You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Perang Dunia Kedua yang berlakuantara tahun 1939 sehingga tahun 1945 di merupakan satu

konfik sedunia yang paling dahsyat.1 Peperangan di antara dua kuasa besar iaitu kuasa Berikat
Page | 1
dan kuasa Paksi telah mengakibatkan berlakunya banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden.

Kemenangan Jepun di seluruh Asia Tenggara pada tahun 1942 meninggalkan kesan mendalam

bukan sahaja ke atas negara yang dijajah tetapi juga kuasa dan rejim kolonial Barat. Pendudukan

Jepun di Asia Tenggara disifatkan sebagai satu zaman yang mengubah sejarah rantau Asia

Tenggara serta corak perkembangan politiknya.2 Perubahan ini boleh dilihat dengan lahirnya

negara-negara Asia Tenggara yang merdeka beberapa tahun selepas kekalahan Jepun pada bulan

Ogos 1945.

2.0 PERKEMBANGAN POLITIK DAN SOSIAL : 1939-1945

Sepanjang pemerintahan atau pendudukan Jepun di rantau Asia Tenggara telah memberi kesan

terhadap politik dan sosial terutamanya semangat kebangsaan negara-negara Asia Tenggara dan

sistem pendidikan moden yang digunakan sebagai alat membangkitkan semangat kekitaan dan

persediaan untuk kerjasama dalam kalangan masyarakat tempatan yang tidak pernah wujud

dalam pemerintaha kolonial sebelum itu.3 Pendudukan Jepun juga memperlihatkan golongan elit

Asia Tenggara dapat menyertai pentadbiran negara secara meluas dan bermakna. Perkembangan

sosial dan politik semasa Perang Dunia Kedua yang difokuskan kepada pendudukan Jepun dapat

dilihat di rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Burma, Filipina, Vietnam dan Kemboja.

1
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. hlm 263.
2
Alfred McCoy. 1970. “French Colonialism In Loas 1893-1945”. Dalam Nina S.Adams & McCoy (ed.). Laos : War
And Revolution . New York:Harper Colophon Books. Hlm.1.
3
Menurut Dr. R. Suntharalingam, nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap
bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan rakyat kepada negara
bangsa itu tidak kira jika konsep negara itu hanya sebuah masyarakat politik yang diimaginasikan. Untuk keterangan
lanjut, sila lihat R.Suntharalingam. 1985. Konsep Nasionalisme: Ke Arah Satu Takrif. Dalam R.Suntharalingam dan
Abdul Rahman Hj. Ismail (ed.). Nasionalisme : Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Hlm. 1-17.
2.1 INDONESIA

Perkembangan yang dapat dilihat semasa Indonesia di bawah pentadbiran Jepun adalah politik

yang telah membawa kepada perkembangan nasionalisme. Salah satu daripada tindakan pertama
Page | 2
pihak Jepun selepas penawanan Batavia pada bulan Mac 1942 ialah pembebasan pemimpin-

pemimpin Indonesia yang telah ditahan oleh Belanda.4 Dalam pentadbiran yang diperkenalkan

oleh Jepun, orang Indonesia dipujuk supaya menerima jawatan-jawatan penting yang dahulunya

tidak dapat dipegang oleh mereka kerana dihalang oleh pihak Belanda walaupun mereka

mempunyai kelayakan yang secukupnya.5 Tindakan tersebut yang diambil oleh pihak Jepun telah

membuatkan penduduk tempatan berhutang budi terhadap Jepun. Setelah membenarkan

penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran, pihak Jepun mula memperkenalkan “Gerakan

Perikatan Bertiga” iaitu slogan “Pelindung Asia” dan “Jepun Cahaya Asia”.6 Selama beberapa

bulan yang pertama, pihak Jepun dianggap sebagai ‘tuan’ yang lebih baik daripada pihak

Belanda.7 Dengan kata lain, Jepun telah menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana

strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasiolisme berlaku dalam kalangan rakyat di

negara kepulauan itu.

Namun demikian, setelah beberapa bulan memerintah Indonesia, Jepun telah

menimbulkan pelbagai penderitaan seperti yang dialami oleh masyarakat Burma dan Tanah

Melayu terutamanya golongan petani. Rakyat Indonesia menghadapi kebuluran barangan

4
Joginder Singh Jessy. 1986. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan Darulaman. Hlm. 389.
5
Pihak Belanda yang berasal daripada keluarga yang bertaraf tinggi di Indonesia telah berlumba-lumba mendaftar
sebagai kasta rendah. Sebelum Jepun menduduki Indonesia, golongan ini adalah golongan tertinggi dan sombong.
Untuk keterangan lanjut, sila lihat K’tut Tantri. 2006. Revolt In Paradise. Jakarta : Gramedia Pustaka Utama. Hlm.
110.
6
“Gerakan Perikatan Bertiga” bertujuan untuk memupuk kepimpinan kebudayaan dan ekonomi Jepun pada mulanya
dapat mengumpul sokongan tempatan. Akan tetapi, sokongan ini telah berkurangan dan bertukar menjadi rasa benci
terhadap keganasan pihak Jepun yang tidak putus-putus digunakan dalam menyekat nasionalisme Indonesia. Untuk
keterangan lanjut, sila lihat, Joginder Singh Jessy. 1986. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan
Darulaman. Hlm. 389.
7
Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia.
Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm. 674.
pengguna, penyakit, inflasi, kezaliman Jepun dan sebagainya.8 Di Tanah Melayu juga,

masyarakat mengalami kebuluran akibat daripada inflasi yang tinggi. Dari segi ekonomi, eksport

Indonesia mengalami kemerosotan kerana terputus dengan pasaran antarabangsa dan ditambah
Page | 3
dengan pengharaman eksport kecuali ke negera Jepun yang mengakibatkan pengeluaran hasil

juga semakin merosot.9 Sebagai contoh, pengeluaran getah tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran

tahun 1941. Pengeluaran teh pada tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941. Kezaliman

Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah menguatkan keazaman rakyat Indonesia untuk bangun

memperjuangkan kemerdekaan.

Pihak Jepun menyedari bahawa semangat nasionalisme semakin menebal dalam kalangan

masyarakat Indonesia dan mengambil pendekatan yang lebih ralistik iaitu mendapatkan

kerjasama dengan pemimpin-pemimpin tempatan dengan memberikan beberapa keistimewaan

kepada cita-cita kebangsaan rakyat Indonesia. Pemimpin Indonesia iaitu Soekarno dan

Mohammad Hatta telah bersetuju untuk bekerjasam dengan pihak Jepun demi kepentingan

mereka.10 Justifikasinya, pada 9 Mac 1943, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah ditubuhkan

hasil daripada gabungan nasionalis Indonesia yang bertujuan untuk mengawal nasionalis agar

tidak menjalankan kegiatan anti-Jepun yang dipimpin oleh Soekarno dan Hatta.11 Walau

bagaiamanapun, penubuhannya telah mewujudkan perpaduan di kalangan nasionalis dalam

memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Menurut G.M. Kakin, penubuhan PUTERA telah

menambahkan kesedaran politik dan mengukuhkan keazaman rakyat Indonesia untuk capai

8
Pihak Jepun telah membuat kezaliman terhadap masyarakat Indonesia seperti merogol, menzalimi masyarakat
Indonesia dengan memukul, membunuh dan bersikap sombong terhadap masyarakat Indonesia membuatkan Jepun
dibenci oleh masyarakat Indonesia. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Adrian Vickers. 2005. A History Of Modern
Indonesia. Cambridge : Cambridge University Press. Hlm. 93.
9
Shigeru Sato. “Indonesia 1937-1942 : Prelude To Japanese Occupation”. Research Indonesia. Julai 2004. Hlm. 21.
10
Sutan Sjahrir. 1949. Out Of Exile. New York : The John Day Company. Hlm. 242.
11
Gordon L. Rottman. 2002. World War Two Pacific Island Guide. Unted States : Greenwood Publishing Group.
Hlm. 225.
kemerdekaan.12 Dalam usaha Jepun untuk mencuba menawan hati penduduk Indonesia, tentera

Jepun telah bertindak untuk menyebarkan propaganda kepada golongan pemuda dan tertubuhnya

beberapa pertubuhan seperti Pemuda Asia Raya (BPAR) dan Majlis Islam A’la Indonesia
Page | 4
(MIAI).13 MIAI atau Masjumi merupakan gabungan badan-badan Islam seperti Muhammadiah,

Nahdatul Ulama dan Parti Sarekat Islam. Di bawah Masjumi, Jepun berjanji akan bantu orang-

orang Islam menunaikan fardu Haji, mencetak al-Quran, mendirikan universiti Islam dan

sebagainya.14 Penubuhan Masjumi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Indonesia

lebih-lebih lagi majoriti rakyat Indonesia terdiri daripada orang Islam. Terdapat juga gerakan

yang menentang Jepun iaitu Sjahrin dan Sjarifoeddin yang telah menghidupkan semangat

nasionalisme yang mengelolakan gerakan penentangan bawah tanah.

Sehubungan dengan itu, pada September 1943, pihak Jepun telah membentuk satu badan

yang juga diketuai oleh Soekarno iaitu Badan Penasihat Pusat di Jawa dan beberapa kawasan

tertentu di Indonesia.15 Janji yang dibuat oleh Tojo iaitu Perdana Menteri Jepun telah

membenarkan rakyat Indonesia untuk menguruskan bidang politik sendiri apabila satu sistem

penasihat kerajaan telah dibentuk.16 Majlis-majlis tempatan juga dibentuk di provinsi-provinsi.

Sungguhpun pihak Jepun telah memberikan peluang kepada rakyat Indonesia terlibat dalam

jentera pentadbiran Indonesia, tetapi mereka juga berhati-hati dalam usaha melindungi

12
George McTurman Kahin. 1952. Nationalism And Revolution In Indonesia. New York : SEAP Publications. Hlm.
103.
13
Merle Calvin Ricklefs. 2001. A History Of Modern Indonesia Since C. 1200. United States : Stanford University
Press. Hlm. 251-252.
14
Jepun menubuhkan Masjumi dengan tujuan untuk dapat sokongan orang-orang Islam serta menyebarkan semangat
anti-Belanda di kalangan rakyat Indonesia melalui agama.
15
Moh. Sidky Daeng Materu. 1970. Sedjarah Pergerakan Nasional Bangsa Indonesia. Michigan : The University
Of Michigan. Hlm. 184.
16
Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia.
Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm. 676-677.
kepentingan-kepentingan dengan mengadakan satu Urusetia Jepun bagi mengawal tugas Majlis

Penasihat Pusat.

Penubuhan PUTERA yang dilihat sebagai pro-Jepun merupakan sebuah penubuhan yang Page | 5

lebih ke arah mendapatkan kemerdekaan dengan bekerjasama dengan pihak Jepun. Mereka telah

menyebarkan nasionalisme di seluruh kawasan Indonesia agar bersatu padu dan telah

menimbulkan kesedaran dalam membebaskan diri daripada pihak penjajah. Disebabkan oleh

nasionalisme yang melampau dalam pertubuhan PUTERA, maka pihak Jepun telah

memansuhkan gerakan tersebut dan menggantikannya dengan Kesatuan Perkhidmatan

Setianegara (Hokokai) tetapi gagal.17 Perkembangan politik di Indonesia jelas menunjukkan

bahawa pemerintahan Jepun adalah ingin mengawal kesemua gerakan-gerakan dalam usaha

mendapatkan sokongan rakyat. Namun demikian, setelah Saipan telah jatuh ke tangan tentera

Berikat pada bulan Jun 1944, kabinet Koiso telah mencadangkan pemberian lebih banyak

keistimewaan politik kepada rakyat Indonesia dan menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia.18

Golongan nasionalis bawah tanah masih memperhebatkan lagi kegiatan anti-Jepun dan mendesak

pihak Jepun mempercepatkan kemerdekaan Indonesia.

Pada 14 Ogos 1945, Jepun telah menyerah diri kepada kuasa Berikat. Tiga hari

kemudian, Soekarno telah mengisytiharkan Republik Indonesia pada 19 Ogos 1945. Sebagai

langkah perpisahan, Jepun membekalkan tentera kebangsaan yang baru dibentuk untuk

memperkuat barisan ketenteraan apabila perlu untuk menentang Belanda.19 Perpaduan yang

dibentuk semasa pendudukan Jepun menjadi asset kepada penentangan kembali Belanda di

17
Willard H. Elsbree. 1953. Japan’s Role In Southeast Asian Nationalist Movemonets : 1940-1945. Cambridge :
Harvard Cambridge Press. Hlm. 44-45.
18
Ibid. Hlm. 114.
19
Joginder Singh Jessy. 1986. Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan Darulaman. Hlm. 391.
Indonesia. Menurut Wertheim, tahun-tahun revolusiner telah menunjukkan dengan jelas betapa

mendalamnya perasaan kebangsaan yang telah menembusi dalam kalangan rakyat Indonesia. 20

2.2 BURMA Page | 6

Di antara semua negara yang dijajah oleh Jepun, Burma atau Myanmar adalah negara yang

mengalami kesusahan yang paling teruk sekali di bawah jajahan Jepun. Pada peringkat awal,

Burma melihat Jepun yang ingin mengusir British dan menegakkan kembali agama Buddha serta

menjadi pembebas politik rakyat Burma.21 Golongan Thakin yang dikenali sebagai Tiga Puluh

Perwira iaitu diketuai oleh Aung San telah membantu kemasukan Jepun ke Burma untuk

membebaskan Burma daripada penjajahan British pada Disember 1941.22 Namun demikian,

kepercayaan yang diberikan kepada pihak Jepun telah musnah akibat kekejaman tentera Jepun

yang tidak melihat keadaan sosial dan ekonomi Burma serta kesucian rumah-rumah berhala tidak

dihormati oleh Jepun.23 Natijahnya, perasaan benci terhadap Jepun membawa kepada

terbentuknya gerakan nasionalisme di Burma.

Bagi mengawal keadaan di Burma, Jepun telah memutuskan untuk mendirikan sebuah

pentadbiran boneka di bawah pimpinan Dr. Ba Maw pada 1 Ogos 1942 sebagai sebuah kerajaan

sementara.24 Namun demikian, kerajaan di bawah Adipadi Ba Maw adalah tidak bebas

20
Willem Frederik Wertheim. 1980. Indonesian Society In Transition : A Study Of Social Change. United States :
Greenwood Publishing. Hlm. 325.
21
Ashley South. 2003. Mon Nationalism And Civil War In Burma. USA : Taylor & Francis Group. Hlm. 8-9.
22
Cogan kata rakyat Burma iaitu “Burma untuk orang-orang Burma’ dan “ Asia untuk orang-orang Asia’ telah
dilaungkan oleh orang Burma yang telah kecewa dengan pemerintahan British dan telah menyebabkan ramai orang
mengalu-alukan kedatangan pembebas mereka iaitu orang Jepun yang seagama dengan mereka. untuk keterangan
lanjut, sila lihat Michael W. Charney. 2009. A History Of Modern Burma. United Kingdom : Cambridge University
Press. Hlm. 56-57 dan Willard H. Elsbree. 1953. Japan’s Role In Southeast Asian Nationalist Movemonets : 1940-
1945. Cambridge : Harvard Cambridge Press. Hlm. 15-34.
23
Seekins. 2007. Burma And Japan Since 1940 : From Coprosperity To Quite Dialogue. Copenhagen : NIAS Press.
Hlm. 13-14.
24
Ian Morrison. 1947. Grandfather Longlegs: The Life and Gallant Death of Major H. P. Seagrim. London : Faber
& Faber. Hlm. 183-201.
sepenuhnya.25 Ba Maw dilihat sebagai pemimpin yang tidak jujur dalam masyarakat Burma

tetapi hakikatnya hubungan yang terjalin antara Ba Maw dan Jepun telah melindungi rakyat

Burma daripada kekejaman yang melampau oleh pihak Jepun.26 Kesengsaraan dan kesukaran
Page | 7
sosial dan ekonomi yang dikenakan ke atas rakyat Burma telah meningkatkan semangat

nasionalisme yang akhirnya melahirkan gerakan anti-Jepun yang dipelopori oleh Thakin

komunis seperti Soe, Thein Pe dan Thant Tun dan berjaya membentuk perpaduan dan sokongan

rakyat.27

BIA iaitu gerakan yang dipelopori oleh Aung San telah mendapat tumpuan dalam

kalangan belia Burma yang dipengaruhi oleh semangat nasionalis.28 Dalam jangka masa yang

singkat, BIA telah menjadi satu cawangan penting dalam gerakan penentangan Jepun yang

terdiri bukan sahaja daripada masyarakat Burma tetapi juga masyarakat Karen yang anti-Jepun.

Gerakan ini telah menyebarkan nasionalisme secara dakwah dan syarahan-syarahan secara sulit

juga disampaikan yang menjanjikan penentangan terhadap pihak Jepun.29 Hal ini telah

membangkitkan semangat dalam kalangan rakyat Burma. Dalam tahun yang sama, sebuah

pertubuhan politik telah dibentuk secara sulit iaitu Anti Fascist People’s Freedom League

(AFPFL) pada 1944 iaitu badan penyelarasan segala gerakan penentangan yang diselenggarakan

oleh tentera kebangsaan Burma, Liga Belia Asia Timur, golongan sosialis dan Thakin yang

25
Sepanjang pendudukan Jepun, kerajaan Burma tidak mempunyai kuasa yang sepenuhnya dan dengan itu
menghadapi berbagai-bagai kesukaran dalam menjalankan pemerintahannya dengan berkesan di kawasan-kawasan
tertentu. Kekurangan pengangkutan dan kemudahan-kemudahan merupakan masalah utama, tetapi sama pentingnay
adalah rasuah dalam pentadbiran. Untuk keterangan lanjut, sila lihat J.F Cady. 1965. A History Of Modern Burma.
United States : Cornell University Press. Hlm. 462.
26
Thakin Nu. 1954. Burma Under The Japanese. Macmillan : Pictures & Portraits. Hlm. 49-51.
27
Abu Talib Ahmad. 2000.Sejarah Myanmar. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.313.
28
B.K Drake. 1979. Burma : Pergerakan-Pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Petaling Jaya : Longman. Hlm.
39.
29
Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia.
Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm. 652.
berideologi komunis serta pertubuhan petani dan pekerja.30 Kelompok minority seperti Shan,

Kachin dan Chin yang dilindungi oleh pihak British juga mula diresapi arus nasionalisme.

Gabungan kesemua gerakan yang terdiri daripada pelbagai ideologi memperlihatakan


Page | 8
pembentukan perpaduan dalam masyarakat Burma yang sama-sama menentang pihak Jepun.

Pada 27 Mac 1945, Aung San telah melancarkan pemberontakan bersenjata dan pada

masa yang sama AFPFL berusaha mendapat pengiktirafan daripada pihak Berikat.31 Apabila

serangan balas pihak Berikat di Burma pada 1945, Jepun telah menghantar BIA untuk

menentang pihak berikat tetapi BIA telah menyerang pihak Jepun yang akhirnya membawa

kekalahan Jepun di Burma pada Oktober 1945.32 Secara keseluruhan, penyingkiran Jepun di

Burma merupakan satu kemenangan bagi Burma yang telah bersatu demi membebaskan negara

bangsa.

2.3 FILIPINA

Kedatangan Jepun di Filipina tidak seperti di Burma dan Indonesia yang menganggap Jepun

sebagai pembebas daripada penjajahan kolonial. Kemaraan Jepun di Bataan dan Corregidor pada

Mei 1942 menandakan penentangan secara rasmi terhadap Jepun telah tamat.33 Pengalaman

penjajahan di Filipina di bawah pemerintahan Amerika Syarikat tidaklah begitu pahit jika

dibandingkan dengan keadaan yang dirasai oleh penduduk di Indonesia, Burma dan Indo-China.

30
Mary P. Callahan. 2003. Making Enemies : War And State Building In Burma. United States : Cornell University
Press. Hlm. 48-62.
31
Abu Talib Ahmad. 2000.Sejarah Myanmar. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.313
32
Shelby Tucker. 2001. Burma : Curse Of Independence. United States : Pluto Press. 60-64.
33
Pihak Jepun telah menyerang pangkalan udara Clarke dengan memusnahkan 4/5 kuasa udara Mac Arthur di
Filipina. Dengan kepantasan mereka, tentera-tentera Jepun telah menyerang kawasan-kawasan yang ramai penduduk
di Filipina dan memaksa pasukan-pasukan pejuang Filipina-Amerika supaya membuat perjuangan mereka yang
terakhir di Bataan dan Corregidor. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia
Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books
(ASIA) LTD. Hlm. 668.
Propaganda yang disebarkan oleh Jepun agar pendudukan mereka diterima di Filipina telah

ditolak oleh warga Filipina sendiri kerana telah menggagalkan proses ke arah kemerdekaan.

Kegagalan pihak Jepun dalam meraih sokongan daripada pihak Filipina telah mengambil Page | 9

tindakan dengan menjalankan pemerintahan kuku besi iaitu melakukan kekejaman seperti

perogolan.34 Kekejaman pihak Jepun telah meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan

masyarakat Filipina serta semangat mereka semakin meningkat dengan ucapan Mac Arthur

menerusi radio bahawa beliau akan kembali dan mereka telah bersedia untuk berjuang

menentang Jepun.35 Oleh itu, Jepun telah mengisytiharkan akan memberikan kemerdekaan

kepada Filipina sekiranya Filipina bekerjasama dengan usaha Jepun untuk membentuk sebuah

“Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur” pada 16 Jun 1943.36 Perkembangan politik yang

ketara adalah pengikrafan kedudukan golongan bestari dalam pentadbiran negara. 37 Golongan

bestari Filipina diminta untuk meneruskan pentadbiran negara dan harus bekerjasama dengan

pihak Jepun agar kepimpinan golongan bestari dapat dikekalkan dan penderitaan rakyat juga

dapat dikurangkan.38

Apabila pihak Pemerintaha Tertinggi Jepun mendapati bahawa masyarakat Filipina telah

menerima pemerintahan Jepun, mereka telah menjalankan langkah bagi memusatkan

pentadbiran. Dengan itu, tiap-tiap orang pegawai Filipina harus menjadi ahli sebuah pertubuhan

34
Mauro Garcia (ed.). 1965. Documents On The Japanese Occupation Of The Philippines. Manila : Persatuan
Sejarah Filipina. Hlm. 130-137.
35
Setsuho Ikehata & Ricardo Trota Jose. 1999. The Philippines Under Japan : Occupation Policy And Reaction.
Manila : Ateneo De Manila University Press. Hlm. 360.
36
Hoi Sik Jang. 2007. Japanese Imperial Ideology, Shifting War Aims And Domestic Propaganda During The
Pacific War Of 1941-1945. London : ProQuest. Hlm. 101.
37
Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia.
Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm. 671.
38
Teodora A. Agoncillo. 1969. A Short History Of The Philippines. United States : New Amercan Library. Hlm.
228.
politik terbaru iaitu “Kalibapi”.39 Seperti juga di negara Asia Tenggara lain, satu sistem

pendidikan telah dilaksanakan dengan tujuan mengutarakan labgi penerimaan psikologi

matlamat-matlamat Jepun dan bagi memperluaskan kegunaan bahasa Jepun. Walau


Page | 10
bagaimanapun, pemerintah Jepun tidak membantah terhadap penggunaan bahasa Tagalog

sebagai bahasa kebangsaan Filipina.40 Pada 14 Oktober 1943, demi menunaikan janji mereka,

pemerintah Jepun telah mengisytiharkan terbentuknya sebuah Republik Filipina dengan Jose P.

Laurel sebagai Presiden.41

Masyarakat Filipina telah menerima kemerdekaan yang diberikan oleh pihak Jepun tetapi

masih lagi berasa bimbang kerana Lt. Jeneral Kuroda Sigenori iaitu Pemerintah Agung Tentera

Jepun di Filipina merupakan kuasa di belakang kabinet pentadbiran Filipina.42 Namun demikian,

keadaan di Filipina amat buruk apabila berlakunya kebuluran dan keselamatan nyawa dan harta

tidak dijaga. Hal ini juga berlaku di negara-negara lain seperti Burma semasa di bawah

pendudukan Jepun. Dengan itu, kebanyakan orang-orang Filipina yakin bahawa kemerdekaan

mereka di bawah pemerintahan Jepun adalah palsu semata-mata.

Jika di Indonesia dilihat iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah bergabung dengan

pelbagai pertubuhan dan gerakan, di Filipina pula mengalami situasi yang sama apabila mangsa-

mangsa kezaliman Jepun telah menyertai pergerakan Hukbalahap.43 Implikasinya, terdapat ramai

39
William J. Pmeroy. 1992. The Philippines Colonialism, Collaboration And Resistance. Sydney : International
Publishers Co. Hlm. 118.
40
Marcelino A. Foronda. 1995. Cultural Life In The Philippines During The Japanese Occupation 1942-1945.
Manila : National Commission For Culture And The Arts. Hlm. 11
41
Artemio R. Guillermo. 2012. Gistorical Dictionary Of The Philippines. United States : Scarecrow Press. Hlm.
242.
42
Sterling Seagrave & Peggy Seagrave. 2003. Gold Warriors : America’s Secret Recovery Of Yamashita’s Gold.
New York : Verso. Hlm. 89.
43
Pertubuhan Hukbalahap pada asasnya sama denga Malayan People’s Anti-Japanese Army dalam tugas dan
kerjayanya. Komposisi etnik Huk melebihi orang-orang Filipina daripada Cina sedangkan MPAJA adalah lebih
banyak Cina. Untuk Keterangan lanjut, sila lihat Bruce Adellon Hogan. 1951. The Hukbalahap Movement In The
Philippines. United States : University Of Wisconsin Madison. Hlm. 4.
gerila-gerila dan penyokong-penyokong Hukbalahap untuk menentang rejim Jepun. Persamaan

yang dirasai oleh warga Burma dan Filipina adalah sama apabila pemerintah Jepun lebih banyak

menyakitkan hati daripada mengambil hati masyarakat. 44 Kesan kewujudan pemerintah Jepun di
Page | 11
Filipina telah menguatkan perpaduan negara disamping menyatukan masyarakat Filipina dalam

satu entity perjuangan mempertahankan negara. Kumpulan-kumpulan di Filipina telah dapat

mengenepikan perbezaan ideologi dan membentuk satu kumpulan penentang yang besar dan

bersatu menentang Jepun.45

Pihak Hukbalahap juga telah menyokong para petani dan tindakan ini telah

menggerakkan unsur-unsur revolusi sodial di kawasan-kawasan luar bandar yang dikawal oleh

mereka. Dengan itu, mereka dapat mengekalkan kelompok-kelompok penentangan yang kuat

untuk menentang Jepun. Penentangan mereka bukan hanya didorongi oleh penderitaan golongan

petani tetapi juga kerana prinsip-prinsip nasionalisme mereka yang tinggi.46 Menjelang tahun

1944, arus peperangan tercetus kembali apabila pihak Berikat melumpuhkan kuasa tentera laut

Jepun yang menyebabkan penyerahan diri Jeneral Yamashita pada tahun 1945 kepada kuasa

Berikat.47 Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa perkembangan di Filipina semasa

berada bawah pendudukan Jepun adalah semangat nasionalisme dan penyatuan perpaduan

daripada pelbagai kelas yang akhirnya dapat menghalau pihak Jepun daripada Filipina.

44
Willard H. Elsbree. 1953. Japan’s Role In South-East Asia Nationalist Movements : 1940-1945. London : Harvard
University Press. Hlm. 44-55.
45
Gregorio F. Zaide. 1963. The Republic Of The Philippines (History, Government and Civilization). Manila : Rex
Book Store. Hlm. 290-291.
46
Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (ed.). 1985. Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan Dan Timur Asia.
Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD. Hlm. 672
47
Gregorio F. Zaide. 1957. Philippines Political And Cultural History : The Philippines Since The British Invasion.
Manila : Philippine Education Company. Hlm. 359-360.
2.4 VIETNAM

Pada bulan Julai 1941, Jepun telah menduduki Indo-China setelah melepasi satu proses

diplomasi yang panjang.48 Kehidupan sosial di Vietnam sepanjang di bawah pentadbiran Jepun Page | 12

boleh dikatakan tidak seteruk nasib yang dialami oleh negara-negara Asia Tenggara yang lain

seperti Burma, Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun, penduduk Vietnam

juga menghadapi penderitaan akibat daripada sikap paksaan yang dikenakan ke atas petani.

Tentera Jepun telah memaksa petani Vietnam untuk menukarkan sebahagian tanah subur mereka

untuk penanaman jut, rami, kacang dan minyak jarak.49 Arahan tentera Jepun ini telah

menimbulkan masalah kerana kawasan utara dan tengah Vietnam mengalami kekurangan bahan

bijirin. Bagi menguatkan dasar ini, maka tentera Jepun dan Kempeitai (Military Police Corps)

untuk mengawasi kampung-kampung. Pengenalan sistem buruh paksa yang memperlihatkan

kekejaman pihak Jepun ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan pejuang nasionalisme di

Vietnam.50

Pejuang nasionalis di Vietnam memulakan strategi sendiri dengan mengadakan pakatan

dengan parti lain. Atas sokongan daripada Gabenor Jeneral Kwangsi, konvensyen revolusi

Vietnam telah diadakan dengan dihadiri oleh VNQDD, Dai Viet, Phuoc Quoc dan beberapa lagi

perwakilan nasionalis termasuklah Viet Minh.51 Konvensyen ini telah menubuhkan Liga Parti

48
Dasar kerajaan Jepun di antara tahun 1940 hingga 1941 ialah mengelakkan sebarang pertikaian di Indo-China yang
menjadi jalan utama menuju ke Selatan yang mempunyai suber bahan utama yang penting serta beras. Cara yang
paling baik untuk mengekalkan keadaan ini adalah dengan membenarkan Perancis meneruskan pentadbirannya.
Untuk keterangan lanjut, sila lihat Xiaobing Li. 2007. A History Of The Modern Chinese Army. Laxington.
University Press Of Kentucky. Hlm. 207.
49
Guy Faure & Laurent Schwab. 2008. Japan-Vietnam : A Relation Under Influences. United States : NUS Press.
Hlm. 25
50
Milton Osborne. 1979. Southeast Asia : An Introductory History. Australia : Allen & Unwin. Hlm. 144-146.
51
Robert D. Schulzinger. 1997. A Time Of War : The United States And Vietnam 1941-1975. London : Oxford
University Press. Hlm. 394.
Revolusi Vietnam atau Dong Minh Hoi dengan pertolongan daripada Nasionalis China.52 Situasi

ini menggambarkan bahawa kesepaduan dan semangat nasionalisme rakyat Vietnam telah

diperhebatkan lagi dengan kedatangan pihak Jepun. Dalam zaman Jepun, Viet Minh telah
Page | 13
muncul sebagai kuasa dan pejuang nasionalisme serta kebebasan masyarakat Vietnam.53 Mereka

telah merancangkan pemogokan, tunjuk perasaan dan kegiatan-kegiatan subvertif terhadap Jepun

dan kerajaan boneka Tran Trong Kim.54

Ahli-ahli Viet Minh telah mengumpulkan rakyar daripada pelbagai lapisan dan juga

golongan penentang yang lain dalam perjuangan menentang pendudukan Jepun atau fasis

Jepun.55 Keadaan ini juga berlaku di Filipina dan Burma yang telah bersatu padu menentang

Jepun dan sekaligus membina satu perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakatnya. 56

Sebagai menentang Propaganda kebudayaan Jepun, Decoux iaitu Gabenor Jeneral Perancis telah

memperkenalkan pergerakan “Belia dan Sukan” dengan tujuan memberi pendedahan kepada

belia Vietnam agar lebih berdisiplin, mempunyai inisiatif dan berkeyakinan dalam kebolehan

masing-masing.57

Jika dibandingkan di negara-negara rantau Asia Tenggara yang lain, hanya Indo-China

yang merangkumi negara Vietnam, Kemboja dan Laos sahaja yang dijajah oleh Jepun tetapi

52
Ellen Jy Hammer. 1966. The Struggle For Indochina: 1940-1955. Califonia : Stanford University Press. Hlm. 139.
53
Ralph Smith. 2009. Communist Indochina. New York : Routledge. Hlm. 110.
54
Ibid. Hlm. 111.
55
Dang Lao Dong Viet-Nam. 1960. Thirty Years Of Struggle Of The Party. Soviet Union : Foreign Languages Pub.
House. Hlm. 71.
56
Pihak Perancis terpaksa mengalakkan semangat kebangsaan dalam kalangan Peribumi tetapi juga ia tidak
mengabaikan semangat cintakan Perancis. Sejarah Vietnam disanjungi sekurang-kurangnya tentang hal-hal yang
tidak mendapat tentangan daripada orang Perancis yang tinggal di Indo-China. Untuk keterangan lanjut, sila lihat
Philippe Devillers. (Terj. Ruhanas Harun). 1988. Sejarah Indo-China : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad
Ke-20. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 285-286.
57
Gilbert Khoo. 1970. A History Of South-East Asia Since 1500. London : Oxford University Press. Hlm. 152.
Perancis masih menjadi pentadbir di Vietnam.58 Melalui pentadbiran Perancis, usaha dalam

memperkembangkan bidang ekonomi dapat dilihat menerusi pembinaan jalan raya, jambatan dan

bangunan-bangunan.59 Walau bagaimanapun, tindakan Decoux yang bersifat diktator iaitu ingin
Page | 14
menubuhkan negara Vietnam yang bersifat Perancis telah membangkitkan perasaan-perasaan

nasionalis bagi masyarakat Vietnam. Tindakan ‘coup de foudre’ Jepun pada 9 Mac 1945 telah

mencetuskan satu rangkaian peristiwa-peristiwa yang mana membawa kepada pengecualian

orang-orang Perancis daripada kerajaan Indo-China.60

Oleh itu, pihak Jepun telah menggesa Maharaja Bao-dai agar mengisytiharkan

kemerdekaan Vietnam pada 11 Mac 1945. Gerakan Viet Minh enggang mengiktiraf kerajaan

Tran Trong Kim dan meminta maharaja meletak jawatan. Dalam bulan Ogos 1945, gerakan Viet

Minh merupakan pergerakan kebangsaan yang luas dan telah menyatupadukan sebilangan besar

masyarakat Vietnam tidak kira bentuk politik mereka dan disokong oleh semua lapisan

masyarakat.61 Pada 2 September 1945, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemedekaan

Vietnam di Hanoi.62 Secara keseluruhan, Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pendudukan

Jepun di Vietnam telah menonjolkan perpaduan bagi berhadapan dengan kuasa luar iaitu

Perancis dan Jepun.

58
Philippe Devillers. 1988. Sejarah Indo-China : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 287.
59
Ibid. Hlm. 286.
60
David W. David Wee & Hock Koh. (ed.). 2007. Legacies Of World War Two In South And East Asia. Singapura :
Isntitute OfSoutheast Asian Studies. Hlm. 26.
61
Ellen Joy Hammer. 1966. The Struggle For IndoChina : 1940-1955. Califonia : Stanford University Press. Hlm.
102.
62
Bruce Solheim. 2008. Vietnam War Era : A Personal Journey. United States : U Of Nebraska Press. Hlm. 14.
2.5 KEMBOJA

Seperti di Vietnam, pendudukan di kemboja juga dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu

sebelum bulan Mac 1945 dan di antara bulan Mac hingga Oktober 1945.63 Kemboja tidak Page | 15

tertonjol sebarang pergerakan nasionalis jika dibandingkan di Vietnam, Burma, Filipina dan

Indonesia kerana tidak mempunyai satu pendidikan umum yang boleh mewujudkan golongan

cedekiawan bagi membangkitkan semangat kebangsaaan rakyat bagi menentang penjajahan. 64

Namun demikian, para sejarahwan mengakui bahawa pendudukan Jepun telah mempengaruhi

perkembangan nasionalisme Khmer.

Jepun mengetahui bahawa masyarakat Kemboja berpegang kuat kepada agam Buddha.

Dalam tahun 1930 iaitu semasa di bawah pentadbiran Pasquier, sebuah Institusi Pengajian

Agama Buddha ditubuhkan di Phnom Penh.65 Aktivis-aktivis Jepun amat memahami bahawa

agama Buddha yang mengalami perkembangan penting di Kemboja dapat mewujudkan satu

tenaga politik dan ideologi yang penting. Kebebasan sami dan pendidikan yang diterima

menjadikan golongan ini sangat berguna bagi menerangkan kepada rakyat Kemboja terhadap

tujuan dan usaha Jepun untuk membebaskan Asia daripada cengkaman penjajah Barat.66 Bagi

tujuan inilah, maka pihak Jepun telah menghubungi Institut Pengajajian Tinggi Agama Buddha

63
David P. Chandler. 1984. A History Of Cambodia. Boulder : Westview Press. Hlm. 160.
64
Peter Lyon. 1969. War And Peace In South-East Asia. New York : Oxford University Press. Hlm. 79.
65
Institusi ini mempunyai kurikulum pelajaran agama Buddha daripada semua aspek. Untuk mengeluarkan siri
kumpulan sami-guru, beberapa buah sekola dibuka di luar ibu kota dan di Phnom Penh sendiri, muncul sebuah
sekolah latihan. Melalui ‘pembaharuan’ ini, agama Buddha dianggap dapat memberi kesan langsung dan baru ke
atas pelajaran rendah di kemboja.
66
Philippe Devillers. 1988. Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Terj.
Ruhanas Harun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 46-47.
dan Sekolah Tinggi Bahasa Pali. Pada awal tahun 1941, kedua-dua institusi ini adalah tempat

sami menerima pendidikan di peringkat tinggi.67

Namun pada masa yang sama, pihak perancis telah memberikan tempat kepada bendera Page | 16

diraja, hak negara Kemboja serta penghormatan kepada sejarah nasional Kemboja bagi

memahami aspirasi patriotik masyarakat Kemboja.68 Bagi nasionalisme yang baru lahir,

pengibaran bendera adalah sesuatu yang membanggakan. Bagi memuaskan hati masyarakat

Kemboja, satu ordinan diraja telah diperkenalkan pada 1940 yang dipanggil Kram.69 Dewan

Perwakilan Rakyat Kemboja juga ditubuhkan pada 10 Jun 1940 yang mengantikan Majlis

Perhimpunan Peribumi. Usaha Perancis adalah untuk mengelakkan rakyat Kemboja daripada

dipengaruhi oleh sentiment-sentimen nasionalisme dalam menentang pihak kolonial.

Terdapat dua golongan dalam mazhab iaitu konsevertif dan reformis. Institut Pengajian

Agama Buddha yang menjadi pusat pembaharuan dan perubahan telah berusaha bagi

menempatkan penganut-penganutnya di kuil. Achar (Sami Besar) iaitu Hem Chiew telah

berusaha memperkenalkan idea-idea baru ke dalam kedua-dua mazhab ini dan beliau mendapat

sokongan daripada Son Ngoc Thanh iaitu seorang majistret yang telah mengadakan hubungan

baik dengan Jepun.70 Peristiwa penting yang berlaku di Kemboja apabila pihak Perancis telah

mewajibkan penguasaan bahasa Kemboja yang ditulis dengan huruf rumi dan telah

menggantikan penggunaan kalender Buddha dengan kalender Barat. Perubahan yang berlaku ini

67
Sejajar dengan dasar Jepun di Kemboja, pembaharuan dalam agama juga dialami iaitu mazhab Dhammayut yang
diperkenalkan di Kemboja dianuti oleh keluarga diraja dan pembesar-pembesar telah diperbaharui tetapi masih
dianggap sebagai aristokratik iaitu terpisah daripada rakyat yang menganggapnya sebagai sesuatu yang asing.
Mazhab Mohanikai pula merupakan mazhab yang diikuti oleh hampir keseluruhan kuil di Kemboja.
68
Philippe Devillers. 1988. Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Terj.
Ruhanas Harun. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 48.
69
Marie A. Martin. 1994. Cambodia : A Shattered Society. Califonia : University OF Califonia Press. Hlm.9.
70
Melalui “Association Des Amir Du Buddhisme” iaitu Persatuan Rakan-Rakan Agama Buddha telah menggiatkan
usaha mereka dalam kalangan mazhab Dhammayut dan Mohanikai yang belum menerima perubahan.
telah ditentang oleh orang Buddha.71 Kejadian tunjuk perasaan yang melibatkan berbagai

kumpulan seperti kumpulan rahib dan juga nasionalis seperti Son Hgoc Thanh. Hal ini

menunjukkan bahawa sifat nasionalisme dan penyatuan pelbagai kumpulan mencerminkan


Page | 17
kesedaran terhadap pembelaan hak-hak masyarakat Kemboja telah tercetus sepertu yang berlaku

di negara-negara rantau Asia Tenggara. Namun demikian, idea propaganda Jepun iaitu “anti-

Perancis” tidak berjaya setelah Hem Chieu telah ditangkap oleh pihak Perancis.72 Bermula dari

itu, penguasaan polis yang ketat dan rapi telah memberhentikan sebarang arus perkembangan

nasionalisme Khmer.

Selepas bulan Mac 1945, Kemboja telah diberi kemerdekaan sehinggalah bulan Oktober

1945.73 Pemberian kemerdekaan ini berbeza daripada negara lain iaitu Burma, Indonesia dan

juga Flipina yang terus diberikan kemerdekaan oleh pihak Jepun.74 Sebagai seorang raja yang

merdeka, Sihanouk telah memansuhkan Perjanjian Protektoret 1868, undang-undang berkaitan

dnegan pengenalan abjad dan takwim Barat serta menukarkan nama Kemboja kepada

Kampuchea serta membenarkan nasionalis Khmer menubuhkan sebuah kabinet.75 Kabinet

Kampuchea yang diketuai oleh Son Ngoc Thant telah memperkenalkan beberapa rancangan iaitu

mempertahankan dan mengembangkan Buddhisme, mempertahankan raja dasn keluarga diraja,

menyatukan rakyat Khmer, mengukuhkan kemerdekaan dan memperbaiki pendidikan di

71
David P. Chandler. 1984. A History Of Cambodia. Boulder : Westview Press. Hlm. 165.
72
Ben Kiernan. 1987. How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975. New
York : Schocken Book. Hlm. 43-47.
73
David P. Chandler. 1984. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: Japanese-Sponsored Independence
In Cambodia In World War II”. JSEAS. Jil. 17. Bil. 1. Hlm. 80-93.
74
Walau bagaimana, kemerdekaan ini hanya bersifat simbolik sahaja kerana Kemboja masih merupakan wilayah
penting tentera Jepun di Indo-China. Untuk keterangan lanjut, sila lihat, Ben Kiernan. 1987. How Pol Pot Come To
Powe : A History Of Communism In Kampuchea 1930-1975. New York : Schocken Book. Hlm. 47.
75
Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.
191.
Kemboja.76 Pada 15 Oktober, Son Ngoc Thanh telah ditangkap dan implikasi terhadap

penangkapan beliau membawa kepada penamatan kemerdekaan Kemboja dan diletakkan semula

di bawah Perjanjian Protektoret.77 Zaman kemerdekaan yang singkat telah memberikan kesan
Page | 18
penting terhadap nasionalisme Khmer berikutnya.78 Secara keseluruhannya, bagi rakyat khmer,

zaman sebelum 1945 telah membuka mata mereka kepada dunia luar serta peristiwa-peristiwa

yang berlaku di sekeliling mereka. Walaupun di Kemboja tidak mempunyai gerakan

nasionalisme yang hebat seperti di Vietnam, Burma, Filipina dan Indonesia tetapi peristiwa

perubahan politik telah membangkitkan perpaduan masyatakat Kemboja untuk mempertahankan

agama Buddha dan identiti mereka.

3.0 PENUTUP

Pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap politik, ekonomi dan sosial di

rantau Asia Tenggara. Akhir tahun 1945 memperlihatkan Asia Tenggara sebagai sebuah rantau

yang amat dinamik dari segi sosio-politik yang tidak pernah dialami sepanjang zaman kolonial

Barat. Selepas Jepun dikalahkan oleh kuasa Berikat, masyarakat Asia Tenggara terbahagi kepada

dua iaitu kumpulan tanah jajahan yang mengalu-alukan kepulangan rejim kolonial seperti

Filipina dan kumpulan tanah jajahan yang menolak kepulangan rejim kolonial. Secara

keseluruhannya, keadaan sosio-politik sejak tamanya Perang Dunia Kedua, Asia Tenggara telah

dipandu oleh gerakan nasionalisme yang merupakan ‘intelligentsia’ generasi baru.

76
David P. Chandler. 1984. “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: Japanese-Sponsored Independence
In Cambodia In World War II”. JSEAS. Jil. 17. Bil. 1. Hlm. 88.
77
Ibid. Hlm. 89-90.
78
Pemimpin-pemimpin nasionalis yang masih di bawah 25 tahun seperti Pol Pot, Khieu Samphan dan Hou Youn
berpeluang mengambil bahagian dalam perarakan nasionalisme dan juga mengambil bahagian dalam pasukan
tentera yang ditubuhkan ole h Jepun. Malah, bakal-bakal pemimpin ini melihat sendiri bahaimana Perancis hilang
buat seketika waktu daripada lembaran sejarah Khmer. Sementara itu, pemimpin-pemimpin yang lebih tua seperti
Lon Nol telah mula melibatkan diri dalam politik yang selama ini diharamkan oleh Perancis. Untuk keterangan
lanjut, sila lihat Abu Talib Ahmad. 1989. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Hlm. 192.
BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad. (2000).Sejarah Myanmar. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abu Talib Ahmad.( 1989). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Page | 19
Dan Pustaka.

Agoncillo A. Teodora. (1969). A Short History Of The Philippines. United States : New Amercan
Library.

Cady J.F. (1965). A History Of Modern Burma. United States : Cornell University Press.

Callahan P. Mary. (2003). Making Enemies : War And State Building In Burma. United States :
Cornell University Press.

Chandler P. David. (1984). “The Kingdom Of Kampuchea March-October 1945: Japanese-


Sponsored Independence In Cambodia In World War II”. JSEAS. Jil. 17. Bil. 1.

Chandler P. David. (1984). A History Of Cambodia. Boulder : Westview Press.

Charney W. Michael. (2009). A History Of Modern Burma. United Kingdom : Cambridge


University Press.

Dang Lao Dong Viet-Nam. (1960). Thirty Years Of Struggle Of The Party. Soviet Union :
Foreign Languages Pub. House.

Devillers Philippe. (Terj. Ruhanas Harun). (1988). Sejarah Indo-China: Perkembangan


Sosiopolitik Hingga Abad Ke-20. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm.
285-286.

Drake B.K. (1979). Burma : Pergerakan-Pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Petaling


Jaya : Longman.

Elsbree H. Willard. (1953). Japan’s Role In South-East Asia Nationalist Movements : 1940-
1945. London : Harvard University Press. .

Faure Guy & Schwab Laurent. (2008). Japan-Vietnam : A Relation Under Influences. United
States : NUS Press.

Foronda A. Marcelino. (1995). Cultural Life In The Philippines During The Japanese
Occupation 1942-1945. Manila : National Commission For Culture And The Arts.

Garcia Mauro (ed.). (1965). Documents On The Japanese Occupation Of The Philippines.
Manila : Persatuan Sejarah Filipina.
Guillermo R. Artemio. (2012). Gistorical Dictionary Of The Philippines. United States :
Scarecrow Press.

Hammer Joy Ellen. (1966). The Struggle For IndoChina : 1940-1955. Califonia : Stanford
University Press.
Page | 20
Hogan Adellon Bruce. (1951). The Hukbalahap Movement In The Philippines. United States :
University Of Wisconsin Madison.

Jang Hoi Sik. (2007). Japanese Imperial Ideology, Shifting War Aims And Domestic Propaganda
During The Pacific War Of 1941-1945. London : ProQuest.

Jessy Singh Joginder. (1986). Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Penerbitan
Darulaman. Hlm. 389.

K’tut Tantri. (2006). Revolt In Paradise. Jakarta : Gramedia Pustaka Utama.

Kahin McTurman George. (1952). Nationalism And Revolution In Indonesia. New York : SEAP
Publications. Hlm.

Khoo Gilbert & Lo Dorothy. (ed.). (1985). Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan
Dan Timur Asia. Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books (ASIA) LTD.

Khoo Gilbert. (1970). A History Of South-East Asia Since 1500. London : Oxford University
Press.

Kiernan Ben. (1987). How Pol Pot Come To Powe : A History Of Communism In Kampuchea
1930-1975. New York : Schocken Book.

Lyon Peter. (1969). War And Peace In South-East Asia. New York : Oxford University Press.

Martin A. Marie. (1994). Cambodia : A Shattered Society. Califonia : University OF Califonia


Press.

McCoy Alfred. (1970). “French Colonialism In Loas 1893-1945”. Dalam Nina S.Adams &
McCoy (ed.). Laos : War And Revolution . New York:Harper Colophon Books.

Moh. Sidky Daeng Materu. (1970). Sedjarah Pergerakan Nasional Bangsa Indonesia. Michigan
: The University Of Michigan.

Mohamad Kamal Kamaruddin. (2009). Sejarah Eropah. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Morrison Ian. (1947). Grandfather Longlegs: The Life and Gallant Death of Major H. P.
Seagrim. London : Faber & Faber.

Osborne. Milton (1979). Southeast Asia : An Introductory History. Australia : Allen & Unwin.
Pmeroy J. William. (1992). The Philippines Colonialism, Collaboration And Resistance. Sydney
: International Publishers Co.

R.Suntharalingam dan Abdul Rahman Hj. Ismail (ed.).(1985). Nasionalisme : Satu Tinjauan
Sejarah. Petaling Jaya : Fajar Bakti.
Page | 21
Ricklefs Calvin Merle. (2001). A History Of Modern Indonesia Since C. 1200. United States :
Stanford University Press.

Rottman L. Gordon. ( 2002). World War Two Pacific Island Guide. Unted States : Greenwood
Publishing Group.

Schulzinger D. Robert. (1997). A Time Of War : The United States And Vietnam 1941-1975.
London : Oxford University Press.

Seagrave Sterling & Seagrave Peggy. (2003). Gold Warriors : America’s Secret Recovery Of
Yamashita’s Gold. New York : Verso.

Seekins. (2007). Burma And Japan Since 1940 : From Coprosperity To Quite Dialogue.
Copenhagen : NIAS Press.

Setsuho Ikehata & Ricardo Trota Jose. (1999). The Philippines Under Japan : Occupation Policy
And Reaction. Manila : Ateneo De Manila University Press. Hlm

Shigeru Sato.(2004). “Indonesia 1937-1942 : Prelude To Japanese Occupation”. Research


Indonesia.

Smith Ralph. (2009). Communist Indochina. New York : Routledge.

Solheim Bruce. (2008). Vietnam War Era : A Personal Journey. United States : U Of Nebraska
Press.

South Ashley. (2003). Mon Nationalism And Civil War In Burma. USA : Taylor & Francis
Group.

Sutan Sjahrir. (1949). Out Of Exile. New York : The John Day Company.

Thakin Nu. (1954). Burma Under The Japanese. Macmillan : Pictures & Portraits.

Tucker Shelby. (2001). Burma : Curse Of Independence. United States : Pluto Press.

Vickers Adrian. (2005). A History Of Modern Indonesia. Cambridge : Cambridge University


Press.

Wee David & Hock Koh. (ed.). (2007). Legacies Of World War Two In South And East Asia.
Singapura : Isntitute OfSoutheast Asian Studies.
Wertheim Frederik Willem. (1980). Indonesian Society In Transition : A Study Of Social
Change. United States : Greenwood Publishing.

Xiaobing Li. (2007). A History Of The Modern Chinese Army. Laxington. University Press Of
Kentucky.
Page | 22
Zaide .F Gregorio. (1957). Philippines Political And Cultural History : The Philippines Since
The British Invasion. Manila : Philippine Education Company.

Zaide F. Gregorio. (1963). The Republic Of The Philippines (History, Government and
Civilization). Manila : Rex Book Store..

You might also like