You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAPAN,

06010 CHANGLUN, KEDAH.


NO. TELEFON / FAX : 04 – 9241405
EMEL : skfbl.ppdkp@gmail.com
_____________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKBL800-2/4/2


Tarikh : 18
September 2018

Semua waris,
Murid-murid SK Batu 8

Tuan,

MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1440H DAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah bersama Masjid Al- Hijrah dan Pejabat Felda Batu 8 / Guar
Napai akan mengadakan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1440H dan Hari Kokurikulum Sekolah sepert
ketetapan berikut :

Tarikh : 20 September 2018


Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat : Masjid Al – Hijrah Felda Batu Lapan, Changlun
Pakaian : Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan

3. Sehubungan itu, setap murid SK Batu 8 dikehendaki membeli sekurangnya-kurangnya 1 set


kupon berharga RM3.00. Pembelian kupon tambahan AMATLAH DIGALAKKAN. Setap pembelian kupon
adalah melalui guru kelas masing-masing.

4. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan majlis pada kali ini.

5. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MEMAKMURKAN KEDAH”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Yang benar,

………………………………………………
( EN. MAHAZIR BIN RAMLEE )
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Batu Lapan, Changlun.

You might also like