You are on page 1of 31

Ibu negara

Bandar Seri Begawan


4°53′25″N114°56′32″E

Bandar terbesar Bandar Seri Begawan

Bahasa rasmi Bahasa Melayu(Kebangsaan)[a]

Bahasa wilayah yang 10 bahasa [1][2][3][sorok]


diiktiraf
 Melayu Brunei (bahasa utama)
 Cina (pelbagai dialek)
 Tutong
 Belait
 Dusun
 Bisaya
 Murut
 Iban
 Penan
 Melanau

Bahasa diiktiraf Bahasa Inggeris[b]

Kerajaan Monarki mutlak


- Sultan Hassanal Bolkiah
- Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah

Kemerdekaan
- daripada United 1 Januari 1984
Kingdom

Kawasan
- Jumlah 5,765 km2 (172)
2,226 sq mi
- Perairan (%) 8.6
Populasi
- 2007 (anggaran) 401,890[4] (174)
- 2001 (anggaran) 332,844

KDNK (PPP) 2005 anggaran


- Jumlah $9.009 bilion[5] (138)
- Per kapita $24,826[5] (26)

KDNK (nominal) 2010 anggaran


- Jumlah $13.022 billion[5]
- Per kapita $31,238[5]

HDI (2004) ▲ 0.871[6] (tinggi / 34)

Mata wang Dolar Brunei ( BND )

Zon waktu (UTC+8)


Repúbliká ng̃ Pilipinas
Republik Filipina
‫ريڤوبليك فيليڤينا‬

Bendera

Moto: Maka-Diyos, Makatao, Makakalikasan, at Makabansa


(terjemahan: "Untuk Tuhan, Untuk Rakyat, Untuk Alam, dan Untuk
Negara")

Lagu: Lupang Hinirang (Tanah Terpilih)

Ibu negara Manila


14°35′N 121°0′E

Bandar terbesar Bandar Quezon

Bahasa rasmi Bahasa Filipina, Bahasa Inggeris*

Kerajaan Republik
- Presiden Benigno S. C. Aquino III

- Naib Presiden Jejomar Binay

- Senat Filipina Juan Ponce-Enrile

- Speaker Dewan Feliciano Belmonte

- Ketua Hakim Renato Corona

Kemerdekaan daripada Sepanyol dan A.S.

- Diisytiharkan 12 Jun 1898

- Pemerintahan sendiri 24 Mac 1934

- Diiktiraf 4 Julai 1946

- Perlembagaan terkini 2 Februari 1987

- Perairan (%) 0.6

Populasi

- 2006 (anggaran) 85,236,913 (12)

- 2000 (anggaran) 76,504,077

KDNK (PPP) 2005 anggaran

- Jumlah $451 billion (25)


- Per kapita $4,923 (102)

KDNK (nominal) 2005 anggaran

- Jumlah $98,731 billion (51)

- Per kapita $1,168 (120)

HDI (2006) 0.763 (sederhana / 84)

Mata wang Peso Filipina (Piso) ( PHP )

Zon waktu PST (UTC+8)

Kod panggilan 63
Malaysia
‫مليسيا‬

Bendera Lambang negara

Moto: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]

Malaysia dalam rantau ASEAN

Ibu negara Kuala Lumpur[a]


Putrajaya (pusat pentadbiran)
3°08′N 101°42′E

Bandar terbesar Kuala Lumpur

Bahasa rasmi Bahasa Malaysia[b]

Rasmi untuk beberapa tujuan Bahasa Inggeris[b]

Kumpulan etnik 50.09% Melayu


22.56% Cina
6.73% India
11.76% Bumiputera Lain
0.67% Lain-lain
8.19% Bukan Warganegara [2]

Kerajaan Raja
berperlembagaanelektif dandemokrasi
berparlimen

- Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah


- Perdana Menteri Najib Razak (BN)
- Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin(BN)

Kemerdekaan dari United Kingdom


- KemerdekaanPersekutuan 31 Ogos 1957[3]
Tanah Melayu
- KemerdekaanSarawak 22 Julai 1963[4]
- Pemerintahan sendiriBorneo 31 Ogos 1963[5]
Utara[c]
- Persekutuan (denganBorneo 16 September 1963[6]
Utara,Sarawak danSingapura[d]

Kawasan
- Jumlah 329,847 km2 (ke-66)
127,354 sq mi
- Perairan (%) 0.3

Populasi
- 2010 (anggaran) 28,250,000[7] (ke-43)
- 2010 (anggaran) 28,334,135
- Kepadatan 86/km2 (ke-114)
33.20/sq mi

KDNK (PPP) 2010 anggaran


- Jumlah $403.042 bilion[8]
- Per kapita $14,275.371[8]

KDNK (nominal) 2010 anggaran


- Jumlah $213.065 bilion[8]
- Per kapita $7,546.559[8]

Gini (2004) 40.3 (medium)

HDI (2010) ▲ 0.744[9] (tinggi /ke-57)

Mata wang Ringgit (RM) ( MYR )


Zon waktu MST (UTC+8)
- Musim panas (DST) Tiada (UTC+8)

Format tarikh dd-mm-yyyy

Memandu pada kiri

Kod panggilan +60

Internet TLD .my


Republik Singapura
‫ريڤوبليك سيڠاڤورا‬

Republic of Singapore (Inggeris)


新加坡共和国 (Cina)
சிங் கப் பூர் குடியரசு (Bahasa Tamil)

Jata

Moto: "Majulah Singapura" (Melayu)


"Onward, Singapore"(Inggeris)

Lokasi Singapura (dibulat hijau)


Ibu negara Singapura
(Downtown Core, Central)1
1°17′N 103°50′E

Bahasa rasmi Inggeris (bahasa


utama)[1][2]
Melayu (bahasa
kebangsaan)[3][4]
Mandarin
Tamil

Kerajaan Republik

-Presiden Tony Tan Keng Yam

-Perdana Menteri Lee Hsien Loong

Perundangan Parlimen

Pembentukan
-Penubuhan 29 Januari 1819[5]

-Kerajaan sendiri 3 Jun 1959[6]

-Merdeka dari United Kingdom 31 Ogos 1963[7][8]

-Pertumbuhan Persekutuan 16 September 1963[9]


Malaysia
-Perpisahan dari Malaysia 7 Ogos 1965[10]

-Kemerdekaan 9 Ogos 1965[11]

Kawasan
-Jumlah 710.2 km2 (ke-187)
274.2 sq mi
-Perairan (%) 1.444

Populasi
-2009 (anggaran) 4,987,600

-2010 (anggaran) 5,076,700[12] (ke-115)

-Kepadatan 7,022[13]/km2 (ke-3)


17,275.7/sq mi

KDNK (PPP) 2010 anggaran


-Jumlah $255.338 billion[14]

-Per kapita $52,839[14]

KDNK (nominal) 2010 anggaran


-Jumlah $194.918 billion[14]

-Per kapita $40,336[14]

HDI (2010) ▲ 0.846[15] (sangat tinggi / ke-


27)

Mata wang Dolar Singapura ( SGD )

Zon waktu SST (UTC+8)

Format tarikh dd/mm/yyyy

Memandu pada left

Kod panggilan +652

Internet TLD .sg


Republik Indonesia
‫إندونيسيا‬

Bendera

Moto: "Bhinneka Tunggal Ika" (Bahasa Jawa Kuno)


"Bersatu dalam kepelbagaian"
Ideologi: Pancasila

Ibu negara Jakarta


dan bandar terbesar 6°10.5′S 106°49.7′E

Bahasa rasmi Bahasa Indonesia


Kerajaan Republik

-Presiden Joko Widodo

-Naib Presiden Jusuf Kalla

Kemerdekaan daripada Belanda


-Diisytiharkan 17 Ogos 1945 dahuluHindia Belanda

Kawasan
-Jumlah 1,904,569 km2 (15)
735,358 sq mi
-Perairan (%) 4.85

Populasi
-2014 (anggaran) 252,164,800[1]

-2011 (anggaran) 237,424,363[2] (4)

-Kepadatan 124.66/km2 (84)


322.87/sq mi

KDNK (PPP) 2005 anggaran


-Jumlah US$977.4 bilion (15)

-Per kapita US$4,458 (110)

HDI (2004) ▲ 0.711 (sederhana / 108)

Mata wang Rupiah Indonesia( IDR )

Zon waktu pelbagai (UTC+7 to +9)

-Musim panas (DST) tidak diperhatikan (UTC)

Kod panggilan 62

Internet TLD .id


Kerajaan Negara Thai
‫كراجان نڬارا تاي‬
ราชอาณาจักรไทย
Ratcha Anachak Thai

Bendera Jata

Ibu negara Bangkok (Krung Thep)


13°44′N 100°30′E

Bandar terbesar Bangkok

Bahasa rasmi Bahasa Thai

Kerajaan Raja Berperlembagaan


-Raja Raja Bhumibol Adulyadej

-Perdana Menteri Yingluck Shinawatra

Kemerdekaan
-kerajaan Sukhothai 1238–1368

-kerajaan Ayutthaya 1350–1767

-kerajaan Thonburi 1767 ke 7 April 1782

-kerajaan Ratanakosin 7 April 1782

Kawasan
-Jumlah 513,115 km2 (ke-49)
198,115 sq mi

-Perairan (%) 0.4

Populasi
-Julai 2006 (anggaran) 64,631, 5951 (19)

-2000 (anggaran) 60,916,441

KDNK (PPP) 2005 anggaran


-Jumlah $560.7 bilion (21)

-Per kapita $8,300 (69)

HDI (2004) 0.784 (sederhana / ke-72)

Mata wang Baht (฿) ( THB )

Zon waktu (UTC+7)


-Musim panas (DST) (UTC+7)

Kod panggilan 66

Internet TLD .th


Kerajaan Kemboja
‫كراجان كمبوجا‬

Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchea

Bendera

Moto:
(Khmer: "Negara, Agama, Raja")

Lagu: Nokoreach

Ibu negara Phnom Penh


dan bandar terbesar
11°33′N 104°55′E

Bahasa rasmi Bahasa Khmer


Kerajaan Raja Berperlembagaan

- Raja Norodom Sihamoni

- Perdana Menteri Hun Sen

Kemerdekaan daripada Perancis

- Diisytihar 1949

- Diiktiraf 1953

- Perairan (%) 2.5

Populasi

- Julai 2006 (anggaran) 14,971,000 (63)

- 1998 (anggaran) 11,437,656

KDNK (PPP) 2006 anggaran

- Jumlah $36.82 billion (89)

- Per kapita $2,600 (133)

HDI (2004) ▲ 0.583 (sederhana /129th)

Mata wang Riel (៛)1 ( KHR )

Zon waktu (UTC+7)

- Musim panas (DST) (UTC+7)

Kod panggilan 855

Internet TLD .kh


Republik Demokratik Rakyat Laos
ສສສສສສສສສສສ ສສສສສສສສສສ
ສສສສສສສສສສ
Sāthālanalat Pasāthipatai Pasāson Lāo

Bendera

Moto: "Keamanan, Kemerdekaan, Demokrasi, Kerukunan dan


Kemakmuran"

Lagu: Pheng Xat Lao

Ibu negara Vientiane


dan bandar terbesar 17°58′N 102°36′E
Bahasa rasmi Bahasa Lao

Kerajaan Republik Sosialis

- Presiden Lt. Jen Choummaly Sayasone

- Perdana Menteri Bouasone Bouphavanh

Kemerdekaan daripada Perancis

- Tarikh 19 Julai 1949

- Perairan (%) 2

Populasi

- 2005 (anggaran) 5,924,000 (103)

- 1995 (anggaran) 4,574,848

KDNK (PPP) 2005 anggaran

- Jumlah $12.547 billion (129)

- Per kapita $2,124 (138)

HDI (2004) ▲0.553 (sederhana / 133)

Mata wang Kip ( LAK )

Zon waktu (UTC+7)

Kod panggilan 856

Internet TLD .la


Republik Sosialis Vietnam
Cộng hòa Xã hội Chủ nghĩa Việt Nam

Bendera

Moto: Độc lập – Tự do – Hạnh phúc


(Kemerdekaan, Kebebasan, Kebahagiaan)

Lagu: Tiến Quân Ca

Ibu negara Hanoi


21°2′N 105°51′E

Bandar terbesar Bandar Raya Ho Chi Minh

Bahasa rasmi Bahasa Vietnam

Kerajaan Republik Sosialis1


-Setiausaha Agung Nguyễn Phú Trọng

-Presiden Trương Tấn Sang

-Perdana Menteri Nguyễn Tấn Dũng

Kemerdekaan

-Daripada China 938

-Daripada Perancis 2 September 1945

-Diiktiraf 1954

-Perairan (%) 1.3

Populasi

-Julai 2005 (anggaran) 85,238,000 (13)

-1999 (anggaran) 76,323,173

KDNK (PPP) 2005 anggaran

-Jumlah $251.8 billion (36)

-Per kapita $3,025 (123)

HDI (2004) ▲0.709 (sederhana /109)

Mata wang đồng (₫) ( VND )

Zon waktu (UTC+7)

-Musim panas (DST) (UTC+7)

Kod panggilan 84

Internet TLD .vn


Republik Kesatuan Myanmar
‫ريڤوبليک کستوان ميانمار‬

Pyidaunzu Thanmăda Myăma


Nainngandaw

Bendera

Lagu: Gba majay Bma

Ibu negara Naypyidaw1


19°45′N 96°12′E

Bandar terbesar Yangon


Bahasa rasmi Myanmar (Burma)

Kerajaan Republik berpresiden

- Presiden Thein Sein

- Naib Presiden Sai Mauk Kham


Nyan Tun

Kemerdekaan dari United Kingdom

- Tarikh 4 Januari 1948

- Perairan (%) 3.06

Populasi

- Julai 2005 (anggaran) 50,519,0002 (24)

- 1983 (anggaran) 33,234,000

KDNK (PPP) 2005 anggaran

- Jumlah $93.77 bilion (59)

- Per kapita $1,691 (150)

HDI (2004) ▲ 0.581 (sederhana /130)

Mata wang kyat (K) ( mmK )

Zon waktu MMT (UTC+6:30)

Kod panggilan 95

Internet TLD .mm


Negara Brunei Darussalam (Jawi: ‫ )نڬارا بروني دارالسالم‬atau Negara Brunei atau Brunei ialah
sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di
sebelah utara pulau Borneo. Brunei di kelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan
di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah
disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau
Borneo.

Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum
tertubuhnya Kesultanan Melayu Bruneikini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan
orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di
muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk
empayar Srivijaya yang berpusat diSumatra pada awal abad ke-sembilan Masihi dan seterusnya
menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah
dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa tetapi berjaya membebaskan dirinya
dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.

Brunei merupakan negara kedua tertinggi bagi Indeks Pembangunan Manusia (HDI) dalam
kalangan negara Asia Tenggara selepasSingapura dan dikelaskan sebagai negara maju.
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Brunei berada di tempat ke-4 bagikeluaran
dalam negara kasar dunia per kapita dalam pariti kuasa beli.

Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan
Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai
pengaruh keagaaman, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negaraSepanyol dan Amerika
Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut.
Filipina adalah salah satu dari hanya dua negara (satu lagi adalah Timor Leste) sahaja yang
penduduknya majoriti menganuti agama Kristian di benua Asia di mana
agama Islam, Hindu atau Buddha lebih popular.

Dahulu, Filipina merupakan antara negara paling maju di rantau Asia Tenggara, namun
sekarang telah ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonominya semakin merosot dan
masalah penyelewengan yang berleluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi
yang sederhana disebabkan peyumbangan tenaga kerja yang banyak di luar negara,
pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah.

Masalah utama yang dihadapi Filipina kini ialah tuntutan puak pemisah Islam di
pulau Mindanao di bahagian selatan untuk berpisah dari Filipina, ancaman puak komunis di
utara, dan kerosakan habitat dan alam sekitar disebabkan oleh pencemaran dan pembangunan
yang tidak dirancang.
Malaysia (Tulisan Jawi: ‫ )مليسيا‬ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia
Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki
bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²).[13][14]Malaysia terbahagi kepada
dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo
Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[13] Malaysia berkongsi sempadan darat
[13]
dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut
[15]
dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur,
manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia
diduduki 28 juta orang.[7]

Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi


taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali
sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah
Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum
menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu
dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari
persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara
ekonomi yang terbaik diAsia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara
kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[16] Ekonomi negara
yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains,
pelancongan, perdagangan dan perubatan.

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan
sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[17][18] Sistem
kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster[19], dan sistem
perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[13] serta


mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara
megadiversiti.[20] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah
besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-
Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung
selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia
Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan
RiauIndonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat
terunggul[16] dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam
perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapuraialah salah sebuah daripada
lima pelabuhan tersibuk dunia.[17]
Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir
5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia
lain, dan ras Caucasus.[18] 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar
di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing.[19][20] Singapura merupakan negara
yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco.[21] A.T.
Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks
Globalisasi.[22]

Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat
dengan KDNK per kapitasebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu.[23] Selepas
merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan
rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi
yang baru.[24]

Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup
terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life
Index".[25] Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.[26][27] Negara
ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya

Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang juga disebut


sebagai Nusantara (Kepulauan Antara)[3] yang terletak di antara tanah besar Asia
Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia
bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor
Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia dan wilayah
India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia
ialah Jakarta.

Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan
jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006[4], ia merupakan negara keempat paling
banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia, walaupun secara
rasminya ia bukanlah sebuah negara Islam. Indonesia merupakan sebuah republik,
dengan parlimen dan presidenyang dipilih secara langsung.

Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Prathēt Thai ialah sebuah negara di Asia
Tenggara yang bersempadankan Laos danKemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di
selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali
sebagai Siam sehinggalah 11 Mei 1949. Perkataan Thai (ไทย) bermaksud "bebas" dalam bahasa
Thai. Nama Siam masih digunakan di kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.
Thailand merupakan negara yang ke-51 terbesar di dunia di dalam bentuk jumlah keluasan,
anggarannya kira-kira sama besar dengan negara Sepanyol, dengan anggaran keluarsan
513,000 km2 (198,000 batu per.), dan ke-20 negara di dunia paling banyak penduduk, dengan
anggaran 63 juta orang. Lebih kurang 75% daripada populasi adalah dari kaum Thai, 14%
daripadanya adalah berketurunan Cina, dan 3% daripadanya adalah dari orang Melayu
Thai;[1] dan selebihnya adalah daripada kumpulan minoriti termasuklah orang Mon, orang
Khmer dan pelbagai kaum orang asli . Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa Thai. Lebih
kurang 95% daripada populasi adalah orang-orang beragama Buddha.

Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan


bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.

Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja
merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada
adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh
Semenanjung Indochina.

Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain
termasuklah Islam (penduduk Cham) sertaanimisme di kalangan kaum peribumi.

Antara badan air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonlé Sap yang
merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.
Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja.
Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan semula
ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan.

Republik Demokratik Rakyat Lao (Bahasa Lao: Sāthālanalat Pasāthipatai Pasāson Lāo) ialah
satu satunya negara tanpa pantai diAsia Tenggara dan bersempadankan Myanmar dan China di
barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di barat.

Selepas kemerdekaan daripada Perancis pada 1949, Laos menghadapi perang saudara yang
berakhir pada 1975 apabila kumpulankomunis Pathet Lao merampas kuasa.

Laos merupakan antara negara yang mempunyai kebebasan ekonomi dan politik paling rendah
di dunia.[1]
Sejarah Laos boleh dihubungkan dengan kerajaan Lan Xang (Tanah Seribu Gajah), sebuah
kerajaan Asia Tenggara yang muncul antara abad ke-14 sehingga abad ke-18.

Vietnam /ˌvjetˈnɶm, ˌvi:et-, -ˈna:m/ (Bahasa Vietnam: Việt Nam) , secara rasminya Republik
Sosialis Vietnam (Bahasa Vietnam:Cộng hòa Xã hội Chủ nghĩa Việt Nam), ialah negara paling
timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan denganChina di utara, Laos di
barat laut, dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan.
Dengan bilangan penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai
penduduknya di dunia. Negara ini juga tersenarai di kalangan "sebelas ekonomi yang
seterusnya"; menurut perangkaan kerajaan, kadar kenaikan KDNK mencatat 8.17% pada tahun
2006, iaitu kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan negara-negara Asia
Timur dan yang terpantas di Asia Tenggara.
Selama beribu-ribu tahun, Vietnam sebagai sebuah negara pernah diberi pelbagai nama: Văn
Lang ketika Dinasti Hùng Vương, Âu Lạcketika Dinasti An Dương Vương, Vạn
Xuân ketika Dinasti Lý Awal, Đại Cồ Việt ketika Dinasti Đinh dan Dinasti Lê Awal. Sejak tahun
1054, Vietnam digelar Đại Việt (Viet Besar). ketika Dinasti Hồ, Vietnam memakai nama Đại
Ngu tetapi kemudiannya beralih ke Đại Việt semula. Pada tahun 1804, Raja Gia
Long merancang untuk menggunakan nama Nam Việt untuk Vietnam tetapi Dinasti
Qing di Chinatidak setuju, lalu menukarnya kpeada Việt Nam. Dari tahun 1839 hingga 1945,
Raja Minh Mạng menamakan semula Việt Nam menjadiĐại Nam.

Nama Việt Nam pernah dipakai untuk memanggil negara ini sebelum dijadikan nama rasmi
dalam "Dư địa chí" oleh Nguyễn Trãi pada tahun 1435 dan mungkin juga tahun-tahun
sebelumnya. "Việt" ialah naam bagi kelompok etnik terbesar di Vietnam, iaitu Kinh (người Kinh),
manakala "Nam" bermaksud Selatan yang menekankan kedaulatan Vietnam's daripada negara
China (yang biasanya bergelar "negara Utara" oleh orang Vietnam).

Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara.
Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaubagaimanapun, beberapa negara
seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana
kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari
ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju
dengan pemerintahan junta di Myanmar.

Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" .
Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi
bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis
Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".

Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di
tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah
Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai.
Sistem politik di Myanmar dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang
menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than
Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne
Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu.
Sepanjang pemerintahanEmpayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan
masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan
kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan.
Pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam.

China atau Tionghua (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-
Giles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud
selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud
sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara
yang berkecempung di tempat yang sama.

Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini
dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia Sejarah
China seringkali dikarekterkan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan
semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan, dan penukaran dinasti yang ganas.
Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara
China, dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-
kawasan timur, timur lautdan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, Empayar
China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur
dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.

Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada
masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-
Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan
pengambilan Hong Kong oleh British, Makau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan
Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. Empayar
China musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen.
Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru
ini mempertahankan dirinya diserang pemberontak, Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara
China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis
China Gongchandang.

Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao
Zedong mengistiharkan Republik Rakyat Chinapada tahun 1949 dan memaksa Republik
China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak
berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang
kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu
mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar
menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di
Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayahFujian China dan
secebisan kepulauan di Laut China Selatan.

epun (Tulisan Jawi: ‫جڤون‬, bahasa Jepun: 日本 Nippon/Nihon, nama rasmi:日本


国 Nipponkoku/Nihonkoku dengarkan (bantuan·maklumat)) adalah sebuah negara
kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut
Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Pulau paling utara terletak
di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut
China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.

Jepun terdiri daripada 6,852 pulau[10] yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau
utama dari utara ke selatan adalahHokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu.
Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya.
Sebagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan
sebuah gunung berapi yang pendam. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang,
menjadikannya negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun
yang bertaraf "kawasan metropolitan".Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa
bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang
terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang.

Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM. Maharaja
Jimmu yang mendirikan sistempemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini.
Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya
berada di tangan anggota istana, shogun, pihak tentera, dan memasuki zaman moden, di tangan
perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja
berperlembagaan di bawah pimpinan Maharajadan Diet Jepun.
Sebagai kuasa ekonomi utama,[11] Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar dari segi KDNK
nominal[12] mahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu, G8, OECD dan APEC. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup
dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal
pembinasa yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport
keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju,
penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi (tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan
Manusia) dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB.[13] Dalam bidang
teknologi, Jepun adalah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.

Korea Selatan atau nama rasminya Republik


Korea (RK, Hangul: 대한민국, Hanja: 大韓民國, Perumian Semakan: Daehan Minguk dengar)
adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Korea di Asia
Timur. Ia bersempadanan dengan negara Republik Rakyat China (Tanah Besar China) di
barat, Jepun di timur dan Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) di utara. Ibu negara
dan bandar raya terbesarnya ialah Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan
beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang.
Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi (38,375 bt2)[5] dan dengan
penduduk seramai 50 juta orang, dimana bandar raya Seoul sahaja diduduki oleh 10.4 juta
orang.

Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa Semenanjung Korea pernah diduduki manusia
seawal Zaman Paleolitik Awal.[6][7]Sejarah Korea bermula dengan penubuhan
kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh raja Dan-gun yang legenda. Ekoran
penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M, Korea diperintah
oleh Dinasti Goryeo (918–1392) danDinasti Joseon (1392–1910). Pemerintahan Joseon berakhir
apabila Korea diilhakkan oleh Empayar Jepun pada tahun 1910. Pada akhir Perang Dunia
Kedua, Korea telah dibahagikan kepada kuasa pendudukan Soviet di bahagian utara dan
Amerika Syarikat di selatan. Walaupun Korea Selatan ditubuhkan sebagai sebuah
negara demokrasi pada tahun 1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan
pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun hingga tertubuhnya Republik
Keenam pada tahun 1987.

You might also like