You are on page 1of 4

SJK (TAMIL) KULAI BESAR

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH BIL1 /TAHUN 2018

Tarikh : 11.4.2018

Masa : 12.00 Tengahari / 1.10 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat SJK ( T ) Ldg Kulai Besar

Pengerusi : PN V.UMAH

Kehadiran(Bilangan) : SEPERTI DALAM LAMPIRAN

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat


pertandingan Bola Jaring peringkat daerah 2018.

1.2 Guru harus memberi perhatian sepenuhnya kerana banyak perkara penting yang
akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dibentang oleh Pn K.Sumathi
Dicadang untuk disahkan oleh Pn V.Uma
Disokong untuk pengesahan oleh Pn M.Agilabanu

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengerusi membincangkan tentang pertandingan Bola Jaring peringkat daerah.


Beliau memaklumkan tarikh pertandingan permainan Bola Jaring iaitu pada 30 April
2018. Beliau menerangkan tentang jadual pelaksanaan latihan bola jaring. Beliau
meminta kerjasama semua guru bagi menjayakan pertandingan bola jaring dengan
berjaya seperti dirancang.

Makluman: Guru permainan Bola Jaring

4.2 Guru Penolong Kanan Kokurikulum meminta komitmen semua guru bagi
menjayakan pertandingan Bola Jaring peringkat daerah. Beliau juga meminta masa
latihan Bola Jaring perlu diubahsuai kepada jam 4.00 hingga 5.30 petang bagi guru
sesi pagi manakala masa latihan bagi guru sesi petang pada pukul 8.00 hingga 10.00
pagi ( hari Sabtu). Beliau juga meminta kertas kerja perlu dimurnikan lagi dan
makanan tengahari bagi murid – murid perlu ditambah dalam anggaran perbelanjaan.
Yuran pertandingan Bola Jaring perlu dibayar sebelum 18 April 2018.

Makluman: Guru permainan Bola Jaring


5 HAL-HAL LAIN
5.1. Guru-guru meminta gelanggang bola jaring perlu diubahsuai supaya dapat
menjalankan latihan bola jaring dengan teratur. Jurulatih akan dijemput bagi
membimbing semasa latihan Bola Jaring. Segala perkara formal atau apa-apa
perkara penting tentang pertandingan Bola Jaring akan disampaikan melalui telegram
atau pun whatsapp (sekolah) dan guru-guru perlu membalas sebagai tanda
penerimaan maklumat tersebut.

Makluman : Semua guru

PENUTUP
a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

......................... ……..............................
(PN.K.SUMATHI ) (UMAH A/P VALIDINER)
Setiausaha Pengerusi Permainan Bola Jaring
Permainan Bola Jaring Tarikh : 15.4.2018
TAKWIM PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2018
PANITIA BAHASA TAMIL

BIL TARIKH PERKARA


1 5.1.2017 Mesyuarat kali pertama
2 16.2.2017 Mesyuarat kali kedua
3 24.2.2017 Kursus dalaman penandaan Bahasa Tamil ( Penulisan )
4 16 – 20.4.2017 Minggu Bahasa Tamil
5 25.5.2017 Mesyuarat kali ketiga
6 13.7.2017 Mesyuarat kali keempat
7 19.7.2017 Bengkel Pecutan Bahasa Tamil ( 1 )
8 24.8.2017 Bengkel Pecutan Bahasa Tamil ( 2 )

SJK (TAMIL) KULAI BESAR

MINIT MESYUARAT AKHIR PERSATUAN BAHASA TAMIL BIL2 /TAHUN 2016

Tarikh : 01.12.2016

Masa : 12.00 pm

Tempat : Bilik 6 Mesyuarat

Pengerusi : PN.S.MURUGAMMAH

Kehadiran(Bilangan) : SEPERTI DALAM LAMPIRAN


1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kali
terakhir bagi sesi persekolahan 2016.

1.2 Guru harus memberi perhatian sepenuhnya kerana banyak perkara penting yang
akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dibentang oleh Pn. K.Deviga
Dicadang untuk disahkan oleh Pn . S.Annalatchumi
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. M. Malathy

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( DEVIGA A/P KUPPUSAMY)
S/U Persatuan Bahasa Tamil
Tarikh : 01.12 2016

You might also like