setiausaha atau kedua-
duanya sekali.

5. Hakim dan Penilai  Memberi taklimat mengenai peraturan


pertandingan dan skema pemarkahan
Puan Hidayah bt Hamiri kepada peserta sebelum memulakan
pertandingan
(Ketua Panitia  Menyemak senarai peserta
Seni Visual SKSPK )  Memastikan peserta mematuhi semua
peraturan dan keselamatan
 Membuat penilaian pemeriksaan hasil
kerja mengikut skema pemarkahan dan
memastikan penghakiman
dilaksanakan dengan telus, beretika
dan adil
6. Peralatan  Menyediakan alatan dan membantu
jawatan kuasa pertandingan
Nas Iffat Bin Mohd Salleh  Memeriksa alatan dan memastikan
mengikut spesifikasi.
 Menyediakan tempat pertandingan
 Menempah tempat pertandingan.
 Menyediakan segala keperluan
berkaitan teknikal bagi
melicinkan perlaksanaan program.
 Mengemas kini alatan dan mengawal
pergerakan alatan.

12
 Bertanggungjawab terhadap peralatan
yang digunakan semasa
sesuatu aktiviti atau projek
dilaksanakan.
7. Dokumentasi  Bertanggungjawab merakam dan
merekod segala aktiviti yang
Farah Hanis Bt Ramli berlangsung sepanjang program
 Membuat laporan atau dokumentasi
setelah program berakhir

8. Hadiah  Menyediakan senarai hadiah dan


cenderamata
Nur Baiti bt Pauzai  Menyusun hadiah dan cenderamata.
 Menghias meja hadiah
Nor Fathihah Bt Mohamad  Melantik pembantu untuk upacara
penyampaian hadiah.
 Menyediakan senarai pemenang
hadiah.
9 Tempat
Tuan Aznira Bt Tuan  Menyediakan tempat pertandingan
Ibrrahim  Menempah tempat pertandingan

10 Makan minum  Menempah dan mengurus makan


minum peserta, guru, jemputan dan
Noor Akmal Hayati Bt Hailee pegawai sepanjang pertandingan.
 Memastikan kebersihan kawasan
Nur Ashila Bt Nasirudin sekolah sentiasa dikawal dengan
menyediakan tempat membuang
makanan sisih dsb
 Menguruskan pengedaran makanan &
minuman kepada pembantu
pertandingan.
 Bertanggungjawab tentang segala
urusan minuman dan makanan

13