You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN BIL 2/2017

SJK(T) LADANG BATAK RABIT, TELUK INTAN.

TARIKH : 12 JUN 2017


MASA : 2.00 TENGAH HARI
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
SENARAI GURU HADIR :

1. En.G.GOPAL (GURU BESAR)


2. CIK.R.JAYANTHIMALA (GK 1)
3. PN.S.ANBALAGI (PK HEM)
4. Pn.K.VIMALA DEVI (GK KOKO)
5. CIK.A.THAEVAKUMARI (GURU KANTIN)
6. Pn. P.VELIAMMAH
7. PN.V.GOMATHY
8. Pn.M.BAVANI
9. Pn.A.SARASWATHY

AGENDA :

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru- guru ke mesyuarat Jawatankuasa
Kantin kali kedua sesi 2017.
2. Guru Besar memaklumkan bahawa mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan isu-isu
berkaitan dengan pengurusan kantin sekolah.
Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.1 Pn.S.Anbalagi selaku Guru Kanan Hem telah membentangkan minit Kantin Sekolah yang
pertama bagi tahun 2017 dan ia telah dicadang oleh Pn Saraswathy dan disokong oleh Pn
Vimala Devi.

Tindakan : Pn.S.Anbalagi

3.0 OPERASI KANTIN SEKOLAH

3.1 Pn.S.Anbalagi selaku Guru Kanan Hem telah memaklumkan kepada setiausaha kantin
supaya mencadangkan kepada pengusaha kantin untuk menyediakan menu makanan
yang pelbagai dan lebih berkhasiat kepada murid. Tidak sama sekali dibenarkan menjual
makanan yang tidak sihat seperti gula-gula, keropok kacang puti, cake Apollo dan bun
berkrim.

3.2 Pengusaha kantin dan pekerja wajib memakai apron dan penutup kepala dengan
kemas. Maklumat vaksinasi pengusaha kantin dan pekerja juga perlu dipamerkan di
suatu sudut untuk tujuaan pemeriksaan oleh pihak Pejabat Kesihatan.
3.3 Peruntukan keceriaan kantin ditanggung sendiri oleh pengusaha kantin. Pengusaha
kantin perlulah melekatkan carta-carta yang berkenaan dengan pemakanan sihat dan
kebersihan penyediaan makanan yang telah diberikan dalam taklimat pengurusan
kantin untuk tontonan umum.

3.4 Jadual operasi kantin telah dipersetujui untuk bermula seawal pukul 7.00 pagi sehingga
2.30 petang. Ini adalah satu permintaan daripada para guru sendiri.

3.5 Menu makanan untuk murid yang tidak layak RMT perlu diperbanyakkan. Makanan
untuk tengah hari juga perlu diperbanyakkan kerana selalunya sudah kehabisan untuk
guru-guru yang turun lewat untuk makan kerana urusan kerja.

3.6 Guru kantin perlu membantu pengusaha kantin untuk mempamerkan label harga
makanan di sudut yang sesuai.

3.7 Pengusaha kantin perlu membeli mesin sukatan makanan sendiri untuk tujuan
pemantauan dan pemeriksaan mengejut daripada pihak sekolah.

3.8 Pengusaha kantin juga perlu diingatkan untuk mengisi laporan kendiri kantin pada
setiap hari dan diserahkan kepada Guru Kantin pada hujung bulan. Laporan penilaian
kendiri tersebut perlu dilakukan setiap hari oleh pihak pengusaha kantin sendiri
menggunakan borang-borang yang telah dikekalkan dan guru kantin bertanggungjawab
untuk melengkapkan bahagian maklum balas dan mendapatkan pengesahan daripada
Guru Besar atau GK HEM.

Tindakan : Cik A.Thaevakumari dan pengusaha kantin

4.0 KEBERSIHAN KANTIN

4.1 Pn Anbalagi telah memaklumkan bahawa pihak pemeriksaan kesihatan berpuas hati
dengan tahap kebersihan kantin sekolah.

4.2 Kebersihan kantin pada hujung minggu adalah di bawah tanggungjawab pihak yang
menggunakan kemudahan kantin sekolah pada hujung minggu.

4.3 GK HEM telah mengingatkan guru-guru bertugas harian untuk sentiasa memantau akan
operasi dan kebersihan kantin.

4.4 Pertandingan keceriaan kantin dijangka akan diadakan pada bulan Ogos nanti di
peringkat daerah. Guru Besar memohon para guru membantu menceriakan kantin
sekiranya ada peruntukan yang boleh dicari dengan bantuan PIBG sekolah.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 GK Hem memaklumkan bahawa guru bertugas bertanggungjawab membantu Guru


Kantin dalam memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam
penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin .Guru bertugas dan guru
Kantin perlu membuat laporan harian kepda PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya
kes keracunan makanan di kantin.

5.2 Guru Disiplin serta Guru Bertugas harian juga mesti berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat. Hal ini kerana
murid-murid tidak dapat dikawal semasa waktu rehat terutamanya waktu rehat yang
pertama.

5.3 Guru Besar turut memaklumkan bahawa terdapat laporan daripada pihak PIBG bahawa
pengusaha kantin sentiasa menutup kipas apabila kantin tidak beroperasi terutamanya
semasa waktu kokurikulum dan kelas tambahan petang. Laporan ini dikemukakan
kerana tindakan pengusaha kantin yang telah mengalihkan kotak suis ke dalam bilik
memasak menyebabkan suiz kipas tidak dapat dibuka apabila kantin ditutup. Perkara ini
akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG untuk tindakan selanjutnya kerana bil
elektrik dibayar oleh pihak pengusaha kantin sendiri.

Tindakan : Semua Guru

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang
diberikan dalam pengurusan kantin sekolah.

6.2 Semua guru untuk menyatakan ucapan terima kasih kepada pihak kantin kerana
menyediakan memberikan kepada pihak sekolah dalam semua program yang melibatkan
makanan untuk guru dan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................... ................................
(CIK A.THAEVAKUMARI) (EN G.GOPAL)
Guru Besar
SJKT LADANG BATAK RABIT
KM1, JLN. KG. BANJAR,
36000 TELUK INTAN , PERAK
Tel : 017 5586568 Email : ABD5113@1bestarinet.yes.my

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”
“PERUBAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN”

Tarikh : 9.6 2017

Tuan / Puan / Encik / Cik

MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN BIL 2/2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa mesyuarat yang dinyatakan di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 12 JUN 2016 (ISNIN)


Masa : 2.00 PETANG
Tempat : PUSAT SUMBER SEKOLAH

3. Agenda mesyuarat:
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Ucapan Penasihat
3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3.4 Operasi Kantin
3.5 Kebersihan Kantin
3.6 Hal-hal lain
3.7 Ucapan Penangguhan

4. Diharap tuan/puan tidak mengundurkan diri kerana penglibatan tuan/puan dalam


mesyuarat ini akan menentukan kelancaran serta kejayaan pengurusan kantin sekolah bagi tahun
2017.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
(CIK A.THAEVAKUMARI)
GURU KANTIN

You might also like