You are on page 1of 8

TMK Tahun 5 | PPT 2019

BAHAGIAN A ( 15 MARKAH )

Arahan : Setiap soalan diikuti olem empat pilihan jawapan, A, B, C dan D.


Pilih jawapan yang betul.

1. Apakah maksud rangkaian?

A. Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer untuk


berkongsi sumber.
B. Sekumpulan komputer dan peranti rangkaian yang bersambung.
C. Rangkaian komputer yang digunakan untuk menyambungkan komputer
yang berada pada lokasi yang berbeza.
D. Perpindahan maklumat antara satu komputer ke komputer lain yang
tidak berhubung secara fizikal.

2. Antara berikut, manakah merupakan kegunaan rangkaian?

I berkongsi akses internet III berkongsi peranti


II mel elektronik IV berkongsi fail

A. I dan II C. I, III dan IV


B. I, II dan III D. semua di atas

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)?

A. Perpindahan maklumat antara satu komputer ke komputer lain yang


tidak berhubung secara fizikal.
B. Merupakan dua atau lebih komputer untuk berkongsi sumber.
C. Kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-
sama.
D. Rangkaian komputer yang digunakan untuk menyambungkan komputer
yang berada pada lokasi yang berbeza.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Kawasan Luas (WAN)?

A. Perpindahan maklumat antara satu komputer ke komputer lain yang


tidak berhubung secara fizikal.
B. Sekumpulan komputer dan peranti rangkaian yang bersambung.
C. Rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya
digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi
yang berbeza.
D. Merupakan dua atau lebih komputer untuk berkongsi sumber.

5. Apakah kegunaan alat berikut?

A. Digunakan untuk menghantar data melalui talian telefon atau


kabel.
B. Digunakan untuk menyambung rangkaian internet.
C. Digunakan untuk menyambung antara komputer dengan komputer lain.
D. Digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.

1
TMK Tahun 5 | PPT 2019

6. Rajah menunjukkan sebuah hab. Apakah kegunaannya?

A. Peranti yang akan memilih laluan semasa penghantaran data ke


destinasinya.
B. Peranti yang menjadi pusat rangkaian berkabel yang digunakan
untuk menyambung antara komputer dengan komputer lain.
C. Peranti yang digunakan untuk menyambung antara komputer dengan
komputer lain.
D. Peranti yang menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk
satu rangkaian tanpa wayar.

7. Apakah kegunaan modem seperti gambar di bawah?

A. Digunakan oleh komputer untuk menghantar data melalui talian


telefon atau
kabel.
B. Digunakan untuk memilih laluan semasa penghantaran data ke
destinasinya.
C. Digunakan untuk menghubungkan data komunikasi wayar untuk
membentuk satu rangkaian tanpa wayar.
D. Digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi dalam rangkaian.

8. Apakah maksud internet?

A. Perkhidmatan capaian maklumat


B. Perkhidmatan komunikasi
C. Perkhidmatan rangkaian
D. Rangkaian komputer terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-
juta komputer di seluruh dunia.

9. Apakah kegunaan penghala (Router)?

A. Menghubungkan data komunikasi untuk membentuk satu rangkaian


tanpa
wayar.
B. Betindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih
rangkaian untuk memindahkan data.
C. Digunakan untuk menyambung antara komputer dengan komputer lain.
D. Digunakan untuk memilih laluan semasa penghantaran data ke
destinasinya.

2
TMK Tahun 5 | PPT 2019

10. Perkhidmatan capaian internet terdiri daripada?

A. Protokol pemindahan fail (file transfer protocol : FTP) dan muat


turun
B. E-mel dan laman blog
C. Enjin pencari dan blog
D. Blog dan muat turun

11. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan enjin carian?

A. Yahoo (www.yahoo.com) C. Bing (www.bing.com)


B. Google (www.google.com) D. Blogspot (www.blogger.com)

12. Antara berikut, yang manakah boleh dikategorikan kepada perkhidmatan


komunikasi?

A. E-mel C. Laman sosial


B. Muat turun D. Blog

13. Kaedah pencarian Boolean terdiri daripada

I menggunakan frasa AND II menggunakan tanda (&)


III menggunakan tanda (“ “) IV menggunakan tanda (*)

A. I dan II C. I, III dan IV


B. I, II dan III D. semua di atas

14. Apakah yang dimaksudkan dengan laman web?

A. Catatan aktiviti peribadi


B. Penggunaan carian Boolean dengan menggunakan frasa dan tanda
C. Carian maklumat yang menggunakan internet sebagai medium
D. Paparan yang kebiasaannya dikendalikan oleh seseorang individu
atau organisasi tertentu yang memaparkan penulisan, gambar,
audio, video dan sebagainya

15. Apakah maksud blog?

A. Catatan peribadi yang ditulis pada perisian pemprosesan perkataan


B. Perkongisan resepi dalam kalangan pengguna internet
C. Buku catatan peribadi
D. Sebuah jurnal peribadi yang diterbitkan pada rangkaian internet

3
TMK Tahun 5 | PPT 2019

BAHAGIAN B ( 25 MARKAH )

Arahan : Jawab semua soalan. Tulis jawapan kamu dalam ruangan yang disediakan

1. Nyatakan BETUL atau SALAH pada pernyataan di bawah. ( 5


markah )

(a) Internet boleh dilayari di atas talian sahaja.

(b) Kita tidak boleh menghantar e-mel kepada rakan


jika tiada akaun e-mel.

(c) Internet hanya boleh dilayari oleh organisasi


kerajaan dan pihak swasta sahaja.

(d) Salah satu manfaat besar bagi memasang rangkaian


di sekolah adalah semua perisian boleh dimuatkan
di dalam satu komputer (server).

(e) Kelemahan rangkaian komputer adalah tidak boleh


mengakses internet secara serentak.

2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang diberikan. (5


markah)

Rangkaian Kawasan Setempat komputer rangkaian


(LAN)

Rangkaian Kawasan Luas Wi-Fi (wireless


(WAN) fidelity)

a) Komputer dalam __________________________________ boleh dihubungkan


melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan
cahaya inframerah.
b) ______________________________________________ merupakan rangkaian
komputer jarak jauh dan teknologi yang biasa digunakan untuk
menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza.

4
TMK Tahun 5 | PPT 2019

c) ___________________________________________ menyambungkan komputer di


mana-mana sahaja sama ada di rumah atau di sekolah tanpa sambungan
wayar.
d) ________________________________________ merupakan rangkaian kumpulan
komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama dalam satu
bangunan yang sama.
e) Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih _______________________ yang
dihubungkan untuk berkongsi sumber.

3. Padankan rajah di bawah yang merupakan peranti rangkaian. (5


markah)

(a) Hab

(b) Kabel rangkaian dan RJ45

Kad antaramuka rangkaian


(c) (NIC)

(d) Titik Pusat Tanpa Wayar

Modem
(e)

5
TMK Tahun 5 | PPT 2019

4. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (5


markah)

Frasa Boolean Simbol Internet Enjin carian

a) __________________________ ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu


kita untuk mendapatkan maklumat, dalam sebuah jaringan besar seperti
World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer
peribadi.
b) Carian yang lebih khusus boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah
pencarian __________________________ .
c) Pencarian Boolean sama ada menggunakan _________________________
(AND,OR) atau menggunakan _________________________ (“ “) atau (*).
d) Enjin carian ini selalunya dikaitkan dengan __________________________
untuk mencari sesuatu maklumat.

5. Padankan.

Penerangan kepada jenis laman Jenis laman web


web

Menjual atau menawarkan


(a) sesuatu barangan atau Organisasi
perkhidmatan.

Mengandungi maklumat atau


pengalaman peribadi seseorang. Komersial
(b)

Mengandungi maklumat sesebuah


organisasi, persatuan atau Hiburan
kelab.
(c)

Memberikan maklumat dan


berita. Peribadi
(d)

Hiburan seperti permainan 6


video, filem, lagu, artis dan Informasi/beri
(e) sebagainya. ta
TMK Tahun 5 | PPT 2019

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A
1. A
2. D
3. C
4. C
5. B
6. B
7. A
8. D
9. B
10. A
11. D
12. A
13. C
14. D
15. D

BAHAGIAN B

Soalan 1
a) BETUL
b) BETUL
c) SALAH
d) BETUL
e) SALAH

Soalan 2
a) rangkaian
b) Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
c) WIFI (wireless fidelity)
d) Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
e) komputer

Soalan 3
a) kabel rangkaian dan RJ45
b) kad antaramuka rangkaian (NIC)
c) modem
d) hab
e) titik pusat tanpa wayar (access point)

7
TMK Tahun 5 | PPT 2019

Soalan 4
a) enjin carian
b) Boolean
c) frasa , simbol
d) internet

Soalan 5
a) komersial
b) peribadi
c) organisasi
d) informasi / berita
e) hiburan

You might also like