You are on page 1of 3

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

MISSION IMMERSIBLE eDOLA2019

DEFINISI PENGALAMAN PEMBELAJARAN IMERSIF

Suasana pembelajaran bermakna yang mana pelajar terlibat secara aktif dan menghayati
kandungan yang dipelajari sama ada dalam konteks simulasi ataupun keadaan sebenar.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Pertandingan ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi
amalan terbaik pengalaman pembelajaran secara imersif.

Kategori Mission Immersible ini bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan/aplikasi imersif
maya yang berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran imersif yang memberi impak
mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian pembelajaran pelajar.

Kategori Mission Immersible ini terbahagi kepada 2 sub- kategori:

1. Augmented Reality
2. Video 360

KRITERIA PENILAIAN
Semua penyertaan dalam bentuk projek/inisiatif pemikiran dan rekabentuk semula
pendidikan tinggi akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut untuk ketiga-tiga sub-
kategori:
i. Rasional;
ii. Pendekatan;
iii. Keterlibatan pelajar; dan
iv. Impak ke atas pembelajaran pelajar
Apakah motivasi & isu/permasalahan
Rasional (10%) utama yang menggerakkan pemikiran
dan reka bentuk semula?

Apakah pendekatan/pemikiran dan reka


Pendekatan (30%)
bentuk semula yang digunakan?

Bagaimana pelajar terlibat dalam


Keterlibatan Pelajar (30%)
pengalaman pembelajaran bermakna?

Apakah impak utama ke atas


Impak ke atas Pembelajaran Pelajar (30%) pengalaman pembelajaran dan
pencapaian pembelajaran pelajar?
PERATURAN & SYARAT

Sub Kategori 1: Augmented Reality

Pertandingan ini diadakan untuk memperkenalkan dan mempromosikan kaedah pengajaran


dan pembelajaran yang terkini kepada warga pendidik politeknik dan kolej komuniti dalam
membawa masuk peranan Augmented Reality.

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warga Politeknik (Pensyarah sahaja).

2. Syarat Pertandingan:

i. Setiap penyertaan perlu mengisi borang Pertandingan eDOLA2019 bagi


kategori Mission Immersible – Augmented Reality secara online.

ii. Cara penggunaan aplikasi AR dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


(pdp) dengan mengunakan aplikasi AR perlu di rakam dalam bentuk
video dan dimuat-turun ke dalam youtube. Link tersebut perlulah di
lampirkan didalam borang pertandingan.

iii. Para peserta boleh menggunakan sebarang jenis aplikasi AR yang


berada di pasaran. Selagi ia tertakluk dengan syarat pertandingan iaitu
menghasilkan bahan berbentuk Augmeneted Reality.

iv. Setiap aplikasi AR hendaklah Sekurang-kurangnya mempunyai 3 jenis target


image yang berlainan.

v. Bagi menyemai elemen kreativiti, Target Image hanya boleh diletakkan atau
di tuju pada sesuatu kawasan/ruang (cth: bengkel) atau juga sesuatu model
(cth: bahagian kenderaan). PENGGUNAAN BUKU SEBAGAI TARGET
IMAGE ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

vi. Produksi mestilah karya asal dan ianya tidak pernah dipertandingkan di
dalam mana-mana pertandingan peringkat komuniti, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

vii. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan
tidak asli/diciplak.



Sub Kategori 2: Video 360

Melalui kategori ini, peserta akan membangunkan bahan video PdP yang berkonsepkan
Video 360 yang menjanjikan kelainan dan pengalaman imersif kepada penontonnya demi
memperkukuhkan pemahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warga Politeknik (Pensyarah sahaja).

2. Syarat Pertandingan:

i. Setiap penyertaan perlu mengisi borang Pertandingan eDOLA2019 bagi


kategori Mission Immersible – Video 360 secara online.

ii. Cara penggunaan bahan Video 360 dan kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran (pdp) dengan mengunakan Video 360 perlu di rakam dalam
bentuk video dan dimuat-turun ke dalam youtube. Link tersebut perlulah di
lampirkan didalam borang pertandingan.

iii. Para peserta boleh menggunakan sebarang jenis aplikasi video 360 yang
ada di pasaran. Selagi ia tertakluk dengan syarat pertandingan iaitu
menghasilkan bahan berbentuk Video 360.

iv. Produksi mestilah karya asal dan ianya tidak pernah dipertandingkan di dalam
mana-mana pertandingan peringkat komuniti, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

v. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan


tidak asli/diciplak.

You might also like