You are on page 1of 2

Matlamat 10: Ketidakseimbangan yang dikurangkan Ketidaksamaan pendapatan semakin

meningkat - 10 peratus terkaya mempunyai 40 peratus pendapatan global manakala 10


peratus termiskin mendapat hanya antara 2 hingga 7 peratus. Jika kita mengambil kira
ketidaksamaan pertumbuhan penduduk di negara-negara membangun, ketidaksamaan
telah meningkat sebanyak 11 peratus. Ketidakseimbangan pendapatan meningkat hampir
di mana-mana dalam beberapa dekad kebelakangan ini, tetapi pada kelajuan yang berbeza.
Ia paling rendah di Eropah dan paling tinggi di Timur Tengah. Kesenjangan yang meluas
ini memerlukan dasar yang baik untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah,
dan mempromosikan kemasukan ekonomi semua tanpa mengira jenis kelamin, kaum atau
etnik. Ketidaksamaan pendapatan memerlukan penyelesaian global. Ini melibatkan
peningkatan peraturan dan pemantauan pasaran dan institusi kewangan, menggalakkan
bantuan pembangunan dan pelaburan langsung asing ke kawasan-kawasan yang
memerlukannya. Memudahkan penghijrahan dan mobiliti orang yang selamat juga
penting untuk merapatkan jurang yang semakin luas.

Peluang-peluang pendidikan dan latihan agak terhad. Pelajar luar bandar biasanya sukar
mendapat peluang kedua untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi sekiranya
percubaan kali pertama gagal. Hal ini disebabkan kawasan luar bandar tidak banyak kolej swasta
yang menyediakan kemudahan tersebut.

Dari segi ekonomi, ketidaksamaan antara wilayah menunjukkan kewujudan perbezaan dalam
pendapatan yang berkapita, jenis kerja, kemahiran pekerja, sektor ekonomi, produktiviti,
pelaburan dan lain-lain petunjuk serta kualiti hidup penduduk. Secara amnya, di Wilayah Pusat,
sektor-sektor ekonomi moden, perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan telah
menghasilkan pendapatan serta pengumpulan kekayaan yang lebih tinggi daripada
penduduknya. Keadaan ini dapat dibezakan dengan penduduk wilayah-wilayah Pinggir yang
kebanyakannya bergantung kepada sektor ekonomi tradisional seperti pertanian ang rendah
pengeluaran dan hasil pendapatannya. Pembentukan wilayah ini diakibatkan oleh
perkembangan sistem ekonomi kapitalis di seluruh pelosok dunia. Menurut Frank dan
Wallerstein, wilayah yang mundur atau kurang maju berfungsi sebagai wilayah pinggir dengan
menawarkan bahan-bahan mentah, tenaga buruh dan menjadi pasaran kepada barangan
keluaran industri dalam proses pembangunan Wilayah Pusat. Walaupun mereka saling
memerlukan diantara satu sama lain namun hubungan antara wilayah pusat dan pinggir
merupakan hubungan-hubungan ketidakseimbangan, dominasi dan eksploitasi ekonomi. Frank
dan Wallerstein tegaskan bahawa kewujudan ketidaksamaan antara penduduk wilayah-wilayah
yang berbeza ini terjadi dalam satu proses pembangunan-kemunduran yang sama diakibatkan
oleh ekonomi kapitalis

Ketaksamaan yang saya dapat lihat di Malaysia ini ialah dari aspek ekonomi iaitu
ketidakseimbangan

Ketaksamaan yang berlaku di Malaysia ialah dari segi ekonomi. Ketaksamaan antara bandar
dan luar bandar telah menunjukkan perbezaan dalam pendapatan per kapita, jenis pekerjaan
dan kualiti hidup penduduk. Secara amnya, penduduk di bandar biasanya terlibat dalam sektor
ekonomi moden, perkhidmatan, perindustrian dan perdagangan yang boleh menjana
pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk luar bandar. Penduduk di bandar
yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi boleh meningkatkan kualiti hidupnya.
Manakala penduduk di luar bandar berkait rapat dengan sektor pertanian dan mengalami
banyak masalah seperti saiz tanah yang tidak menguntungkan, penyakit tanaman dan
kekurangan teknologi. Akhirnya, penduduk di luar bandar berpendapatan per kapita adalah
rendah dan kualiti kehidupan juga rendah. Oleh itu, kebanyakan penduduk luar bandar hidup
dalam keadaan yang miskin.

Ekonomi desa berkait rapat dengan sektor pertanian yang rendah daya pengeluarannya
dan mengalami banyak masalah seperti dari segi saiz tanah yang tidak menguntungkan,
eksploitasi oleh pemonopoli, kekurangan modal dan kredit, pengaruh iklim dan musim,
penyakit tanaman, serangga perosak, kaedah pertanian tradisional dan bertambahnya
tanah-tanah terbiar.

You might also like