You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU PERDANA

JALAN DESA BAKTI 2, TAMAN DESA


58100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL


BIL PERTAMA / 2019

Tarikh : 18 FEBRUARI 2019


Hari : ISNIN
Masa : 1.50 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Aula Perdana
Pengerusi : EN. SOPIAN BIN HJ MOKHTAR
Kehadiran : 6/6
1. EN. SOPIAN BIN MOKHTAR (Guru Besar)
2. PN. MARINE ANGILIN JOHN
3. PN.SITI NORHAIDAH BINTI AB. AZIZ
4. PN. SIA YIK LING
5. PN. NAZURAH BINTI MOHD DARUS
6. SHANTHINIE RAMALINGAM (Setiausaha)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 En. Sopian bin Hj. Mokhtar (guru besar) mengalu-alukan kedatangan para guru ke mesyuarat
Panitia Moral kali pertama bagi tahun 2019. Beliau meminta semua guru P.Moral untuk
memberikan kerjasama dalam semua program yang bakal diadakan pada tahun ini.

1.2 Beliau mengharapkan perbincangan kali ini bertumpu kepada perancangan peningkatan
akademik Pendidikan Moral.
Untuk makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Bil 2 / 2018 dicadangkan dan pengesahan dibuat oleh Pn. Marine dan
disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
Untuk makluman

1
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Merujuk kepada Perkara 4.2 (Minit Mesyuarat P.Moral Bil 2) guru besar meminta agar menilai
murid berdasarkan aktiviti dan kelakuan murid sepanjang waktu mereka berada di sekolah dan
memberikan tahap penguasaan berdasarkan pemerhatian tersebut.
Untuk makluman

4.0 PERANCANGAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL

4.1 AJK Panitia


4.1.1 Pn. Shanthinie Ramalingam selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral 2019 nama guru-
guru P.Moral bagi sesi 2019.

Tahun 1 : Pn. Marine Angilin John


Tahun 2 : Pn. Shanthinie Ramalingam
Tahun 3 : Pn. Nazurah binti Mohd. Darus
Tahun 4 : Pn. Siti Norhaidah binti Ab. Aziz
Tahun 5 : En.Sopian bin Hj. Mokhtar
Tahun 6 : Pn. Sia Yik Ling
Untuk makluman
4.2 Cadangan Aktiviti Panitia Pendidikan Moral 2019
4.2.1 Pn. Shanthinie Ramalingam membacakan cadangan aktiviti panitia bagi 2019.
i. Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral
Tarikh : Februari, awal Jun dan November
Objektif : Merancang akitiviti tahunan untuk panitia; berbincang tentang masalah PdPc,
post mortem PKSR 1 dan 2 (Tahun 4,5 dan 6) serta cara meningkatkan penghayatan
nilai-nilai murni di samping mengaplikasinya dalam kehidupan seharian.
Sasaran : Guru Pendidikan Moral

ii. Bulan Pusat Sumber


Tarikh : Bulan Julai
Objektif : Mengambil bahagian dalam aktiviti bulan PSS.
Sasaran : Murid tahun 1-6

2
iii. Sambutan Kemerdekaan (Membuat kolam bertemakan patriotik)
Tarikh : Bulan Ogos
Objektif : Menyemarakkan semangat patriotik.
Sasaran : Murid tahun 1-6

iv. Program tayangan VCD


Tarikh : Bulan Januari – Oktober
Objektif : Meningkatkan pengetahuan tentang nilai murni
Sasaran : Murid tahun 1-6

v. Folio
Tarikh: Bulan Oktober
Objektif : Menghargai nilai-nilai murni.
Sasaran : Tahun 3-6

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru-guru Pendidikan Moral diminta untuk melengkapkan dan menghantar borang
maklumat guru, sukatan pelajaran, RPT dalam bentuk softcopy (keputusan dibuat selepas
mendapat kebenaran daripada guru besar) sebelum atau pada 10 Mac 2019.
Tindakan: Guru P.Moral

5.2 Guru –guru perlu menggubal soalan bersama-sama JSU. Hanya ada dua peperiksaan iaitu
PKSR1 dan PKSR2 bagi tahap 2. Berikut adalah penggubal soalan bagi PKSR 1 dan 2:

Tahun 4 : Pn. Siti Norhaidah binti Ab. Aziz


Tahun 5 : En. Sopian bin Hj. Mokhtar
Tahun 6 : Pn. Sia Yik Ling

Tindakan: Guru mata pelajaran

5.3 Penyemakan buku latihan turut akan dilakukan oleh ketua panitia sebanyak dua kali
dalam setahun. Tarikh-tarikh tersebut adalah seperti berikut:-
3
Bil Tahap Tarikh
1. Tahap 1 & 2 13-17 Mei 2019
2. Tahap 1 & 2 15-18 Oktober 2019

Untuk makluman

5.4 Ketua panitia akan melakukan pencerapan sebanyak 2 kali bagi seseorang guru.

Bil Tahap Tarikh


1. Guru-guru Tahap 1 (Kali pertama) Mac 2019
2. Guru-guru Tahap 2 (Kali pertama) April 2019
3. Guru-guru Tahap 1 (Kali kedua) Julai 2019
4. Guru-guru Tahap 2 (Kali kedua) Ogos 2019

Untuk makluman
5.5 Borang penyemakan hasil kerja murid oleh guru turut harus diserahkan kepada ketua
panitia bagi didokumentasikan.
Tindakan: Guru mata pelajaran

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:31 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………. ……………………
(Shanthinie Ramalingam)
Ketua Panitia P.Moral
SKDP

Tarikh Disediakan: 21Februari 2019

You might also like