You are on page 1of 5

BANYAK cendekiawan yang mula tertarik dengan ungkapan “menjalankan amanah”.

Dunia sejagat pun


tidak kurang menyebut mengenai “integriti” kerana di masa kini dunia dilanda oleh masalah low integrity
and low trust.

Amanah mengikut istilah yang mudah bererti jujur, boleh dipercayai, boleh dipertanggungjawabkan atau
lebih luas lagi ialah sikap setia dan muhasabah (menghisab diri). Prof. Dr. Sidek Baba pernah menulis
mengenai sikap amanah ini dalam bukunya berjudul Pengurusan Islami, Aplikasi Ihsan dan Insan, dalam
bab bertajuk Teori I dan Pengurusan Strategik.

Bagaimana Teori I ini boleh membentuk seseorang itu bekerja atau menjalankan kerja dengan amanah di
samping bekerja dengan cemerlang dan rela seperti mana dipelopori teori-teori motivasi. Dengan
perkataan mudah work well and work willingly.

Menurut Prof. Dr. Sidek Baba, Teori I ini ialah satu pendekatan Dwi-dimensi (menegak-merentasi)
berasaskan keihsanan dan keinsanan, iaitu 2 dimensi Habluminallah dan Habluminannas. Menegak
adalah hubungan manusia dengan Allah SWT dan merentas adalah hubungan manusia dengan manusia.
Satu dimensi tidak memadai untuk menjadikan manusia itu sempurna. Menurut Stephan Covey, satu
dimensi tidak boleh menjadikan the whole person paradigm.

KEIHSANAN

Ihsan ialah dimensi menghubungkan diri dengan Allah SWT. Bahawa Allah SWT sentiasa melihat,
mendengar segala perbuatan kita bahkan Allah SWT tahu apa yang ada di dalam hati kita. Oleh itu
manusia sentiasa berwaspada, berhemah dan jujur dalam menjalankan tugas kerana tahu ia akan
ditimbang buruk baiknya. Ini mendorongnya kerja dengan ikhlas, cemerlang, takwa dan bil-Hikmah.

Inilah motivasi yang paling tinggi bagi orang Islam khususnya orang Melayu yang memegang amanah
yang tinggi untuk memacu negara ke arah negara kelas pertama. Ini adalah satu perjuangan suci
(Fisabilillah). Malangnya dalam perjuangan untuk mencapai taraf ihsan ini, banyak orang yang
terjerumus, terlupa dan terpedaya dengan keindahan dunia dan kemewahannya.

KEINSANAN

Keinsanan ialah hubungan manusia dengan manusia. Atau dalam organisasi, hubungan seseorang
dengan ketua dan orang atasannya, hubungan sebaya, iaitu kawan dengan kawan dan hubungan dengan
orang bawahannya. Kunci kepada hubungan ini disebut sebagai Emotional Quotient (EQ) atau disebut
sebagai kecerdasan emosi.

Kecerdasan emosi seseorang itu ada yang tinggi dan rendah. Orang yang tinggi EQ nya dikatakan lebih
matang, bertimbang rasa, hormat menghormati, boleh dipercayai, menepati janji, jujur dan pandai
mengambil hati. Sebaliknya orang yang EQ nya rendah cepat marah, cepat naik angin, kurang bertimbang
rasa, bully dan keras kepala. Emosinya lebih kepada mendominasi. Ego atau keakuannya tinggi dan
biasanya mahu kehendaknya tercapai cara aku, my way.

Dalam perkataan lain, faktor keinsanan ini adalah mirip kepada akhlak. Yang dituntut oleh agama dan
manusia sejagat ialah “akhlak yang mulia”. Begitulah Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk
membina umat yang berakhlak mulia. Tetapi apa yang terjadi sekarang. Akhlak manusia semakin
merosot. Keruntuhan akhlak menjadi-jadi. Sifat jujur, ikhlas dan amanah semakin tercabar, jari lurus
kelingking berkait.

Oleh itu, untuk mendapatkan penjawat awam dan swasta yang berakhlak mulia, punyai peribadi yang
patuh, akur, tunduk dan taat (PATT), aplikasi Teori I, keihsanan dan keinsanan harus dipelajari di sekitar
kalangan penduduk negara ini. Seperti orang Jepun mendidik ‘budaya kerja Jepun’ di peringkat tadika.
Setiap warga Malaysia harus ditanamkan dengan sifat ihsan dan insan ini dari awal persekolahan.

Dari segi korporat, ia seorang pengurus yang hebat, dihormati dan disayangi. Dalam rumahtangganya,
seorang pemimpin yang adil dan penuh kasih sayang. Dari segi amalannya, ia mencari kerahmatan,
keberkatan dan keredhaan. Insya-Allah, umurnya panjang dalam kesihatan dan keredaan Allah SWT.

RUMUSAN

Menegakkan Teori I, dengan pengamalan sifat-sifat keihsanan dan keinsanan akan memacu Malaysia ke
arah negara kelas pertama yang disemarakkan oleh produktiviti, kualiti yang tinggi di samping
peningkatan kreativiti dan inovasi. Warga kerjanya dipimpin oleh kebijaksanaan yang tinggi, disiplin diri
yang kuat dan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Mereka adalah warga yang sentiasa mengingati Allah SWT yang boleh berbangga dengan sumbangan
sedaya upaya mereka, ikhlas menjalankan tugas. Berbeza dengan Teori Z oleh William Ouchi yang fokus
kepada kesetiaan pekerja dengan menjamin kesejahteraan dan jaminan kerja sepanjang hayat. Mereka
yang berpandu kepada Teori I – keihsanan dan keinsanan, fokus dan motivasinya ialah mencari
kerahmatan, keberkatan dan paling utama ialah keredaan Allah SWT.

DR. YAHYA AHMAD ialah Perunding Pengurusan dari Anugerah HRM Consultant Sdn. Bhd.
Amanah terhadap Sesama Manusia.

Manusia adalah makluk individu sekaligus sebagai makluk sosial. Amanah terhadap sesama manusia
berarti bahwa manusia memiliki kewajiban yang harus ditunaikan sebagai konsekuensi dirinya sebagai
bagian dari masyarakat dimana dia hidup. Ada hak dan kewajiban yang harus dilaksanakan sebagai
sosialisasi diri dalambermasyarakatuntuk menjaga keharmonisan hubungan antar sesama manusia
berkaitan dengan tatanan berinteraksi sosial (muamalah) atau hablun min an-nas.Allah Taala
berfirman:“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak
menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(QS An-Nisa:58)
Membaca Jambatan Ilmu

Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya
amalan membaca dalam usaha kita mencari ilmu pengetahuan. Membaca merupakan antara kegiatan
yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping mampu membangunkan dan memajukan
sesuatu masyarakat.

Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia yang berilmu. Minat membaca berkait rapat
dengan budaya ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam
kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang berorientasikan sains dan teknologi.

Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini pula tidak
seharusnya terbatas di sekolah, kolej atau universiti semata-mata tetapi juga patut dikembangluaskan
dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat di luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat
luar bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menimba dan
menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan
dan pembangunan global.

Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu
bidang tidak berdaya tahan sekiranya ketandusan atau kemunduran dalam buana ilmu yang bermutu
dan mutakhir. Sebaliknya, masyarakat yang ketinggalan atau yang mengabaikan budaya ilmu akan
bergantung harap kepada orang atau bangsa lain yang berilmu dan cendekia. Buktinya kita dapat melihat
betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek
penting kehidupan negara masing-masing kepada negara lain yang lebih maju dan dominan dalam
bidang keilmuan dan kepakaran.

Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya
masyarakat kita membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka sehari-hari. Amalan murni
ini secara langsung akan melahirkan modal insan dan masyarakat Malaysia yang berilmu, berwawasan
dan bertamadun tinggi.

You might also like