You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

MAJLIS PERMUAFAKATAN DAN HARI


KOMUNIKASI IBU BAPA MURID BERSAMA
PENTADBIR SEKOLAH, GURU PENDIDIKAN
KHAS SERTA PEMBANTU PENGURUSAN
MURID SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS HARI
RAYA AIDILFITRI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


BERMASALAH PEMBELAJARAN

SK Toh Johan , Trong, Perak.

TARIKH : 21 Jun 2019


HARI/ MASA : Jumaat / 10.00 Pagi
TEMPAT : Dewan SK Toh Johan.
1.0 PENDAHULUAN

Kerjasama antara ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah berkait rapat dengan
peningkatan pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah kerana perkara tersebut memberi
kesan kepada kelas integrasi pendidikan khas . Dalam mewujudkan keadaan kelas
sedemikian, pemantauan oleh pihak pentadbiran dan guru terhadap perkembangan murid
sentiasa dilaksanakan di samping perhatian daripada pihak ibu bapa/penjaga juga penting
bagi memastikan keselarasan bentuk didikan yang sewajarnya diberikan kepada murid
semasa di sekolah.

Justeru itu, program seperti majlis permuafakatan ibu bapa murid, pentadbiran
sekolah, dan guru- guru pendidikan khas juga pembantu pengurusan murid memberikan
impak yang baik. Demikian adalah kerana ibu bapa dapat megetahui serba sedikit mengenai
perkembangan anak- anak mereka di sekolah samada daripada aspek kognitif, emosi, fizikal
dan sebagainya.

2.0 KERTAS CADANGAN

Nama Program

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa, Murid Dan Guru Pendidikan Khas 2019.

Sasaran

Ibu bapa murid, murid, pentadbir sekolah, guru-guru pendidikan khas dan pembantu
pengurusan murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SK Toh Johan .

Objektif

1. Mewujudkan hubungan silaturahim yang erat di antara ibu bapa murid dengan
guru-guru pendidikan khas, pembantu pengurusan murid serta pentadbir sekolah.

2. Menunjukkan kepekaan terhadap isu dan masalah yang berkaitan dengan murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
3. Menyemai nilai-nilai murni dalam setiap diri individu murid pendidikan khas.

4. Mewujudkan pengurusan pendidikan khas yang lebih efisyen.


Rasional Program

1. Memberi pendedahan dan pemahaman kepada ibu bapa murid berkaitan


pengurusan kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

2. Ibu bapa dapat mengetahui dengan lebih lanjut pandidikan dan program murid
pendidikan khas sepanjang tahun 2018 dan 2019.

Cadangan Perlaksanaan

Tarikh : 21 Jun 2019 ( Jumaat )


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SK Toh Johan

Sumber kewangan

Peruntukan kewangan . wajib, tambahan dan teras.

Anggaran Perbelanjaan
Jamuan murid RM 5.00 X15 orang = RM 75.00
Kek 1 biji = RM100.00
Air teh tarik dan sarsi = RM 50.00
Pencuci Mulut 3 jenis = RM100.00

Cabutan bertuah RM15 x 10 hamper = RM150.00


Saguhati murid RM5 x 15 orang = RM75.00

Jumlah = RM 550.00

3.0 TENTATIF PROGRAM

9.00 pagi -Pendaftaran Ibu Bapa


9.30 Pagi -Bacaan Doa –
Ucapan Guru Besar
Penerangan PASR - Cikgu Faiz
Pengurusan PPKI - Cikgu Azmin
Perjumpaan Komunikasi Ibu Bapa
Sesi Bergambar
Sambutan Hari Lahir PPKI
Cabutan bertuah

12.00 Tengahari Jamuan Makan


4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Mohamed Sobri b. Dato’ Hj. Termizi


Timbalan Pengerusi : Pn Norazkiah bt Azahari
Naib Pengerusi 1 : En. Ahmad Zaini b. Rejab Ali
Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Hidayu bt Jamali
Setiausaha : Pn Nor Ramizah binti Zulhaimee
Naib Setiausaha : En Mohamad Faiz b. Mohamed Yusof
Bendahari : En. Azmin bin Ismail
AJK : Pn .Suriani bt Mehat
(PPM PPKI)
Pn. Norhidayu bt. Jamaludin
(PPM PPKI)

Jawatankuasa TUGAS/ TINDAKAN

Hadir awal.
Pendaftaran/Jemputan
Menyediakan meja pendaftaran yang kemas.
Norakilah Binti Mat Yusop
Mencatat pendaftaran ibu bapa.
Mengedarkan buku program dan tentatif majlis.

Buku Program/Tentatif Program Menyediakan buku program yang kemas untuk para
Nor Ramizah Binti Zulhaimee tetamu.
Menyediakan buku program VIP.

Persiapan Backdrop/Persembahan Menyediakan backdrop yang menarik.


Multimedia Menghias sesuai dengan majlis.
Nor Ramizah Binti Zulhaimee

Persiapan Bilik Mesyuarat Menyusun kerusi tetamu.


Nor Ramizah Binti Zulhaimee Memastikan bilik kelas kemas dan selesa.
Kawalan Murid Mengawal pergerakan murid-murid di dalam
Norakilah Binti Mat Yusop kawasan sekolah dengan baik

Pa Sistem Menyediakan PA Sistem yang diperlukan.


Muhamad Faiz Bin Muhamed Yusop Memastikan PA Sistem dapat berfungsi dengan baik.
Pengacara Majlis Mengendalikan majlis dari awal hingga akhir.
Azmin Bin Ismail

Bacaan Doa Membacakan doa bagi memberkati majlis.


Shahrulnizam Bin Saud

Dokumentasi Mengambil gambar sepanjang perjalanan majlis dan


Azmin Bin Ismail membuat laporan.

Jamuan Memastikan makanan dihidang dengan baik dan


Suriani Binti Mehat mencukupi dan dalam keadaan yang selesa.
Semua Guru Pendidikan Khas. Memastikan jamuan VIP dan jemputan disediakan
dengan sempurna.

5.0 PENUTUP
Adalah diharapkan, dengan terlaksananya mesyuarat ini, hubungan antara guru dan murid
menjadi lebih akrab bagi kemajuan bersama murid – murid PPKI SK Parit Bunga.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------------ -----------------------------------------------------

(Nor Ramizah binti Zulhaimee)


(Azmin Bin Ismail)
Setiausaha PPKI,
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Toh Johan
Sekolah Kebangsaan Toh Johan
34800 Trong, Taiping.
34800 Trong, Taiping
Disahkan oleh,

-------------------------------------------------------

(Mohamed Sobri b. Dato’ Hj Termizi)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Toh Johan
34800 Trong, Taiping

You might also like