You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI BULOH,

45700 BUKIT ROTAN

MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN


BILANGAN 1 / 2019

Tarikh : 20 Februari 2019

Masa :1.30-2.30 tengah hari

Tempat :Bilik Mesyuarat

Kehadiran (Bilangan) :9/9

Nama yang hadir :Seperti dalam senarai kehadiran.

Nama yang tidak hadir :Tiada

Turut hadir (Jika ada) :-

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Bacaan doa
1.2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua jawatankuasa Unit Kesihatan dan
mengucapkan terima kasih kepada kerana dapat hadir dalam mesyuarat
Pengurusan Unit Kesihatan Sekolah bil.1 /2019.
1.3. Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen
yang diberikan sepanjang tahun 2018 dan berharap agar kerjasama yang lebih
baik dapat diberikan pada tahun 2019.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Program Rekod Kesihatan Murid ( RKM )

4.1.1 Semua murid wajib ada buku RKM. Guru-guru kelas mestilah memastikan
setiap murid yang berada di dalam kelas mereka mempunyai buku RKM ini.
Guru kelas juga perlu memastikan segala maklumat
dalam RKM dilengkapi dan dikemaskini.

Tindakan: Semua guru kelas


4.2.1 Lawatan Kesihatan dan Pergigian Sekolah
Pengerusi memaklumkan lawatan kesihatan dan pergigian ke sekolah kita
akan dimaklumkan oleh doktor yang mengendalikan lawatan ke sekolah.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Pengerusi juga memberitahu supaya mengemaskini laporan seperti kad gigi dan
fail.

Tindakan : Guru kelas

4.2.3 Order barang kesihatan


Puan Nilla mengatakan perlu mengisi barang-barang dalam ‘First Aid’,
dengan bantuan panitia kesihatan.

Tindakan : Penyelaras Kesihatan

HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi meminta agar semua guru kelas menyediakan buku kesihatan
RKM terutamanya tahun 1 supaya tidak berlaku kemusykilan semasa
pemeriksaan / rawatan jururawat

Tindakan : Makluman

5.2 Pengerusi meminta agar guru mata pelajaran sewaktu pemeriksaan gigi atau
mata hendaklah berada di tempat pemeriksaan dijalankan supaya kawalan
kelas dapat diperhatikan.

Tindakan : makluman

5.3 Pengerusi berharap agar guru-guru untuk mengambil tindakan segera jika
terdapat murid yang sakit semasa berada di sekolah.

Tindakan : makluman

5.4 Pn.Nilla mengingatkan sekali lagi ,semua unit melengkapkan laporan masing-
masing dan mengingatkan SU HEM mengeluarkan surat maklumat kepada ibubapa
tentang RKM sekarang ini kena isi dalam talian untuk pendaftaran murid sesi 2019.

Tindakan : SU HEM

6. PENUTUP
1.1. Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru
dan berharap pengurusan Unit Kesihatan akan bertambah
cemerlang pada masa-masa akan datang.
1.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2 : 30 tengah hari

You might also like