You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH TUN SRI LANANG

MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA 1/2019

Tarikh : 2 Januari 2019


Masa : 2.00 ptg
Tempat : Makmal Kimia

Kehadiran:
1. Pn Nabilah binti Sadali
2. Pn. Nurmala binti Ahmad Osman
3. En Amenuddin Ahmad
4. Pn Norzawani Abd Halim

Perkara:
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pn Nabilah selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia
Kimia dalam Mesyuarat Panitia Kimia kali pertama 2018.
1.2 Pengerusi memaklumkan perlantikan baru GKMP Sains dan Matematik iaitu
Tn Hj Fakhrul Ariffin bin Hj Kambali.
1.3 Pengerusi memaklumkan GP ETR dan GP TOV Kimia pada tahun ini ialah 6.67
dan 7.86 .
1.4 Beliau juga memaklumkan bahawa program yang banyak tidak menjamin
kecemerlangan, oleh itu Panitia Kimia perlu merancang program yang
memberikan impak yang tinggi meskipun bilangan program sedikit.

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Dicadangkan oleh: Pn Nurmala
2.2 Disokong oleh: Pn Nabilah

3. Hal-hal berbangkit
3.1 Tiada hal berbangkit

4. Analisa Post Mortem


4.1 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

BIL.
CALON
CALON CALON IKUT
BERDAFTAR AMBIL TH GRED GPMP
A+ A A- B+ B C+ C D E G JUMLAH %
KIMIA LULUS 6.67
ETR
7
2019 7 7 1 1 0 3 2 100.00 6.57
PAT
7
2018 7 7 0 0 0 0 0 1 0 0 0 3 3 57.14 7.86
SPM
12 12 0 0 0 0 0 1 1 1 6 3 0 12
2017 100.00 6.75
5. Intervensi Awal
5.1 Bagi mengukuhkan konsep Kimia bagi setiap murid, program Cakna Asas
Kimia (CAK) akan diadakan pada hari Sabtu 12 Januari 2019 bermula jam 8
pagi hingga 12 tgh.

5.2 Program CAK akan menggunakan modul soalan SPM lepas yang disusun oleh
Cikgu Mohd Fazli Md Noor dari SMK Persisiran Perdana Tangkak.
Tindakan: Pn Nurmala

6. Penilaian dan Peperiksaan


6.1 Ujian Topikal
6.1.1 Ujian topikal disediakan oleh guru kelas sendiri mengikut potensi pelajar
6.1.2 Ujian Topikal boleh dijalankan secara modular dan markah bagi ujian
digunakan untuk membentuk graf.
6.1.3 Daripada pembinaan graf ini, guru boleh mengesan topik mana yang
merupakan titik lemah bagi murid dalam subjek Kimia.
Tindakan: Semua ahli Panitia

6.2 Ujian Pertengahan Penggal 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan


Akhir Tahun adalah seperti dalam buku pengurusan 2019.

7. Program Panitia berdasarkan PCG


7.1 PCG Panitia Kimia
7.1.1 Baki pada tahun 2018 ialah RM 435.31.
7.1.2 Jumlah anggaran terimaan PCG Panitia Kimia 2019 pula ialah RM
385.70.
7.1.3 Cadangan pembelanjaan PCG Panitia Kimia adalah seperti berikut:
7.1.3.1 Bahan kimia dan keperluan makmal
7.1.4 Pencetakan modul atau bahan bengkel tidak menggunakan PCG
kerana bahan kimia merupakan bahan habis guna, tidak boleh
digunakan semua dan perlu dibeli setiap tahun. Oleh itu, pencetakan
modul dan bahan bengkel akan menggunakan Duit Kecemerlangan
PIBG sekolah.
Tindakan: Makluman
7.2 Program “Tabung Oksigen”
7.2.1 Dijalankan setiap pagi Isnin-Rabu bermula jam 7-730 pagi sepanjang
tahun.
7.2.2 Cadangan pembahagian latihan adalah seperti berikut:
7.2.2.1 10 soalan objektif
7.2.2.2 1 soalan struktur kertas 2
7.2.2.3 1 soalan esei kertas 2

7.2.3 Penyedia bagi bahan Program “Tabung Oksigen” ialah Pn. Nabilah.
Tindakan: Pn. Nabilah

7.2.4 Pelajar diberikan latihan pada setiap hari dan jawapan dibincangkan
sepuluh minit awal dalam bilik darjah.
Tindakan: Pn Nabilah
7.3 Program Cemerlang Kimia
7.3.1 Disasarkan kepada murid tingkatan 4.
7.3.2 Cadangan pelaksanaan adalah pada 20 April 2019 (Sabtu).
7.3.3 Sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan
Tahun.
7.3.4 Bahan untuk Program Cemerlang Kimia disediakan oleh Pn. Nurmala
Tindakan: Pn. Nurmala

7.4 Bengkel Kertas 3 Kimia


7.4.1 Disasarkan kepada murid aliran Sains Tulen tingkatan 4.
7.4.2 Cadangan masa adalah selepas peperiksaan pertengahan tahun dan
sebelum peperiksaan akhir tahun.
7.4.3 Sebagai pendedahan tentang format Kertas 3 Kimia.
7.4.4 En Fazli Md Noor dari SMK Pesisiran Perdana akan dijemput sebagai
penceramah jemputan.

7.5 Kelas Tambahan


7.5.1 Panitia Kimia terlibat dalam program yang dirancang oleh pihak sekolah

7.6 Perkampungan Ilmu


7.6.1 Panitia Kimia terlibat dalam program yang dirancang oleh pihak sekolah

8. Perancangan Strategik dan Taktikal sepanjang tahun 2019


8.1 Perancangan Strategik dan Taktikal adalah seperti dalam fail Panitia Kimia.

9. Hal-hal lain

9.1 Bagi proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan dalam bilik darjah bagi subjek
Kimia, sebuah buku nota dan satu fail perlu disediakan oleh setiap murid.

10. Penutup oleh Pengerusi


Pn Nabilah mengucapkan terima kasih atas semua kerjasama yang telah diberikan
oleh semua ahli panitia dan berharap perancangan untuk tahun 2019 berjalan lancar
dan seterusnya menaikkan GPMP Kimia dalam peperiksaan SPM.

Mesyuarat Panitia Kimia ditangguhkan pada 3.00petang.

Disediakan oleh,

NURMALA AHMAD OSMAN

SETIAUSAHA PANITIA KIMIA SMKTSL

You might also like