You are on page 1of 7

SPSK PK 07/3

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri


48000 Rawang, Selangor

Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 1 Tahun 2018

Tarikh : 12 Januari 2018


Hari : Jumaat
Masa : 12.30-2.30 Petang
Tempat : Bilik Warisan Puteri
HADIR

1. Pn. Fatimah binti Md. Yusop Penolong Kanan


2 Pn. Hasana bt Hosaimi GKMP Sains dan Matematik
3 Pn. Siti Nor Aishah Bt. Sanusi Ketua Panitia Sains
4 Pn. Marina bt Mohamed Sallehuddin Ketua Panitia Biologi
5 Pn. Norfaizah bt Ahmad Fuad Ketua Panitia Kimia
6 Pn. Mahani bt Awang Ketua Panitia Fizik
7 Pn Azliza bt Abd Rahman Penyelaras Tingkatan 4
8 Pn.Norizah bt. Ahmad Setiausaha PBS
9 Pn. Siti Noordiyana bt Mohd Khodari Penyelaras PSS
10 Pn. Haryati bt Abdul Rahim Penyelaras SPM
11. Pn.Normi Rosidar bt. Abdul Hadi
12 Pn Noor Diana bt Yaacop
13 Pn. Nor Hidayah bt.Sarani
14. Pn. Khairiah bt Ariffin
15 Pn. Mazlina bt Ahmad
16 Pn. Noor Diana bt Zainuddin
17. Pn.Siti Nurliyana bt.Sulaiman
18 Pn.Noor Hasyida bt Abdul Razak
19 Pn.Huzana Abdul Razak
20 Pn.Athiletchumi A/P Subramaniam

TIDAK HADIR BERSEBAB


1 Pn. Roslina bt Abdullah Mesyuarat Panitia ASK
2. Pn.Nurul Saiyyidah bt.Sarkawi Cuti Bersalin

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi Pn.Hasana Hosaimi selaku GKMP Sains Matematik memulakan mesyuarat
dengan bacaan Ummul Kitab

1.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri Mesyuarat Panitia Sains Bil
1/2018 ini. Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru atas
kerjasama yang diberi sepanjang tahun 2017. Ucapan selamat datang dan selamat bertugas
kepada guru-guru baharu.

2.0 MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


Minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn Nor Faizah Ahmad Fuad dan disokong
sebulat suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pembentukan AJK Panitia Matapelajaran

4.1.1 Agihan Tugas Jawatankuasa

Ketua Panitia membentangkan ahli jawatankuasa Panitia Sains untuk sesi 2018

Pengerusi : Puan Norzida Ab Muin

Naib Pengerusi : Pn.Hasana Bt.Hosaimi

Ketua Panitia : Pn.Siti Nor Aishah Sanusi

Pen.Ketua Panitia : Pn.Nor Diana Bt. Yaacob

Setiausaha : Pn.Normi Rosidar Abd Hadi

Ahli Jawatan Kuasa :


Penyelaras Tingkatan 1 :Pn.Khairiah Arifin

Penyelaras Tingkatan 2 : Pn.Nor Diana Yaacob

Penyelaras Tingkatan 3 :Pn.Huzana Abd Razak

Penyelaars Tingkatan 4 :PnAzliza Abd.Rahman

Penyelaras Tingkatan 5 : Pn.Norizah Ahmad

Semua ahli mesyuarat diminta merujuk bahan edaran yang telah disediakan dan
maklum berkaitan dengan perlantikan Setiausaha Panitia serta penyelaras bagi setiap
tingkatan Setiap penyelaras tingkatan diminta merujuk kepada tugasan yang telah
ditetapkan.

4.1.2 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran


Semua guru hendaklah memastikan yang Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
yang digunakan adalah yang terkini. Bagi menengah rendah pula hendaklah
memastikan yang Sukatan Pelajaraan adalah mengikut KSSM.
Tindakan : Untuk Makluman

4.1.3 Format Rancangan Tahunan dan Harian

Guru-guru boleh merujuk jadual penyedia RPT mengikut tingkatan seperti dalam
bahan edaran. RPT Tingkatan 1 hingga 5 yang disediakan hendaklah diletakkan
penggunaan Modul Hebat dalam BBM.

Bagi RPH pula hendaklah mengikut format RPH dan perlu mengandungi elemen
EMK,KBAT,PAK 21 dan I Think.Guru-guru boleh merujuk format terkini
sebagaimana contoh dalam Fail Pengurusan.
Tindakan : Semua guru Sains
4.1.2 Biodata Guru dan Jadual Waktu

Semua guru dikehendaki melengkapkan borang biodata guru dan juga jadual waktu
terkini untuk difailkan.
Tindakan : Untuk makluman

4.2 Ketetapan Pengurusan Panitia Matapelajaran

Ketua Panitia memaklumkan tentang beberapa ketetapan Pengurusan Panitia yang


seharusnya diketahui oleh ahli. Antaranya adalah :
4.2.1 Pengurusan Kewangan

 Bagi Panitia Sains duit PCG akan diagihkan untuk kegunaan semua murid tingkatan
1 hingga 5.
 Ketua Panitia memaklumkan yang Pengagihan ABM PCG Mata Pelajaran adalah
mengikut ketetapan berikut;
- 30 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk pembelian
inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran
- 20 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk pembelian
buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian
untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.Pembelian buku latihan juga adalah
dibenarkan.
- 20 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk
penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk
tujuan pembelajaran dan pengajaran.
- 20 % daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk program
berunsurkan pendidikan yang memberi pengukuhan kepada proses pembelajaran
dan pengajaran semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
- 10% daripada keseluruhan peruntukan kewangan digunakan untuk pembelian
harta modal dengan mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah.
Semua guru boleh mencadangkan aktiviti yang hendak dijalankan dan pembelian
ABM serta BBM.Sebarang aktiviti dan pembelian hendaklah disertakan dengan
Kertas Cadangan dan resit .

Tindakan: Untuk Makluman


4.2.2 Pengurusan Pentaksiran Peperiksaan
 Pentaksiran peringkat sekolah akan dijalankan sebanyak 3 kali iaitu Ujian 1,
/Penilaian Kurikulum 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun/Penilaian Kurikulum 2 dan
Peperiksaan Akhir Tahun/Penilaian Kurikulum 3 bagi Tingkatan 1,2 dan 4 dan
Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM bagi Tingkatan 3 dan 5.
 Semua guru penggubal soalan hendaklah memastikan Jadual Penggubalan soalan
diikuti.
Setiap kertas soalan yang digubal mestilah disemak, disahkan dan diluluskan oleh PK
atau Penolong Kanan.Guru-guru diminta menyemak jadual penggubal soalan yang
telah dibuat dalam bahan edaran.(Rujuk bahan edaran)
 Setiap guru matapelajaran dikehendaki mendapatkan TOV dan ETR murid yang
diajar melalui Ketua Panitia seterusnya melengkapkannya dalam SAPS kelas yang
diajar.
Tindakan :Untuk Makluman

4.2.3 Latihan dan Tugasan


 Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan
mestilah dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru mata
pelajaran.
 Jumlah latihan minimum bagi mata pelajaran Sains menengah atas adalah :

-Soalan Topikal Objektif diakhir setiap tajuk -Minima 10 soalan


- Soalan Topikal Struktur diakhir setiap tajuk – Minima 2 soalan
- Soalan Topikal Esei diakhir setiap tajuk - Minima 1 soalan
 Bagi Sains menengah rendah pula telah menetapkan jumlah latihan minimum iaitu
sebanyak 2 soalan struktur diakhir setiap tajuk.
 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi
pada nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

 Pada tahun 2018 semakan buku latihan murid akan diperkasakan. Guru-guru diminta
mengambil borang semakan buku di bilik ketua bidang . Borang ini perlu diisi dan
dihantar semasa semakan buku .
Tindakan :Untuk Makluman

4.2.4 Pengurusan Sumber Pendidikan


 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan
konsep-konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam
topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar .
 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN
BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.
 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains
selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini
mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk
merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar
menjalankan kajian atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk
melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat
memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk
penulisan .
 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas
ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP dalam bilik darjah .
Guru mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan
disemak oleh guru mata pelajaran mengikut skedule yang telah ditetapkan .
Tindakan :Untuk Makluman

4.3 Perkembangan prestasi murid dalam (Tahun 2018)


4.3.1 Pentaksiran Formatif
Program Headcount dan GROW yang telah dibuat pada tahun 2017 akan diteruskan
pada tahun 2018 dengan penambahbaikan. Semua guru diminta membuat analisis
Peperiksaan Akhir Tahun/ tingkatan 4 tahun 2017 (sebagai TOV) murid dan perlu
membentangkan hasil dapatan mereka dalam Dialog Prestasi Peperiksaan Akhir
Tahun yang akan datang.

Tindakan :Semua guru

4.3.2 Pentaksiran Sumatif


Akan dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun iaitu pada Bulan Mac iaitu Penilaian
Kurikulum 1, Bulan Mei Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Oktober Peperiksaan
Akhir Tahun
Tindakan :Untuk Makluman
4.3.3 Analisis Item
Semua guru dikehendaki mengisi borang analisis item setiap kali Pentaksiran Sumatif
dijalankan. Ini bagi memastikan pengesanan dapat dibuat terhadap kelemahan pelajar
dalam sesuatu topik yang dinilai.
Tindakan :Untuk Makluman

4.3.4 PT3
Ucapan tahniah kepada semua guru yang mengajar PT3 tahun 2017 atas peningkatan
dari segi peratus dan juga Gred purata bagi matapelajaran Sains
Tindakan :Untuk Makluman

4.3.5 UnjuranSPM
Unjuran SPM akan diberi oleh SU Kurikulum dan setelah itu barulah Ketua Panitia
akan membuat taburan bagi setiap kelas dan diedarkan kepada guru mata pelajaran .
Tindakan :Untuk Makluman

4.3.6 Post Mortem


Semua penyelaras tingkatan hendaklah bersedia untuk membuat Post Mortem bagi
tingkatan masing-masing sebaik sahaja habis peperiksaan sumatif
dijalankan.Penyelaras hendaklah berbincang dengan guru matapelajaran tingkatan
masing-masing untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar.Setelah itu Ketua
Panitia akan membuat rumusan dan membentangkan dalam Dialog Prestasi Panitia.
Tindakan :KP dan Penyelaras Ting

4.3.7 Program Intervensi Panitia


Antara Program Intervensi terdekat yang akan dijalankan adalah Ujian Diagnostik
Tingkatan 5.Setelah keputusan ujian Diagnostik keluar ,Kleas Intervensi akan didakan
terutama kepada pelajar yang dikesan amat lemah dan perlu diberi pengukuhan.
Tindakan :Untuk Makluman

4.4 Program Peningkatan Kualiti Guru

Bagi Panitia Sains antara beberapa program yang telah dirancang untuk
mempertingkatkan lagi PdPC guru adalah :
-Penandaan Kertas
-Peer Coaching
-Kajian Tindakan

4.5 Pemantauan Program yang dijalankan untuk guru dan murid

Sebarang program yang diikuti oleh guru samada diluar atau dalaman hendaklah dibuat
laporan . Bagi kursus atau mesyuarat yang diadakan diluar, guru-guru hendaklah
memastikan mengisi Minit Curai sebaik sahaja kembali ke sekolah. Program – program
panitia yang dijalankan di sekolah juga hendaklah didokumentasikan dan dihantar satu
Salinan kepada SU Kurikulum dan simpanan fail panitia.
Tindakan: Semua guru terlibat

4.6 Pemantauan Program Berasaskan Sekolah (PBS dan PBD)

Pelaksanaan PEKA bagi pelajar menengah atas masih lagi diteruskan bagi murid
tingkatan 4 dan tingkatan 5.Semua pelajar diwajibkan mempunyai 3 Eviden
sekurang-kurangnya untuk dinilai.
Tindakan :Guru Ting 4 dan 5

5.0 Hal-hal lain

5.1 SMKBTP pada tahun ini telah terpilih untuk menjalani Program PISA selain
SMK Sg.Pusu bagi Daerah Gombak. Justeru itu guru-guru Tingkatan 4 diminta untuk
menggunakan Modul HEBAT dalam PdPC masing-masing mulai minggu hadapan.
Taklimat berkaitan PISA akan diberi dari masa ke semasa.
Tindakan :Guru Ting 4 dan 5

5.2 Guru-guru diminta mengisi borang MMI sekiranya keluar bertugas secara rasmi
.Ini bagi memastikan yang PdPC tetap berjalan walaupun ketika ketiadaan guru.
Tindakan :Untuk makluman

5.3 Semua guru diminta menghantar satu salinan jadual waktu masing-masing kepada
pembantu makmal bagi memudahkan pembantu makmal menyusun jadual
penggunaan makmal.
Tindakan :Semua guru
5.4 GKMP memaklumkan bahawa SMK Bandar Tasik Puteri telah terpilih untuk
terlibat sebagai Tuan Rumah Karnival Sains dan Teknologi Daerah Gombak.Justeru
itu beberapa orang guru Sains akan terlibat untuk mengendalikan program berkenaan.
Tindakan :Makluman

6.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

URUSETIA

Panitia Sains

No Keluaran Tarikh Keluaran No Pindaan Tarikh Pindaan

02 01 November 2011 00

You might also like