You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KEPAYANG

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2019

Tarikh : 16 Januari 2019

Masa : 2.30 P.M – 4.00 P.M

Hari : Rabu

Tempat : Pusat Sumber

Kehadiran :

1. En. Menga Ak Bana (Guru Besar)


2. Pn Julan Ak Edward (Penolong Kanan Kurikulum)
3. En. Mohd Faysalluddin Bin Borhan (Ketua Panitia)
4. Pn Waldiah
5. En Jikin Bin Kombong

Agenda I: UCAPAN PENGERUSI


1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kerana hadir ke
mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2019.
2. Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli
panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.
3. Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih baik.
4. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru Matematik kerana mencapai
100% dalam UPSR dalam matapelajaran Matematik.

Tindakan : Makluman

Agenda II: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

5. Pn. Waldiah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh En Jikin Bin Kombong..

Agenda III: PERKARA BERBANGKIT

6. Tiada Perkara Berbangkit

1
Agenda V: Isu-Isu Pengurusan Panitia

7. Penetapan Headcout
6.1 Semua guru perlu membuat TOV dan ETR iaitu sasaran pencapaian akademik
setiap murid dan mengisi dalam sistem SAPS berdasarkan keputusan peperiksaan
akhir tahun 2018 kecuali tahun 4 sahaja mengikut markah ujian 1 2018.
6.2 guru juga perlu menyenaraikan murid cemerlang dan galus.

8. Program peningkatan akademik sekolah.


8.1 Pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi tahun 2019. Antara
program panitia yang dijalankan adalah:
1. Congak sifir sebelum mula kelas
2. Program smart sifir
3. Minggu matematik
4. Program Guru Muda
5. Bengkel menjawab soalan (Tahun 4,5 dan 6)
6. Kelas OMP (Operasi Meningkatkan Prestasi)
7. Lorong/Laman Matematik
8. Info Matematik (Papan Kenyataan)
9. Program 5 minit fakta asas Matematik
10. Bulan Matematik
11. Kursus Dalaman

9. PdPc
8.1 Semua guru perlu mewujudkan elemen pendidikan abad ke-21 seperti contoh
menggunakan peta I-think dan lain-lain.
8.2 Semua guru juga diminta mengambil gambar semasa pdpc sebagai eviden. Guru
perlu hantar laporan pengajaran.
8.3 Guru-guru diminta menerapkan elemen ke-3 tahap penguasaan membina ayat
matematik.

10. Isu-isu
9.1 Murid tidak membuat kerja rumah. Guru diminta mengenalpasti murid yang
kerap tidak menyiapkan kerja dan hantar murid tersebut berjumpa guru besar.
9.2 Murid tidak mahir menjawab soalan kertas 2. Guru perlu perbanyakkan latihan
berbentuk format baru.

11. Status Perbelanjaan PCG.


10.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum
diketahui.
10.2 Guru-guru boleh senaraikan dahulu barang-barang yang ingin dibeli dan
maklumkan kepada setiausaha untuk buat nota minta.

2
12. Pelaksanaan Program KPM
12.2 PBS perlu dijalankan semasa pdp. Rekod pelaporan offline perlu
dilengkapkan 2 kali setahun.

13. RPH Guru


13.1 Pengerusi meminta supaya guru menulis rph menggunakan format yang telah
diedarkan dan melengkapkan maklumat guru dan memastikan rancangan pengajaran dan
refleksi lengkap dan dihantar untuk semakan pihak pentadbiran pada setiap hari
Jumaat.

14. Sukatan Matapelajaran dan DSKP


14.1 Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai DSKP bagi setiap
matapelajaran dan menyerahkan satu set salinan DSKP untuk simpanan fail panitia
selewat-lewatnya sehingga 31/1/2019.
14.2 Perancangan PdP perlu mematuhi DSKP.

15. RPT
15.1 Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada
SP/DSKP yang sah dan terkini.
15.2 Bilangan latihan mestilah mencukupi dan berfokus.

16. Analisa UPSR 2018


16.1 Pengerusi memaklumkan peratus lulus matematik meningkat dari 98 % ke
100%. Bilangan murid A sangat kurang.
16.2 Target lulus untuk tahun 2019 ialah 92%. Bilangan A= 9 orang, B=24 orang C =
28 Orang.
16.3 Guru tahun 6 ialah En.Megat, Pn. Norulhuda dan En. Syed M. Syahiran.

Tindakan : Semua guru matematik

Agenda VI : Hal-Hal Lain

17. Pengerusi memaklumkan semua guru perlu laksanakan program smart sifir dan 5
minit fakta asas. Smart sifir iailah program bacaan sifir setiap pagi di dewan sebelum
masuk ke kelas. Guru juga kena tekan fakta asas dalam masa 5 minit sebelum
mulakan kelas.
18. Pengerusi juga mencadangkan agar bilik matematik diubah ke bilik komputer yang
lama iaitu bersebelahan dengan bilik kesihatan kerana bilik yang asal terlalu jauh

3
dari kelas tahun 4,5,dan 6. Kunci bilik matematik juga akan dibuat pendua untuk
setiap guru.
19. Papan kenyataan panitia matematik perlu dikemaskini setiap 5 minggu sekali.
Sekiranya guru mempunyai BBM yang menarik boleh diletakkan di papan kenyataan
matematik dan juga di dalam kelas.

Tindakan : Makluman

UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Urus Setia

Setiausaha Panitia Matematik

Tarikh: 28/1/2017

You might also like