Professional Documents
Culture Documents
21
EPR: Effective Profit Rate - jumlah yang korang kena bayar macam interest rate tu
IFR: Islamic Financing Rate - fixed (6.85%)
BLR: Base Lending Rate - negotiable dengan banker (±2.4%)
Legal Fee Calculator (S&P = tulis harga rumah; Loan = tulis harga pinjaman)
Stamp Duty Calculator (S&P = tulis harga rumah; Loan = tulis harga pinjaman)
Property valuation fees = market value (fixed) + government tax (fixed - 6%) +
misc/expenses/disbursement
Dokumen TNB
1. Borang permohonan (boleh ambil kat mana² pejabat TNB)
2. Salinan I/C
3. Salinan S&P (dua muka surat pertama & muka surat terakhir yang ada sign² tu)
4. Duit deposit (<= RM500 - ni depends kat jenis rumah, boleh rujuk TNB punya website)
5. Duit setem hasil (RM10)
6. Duit charge untuk proses (RM3)
Dokumen Syabas
1. Borang permohonan (boleh ambil kat mana² pejabat Syabas)
2. Salinan I/C
3. Salinan S&P (dua muka surat pertama & muka surat terakhir yang ada sign² tu)
4. Duit deposit (<=RM100)
Dokumen IWK
1. Salinan I/C
2. Salinan S&P (dua muka surat pertama & muka surat terakhir yang ada sign² tu)
3. Salinan bil IWK (ni pon, lawyer akan bagi bila dia serahkan kunci)
Berapa banyak cash yang kita kena ada untuk beli rumah?
Hm, ni lah kesalahan paling besar yang kita buat bila kita excited gila nak beli rumah.
Bajet ada 10% cash daripada harga rumah, terus tak fikir panjang, booking. Tak boleh
buat macam tu oke, diulangi, tak boleh! Kenapa? Sebab 10% tu untuk beli rumah. Kos²
lain tu? Ha, nak cekup kat mana? Lainla korang duit berkepuk² dalam poket tu. Meh kita
buat rough calculation berapa banyak yang cash yang kita perlu ada kalau nak beli
rumah. *tak sempat lagi nak buat apps untuk entry cost ni. haih.*
Tengok! Gila kan? Ha, contoh kalau ada 10% cash tu, RM27500, balance lagi RM11650 tu
korang nak cekup kat mana? Sila pening. Sebab kalau takde RM39963 tu upfront, jangan
mimpi nak beli rumah yang harga dia RM275000. Cuba bayangkan kalau rumah tu harga dia
RM400000. Oke, saya pitam sekejap. Haih. Mana nak cari duit oii~ Beli rumah ni bukan
main². Komitmen jangka masa panjang. Oh, sebelum terlupa, korang kena pastikan juga
yang korang mampu bayar installment rumah bulan². Kalau rasa macam sempit atau sesak
sangat, buat joint buyer. Joint buyer ni tak semestinya suami isteri. Sesama adik beradik
pon boleh. Susah senang bersama, ye tak? And lagi satu, semua pembayaran wajib guna
cek ataupun bank draf dan pastikan dapat resit rasmi, oke? :D