You are on page 1of 1

ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI BAGI ASPEK PSIKOMOTOR

Dalam penyelidikan ini, pengumpulan data dilakukan secara berterusan mengikut

jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu pengkaji mendapat maklum balas

tentang aspek psikomotor murid melalui aplikasi seni pop up dalam pengajaran dan

pembelajaran . Tumpuan pemerhatian penyelidik adalah dibahagikan kepada dua iaitu

Tumpuan pemerhatian terhadap kemahiran mewarna : Penyelidik melakukan

pemerhatian terhadap pemilihan media yang digunakan, penggunaan warna dan

kekemasan semasa mewarna mengikut skala .

Tumpuan pemerhatian kecekapan murid terhadap kemahiran menggunting :

Penyelidik akan melakukan pemerhatian dan menanda tahap kecekapan kemahiran

menggunting mengikut skala yang telah ditetapkan .