You are on page 1of 3

SK PADANG MELANGIT

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)
KALI-1/2019

Tarikh : 21 Februari 2019


Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPM
Masa : 1.40 – 3.30 ptg

Kehadiran :
Semua guru hadir

Setiausaha
PN. NIK HAFIZAH BT AWANG@MUSTAPA (GDM)

Agenda
1.Kata Aluan Pengerusi
2. Penggunaan FROG VLE
3.Data Kursus LDP Sistem SPL KPM
4.Peralatan dan Keadaan Bilik Darjah/Khas
5. Sistem APDM, Pendaftaran Tingkatan 1, Pendaftaran Asrama Penuh
6. Mengemaskini Data Eoperasi Dan Enrolment Terkini Pelajar
7. SSQS (Smart School Qualification Standard)
8.Pembentangan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah dan Prosedur Operasi Standard Sistem
Pengurusan Sekolah Dan Single Sign On (SSO)
9.Hal-hal lain.

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat JPMS kali
pertama tahun 2019.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Pengurusan Maklumat Sekolah terdiri daripada tiga modul yang
dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM dan E-Operasi.
1.4 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu dalam Pengurusan
Maklumat Sekolah bagi tahun ini.
Makluman

2.0 Penggunaan FROG VLE


3.1. Guru perlu menggunakan frog vle setiap hari dengan membuat website PDP mereka
3.2. Murid perlu menggunakan netbook dan menggunakan frog VLE di makmal komputer
3.3. Murid menggunakan FROG VLE mengikut jadual yang di tetapkan dan membuat latihan dalam sistem
3.4 FROG VLE perlu memenuhi kepeluan yang ditetapkan

Semua Guru
3.0 Data Kursus LDP Sistem SPL KPM
3.1 Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan(LDP), En. Anwar bin Ariffin akan memaklumkan kepada semua guru
dari masa ke semasa untuk mengisi maklumat latihan yang dihadiri oleh mereka.
3.2 Guru memasukkan maklumat latihan, kursus, seminar, bengkel, ceramah, program sama ada di dalam atau
luar sekolah ke dalam sistem SPL Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.3 Guru harus membaca buku dan membuat sinopsis sekiranya jumlah waktu latihan mereka tidak mencukupi
dan ia mesti sekurang-kurangya 7 hari Latihan.
3.4 Guru-guru juga mengemaskinikan maklumat berkaitan perkhidmatan melalui pautan e-operasi dan laman
SPL KPM.
Semua Guru

4.0 Peralatan dan Keadaan Bilik Darjah/Khas


4.1. Guru diminta menyemak bilangan peralatan kerusi dan meja mencukupi untuk sesi persekolahan 2019
4.2. Guru diminta menyemak keadaan bilik darjah dan bilik khas dari segi elektrik, lampu, kipas dan sistem paip
4.3. Guru data akan membuat laporan dalam sistem EMIS jika ada kerosakan dan kekurangan
4.4 Guru Aset menulis laporan ke Jabatan.
Guru Data Semua Guru

5.0 Sistem APDM Dan Pendaftaran Asrama Penuh


5.1. Pn Nosanita Pk HEM meminta guru menyemak maklumat penjaga dan ibu bapa murid
dari segi alamat, no talipon dan warganegara
5.2. Pn Norsanita, Pk HEM meminta guru menyemak gaji setiap penjaga dan ibu bapa murid
terkini dan sahih untuk pengurusan bantuan murid.
5.3. Kemaskini perlu dilakukan secepat mungkin untuk memudah pendaftaran bagi tahun 6 ke sekolah
menengah.

Semua Guru
6.0 Mengemaskini Data Eoperasi Dan Enrolment Terkini Pelajar
6.1. Guru data meminta semua guru mengemaskini data mereka dalam sistem E-operasi jika terdapat sebarang
perubahan pada kenaikan pangkat dan gaji dengan tepat dan sahih.
6.2. Guru perlu merujuk GPK 1 untuk proses kemaskini data dan untuk mengesahkan data masing-
masing untuk memudahkan sistem lain beroperasi dengan lancar
6.3. Guru data akan mengemaskini enrolment murid yang terkini bagi unjuran kelas dan jumlah guru tahun
depan.
Guru Data dan Semua Guru

7.0 SSQS (Smart School Qualification Standard)


7.1. SSQS sekolah telah mendapat 4 bintang dengan mendapat pengiktirafan dari UTM
7.2. Prestasi perlu dikekalkan dengan pelbagaikan menggunakan ICT didalam PDP pada guru dan murid
7.3. Kelengkapan ICT sekolah perlu lengkap dengan komputer dan projektor lcd untuk meningkatkan
penggunaan ICT.

Makluman
8.0 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah dan Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan
Sekolah Dan Single Sign On (SSO)
8.1. Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:
• Modul Pengurusan Sekolah.
• Modul Pengurusan Guru.
• Modul Pengurusan Murid.

8.2. Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di http://sps1.moe.gov.my/indexsso.php


8.3. SPS diwujudkan bagi mengelakkan kemasukan data berulang pada masa akan datang.
8.4 SSO diperkenalkan untuk menggunakan satu sign in bagi kemasukan semua sistem.
Makluman

9.0 Hal-hal lain


9.1 Guru Besar membuat pengesahan data emis setiap bulan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh, Disahkan Oleh,

………………………………………… ……………………………………….. ……………………………………………


Pn. Nik Hafizah bt Awang Pn. Zarina bt Othman En. Mazlan b Abu Bakar
Setiasusaha GPK 1 Guru Besar
Mesyuarat JPMS. Sk Padang Melangit Sk Padang Melangit

You might also like