You are on page 1of 11

MINIT MESYUARAT HAL-EHWAL MURID

KALI KEDUA / 2018


SJKT GUNUNG RAPAT, 31350 IPOH, PERAK

Tarikh :7.5.2018
Hari :Isnin
Masa :1.30pm
Tempat :Bilik Tahun 6

Kehadiran :
1. Pn.Kamala Valli ( Pen. K1 )
2. Pn.S. Jayamanee ( Pen.Kanan HEM )
3. Pn.V.Parameswari ( Setiausaha)
4. En.L.David Raj
5. Pn.K.Kumutha
6. Pn.M.Shemeswary
7. Pn.R.Vani
8. Cik. Panimalar
9. Pn. Indra
10. Pn.Keppali
Tidak Hadir
GB ( Mesyuarat )
Pn.Vasantha ( Sakit )
En.Eliyas ( Rawatan Doktor )
En.Manisilvam (Mesyuarat )

1.1 Ucapan Penasihat

1.1.1 Puan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan ribuan
terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik sehingga kini bagi memastikan
bidang hem sekolah berfungsi secara mantapdan beliau berharap agar guru-guru memberi
sokongan yang penuh pada masa akan datang.Beliau menegaskan bidang HEM
merupakan bidang penting di sekolah kerana ia meliputi segala aspek kebajikan murid dan ia
perlu berfungsi dengan mantap demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan murid di
sekolah.
1.1.2 Ucapan Pengerusi
Pn. Jayamanee selaku Guru Kanan HEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat HEM kali kedua bagi sesi
2018. Beliau berharap semua guru sekolah ini akan memberi sokongan padu dalam
menguruskan bidang-bidang mengikut SOP.

1.1.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu


Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat bil 1/2018 telah dibentangkan oleh
setiausaha HEM Pn. R.Vani Minit ini sebulat suara disokong oleh semua guru.

2.0 Perkara Berbangkit


2.1.1 Merujuk perkara
 1.4 Semua murid telah mendapat SPBT. Buku- buku yang berada dalam
keadaan usang telah diganti oleh ibubapa.
 1.5.2 Guru-guru kelas telah mengambil tindakan mengenai hal pengurusan
kelas.
 1.7.2 &1.7.3 Masalah seorang murid direkodkan sebagai bukan warganegara
telah diselesai dengan menghantar screen shot melalui email ke dashboard
APDM.
 1.12.4 Pengusaha kantin telah diberi taklimat tentang kualiti kuantiti dan
kebersihan dalam pengurusan makanan RMT dan kantin sekolah. Pada
tarikh 14.2.2017

3.0. Unit Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)


3.1.1 Guru-guru kelas perlu mengemaskini data APDM tahun semasa kerana ada
penambahbaikan dalam sistem.
 Subjek
 Bil adik beradik (Baharu)
 Bantuan yang diterima
 Pendapatan keluarga bulanan perlu isi bulan Julai bedasarkan slip gaji bulan Julai
demi memesan kelayakan bantuan RMT & KWAPM tahun 2019
 Pastikan tarikh lahir murid – terutamanya murid yang lahir 1 Januari supaya
mengelakkan kesulitan yang akan berlaku semasa pendaftaran UPSR
 Pastikan Warganegara murid.
3.1.2 Jika terdapat kesalahan data pada APDM guru-guru kelas perlu mengemaskini dan jika
tidak dapat perbetulkan, guru-guru perlu cetak halaman kesalahan itu dan sertakan ‘Screen
Shot’ jika ada bahagian yang tidak dapat diperbetulkan dan dihantar kepada JPN untuk
tindakan selanjutnya.

Makluman : Semua Guru kelas


4.0 Kehadiran Murid & Buku Keadiran Murid

Tahun Jan % Feb% Mac% April%


1 96.9 93.8 92.2 93.3
2 93.2 91.5 86.9 90.4
3 96.7 94.8 95.5 92.2
4 95.2 95.1 95.6 93.6
5 96.4 96.4 96.8 95.4
6 99.4 96.9 94.3 93.6
96.5 94.8 93.5 93.0
4.1. Kehadiran murid tidak mencapai tahap minima (KPI) yang ditetapkan oleh KPM.
Mengikut data yang dipapar guru kelas kena ambil tindakan sewajar memastikan murid hadir
ke sekolah.
4.2. Murid yang ada masalah kehadiran keluarkan surat amaran pertama, kedua dan
ketiga.Sekiranya guru kelas tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut rujuk pada Pn.Guru
Besar ambil tindakan.
4.3. Murid yang ada masalah kesihatan guru kelas kena beri maklumat tersebut kepada guru
kesihatan. Semua guru perlu tahu murid yang ada masalah kesihatan demi tindakan segera
masa-masa kecemasan.
4.4. Jika Peratus kehadiran kurang daripada 95% guru kelas kena ambil tindakan bagi
memulihkan keadaan. Program perlu dirancang dan dilaksanakan.
4.5. Data Bilangan Murid Ada Masalah Kehadiran Mengikut Kelas
Tahun Nama Murid Masalah
1 S.Yuven Share Keluarga
T.Magen Raj Kesihatan

S.Dinesa & Devenesaa Keluarga

2 T.Moganalakshimi Keluarga
3 Subashini Keluarga
Taswin
Thiwashini
4 P.Rachal Feona Keluarga
P.Gayathiri Keluarga & kesihatan
5 Tiada Tiada
6 Thanush
Vasigaran Keluarga
Kesvina
Suguna

4.5. Buku kehadiran murid perlu lengkap setiap bulan. Guru kelas kena pastikan no telefon
murid dan alamat murid yang betul dan terkini dicatat bagi penggunaan masa kecemasan.
Tindakan : Guru Kelas

4 Pertukaran Murid
4.0. Sekiranya menerima apa-apa bantuan sila maklum pada PK HEM atau pentadbiran
sekolah . Ini memudahkan urusan kewangan
4.1 Permohonan petukaran murid dalam daerah, antara daerah dan antara negeri negeri perlu
disertakan dengan dokumen seperti :
- 4 salinan borang pertukaran murid ( boring P.U.(A) 275
- Sesalian lampiran C ( Diisi oleh Ibu bapa @ penjaga)
- Sesalinan sijil lahir murid
- Sesalinan sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan Ibu Bapa.
- Perintah Mahkamah/Angkat Sumpah (Mahkamah Sahaja) tentang hak
penjagaan(jika ibu bapa bercerai/berpisah)
- Sesalinan keputusan peperiksaan terkini
- Pengesahan alamat baru (Bil. Air/Elektrik/Astro/Cukai Pintu) yang terkini.
- Surat daftar anak angkat mengikut syeksen Akta 25 AKTA Pengangkatan 1952
- Sila lampirkan sampul surat (berwarna putih) beralamat dan stem.
4.2. Kemasukan Murid
- Pastikan membawa semua dokumen bersama
 Kad kesihatan (Kecuali tahun 1)
 Kad Pergigian
 Buku Teks(mesti)
 Kad Kemajuan Murid
 Pastikan samada terima bantuan atau tidak

Makluman : Semua Guru


5 Keselamatan
Nombor Telefon :
 MBI 017 4791341
 Balai Polis 05 3126327
 Bomba 05 5474444
 Kecemasan 999
 Pn.Aida 017 4636624
 En.Razmi 016 5272231

5.1 Keselamatan setiap murid di dalam kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru.
Setiap minggu guru bertugas perlu memberikan taklimat kepada murid-murid tentang
keselamatan diri kerana sekolah ini berdekatan dengan jalan raya utama semasa
perhimpunan.
5.2 Pelan keselamatan telah ditampal di dalam kelas dan juga di kawasan sekolah yang
penting seperti kantin dan koridor sekolah.
5.3 Alat pemadam api telah dikemaskini tarikh luput dan diletakkan di tempat yang penting
seperti di bilik ICT dan berhampiran dengan pejabat. Senarai tempat a;at pemadam api
perlu disenaraikan dan dipaparka untuk makluman semua warga sekolah.
5.4 Skop Keselamatan telah dipaparkan dipapan kenyataan.
5.5 Latihan kebakaran telah diadakan pada 3.5. 2018
Tindakan : Guru Keselamtan

5.6 Taklimat telah diberikan kepada pengawal keselamatan sesi pagi dan petang.
5.7 Pengawal keselamatan dan guru bertugas perlu memastikan murid-murid berada di
dalam kawasan sekolah sementara menunggu ibu bapa dan penjaga mereka.
5.8 Guru keselamatan mesti mengambil maklumat tentang cara pengangkutan murid ke
sekolah. Jika murid pulang ke rumah bersama saudara yang bukan penjaga atau ibubapa
perlu memberitahu kepada guru atau pengawal keselamatan sekolah yang berada di
sekolah pada masa itu.
5.9 Guru kelas perlu mengambil tahu tentang masalah keluarga setiap murid di bawah
tanggungan mereka. Butiran setiap murid perlu disimpan didalam fail peribadi murid.

Makluman : Semua Guru


6 Ujian Saringan Permata UKM 1 Tahun 2018

6.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan ujian ini.


6.2 Seramai empat orang pelajar mengambil ujian tersebut dalam online
 Dinesh Tahun 6
 Navine Tahun 4
 Prem Kumar Tahun 3 Menerima Sijil
 Haris warman Tahun 3
Tindakan: Unit Bimbingan Dan Kaunseling

9.0 Unit Kantin/RMT

Tindakan: PK HEM JK RMT& Kantin


10.0 Bantuan Biasiswa

10.1.1 BKA 1PM – RM 100


- seramai 75 orang murid telah menerima bantuan.
- Murid yang dipilih adalah berdasarkan daripada maklumat di dalam APDM
berkapita kurang daripada RM 3000. Semua maklumat disimpan di dalam fail
pangkalan data murid dan fail bantuan kebajikan.
- Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang mengguruskan borang
penerimaan bantuan dengan lengkap.

10.1.2 KWAMP (RM 100)


- Seramai 26 orang murid telah menerima bantuan tersebut berdasarkan perkapita
RM230 dan gaji bulanan RM 930.
- Semua bantuan telah selesai dibayar kecuali tahun 1& murid tercicir akan
dibayar setelah bantuan diterima .
 Tahun 1 – 3 orang murid
 Tercicir - Tahun 2 – 3 orang pelajar
Tahun 4- 2 orang pelajar
Tahun 6 – 2 orang pelajar
10.1.3 Bantuan SPBT
- Pesanan buku teks bagi tahun 2019 telah selesai di pesan mengikut unjuran
sekolah.
- Unjuran diambil kira enrolment bulan Feb 2018. Memandangkan 3orang murid
daftar lewat masuk ke sekolah iaitu selepas bulan Mac mereka tidak akan
memerima bantuan buku Teks bagi tahun 2019. Sekolah kena cari buku teks
tersebut.
 Tahun 2 -2019 kekurangan 2set
 Tahun 5-2019 kekurangan 1set
10.1.3 Sekolah telah maklum perkara ini kepada Pn.Gayathiri tentang isu kekurangan buku
teks.
10.1.4 Pihak jawatankuasa SPBT telah menjalankan pemeriksaan mengejut dan mendapati
ramai murid yang tidak membalut buku. Diminta guru kelas dan guru matapelajaran
mengambil tindakan terhadap murid yang tidak membalut buku dan tidak menjaga
dengan baik. Jawatankuasa SPBT juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang
masalah yang berkaitan SPBT.
11 Guru kelas dan guru matapelajaran hendaklah memastikan buku teks yang hilang
diganti oleh murid dengan kadar segara. Tidak perlu tunggu hujung tahun Buku
fotostat tidak digalakkan
11.1.2 SUSU 1M
 Seramai 37 orang pelajar layak menerima bantuan susu1M
 Guru bertanggungjawab dapatkan surat setuju terima sebelum bekalkan susu
sampai ke sekolah untuk pengedaran.
11.1.3 RMT
 Pada awal tahun bantuan RMT dipohon bagi 23 orang pelajar. Daripada
bilangan tersebut 2 orang murid telah tukar ke luar negara. 2orang murid lagi
tukar ke sekolah SJKT Klebang pada 18.1.2018 . Bilangan murid yang terima
RMT hujung bulan Januari adalah 19 orang pelajar. Bulan Februari seorang
murid Tahun 1 layak menerima RMT. Maka jumlah penerima RMT sekolah
sehingga kini adalah seramai 20 orang murid.
 Pengedaran bekalan RMT tiada sebarang masalah.
 Guru RMT pastikan borang kendiri RMT diisi oleh pengusaha kantin dua kali
sebulan dan disimpan dalam fail RMT
 Guru bertugas memantau bekalan RMT setiap minggu sekiranya ada
kekurangan catat dalam buku laporan RMT mingguan.
 Setiap hari guru kelas isi kehadiran murid RMT. Sekiranya murid tersebut
tidak hadir ke sekolah agihkan makanan RMT kepada murid RMT juga.

10.1.6. KANTIN
 Pemantauan telah dijalankan oleh Pegawai Pn.Ruby Zainudin bt Zahedi dari Jabatan
Kesihatan Ipoh. Beliau memberi markah hanya 53%.
 Beliau didapati ada menjual makanan larangan( kek appolo, sumi jelly) di kantin.
 Beliau memberitahu makanan berminyak, makanan segera, dan bergula lebihan
dilarang langsung.
 Pihak kantin ditaklimatkan juga tentang hal ini.

12 Unit Kesihatan
A. Pergigian
12.1 Bahagian Kesihatan Pergigian Perak belum melaksanaan pemeriksaan pergigian untuk
semua murid.
12.2 Kad gigi Tahun 5 dan 6 berada bersama guru kelas. Kad lain berada dalam almari PK
HEM
B. Kesihatan
C. Pemeriksaan kesihatan bagi murid-murid tahun 1 dan 6 dan suntikan belum diberi
 Guru kelas lengkapkan butiran dalam buku kesihatan
 Guru tahun 1 isi borang excell hantar kepada Jabatan Kesihatan. Guru
kesihatan segala keraguan boleh maklum balas melalui whatsapp guru
kesihatan.
12.3 Isu-isu Penyakit semasa.
 Penyakit HFM- Pendedahan telah diberi kepada murid kerana terdapat 4 orang
dijangkiti penyakit ini.
 Program denggi telah dilaksanakan di peringkat sekolah.
 Amalan minum air diamalkan setiap hari pukul 9.00am dan 11.00am. Memberi
kesedaran kepada murid betapa pentingnya air dalam kehidupan mereka.
11.3. Memastikan program-program kesihatan sekolah perlu dilaksana dengan sempurna .
 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan makanan murid dikantin sentiasa diawasi
 Membantu membasmi tempat-pempat pembiakkan nyamuk aedes.
 Memberi pengetahuan tentang wabak denggi kepada murid.
 Peti kecemasan perlu berada dalam keadaan terurus.
 Guru dilarang memberi ubat makan jika murid sakit. Guru perlu mematuhi SOP
semasa bertindak sewaktu mengurus murid semasa sakit dan kecemasan. Guru-guru
perlu peka akan penyakit bermusim dan sentiasa mengingatkan murid cara penjagaan
dan pencegahan yang betul.
 Guru kesihatan perlu mengemaskini Info dipapan kenyataan mengenai penyakit
bermusim, penyakit-penyakit yang melibatkan kanak-kanak dan Info berkaitan
keselamatan dan kesihatan
 Guru kelas diminta mengemaskini data murid dalam buku kesihatan dan guru tahun
4 dalam online.
 Murid yang ada masalah kesihatan perlu dimaklumkan kepada semua guru yang
masuk kelas dan pihak pentadbiran demi keselamanatan murid tersebut. (Murid
Tahun 1 Mahen Raj ada masalah kesihatan. Semua guru diminta lebih prihatin
terhadap pelajar tersebut.)

12.0. BIMBINGAN DAN KAUNSELING

12.1.1. Jadual Pelaksanaan bimbingan kaunseling telah disediakan . Murid yang bermasalah
diberi kaunseling. Dimaklumkan kepada ibubapa murid. Rekod disimpan dalam fail. Murid
yang ada masalah disiplin diberi bimbingan oleh guru kaunseling. Sekolah ini tiada kes
masalah disiplin yang berat.Guru kelas boleh merujuk anak murid yang bermasalah dalam
kelas mereka kepada guru bimbingan kaunseling lantikan sekolah.

12.1.2. Program Mentor Mentee tidak dijalankan seperti dirancang. Program tersebut
dijadualkan 7.15am setiap hari Isnin minggu terakhir setiap bulan. Guru bertanggungjawab
dan tajuk program telah dimasukkan dalam whatsapp sekolah. Dipastikan program tersebut
dilaksana dan menyediakan laporan serah pada guru bimbingan dan kaunseling.

12.1.4. Jadual Psikomatrik dan Ujian Aptitude telah diterima dan akan dijalankan mengikut
tarikh yang ditetapkan. Ujian Aptitut dijalankan telah dijalankan 20.4.2018.
12.1.5 Guru Bimbingan Kaunseling perlu peka pengisi data seperti dijadualkan .

Tindakan : Guru Kelas


14.0 SKPM G2
 Ketetapan PK HEM dipaparkan dalam gmail sekolah dan diminta para guru
memathuhinya
 Pengisian data SKPM G2 fasa pertama telah dilaksanakan berdasarkan SOP
yang ditetapan. Aspek seperti perancangan pelaksanaan pemantauan penilaian
dan penambahbaikan perlu diberi perhatian.
15.0 GURU BERTUGAS
 Menyambut murid pada waktu pagi mengamalkan nilai 3S
 Selepas sekolah tamat guru bertugas perlu berada dipintu pagar sekolah mengawal
displin murid ketika pulang . Pengawal keselamatan hanya bertugas membantu pihak
sekolah mengawal lalulintas semasa murid pulang. Didapati ada guru yang tidak hadir
bertugas dipintu pagar pada waktu pulang. Walaupun ada yang hadir pula hanya
berdiri tanpa mengawal displin.
 Sekiranya guru tersebut berada dalam cuti sakit PK akan mengambil alih tugasan di
kantin dan pintu depan gate hadapan.
 Mengawasi pergerakan murid masa rehat.Pastikan tiada murid masuk keluar bilik
darjah.
..
17.0. DISIPLIN

 Memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah


 Mengambil tindakan sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
 Menyeleras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid
 Perjumpaan pengawas perlu diadakan setiap bulan. Melatih pengawas
melaksanakan tugasan mereka lebih cekap.
 Kekemasan diri murid perlu diawasi setiap minggu.

17.1 Data SSDM


 Guru kelas diminta setiap hari Jumaat mengemaskini data dalam samada
kelakuan baik atau buruk SSDM
 Guru kelas juga diminta mencatat perakuan murid dalam buku salahlaku
murid.

18.0 Hal-hal lain.


Budaya Guru Penyayang
15.1Guru bertugas perlu datang awal dan menyambut kedatangan murid dengan
senyuman dan bahasa yang sesuai.
.

Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguh pada jam 2.30pm pagi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


…………………………. .....................…………
PK HEM Guru Besar

You might also like